Tuesday, November 30, 2010

lakukan seks berhampiran mayat


Pagi tadi, cam besa.. tengok-tengok sari berita penting, tertarik betul dengan tajuk kat atas tu front page ouls... so terus kelam kabut bukak page baca story. Sempat juga baca Al-Fatihah buat arwah yang dibunuh. Baca Al-Fatihah, lepas tu mengeji yang dua ekoq mangkuk ayun yang hidup dan beromen tu, cam nak luku kepala dengan periuk pressure cooker tefal yang cik Daun kawan saya baru beli tu ja.. errkk tetiba daun masuk ini pilem..

ok saya paste keratan akhbar kat sini





kan.. memalukan sungguh perangai pompuan ni, elok kepala bertudung litup, perangai kalah bohsia, beromen siap pakai kondom, pandai pulak protection. Jantan keparat tu siap prepare kondom, ready nak bercucuk tanam, cissss sungguh.

Dalam hal ni paling saya kasihan ialah emak bapak budak pompuan tu, kalau emak bapak dia masih hidup, mana la nak letak muka, merata muka anak dia keluar paper cerita dia beromen pakai kondom dengan laki orang, dah la laki orang.. ada tambahan lagi status dia "laki yang bunuh isterinya sendiri" kesian emak bapak dan keluarga dia menanggung malu.

Mana ada dalam dunia ini emak bapak mau anak dia jadi jahat. Saya terbaca ada sorang tulis, kisah anak-anak jadi jahat/nakal ni sebab takder kawalan dari emak bapak. Sedih. Saya rasa, kalau tanya emak bapak yang duk dalam penjara kes-kes jenayah tu, sure depa pun tak nak anak depa jadi jahat. Takder sorang emak bapak mau anak dia jadi bohsia, jadi bohjan, menyundal sana sini. Kecik-kecik dah ajar, dah besar salah pilih kawan, jadi tak elok.

Ada kajian saya pernah baca, punca masalah sosial remaja banyak berpunca dari remaja dari keluaga miskin, kalau kat bandar, anak-anak dari flat kos rendah, kalau kat kampung, anak-anak felda la.. Temberang semua tu. Anak-anak VVIP pun saya tengok kat forum-forum kemain keji lagi, siap minum arak, clubbing, tindik pusat, lidah, beromen sana sini, cuma sapa wartawan berani dedahkan kat tv dan media cetak?? Berani ank tulis, anak menteri polan si polan, bercium dengan awek dia artis dot-dot di club sekian-sekian.. dengan gambar anak menteri tu beromen, dan botol arak ditangan?? berani???? nan adooo, tapi realitinya adooooo.

Yang wartawan berani dedahkan anak-anak penghuni flat DBKL, anak-anak felda, dan bersidai tepi-tepi jalan. contoh video klip bohsia dan bohjan beromen tepi jalan kat depan pavilion cchoiiii sangat, tak tau le emak bapak depa tau ke dak anak pompuan dia bercium sakan kat depan pavilion. ampas kelapa sawit betoi la. Anak-anak berpeleseran ni berani la wartawan tulis. Anak-anak VVIP yang berparty liar kat club-club ekslusif, beromen kat hotel-hotel.. makcik felda atau makcik-makcik buat bendang atau menoreh getah tak tau pon.. pasai tka keluar harian metro. keluar kat internet ja. makcik-makcik bandar cam ai je tengok..hiks.

eh tadi cerita pasai apa ek??

oh ok, pasal awek beromen ngan laki orang tepi mayat tu.. entah la. korang je la komen, ai malas tulis lebih-lebih... lebih baik kita sedekah Al-Fatihah pada arwah yang dibunuh.

*pssstt harga getah naik ek?? i suka.. i suka.. i suka...

Monday, November 29, 2010

Laksa itu sangat sedap..


Ini adalah gambar bertajuk Laksa, dan gerai laksa.

Mengaku orang Kedah, tapi tak minat laksa kedah, amatlah derhaka sekali. Begitu juga the UTARAian yang lain (ada ke camtu) Orang Penang, Perlis, kalau tak suka laksa, cube check genetik, betul-betul, benarkan anda berdarah keutaraan ni? Kawan saya sambung belajaq kat England sana, pun ketagih laksa, tak dak ikan sardin dan ikan kembung, ikan-ikan orang putih pun dia tibai buat laksa, ketagih punya pasai. Itu lah overnya orang-orang fanatik laksa.


Ok, gerai laksa ni namanya Tepian Rimbun Teduh ke camtu la namanya, lokasinya ialah dari Teras Jernang/UKM, nak menghala ke Bangi lama, jalan berbelok dan selekoh, situ ada gerai ni, dulu asalkan ciput je gerai dia.. lama-lama tu diaaaa tengok berapa payung, berapa puluh meja dan kerusi dia letak.. dan pekerja dia pun dekat 10 org, perkhidmatan cekap dan pantas. Dan of course Kedahan. Orang Aloq Setaq. Orang Kedah kalau terrer buat laksa, char keow teow, bihun sup kaler kuning tu, leh dah hidup kat KL, tak payah buat keja lain, jual benda ni ja. Sama macam orang Kelantan, Terengganu duduk KL, jual nasi kerabu, nasi dagang. sedap je, sure penuh kedai. (kat Putrajaya Gate 1 ada kedai Kak Mah nasi dagang, ramainya orang pagi-pagi, jenuh menunggu kalau nak beli)

ok Gerai ni, menu dia cuma laksa dan cendul, ada ABC sempoi2 dan air sirap sajork. tak lebih dari tu, tapi gua kira income dia ratusan ringgit sehari. Kalau time lunch tu, punya ramai umat, termasuk cina-cina dari kilang-kilang sekitar bangi, kena tunggu tepi, ada orang bangun, terus pegi duduk.. siap leh gaduh ni, kalau berebut tempat..eheheh. Pastu kalau ada orang-orang yang sudah abeh makan tu, tapi feeling dok macam dia lepak kat Starbuck dok lama-lama, masa ni ada rasa nak pegi tampor je suruh blah cepat sikit boleh?

Laksa dia mabeles wa cakap lu.. so tak heran la, cina-cina boleh duduk makan, tak cukup satu mangkuk, dan lepas tu siap tapau berbungkus2.. Kekadang pi pukul 5ptg dah abeh lincin lincau dah. Kalau pi belah petang lagi syiokkk sebab kuahnya makin pekat.. walaaaweiiii sedap, sebiji rasa laksa Cik Lela... (cik lela dulu jual laksa juga, malatopsss juga) Gerai ni cuma menjual laksa, dan cendul ABC gak la.. tp ABC simple je bukan special mana, tapiiiii ramainya orang tu tak terjangkau akal fikiran, apelah jual laksa je pun gerai tak pernah kosong. Megik ek.. tengahari buta orang beratur beli laksa.

Masa kita duduk makan kat situ, dalam 1/2 jam katakan, boleh tengok, mula-mula akak ni akan tuang satu bungkus laksa siap rebus dalam bekas laksa tu, (anggaran dalam 2-3kg camtu) dalam masa 1/2 jam kat situ, boleh tengok, lepas 10 minit, dia akan bukak bungkusan baru tambahkan. erkk agak-agak, sehari berapa puluh kilo dia jual, satu bungkus 3 ringgit, kalau 100 dah berapa? kalau 200??

erkk kalau menurut firasat saya. jualannya mesti melebih 300 bungkus/mangkuk. katakan satu meja 2-4 orang, ok, katakan 4 org, dah 4 mangkuk dah, kat situ ada lebih 15 meja, dah berapa tu, tu dalam satu masa tu, dalam satu masa katakan semua yang ada kat situ 20 orang, dan 20 orang x 20 mangkuk, sudah RM60 (utk laksa sahaja, tak termasuk cendol) dan kalau dari 20 org, 3 org tapau pulak ke.. sorang tapau 3 bungkus je.. kencang sehhhh.(kiranya anggaran kasar, untung dia sejam mesti sekitar 100-200 ringgit) huiii kalau dia berniaga dari jam 11pg sampai 5ptg? berapa tuh?? ishkkk pandai pulak aku mengira, ingatkan selama ni pandai berkira je.

Tu la, buat je sedap, sure orang datang walau dari jauh, bebudak opis saya ni sanggup tu, dari Putrajaya, redah ke sana tiap Jumaat nak makan laksa rimbun, pi 3-4 orang, sat lagi hok laki-laki kat sini pakat mengirim beli pulok. Tapi serius... memang sedaplah, pakcik gebu yang non Kedahan, dan bukan peminat laksa pun boleh hirup sampai titisan terakhir, amat kagum. Dia bukan peminat laksa, selalu makan laksa, makan isi-isi je, kang kuah tinggal je, dan biasanya saya amat suka sebab saya akan mengabehkan kuah dia, tetapi kalau kat sini, minta mahap, licin dia sapu.. siap eksen-eksen, "jangan mengharap kuah ni tak abeh, sebab abang nak balun abeh, sedapppp" cissss. Bagi dia ni laksa ke2 terbaik selepas laksa depan petronas Bakar Arang, Sungai Petani.

Lagi satu gerai ialah Gerai Laksa Kak Pah, dari segi rasa, Kak pah no.2 la jatuhnya, gerai rimbun ni no.1, dan gerai kak pah pun camni juga la..ramaiiii orang, menu pun sama, cuma laksa dan cendol saja. tiada yang lain. Kak Pah orang Pendang.. see kayo mokcik ni jual laksa je, tp sama juga, cina-cina keja kilang sekitar bangi tu, berpusu during lunch time. pukul 4.30 sorry beb, nasib baik je dalam beli. padahal Kak Pah ni start jual pukul 11tghari, dan pukul 4-4.30 ptg abeh, dia boleh balik pukul 6 dah boleh tengok sinetron kat tv3 suku nanti bebila kita highlight gerai kak pah pulak, gerai dia betul depan kilang DENSO bangi.

Sooo moral of the story, kat KL ni rajin je, dan belajar masak sedap-sedap, leh kayoooo.. saya tengok banyak anak-anak Kedah yang merantau, menjual laksa, bihun sup, char keow teow hidup senang. Kat putrajaya ada gerai bihun sup utara dekat food court ramai orang, kat cyberjaya ada satu, kat gerai-gerai tepi UNITEN ada satu, tengok periuk sup depa, leh buat kolam renang budak. Hahahah, sambil tengok periuk sup, leh congak, satu satu mangkuk RM3.50, berapa mangkuk sup kalau periuk sup besaq tu??? erkk do your own maths la ek..

sekian cerita makanan kita pada hari ini, jadi jangan la pnut oii ko moskilkan kenapa ko tak kurus-kurus.. sendiri mau ingat la kan....

Saturday, November 27, 2010

Alesya anak babah dengan Jet dan Jonah


Ini Alesya anak babah..
cam besa, cari ketiak apak dia..
Dulu masa menenen.. cari mama bila nak menenen, kemudian pegi landing celah ketiak apaknya, dan main gentel puting ketet (baca dari kanan ke kiri) gentel-gentel sampai lena, kalau belum 100% lena, kang dia tersedar, cari ketet pak dia tak dak, boleh bukak mata cari. Over occay..


Ok, ni budak kecik ni dengan buku IKA yang baru bertunang tapi sudah beranak tu.. ni la baby sulung IKA, sesuai dengan jiwa saya yang sempoi. Tajuk dia pon best, sempoi Jet dan Jonah. Tak sangak minah keturunan Arab, dok warga Singapore dan pernah duk London bertahun-tahun, terrer tulis novel Melayu, kagum sehhhh gua pun tak boleh. minah ni boleh. Dan sejak akhir-akhir ni Ika pun dah tulis blog dalam BM, i likeeeee...
 tengok mata terbeliak, dan mulut kegeraman kat pic bawah kiri ni, ni muka stress sebab saya nak ambil balik buku tu, tak mau kasinya dia.


ni semua aksi natural dia, bukan disuruh-suruh, saya letak buku tu atas katil sebab nak amek gambar, sekalik minah ni terus rembat, dan baring-baring, ala-ala dia dah pandai baca. Kemain kerek, tak mau pulangkan balik, emak dia pun belum baca.. taper..saberrr masa ni peguambela dan peguamcara dia ada. Apak dia ada, jadi tak leh nak cubit-cubit, cuba kalo apaknya tadak, dan kena babab neh.. notti.. tengok saya nak letak buku amek pic pun tak boleh, baru letak, dia bingkas bangun, dan pegang buku tu, pic kiri bawah, pastu landing balik dan 'baca' sabooo je la..

dah baca suku novel ni. Best, bahasanya simple, sempoi dan seronok, erkk belum leh review sebab kena abeh baca dulu, tapi baca suku pun dah best, mesti belakang-belakang pun best.. eheheh ayat mengampu. Tungguuuu hujung minggu ni kalau dah abeh baca.

Friday, November 26, 2010

Sedekah lah Al-Fatihah buat ibu bapa kita, nescaya murah rezeki kita.


Oklah, sempena Jumaat penuh berkat ni.. sama-sama kita hayati kata-kata dibawah ni, saya siap print, tampal kat dapur, kat bilik si abang. Agar jadi ingatan kat dia sampai bila-bila..

Rassulullah SAW pernah bersabda :


" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...


Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )


- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)


- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT


- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. .... tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)


- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....... . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari


- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah


- Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya..... tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba. Allahhuakhbar. .


- Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)


Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)


Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah

Kita kena sentiasa ingatkan perkara ini, amalan ni, supaya hidup kita sentiasa dalam keberkatan, saya dah nampak banyak contoh dalam hidup ni, anak yang hidup dengan keberkatan orang tua ni, lebih bermakna dan mudah laluannya, berbanding anak yang tanpa sedar mengabaikan orang tua mereka. paling dekat, saya nampak Maksu, adik saya yang bongsu tu, takdir Allah dia banyak berdikari sebab masa dia membesar, arwah abah saya sakit, kena stroke dari dia tingkatan 2 kalau tak silap, kemudian dia 'berkhidmat' menjaga abah dengan emak, dan saya kira kalau dari jasa kebatinan, maksu paling banyak sumbangannya.

Saya menyumbang dari kewangan, sebab saya jauh di sini, tetapi rezeki Maksu memang murah,sebab saya nampak dia anak paling tak abaikan arwah abah dan emak saya, walaupun dia masuk universiti, tak belajar tinggi, cuma belajar kemahiran bakeri je, tapi sebab restu emak saya dan kebajikan dia pada arwah abah dulu, Allah sering permudahkan urusan kerja-kerja dia, dan kini setelah melepasi ujian ilmu jahat dulu, rezeki maksu tak putus-putus, ada je tempahan kek, roti, setiap hari, sampai tak terbuat dia. Moga ada rezeki boleh saya bantu dia beli oven baru nanti. Berbanding dua lagi kakak dan abang atas Maksu ni, ketegaq dan tak 'berjenis' kata orang Kedah. Maksu ni rezeki dia berpanjangan, dan dia dalam diam ikut cara saya, lebih kita masuk, lebih kita keluar hulur kat orang memerlukan.

Maksu selalu belanja anak-anak yatim sekitar kampung, hantar makanan, roti dll. Kekadang kalau hari tak sebok, Jumaat dia ngan Cik Lela masak-masak pi hantar ke rumah anak yatim. Jadilah, tak boleh sumbang besar, sumbang kecil-kecil, bak kata Tan Sri Syed Mokhtar, Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain, Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung..

Thursday, November 25, 2010

Cik Pasah Sendat bergelek..


Pheeewwww mengancam terancam nengok gambo ni..eheheh lama dah tersebar, tapi tak koser nak tengok.. tapi tadi tetiba rasa nak tengok, klik la.. cissss bakal menantu Tan Sri dot..dot...dot neh.. ishkk



Dalam agama kata perempuan baik untuk lelaki baik... begitulah sebaliknya.. baik-baik sahaja kan pasangan ni...loving doving gituk?? ko ada jenab?? senah?? bedah?? nan ado kan??? loving abeh ni.. bersama-sama pegi sambut party halloween ok.. lupe, nama pun kampung mana ko pegi ye dak.. kamonnn duk kl kena bersooooSIAL.. baru kelas...


Tak Boleh blah betoi jawapan fanatik CIk Pasah kita..

Kubur asing-asing katanya dik... ermmm pasai kubur asing-asing le kena kita jaga-jaga dik oiii.. kot leh share-share kubur, mau amek pakej duk sekubur dengan imam masjid, dengan al-hafiz, al-hafizah ke.. kot-kot leh tumpang ringan seksa kubur... ape daaaa.. cube pikiaq sikit sebelum cakap main redah je..

Ermm selebihnya no komen la.. gasak ko le pasah.. janji ko bahagia.. nasihat makcik pnut, kalau dah bersatu hati tu nikah jo la.. nunggu apo lagi.. dah tayang body melekat pekat gitu, takkan si jejai tu tahan nak tengok je.. nikah le kak oi.. pastu ko gelek le depan abang jejai tiap malam. Sekian terima kasih.

maleh la nak tulis lagi..
tata

Wednesday, November 24, 2010

Selamat Pengantin Baru Arif + Baizura Kahar


Selamat pengantin baru buat buat Baizura dan Arif. Actually, saya tak tau pun Baizura Kahar ni kawen dengan Arif.. Arif ni one of my officemate. Dulu la, dia baru je berhenti, mulanya ingat dia keluar dari office sebab pegi buat DPA, dan soon bakal jadi diplomat. Tapi rupanya Arif keluar dari office ni dan kerja dengan Yayasan Syed Al-Bukhary. Tahniah Arif dan Baizura. Ehehe dulu selalu masuk meeting bersama-sama Arif.. dan sesekali adalah nampak dia menjawab call dengan sopan-sopan dan romantik.. ahahah rupanya inilah buah hati dia.. pandai betul menyimpan rahsia. Rasanya sesuailah jodoh ni, Arif yang humble, tak banyak cakap, dan dihormati dikalangan staff bawahan, kerana jarang naik angin, dan cool sokmo.


Kalau tak, jadi bakal isteri diplomat dah minah ni. Apa pun saya memang suka Baizura sebab senyumannya sangat cantik pada mata saya, sweet, keanak-anakan dan manja senyuman tu. Dia cantik dan cute dalam filem SEPI, simple.

Moga berbahagia bersama Arif.

Sedikit berisi Arif, dulu agak kurus.

Baguslah moga Arif terus berjasa pada anak bangsa melalui kerja-kerja di Yayasan Al-Bukhary, satu yayasan yang saya kagumi dan segani, yang dinaungi oleh Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary.

Sebut Yayasan Al-Bukhary ni, saya selalu baca dan ingatkan 50 perkara tentang Syed Mokhtar ni, dan saya cube jadi sipi dari 50 tu pun jadilah. Panjang, tapi bacalah mana yang baik, kita leh jadikan panduan.

Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

50.Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergolong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunuhan kegiatan amal orang melayu dan Islam.

Kat Kedah ada kompleks dia, yayasan dia, rumah anak yatim, orang tua, ada tempat mangaji, ada komplek untuk orang islam berniaga. Moga Allah terus bukak hati dia dan berterusan sampai anak cucu dia untuk berbakti tak putus pada orang susah. Saya pernah baca wartawan tulis, Tan Sri tak suka diinterview media, malu nak cerita apa dia buat. huhu saya cari website pun tak dak. (erkk bezakan sifat ni dengan pakcik rambut kejung??)

Ermm walaupun ada orang kata Tan Sri ni memacam, berjaya kerana pengaruh politik la..sebab dia naik dengan Tun M dulu la.. so what?? itulah Malaysia beb. Realiti. Tapi setidak-tidaknya kejayaan tu tak masuk temolok dia sorang, dia agihkan pada orang lain, so alang-alang dia mengambil kesempatan, biar orang lain merasa, tak la kaya sorang, dongak tengok langit, rumput-rumput kat bumi tak heran dah.

Saya nak pegang kata-kata dia
* Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik

*Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik

*Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa

erkkk dan banyak lagi.. hampir semua kata-kata dia bagus utk jadikan panduan kita, terutama bab amal dan kebajikan tu, tak boleh buat yang besaq2 yang kecil-kecil pun boleh buat.

Ya paling bangga lagi, dia orang KEDAH.. hahahah ya jangan marah saya, saya KEDAHAN yang tetap KEDAHAN sampai bila-bila.. walau ko letak aku duduk paris, london, new york.. gua tetap anak pak din dan cik lela sungai layaq, sungai petani, Kedah mai. tak lupa asal usul punya. Tetap suka makan ikan sepat atau puyu pekasam, dengan sambal belacan juga...

tah hapa je.. dari nak story pasal kisah kawen Baizura + Arif, masuk topis Syed Mokhtar lak.

Monday, November 22, 2010

Khasiat Ikan Keli


Khas buat peminat keli semua.. terutama my darling pakcik gebu-gebu ku cayang... baca ni babah..

Kat rumah saya dua hero saya adalah peminat keli.. orang kampung saya kata like father like son la.. dan si kecik pun dah join, meminati keli dan ikan patin. Kampung sungguh taste depa, lainlah ai.. i makan solmom, tuna, dowry je... tak main le ikan kampung neh.. perghhh cakap mesti berlagak..



Disebabkan saya nak bagi sedap hari sendiri, saya mengoogle khasiat keli ni, dan berjumpa info ini.. tinggi dha dan omega 3 tu.. baik untuk otak.. DHA penting untuk perkembangan otak ye.. tu sebab susu-susu bebudak ni kalau dok tinggi DHA tu mahal kemain, kiranya setin susu depa hok 1.6 atau 1.7kg, mahalnya yong oi. Sebab katanya susu-susu tinggi kandungan DHA, dan segala neka khasiat.. cisss bagi makan ikan keli pun byk DHA dan omega 3 rupanya. Actually ikan, apa pun ikan mmg tinggi kandungan omega dan DHA, dan keli antara yang tertinggi DHA dan omega, camner pulak ikan patin hok lemak berkepuk-kepuk tu ek.tak der info pulak.

Ok.ok.. baca sendirik ok.

KHASIAT KELI

Selain mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi yang datangnya dari sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak yang banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. "Kebaikan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain.

Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, Ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA. Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan banyak kebaikanya.

Kandungan khasiat Omega-3 Ikan Keli antara tertinggi
(Berita Harian, Jumaat –4 Oktober 2002)

Kuala Lumpur (Malaysia) –Technology Park Malaysia (TPM) menerusi penyelidikannya mendapati ikan keli atau nama saintifiknya, Clarias gariepinus, mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g).

Kadar lemak dalam ikan keli (9-12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.



Ni pulak info tak kurang pentingnya buat panduan kita.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
• Kepala berbentuk 'V'
• Bentuk badan mirip torpedo
• Badan berwarna hitam berkilat
• Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
• Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
• Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
• Kepala berbentuk 'U'
• Bentuk badan tirus
• Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
• Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
• Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
• Digoreng tidak meletup



Ikan keli ni kalu goreng rangup-rangup camni, kemudian ada sambal belacan dan ulam sudah cukup membuka selera.. makan nasi dengan keli rangup, nak pulak panas-panas.. pergghhhh wa cakap luuuuu leleh sampai lutut ayaq lioq... (gambar google)


Kat rumah kami suka kelar ikan keli rapat-rapat camni, kerangupan mantap, tahap nak tokak sekali ngan kepala dia.. (kamus kedah tokak=gigit) -gambar google


Ni ikan keli kami bakaq 2 minggu sudah, (gambar sendiri)

Di masak keli sambal pun sorga... pergghhhh (gambar restoran usop selam)


Dulu-dulu saya tak makan ikan keli, tapi berkahwin dengan pakcik gebu, kat rumah depa mesti-mesti ada ikan keli, dan digoreng garing begitu saja, hampir setiap hari ok... sanggup nak tengok je... pastu try la ape sedapnya keli ni.... sekalikkkk memang sedap noksss mak sentap terus declare jadi peminat keli. Tapi entah, sejak akhir-akhir ni kurenggg dah tekak acik nak menerima keli ni, mungkin sebab dah hampir setiap hari juga ada keli kat rumah meks.. muak rasanya, tapi aku heran dua hero ni anytime keli pun tak per.. kot la kat rumah keli.. kalau-kalau pi makan lunch kat luaq punn keliiii jugak depa ambik.. adoiiii si kenit ni pun pandai dah.. nak pishhhh pishhhh pishhhh (ikan le..)

Barakit-rakit ke hulu...berenang-renang ke swimming pool


Aktiviti Pnut and co.

Pusat rekreasi Air Presint 5 Putrajaya.
Ingat lagi dulu masa kolam ni baru-baru bukak, orang tak ramai, dan seronot bawa si abang Najmi mandi kat sini, sekarang ramai sungguh, tambah pulak cuti sekolah ni, lagilah.. seronok kat sini sebab kolam dia besar. Alesya mandi diawasi bibik. kata si adik "mandi beshhhh" eheheh


Suka beno le main air kan..




Si abang, tak main beb kolam kanak-kanak.. member terjun kolam bapak budak, beso kolam ni, size kolam sukan olimpik katanya.. eheheh risau juga betoi ka si abang ni dah terrer berenang.. tapi member dah berani berenang kat area 2.0 meter dah.. mama juga terapung pun tak reti, asyik tenggelam..ahahah jiranku bila mau session lagi??

tu dah sampai ke tengah dia kayuh


terjumpa partner in crime, si Iwan kat sana, hehehe sempat dia depa lawan berenang..hahah tapi biasalah.. ko buli anak aku ek Iwan???




Best kat sini, kat Putrajaya ni, banyak presint ada pusat kegiatan (riadah mereka) dan dilengkapi gym dan kolam renang. kat presint 16, dan presint 9 tu penuh sangat, terlalu ramai, walaupun kat presint 16 ada kolam berbayar juga, tapi kecil, sesak dengan manusia. Kat presint 5 ni walau ramai, tapi oklah kolam dia besar. terutama kolam dewasa, puaslah depa bermandi manda.. si adik masih kecil, tak reti berenang lagi, mandi kolam kanak-kanak..ehehe dik tunggu ye dik, nanti training berenang dengan auntie Zah dan Auntie Raja sebelah rumah kita dulu ek, cam abang. heheh doakan Auntie Zah cepat sembuh kakinya nanti leh ajar adik berenang pulak, cam auntie ajar abang berenang.

Panduan kalau nak datang sini dari luar, korang cariklah PICC, make sure korang berada di hadapan PICC, (mengadap bendera banyak-banyak depan PICC) betul trafik light situ, then amek kanan... sampai nampak hotel pullman sebelah kanan nanti, turn situ, dan terus ke Pusat Rekreasi Air situ. sesat, call je duta putrajaya-acik sapinat, dia boleh guide kan.. hiks.. dokek je ngan rumah ai ni.. jalan kaki pun sampai..hiks.. ye la sampai, cuma penat nak mampos je la

more story pasal kolam ni. KAT SINI tak caya nengok, dulu sepiii takder orang dan kat tempat ini juga kami Posing amek gambar family ngan AJid cantik ooo tmpt ni

Ini namanya lawan tokei..


Selamat Pengantin Baru Elyana..

Cantiknya dia.. dia ni memang sweet, muka comel, suka tengok.. dia ada satu daya tarikan, bukan cantik, tapi cute. Saya suka tengok dunia baru dulu tu, sebab dia ni la.. dia ni dengan Tajol tu.. saper nama mamat tu tah..


Mekap yang simple, tapi cun gilos hasilnya.. terrer aaaa tukang mekap ni, artis-artis ni dah biasa bermekap, so bila nak kawen tu bukan sonang nak naikkan seri pengantin tu.. tapi mmg sweet elyana warna baju lawooo dan dia pun lawoo baju tu pun lawoooo..



Pelamin ala-ala morroco ke? arabian neh?? gasaklah..tapi memang lawooooo

Pic credit kat budiey.com..


Oklah cukuplah elyana kawen tu..

ni la nak kata lawan tokei ni...
Maksu (adik saya) sakan bisnes la ni.. Alhamduillah.. rezeki.. ingat tak dulu, masa dia baru abeh belajar bakeri, dan mula berniaga, wallahualam.. kisah misteri yang berlaku memacam kan?? sampai tahap, malam-malam ada 'makhluk' mai cekik dia.. emak saya nampak, tapi tak leh nak buat apa, macam terkunci.. esoknya lebam abeh dahi dia, tubuh badan dia. So maksu dah berpindah, sewa tempat lain, dan sebelum masuk, buat tahlil, yassin dan 'pagar' rumah.

Ermmm benda-benda ni kita susah nak percaya, selagi tak kena kat batang hidung kita. Tak pernah kita terfikir nak berniaga nak kena 'pagar' tempat kita nak berniaga, kita tak tau siapa musuh kita, tetiba ada je dihantar hasad dengki. Dulu saya janji nak cerita kan? tapi tak payahlah benda dah lepas, nak cerita pun seram dengan apa yang berlaku dulu. Harap sesiapa yang membaca ni, ambil itkibar, kalau nak masuk rumah baru, hendak mulakan perniagaan, seeloknya kita 'pagarkan' diri kita dengan ayat2 Al-Quran dan amalan2. erkk jangan buat kurafat pulak, berdosa besar.

Tapi Alhamdulillah, masuk tempat baru, rezeki maksu bertambah-tambah. Jangan lupa bayaq zakatttt nooo adik.. biaq berkat.. Tak guna untung besaq, tapi nak keluarkan zakat kedekut, biar untung tak banyak mana, yang penting dikongsikan dengan orang lain yang jauh lebih susah dari kita.

Kek 2 tkgt maksu buat, kalah dah kak dia ni..



Door gift bag. Dia buat complete package, ada muffin, beg, jajan-jajan kerepek, gula-gula, ikut budget pelangganla.. siap packing semua (ehehe tima pakcing cik lela pun kena turun padang)




Kek kawen lagik...



lagikk


dan lagikkkk..

*semua pic saya cilok dari FB dia je.

so belah-belah utara, kedah, pulau pinang, kot ada nak tempah muffin untuk majlis kenduri kawen, akikah, doa selamat.. leh la cube tempah ngan maksu.. sms or call dia 013-440 2686 (wani), hiks, habaq kat dia, kawan kak pnut, leh dapat diskaun dak... tapi believe me, harga dia ni murah lorrrr... pemurah gila makcik ni berniaga.. harga dah la murah, hok bagi..free-free tu tak kira lagi.. ehehehe, taperlah, biar pemurah jangan kedekut. ..

Sunday, November 21, 2010

Invitation from CRAYON producer to blogger


Sticky Mode, sampai hari majlis.. entry baru kat bawah..


Dear my friend blogger semua..
Dah tengok movie Crayon??? kalau belum cepat pi, sebab esok last main kat GSC.. opsss sedih..movie yang bagus, tapi tak mendapat sambutan, dan bila melepasi syarat wajib tayang, kalau panggung tak nak mainkan dah enough la.. tapi kat TGV masih dimainkan.

Ok, saya ada msg dengan Dean pengarah filem ni di FB, and ada inform Dean, saya boleh minta tolong blogger untuk promote filem ni, ehemmm but it's too late la. kan..

tetapi Dean minta saya hubungi Elis, orang kuat penerbit filem ni, dan Elis ingin saya mengajak blogger yang ingin turut serta program mereka. Programmnya kat bawah ni.



dan ini maklumat dari penerbit :-

The kenduri gathering with anak2 yatim is one of our efforts to help the unfortunate along with our message of hope as disseminated in CRAYON.
Kita tak expect apa2 pun dari bloggers other than be part of our team to docsr. (this is bila saya cakap, takut blogger tak nak cover event ni, sebab program dibuat kat rumah anak yatim, and blogger hanya highlight event bukan filem, jawapan dia very humble kan?)

In any case, the persembahan will be as follows:-
1. Persembahan nyanyian oleh anak2 yatim
2. Persembahan tarian dari anak2 yatim ala2 dance michael jackson yg ada dalam CRAYON
3. Persembahan tarian "shuffle" oleh adek Joshry Adamme (Afiq)
4. Persembahan nyanyian lagu "SATU" (last song in CRAYON) oleh Faisal Abdullah (Rafaat) dan saya (lagu yang saya kata best sangat tu)

I'll try to be there @11, and rush balik ke Putrajaya by 3pm, sebab ada komitmen lain pulak. Harap ramai blogger akan join ye..

Bloggers... please.. i need your help, please spread this.. copy paste entry saya ni, and letak kat blog masing-masing, sebarkan... jemputan ini khas buat blogger sahaja, free media, cover event ni, Insya-Allah next time, next movie, producer dah tau siapa diaorang akan invite for film launching akan datang. Kalau yang belum menonton CRAYON, please do, kerana saya jamin anda semua puas hati, cepat.. pawagam dah nak hentikan tayangan... give last minute support.. Siapa dah copy paste entry ni, please tinggalkan link saya akan fwd kepada penerbit, utk reserve invitation. And please make it sticky mode kat blog masing-masing until Sunday boleh?? kalau boleh la.. jasamu ku kenang buddy.

Dan blogger yang confirm nak join, please email me, senangingat@yahoo.com untuk saya kumpulkan semua nama ye.. thanks..

Friday, November 19, 2010

dah cuti sekolah yeayyyy!!!


Ini hari, hari Jumaat... esok hari, hari sabtu, sekerat hari, hari Ahad, public holiday... i love sunday... i wish everday is a sunday... hiks..

Dah cuti sekolah, aduhaiii legaaanyaaa emak-emak cam saya ni yang menjadi supir dipagi hari, tengahari ambil anak, hantar balik rumah, pastu berkejar balik ke opis.. rutin beb..rutin.. setiap hari.. so bila cuti sekolah indahnya... boleh rehat-rehat... rileks-rileks masa lunch time tu.. lena barang seround.

Cuti sekolah juga, emak bapak selalu dok plan-plan nak bawak anak-anak bercuti sana sini, bertuah budak sekarang. Erkkk biasanya emak-emak le sebok..pak-pak kalau cam pakcik gebu tu, entah.. tak der apa pun, selalunya saya la tukang merancang, dari cari tempat nak pegi jalan, book hotel, survey jalan maklumlah tak dak gps pastu survey dah sampai situ, mana tempat best nak jenjalan..

Kami merancang balik kampung je, dah alang-alang balik kampung, dan sepupu kawen kat Penaga, Butterworth, so kami nak berjalan ke Penang je la.. pegi toy muzium, pekena nasi kandaq line clear, pi tanjung bungah ke. lepak pekena pasemboq kat padang kota.. malam pi pesta penang. lama tak pi pesta penang, tak ingat bila last pi.. rasanya sebelum Najmi lahir pun pi pesta penang.

See saya yang sebok merancang. Takper, bab kena keluar duit biar pak depa ni pikiaq noooo, saya bayo part-part hat murah dah le.. cam parking, tol feri/jambatan, beli jajan.. hiks... ingat konsep..kedekut..hahaha

ermmm saya dulu cuti kaaa tak cuti kaaa... duduk sungai layaq tu je la.. paling hebat balik Penaga, kampung mak, setengah jam sampai dari sungai petani. Tak merasalah nak berjalan keluar dari dua tempat ni, aterr abah kereta pun tak dak. nak berjalan ke mana?? tu pun pi Penaga, kalau Pak Ngah saya mai rumah emak, saya pun ikut balik, pastu nak balik semula ke sungai layaq, saya tumpang kereta tokei cina kedai hardware tepi rumah arwah tok. Hok Heng nama dia, Hok Heng ni duk sungai petani. so saya ditumpangkan dengan cina ni. IShkk pikiaq balik percaya depa kat cina ni nooo... la ni saya jadi emak.. tobatlah saya nak bagi anak dara saya tumpang-tumpang kereta orang camtu, dengan sedara mara pun saya berat nak lepaskan.

Balik Penaga, taikooo beb.. cucu sulung katakan. Main tan hengat la.. badan bau hangit la.. berpeluh ketiak, terbakaq.. dok main kat bendang.. kalau time bendang kering, main wau... kalau padi tengah hijau/kuning, dok main tepi bendang saja, bawah pokok pelam, ataih pangkin main ramai-ramai kat situ. Kalau musim kerat padi.. apa lagiii aktiviti biasa, seluk ikan timeee!!! Penat main, pi kedai laksa mak ngah, beli laksa 5 kupang, ais kepal 3 kupang. Ais ni disagat.. tak tau la.. budak la tak pernah nampak dah sagat ais ni.. bukan ada apa pun, ais yang disagat (cam parut la) pastu letak air gula (sirap) pastu tabur kacang tanah tumbuk..sedapnya..tahap leh eksen dengan semua makhluk masa tu, termasuk lembu yang makan rumput, dan hirup air lecah (becak) je.. apeee barang.. gue ada ais sagat beb.. ape barang minum air kotor... hah camtu le lebih kurang tahapa eksen sebab ada ais sagat tu..

Biasa beli laksa mak ngah ni sambil main kayuh basikal keliling kampung, laksa tu makan pakai jari ja.. boh dalam plastik..pastu kuah dia, sedut dengan straw.. indah betul masa tu, dan masa tu, laksa mak ngah kita paling femes la kat kampung tok masa tu.

Tu la memori-memori cuti sekolah yang ada. Masuk je sekolah mula cikgu BM suruh buat karangan mengenai pengalaman cuti sekolah. Cam takdak modal lain.. asal lepas cuti kompem kena buat karangan tu.. tapi masa tu budak bebbb tak main le nak buat karangan balik kampung seluk ikan, naik 'gerek' (basikal) keliling kampung, dan terjun ban (tali air) tak glemer noks.. malu nak story.. dulu la.. la ni bila ingat manis rupanya kenangan itu, ada duit sejuta pun belum tentu dapat kembali semula saat itu.

So karangan hantaq kat cikgu, kompemlah aku kelentong.. mesti story, cuti sekolah saya pergi 'tanjung' (penang) sebab itulah tempat paling jauh pernah pegi. Pegi dengan sapa tak ingat dah.. pegi naik bukit bendera, mandi-mandi tak tanjung bungah dan lepak pantai batu feringghi. Jadi tiap tahun, tu le cerita aku dok propah.. hahaha padahal sekali je pi, tapi cerita dalam karangan tu macam tiap tahun pi.. ahahh ater, darjah 4 cikgu BM orang lain, darjah 5 cikgu lain, darjah 6 cikgu lain pulak.

hahahah indah kenangan lalu.

Thursday, November 18, 2010

Aidil Adha 2010


Hai..auntie uncle semua...
seronok tak beraya? adik sukeee sangat.. sebab dapat pakai baju ni.. masa mama keluarkan baju ni dari almari, adik dah excited, dan jerit-jerit nak minta mandi, nak pakai baju ni, tapi mama kata tunggu dulu... frust adik.. tapi taaddaaa lepas mama pegi solat aidil adha, bibik pun mandikan adik, dan pakaikan baju... adikk sukeeee sangat. Adik rasa ni tahun depan kompem adik tak muat dah pakai baju ni.so adik melaram puas-puas ini tahun.. ni adik ngan sanggul ciput adik...




Malu-malu sebab mama, babah dan bibik cakap adik cantik..comel.. ai malu youuuu...


Adik, pose senyuman paling ayu...ehehehe


Menu hari raya kami... Mama masak rendang ayam, ketupat palas, nasi impit, kuah kacang.. tu je.. tak sempat masak yang lain, sebab hari selasa tu mama masih kerja, lagipun ingatkan tader saper nak datang, rupanya ramai lak yang datang, acik-acik jiran-jiran datang, kawan-kawan mama datang, sedara-sedara babah datang, along pun datang, adik rindu along, sejak along dah pindah duduk rumah bujang kat shah alam, along sebok keja, jarang ada masa datang main-main ngan adik.




Ketupat palas mama...



Petang tu, sedara-sedara babah cakap nak datang, babah suruh mama gorengkan bihun, tapi mama kata sayur ada cuma kobis, pastu leceh, nak masak, renyah, jadiiii mama buat yang paling senang dalam dunia, buat tomyam... dan celur bihun, jadilah bihun tomyam. cepat dan mudah sisediakan, tak sampai sejam, dah siap boleh makan..

Sepanjang hari adik tak tido tau.. asyik main je... pukul 6 adik tak tahan dah, adik tadah kepala landing kat atas sila babah, babah gosok-gosok kepala adik, terusss adik zzzzz sampai ke malam, tido dengan kebaya.. vouge adik.. tapi pukul 8, mama kejutkan adik, adik meragamlah, tak tido lagi, mama bawa adik ke bilik air, mama mandikan adik sikit-sikit, dah malam tak elok mandi malam, pastu mama tukar baju, pakai diapers baru.. dan adik meragam terus.. mama kasi susu dan adik sambung zzzzzzz, sampai ke pagi ni.

oklah adik nak main-main lagi.. biar mama lak tulis ek...
tata... Oh ya adik lupa, mama cakap semalam hari raya haji, adalah ulang tahun kelahiran abang mengikut kalendar islam. Abang adik dilahirkan pada hari raya aidil adha, babah adik sampai tak solat raya pagi tu, sebab dok tunggu abang nak keluar kat hospital, babah takut terlepas peluang nak tengok abang 'fresh' from tummy mama. So sepanjang pagi babah temankan mama tunggu Q nak masuk OT room. tapi akhirnya kata mama, petang pukul 3.54ptg baru abang dikeluarkan. Selamat Happy besday abang...

Mama tulis...

Tengkiu adik.. muaahhsss...
Terima kasih kepada kawan-kawan yang datang, sedara mara.. eheheh mulanya risau takut rendang ayam berlambak tak abeh, tapiii abehhh licin.. sukeee ai.. ketupat masih ada sikit lagi, jap lagi cari serunding je la..buat cicah2

Dah start cuti sekolah... aura mak tiri pun mula akan diseru... setiap malam kena tandakan semua page mukasurat buku-buku latihan si abang, kalau tak buat camtu, alamatnya dari pagi sampai petang, keja dia melangut tv je... terpaksa la buat camtu.

Hari tu saya borak dengan sorang kawan ni, katanya anak-anak dia akademik kureng.. maths, bi, sains selalu teruk.. malah ada yang pernah tak lulus maths, kalau dapat markah 60++ pun dah kira baik dah. tetapi subjek agama, pendidikan seni, muzik, markah semua bagus. Tapi tu la sistem pendidikan kita mana pandang semua tu.. ingat tak saya tulis entry ni? ISU SERIUS kesian anak-anak macam tu, hak mereka untuk diberi penghargaan dalam subjek kesukaan mereka tidak dihargai..

Itu hari saya borak dengan sorang akak ni pulak, katanya sekolah anak dia mengambil kira semua subjek, termasuk lukisan, agama, muzik.. so katanya lebih adil begitu. oo ada juga sekolah camtu ek..saya ingat semua sekolah mengamalkan dasar kira markah co-subject je.. saper cikgu boleh tulung jelaskan??

Monday, November 15, 2010

Tayang Menayang Amalan Kita..


Saja nak dera orang-orang kampung hat duduk luaq negeri... saper soh dok luar nagera.. dengki

Tak dak modai update blog.. tayang gambaq sudehhhh, sessi malas melanda.. mood raya haji beb.. walaupun tak balik kampung, raya tetap raya, semalam dah beli daun palas, beras pulut, kacang, barang2 nak masak rendang, kuah kacacang, nasi impit.. soooo sapa tak balik raya, tapi nak makan ketupat palas, nasi impit kuah kacang jemput mai rumah noooooo...

Oleh kerana saya pemalas, maka saya tunjuk gambar menu menambah kolestrol ditubuh pada hari sabtu nan silam.

Masak lemak jantung pisang + ikan masin


KERABU CACA MARBA HENTAM IKUT SUKA kerabu ni memang sempoi



KUNG POA CHICKEN always favourite dalam rumah kami, dari budak-budak, pak budak, sampai bibik suka bebenooo buat pun sonang, dan mudah... ikut resepi lama tu saya gunakan capsicum kan? tapi saya tukar guna kacang peas dalam tin tu, maleh boh capsicum depa ni tak berapa gemor.



Ulam-ulam dan sambal belacan


Ayaq asammmmmm... ni la best ponnnn...



Tadaaaa makan dengan ikan keli bakaq.. bakar sendiri wei.. percik tu senang je buatnya...
*Cili kering, (agaklah dalam 10-15 tangkai, ikut hang pa la pedas cemana, lengkus besaq ibu jari erkk ibu jari kaki, kalau ibu jari tangan kecik lak, pastu bawang putih + bawang besar (lebey bawang best, sedap, manis-manis) pastu blend semua bahan, kemudian masak dengan 1 cawan santan pekat, tambah air sikit dalam suku cawan, then masak sampai agak kekeringan, boh garam, gula, dan tomato sos (rasa secukup rasa, oklah) pastu bako ikan sambil percik-percik ala-ala renjis..renjis dipilihhh



Acik nak ikan kembung juga.. tak berapa gemor ikan keli. boleh la makan, tapi tak berapa.. tak macam dua hero saya, depa dengan ikan keli.. hishhhhh suka sungguh, stok ikan keli kompem kena ada, kalau takder, macam derhaka je rasanya.



Dannnn lastt puding atau dadih (beli ready made tu, balik masak ngan susu, air, boh gula sikit je, sikit je gula, dan gula paket dia bagi pun kami guna separuh je, maleh manis-manis.. boh dalam bekas taufu faa, then telangkupkan.. nampak hebat sikit ye dak..



Ok byeeee.. dah nak cuti sekolah..syioknya..tak payah jadi supir setiap pagi dan tengahari.. yeayy leh tidoqqq masa lunch...

P/s Update sikit, bertalu pulak emak-emak budak ni tanya saya, cemana basuh ikan keli dengan betoi, sebab hanyir kan?? erkk cara saya, mula basuh bersih, buang darah dan lendir tu.. kemudian, saya rendam dengan asam keping..rendam kejap dalam beberapa minit, kemudian basuh lagi, buang lendir, bilas, then rendam dan basuh-basuh ikan dengan limau nipis lak, perah dan biar ikan tu ber sauna dengan limau nipis beb, Insya-ALlah menawan ikan keli tu

Friday, November 12, 2010

CRAYON - THE REVIEW


Saya dah tengok crayon, semalam di Alamanda, so damnnnn good la, this movie...



Filem ni di arahkan oleh Dean Baharudin, erkk mamat ni encem ek?? suke..suke...suke.. opss lupa dah anak dua makcik sapinat ni.. erk shud tgk video la beb, terserlah kehenseman mamat ni tau..


U guys, kalau kamu sukakan filem-filem arwah Yasmin Ahmad plis pegi tengok ini movie, kamu takkan menyesal. Camner saya nak kabo ke-best-an ini pilem?? saya bukan seorang pujangga yang pandai bermadah dan memujuk rayu, saya akan ulas in my own way.. the only Pnut in the world. Occayyy??? Erk saya tak kata, Dean takder identiti sendiri, dan dibayangi Yasmin Ahmad, tetapi mereka mempunya satu tarikan tersendiri masing-masing.



saya ulas dengan menjawab soalan leh? ala syok sendiri, sendiri tanYA sendiri jawab.. ops jangan marah, saya kata Pnut cuma ada satu dalam dunia, and i'll do it on my own say. sile jangan tiru.

Kenapa filem saya nak tengok filem ni?
1. Sebab pengarah dia hensem, ok itu acah je..
tak..bukan sebab Dean hensem, tapi saya amat tertarik nak tengok filem ni apabila saya baca artikel dalam surat khabar mana tah, menceritakan mengenai Dean, dan filem arahan dia. Background Dean bukan calang orang, dan saya teruja nak tengok filem ni, kerana saya yakin mesti best filem ni, sebab dia tak perlukan mat rempit berlakon dalam filem ni, dia tak perlukan bohsia pakai baju terlondeh untuk filem ni, dia tak perlukan adegan 18sx samai tahap pelakon kena mandi wajib untuk filem ni. Dean kata dia buat ni untuk kepuasan diri dia sendiri, dan mau dkongsikan dengan orang lain (eh ni dia tak kata, saya agak je la..)

2. Saya rindukan karya Yasmin Ahmad, tak dinafikan bermula dengan era iklan petronas, saya terlalu minat karya Yasmin Ahmad. saya impikan ada seorang pengarah boleh membuatkan saya teruja untuk menantikan hasil karya mereka. Dan saya nampak benda itu ada pada filem ini, atas arahan Dean. Bermula dari pemilihan pelakon, saya yakin saya tak silap untuk memilih untuk menonton filem ni, Adibah Noor yang sizenya lebih kurang size saya, hahah ada satu babak dimana balaci bank datang nak halau Adibah Noor (Mak Engku)dia siap kutuk, ehhh ni gemuk.. eh ni orang ke almari?? pastu dia gelak.. ahahh Joey, i like him, walaupun skrng nyampah giler dia skandal watie Elite tu. ok itu point kedua kenapa saya nak tengok filem ni. aku pun tak tau apa pointnya, pepandai le korang cari tang mana pointya

3. Saya nak si Abang Najmi tengok, dan hayati erti kasih sayang sesama manusia. dan walaupun kita kata duit bukanlah segalanya, tetapi dalam dunia realiti, duit itu membawa makna sebesar-besarnya dalam kehidupan ini, dan saya nak dia hargai erti kasih sayang. Bukan dengan keluarga, tetapi dalam masyarakat. Dan saya tau filem ini berikan itu semua.

ok cukup 3, lagi banyak aku boh kang lagi merapu sebabnya.

Anak-anak...soalan kita seterusnya ialah...

Kenapa saya kata filem ni best??
1. Sebab ianya memang best.. takkan nak kata tak best. terimalah hakikat.. ianya memang best. diulangi..BEST!! ulang lagi sesuka hati.. BEST!! apee tak puas hati?? ok ulang lagi... BEST.

2. Best kerana ada Adibah Noor. Saya tak perlu ragu kalau Adibah Noor berlakon, dia pegang watak utama dalam ini filem, bak tagline produk jagaan diri "gunakan tanpa was-was" so boleh menonton tanpa was-was.

3. Best kerana, seorang pengarah yang berani akan berani mengambil para pelakon yang bukan dari arus perdana, dan tip top melatops untuk berlakon filem arahan dia, sebab dia tau dia bagus untuk mengarahkan orang berlakon, ko bagi tiang lampu letrik LLN dulu pun dia boleh buat tiang LLN jadi tiang TNB atau tiang telekom. Itu yang ada pada Yasmin Ahmad. Mislina adalah pelakon bakat besar yang tak dipandang pengarah lain, tapi Yasmin jadikan dia pelakon yang Superb. Dalam telentime, siapa sangka Jaclyn Victor boleh berlakon dengan baik, dan hero filem tu entah siapa-siapa pun, begitu juga Muhsin yang juga entah siapa-siapa pada ketika itu. Begitu juga pengarah Slumdog Millionare, siapa kenal pelakon kanak-kanak jalanan itu? tapi macam mana David angkat filem tu sampai leh menang banyak award.

4. Saya suka filem yang simple tetapi menarik. Jalan cerita filem ni simple dan tipikal. Tetapi ia tetap menarik untuk ditonton, kerana ia menghiburkan. Ada banyak emosi dalam filem ini, di satu masa kita ketawa berdekah-dekah, sampai keluar air kenc*ng mata, sekejap kemudian pulak, kita lap-lap air mata dengan hujung tudung, dan pura-pura bersin agar tidak diketawakan suami yang berjiwa kental. all in one.

5. Saya suka kerana filem yang simple, pengarah yang sempoi, dan pelakon yang hebat, mereka berlakon macam tidak berlakon. lontaran dialog diucapkan selamba dan seolah-olah kita sebahagian dari filem itu, kerana itulah percakapan kita seharian, bukan macam filem Pak Usop yang memerlukan penghayatan watak yang emosi sangat dibuat-buat. Dalam filem ini, samseng pun ada kelemahan, iaitu suka menangis, dan suka dipujuk, dan pandai memujuk..siap peluk-peluk hug2, dan minta maaf.

6. Pemilihan lokasi, rumah lama (kita boleh nampak suis board lama, dengan pemetik suis bulat yang masih ada kat rumah cik lela lagi sekarang, mujur masih ada kat rumah cik lela, kalau tak dak, anak saya tak tau cemana rupa suis bulat hitam tu. Rumah tu memang cantik, dan antik, we only can see the 'props' macam tu dalam filem Yasmin Ahmad before. Rumah lama begini actually melekat kuat dalam diri kita, sebagaimana kita semua membesar di era-era rumah kolonial begitu. Saya pernah diami kuarter lama yang begini, di Kodiang suatu ketika dahulu.

7. Filem ini penuh sindiran, amat sinis sekali. Itu saya tulis bagi soalan kita seterusnya nanti. Saya suka filem yang menyindir, dan mengetuk kepala orang-orang tertentu. Rasuah, pemimpin tak betul, dan banyak lagi.

Gambar hiasan, suis lama, ginilah dalam ini filem.



8. Best filem ni kerana, mereka buat filem ni dengan very limited budget, tetapi meraka hasilkan sesuatu yang luar biasa menarik untuk kita semua. Saya tengok semua youtube the making of mereka, peralatan mereka gunakan bukanlah canggih dan biasa sahaja. Tetapi hasil sentuhan jurukamera yang baik, pengarah yang baik, dan score muzik yang baik, apa ada dengan duit beb??? u can do much better if you know how to work, bak kata wonderpets.. apa yang penting??? Kerjaaaaasamaaa.. Lagu apa ek dalam end of film ni? best gilak beb.

9. Lagi sebab kenapa filem ni best ialah, kerana Kahoe yang ala artis Korea atau Hong Kong tu pandai bermain emosi. Kalau dalam telentime kita tengok Kahoe bermain emosi dengan tekanan dari ayah dia, dan sakit hati pada Hafiz, tetapi dalam filem ini Kahoe bermain dengan emosi dia sendiri. Dia ekpresskan muka penuh rasa bersalah kerana tidak dapat menyelamatkan Afiq yang terperangkap dalam kebakaran.

10. Best lagi ialah sebabnya emosi kita bercampur aduk, sekejap kita ketawa, sekejap kita menangis, emosi bercampur, pastu tak der hero dan heroin, sama rata, semua watak adalah penting. saya suka lakonan begini, tak ler tunjuk hero pada satu watak..ciss.. even masa Afiq terbakar, saya berharap agar ada babak Afiq akan muncul dari tepi rumah dalam keadaan selamat.. tetapi tidak berlaku, Afiq mati terbakar, dan tiada babak, Afiq terbakar dengan kesan melecur dari mekap artis yang teruk. No tak perlu itu, kita tahu Afiq mati terbakar.

ok soalan seterusnya..

Babak atau skrip mana yang best?
1. Dalam bilik Adam dan Rafaat. Rafaat solat, dan Adam muncul, dengan berhati-hati Adam lalu belakang, dan Adam baca satu kata-kata petikan dari Al-Quran. damn saya lupa apakah nya, tetapi amat menarik, dan Adam kata kenapa dia tak pernah nampak benda ni, Rafaat jawab, memang la tak nampak, sebab dia terlindung, duduk belakang, tak sapa nampak. Yes.. erkk korang fikir sendiri kenapa. saya tengah cuba ringkaskan.. hiks

2. Babak semasa sessi perkenalkan diri Rafaat dan Adam, Rafaat bertutur dengan penuh bahasa baku dan macam baca buku teks bahasa melayu. Kelakar. Last makcik gemuk yang disuruh panggil Mak Engku tu speaking London occay.. bila diaorang cakap dari singapura, Mak Engku buat muka teruja dan cakap "Eh, at Singapore, their toilet outside a?? we are in Malaysia, our toilet inside, not outside" ahhaha kes Rafaat nak terkucil, tapi masuk dalam bilik stor barang kat luar rumah. hahah cute.

3. Pastu babak Adam tanggalkan topi, dan Mak Engku over-over gedik kata, dah la berbudi bahasa, hensem pulak tu. teruss suruh panggil Kak Engku. ahhaah dan babak kat tepi pantai, dimana Adam tanggalkan baju nak mandi laut, dan Mak Engku tengok dan buar ketap bibir.. Grrrrr... aumm... hahahah comei.

4. Babak dimana samseng Joey yang tak ensem datang dan marah-marah dan usik Mak Engku. Bila masuk dalam rumah, Adam dan Rafaat tanya, siapa tu? kenapa dia marah? boifren ke? suami ke? dan Mak Engku membalas "eh sorry, macam tu korang kata boifren? suami?? please.. i ada taste occay," hiks..

5. Kesemua babak samseng manja-manja suka merajuk dan dipujuk.. hahaha sweet. Memang cantik watak tu dibuat. Sorang samseng, asal kena tinggi suara dengan samseng sorang lagi, terus buat muak cembeng, dan menangis, terpaksa samseng sorang lagi hug dan pujuk-pujuk..sorry..sorry..alaaa tertinggi pitching sikit je tadi.. kalakar ok.

6. Babak dimana Afiq nyatakan hasrat nak pegi KL dan Singapore, tak pernah pegi, dan dia lukis gambar pemandangan KL dan Singapore dalam lukisan dia yang untuk dilelong (dapatkan duit amal) sedih babak ni.

7. Babak bank GRDY call dan nak kutip hutang, (this is laki meks habaq maksud tersirat) masa awek bank call kata dah 3 bulan tak bayo hutang, Mak Engku explain, kenapa tak dapat bayar, tak cukup duit nak operate rumah anak yatim tu, dan awek ni tak dengar pun, dia take off earphone, dan loudspeaker, sambil dia asah kuku, pegi jalan-jalan dalam opis, until Mak Engku nak abeh cakap, baru dia angkat phone dan jawab, kita tak tau apa semua, kita tau u kena bayar. (ya itulah senarionya, bank peduli ape anak ko tak makan ke? bini ko sakit ke.. laki ko sakit ke..hutang tetap hutang, harus di bayar,pedulik apa semua alasan)

8. Skrip-company hanya fikirkan profit-profit, mereka tiada tanggungjawab sosial, meraka hanya mahu untung, mereka tidak peduli nasib orang susah, mereka yang memerlukan. This is Malaysia bro..Malaysia, all about money. money, u ada duit, u boleh buat apa saja, kata Adam. Masa stesen tv interview, Adam cakap, company tak boleh ka menolong dengan ikhlas, bagi derma kemudian panggil media tunjuk menderma, bla..bla..gitulah, tapi ayat dia indah la.. makcik pnut lupa..

9. Rafaat bagitau Afiq, Singapura kecik, tapi teknologi dia canggih, sindiran. Afiq tanya Rafaat pula, Kenapa singapura berpisah dari Malaya? dijawab "biasanya kalau ada dua pendapat, orang ni nak buat itu, orang ni nak buat itu, kalan terbaik, berpisah.

10. Erkk banyak neh, panjang karang tatau... hiks.. ok babak lain yang best, bial Mak Engku terharu diaorang buat konsert amal, dan anak-anak yatim menyanyi lagu Ibu..Ibu... engkaulah ratu hatiku.

11. Skrip "kita memang tak boleh ubah apa yang sudah berlaku, tetapi kita boleh ubah apa yang akan berlaku dimasa hadapan" yupp betul.

12. babak diaorg tido beramai-ramai semasa takut petir dan kilat, semua bersusun tido dalam bilik Adam dan Rafaat, dan Rafaat pakai baju tido Mr. Bean. so cute..ahahah

13. babak Adam dan sorang chinese friend dia smoke atas bumbung kolej, Kawan dia kata, aku dengar melayu malas? (depa cakap mandarin) Adam jawab, siapa kata.. siapa yang tolong kau clearkan virus dari website porno yang ko tengok, siapa yang formatkan komputer kau bila har disk rosak, siapa yang bla.bla.. acik tak ingat dik..

14. Babak Mak Engku dengan Aunty Shanty, susah, harapkan bantuan orang kampung, mak Engku kata, nasib anak-anak ni time bulan puasa macam VIP, berlambak orang derma itu ini, lagi 11 bulan tak der apa..


soalan terakhir kita ialah...

Kenapa korang perlu tengok filem ni?
1. sebab filem ni best. NO DOUBT BEB.

2. sebab kena bawa anak-anak tengok, biar dia hargai kasih sayang, sesama kita, dan biar dia tau, ada anak-anak sebaya dia tidak hidup mewah, membesar dirumah anak yatim, makan minum pun ehsan orang.

3. Sebab korang kena keluarkan duit untuk tonton filem ni, dan pastikan kutipan mereka berbaloi. Dean kata dia buat filem bukan untuk kaya, tetapi saya nak dia kaya, supaya dia boleh buat filem yang lebih baik di masa akan datang, Dean kata dia nak buat filem kisah mengenai orang-orang tu pula selepas ini.

4. Sebab kita kena support pembikin filem Indie seperti meraka untuk berkarya dengan lebih baik di masa akan datang. We need more poople like them, please support. Come on, cukup-cukup kita je tengok mat rempit, bohsia, membesar dengan filem Pak Usop.. bagilah anak-anak kita rasa berbangga Malaysia pun ada pengarah filem yang bagus.

5. Sebab orang Los Angeles dah tengok filem anak Malaysia buat, dah ditayangkan di Cinema sana, dan kita sebagai rakyat Malaysia kena juga tengok, malu beb, kalau rakyat luar puji filem kita, tetiba kita tak tengok, depa tanya apa filem kita tengok kita cuma jawab, Adnan Sempit, susuk, rempit, janji diana?? oh plisss..

6. Sebab saya dah tengok, dan saya kata best.. so korang pun kena pegi tengok dan korang pun kata best.

lasssttt bagi 3 perkataan untuk filem ni.

BEST

TOUCHING

LOVE

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino