Monday, January 03, 2011

Penang Part 2


Tu dia, lepak Penang 2 hari pun berpart-part.. haru dia ni..

Ok, hari kedua, pagi-pagi, kanak-kanak ribena sudah terjun ke kolam mandi, tapiii sejukkkk grrrrr, malam semalamnya hujan, dan pagi tu, dengan angin laut, memang sejuk la. sampai menggigil depa, termasuk si adik, adik basah-basah badan je kat kolam, dah menggigil, terus kena angkat.

Pagi tu, saya buatkan sandwich telur, dan sardin je buat sarapan, lepas makan, berkemas, check out, kitaorg plan nak pegi War Museum, on the way ke situ adalah akurium perikanan ke hapa tah, tapi tak singgah, sebab saya tak nak. Macam tak best je. ehehe

Sampai War Museum Penang, ingatkan tak best, boring, rupanya best. Erkkk pada yang suka sejarah, family kami, memang suka sejarah, terumat pakcik gebu, dia boleh hadap satu-satu benda kat memana museum yang kami pernah pegi. Belek dan round.
Tempat ni ok, cantik, tapi kurang berjaga, ianya persendirian,  tak tau kalau tidak mendapat peruntukan kerajaan negeri/persekutuan, atau owner sengaja tidak mahu meminta bantuan. Mungkin kalau dengan bantuan Jabatan Muzium Negara, mereka boleh salurkan sedikit peruntukan. Tak banyak info, poster yang disediakan, sekadar melawat tapak-tapak kesan peninggalan perang, kubu-kubu je. Kalau dapat dibangunkan dengan baik, pasti lagi best.

Alangkah bagusnya kalau dapat disediakan patung-patung yang berpakaian askar tanah melayu dulu, askar tentera british, askar jepun, ni tak der pon. Dalam otak saya bermacam benda boleh dibuat, tetapi mungkin tidak ada bantuan idea dan kewangan kot. Sayang betul.


Cantik dan mengagumkan binaan kubu-kubu di sini, denagns sel-sel tempat tahanan dikekalkan, agak meninggal kesan patriotik di sini,

Dah abeh meronda ke sana, kami menghala ke Botanical Garden, naik tram ni je, males berjalan, simpan tenaga. ehehehe kat sini banyak monyet, hati-hati, selamba je depa akan merampas makanan ala nazi kat tangan kita kalau kita bawa makanan.

Abeh dari situ, kami terus menghala ke arah Batu Feringhi, semula sebab nak ke Taman Rimba (Hutan Simpan) sangatlah lamaaaa saya tidak ke mari, seingat saya berbelas tahun dah kot tidak sampai sini. Airnya sejukkkkk sangat. Disebabkan cuaca panas, dan saya berpeluh sangat, melekit-lekit, makaaa saya pun masuk dalam air sekali, mandi basahkan badan sikit, barulah segaarrrr.

 Best tempat ni.

Pesta Penang, ini pun tempat yang lamaaaaa tak jejak kaki. Nostalgia, dulu kecik-kecik tiap tahun ada je rombongan orang kampung buat, mai Pesta.


Hero-hero ni nak masuk rumah hantu, tapi bila berdiri depan rumah hantu, depa seram, dengar orang jerit-jerit, dah cuak, terus tak jadi. Last pegi naik keter langgar ni, tah apa nama dia tah, nak naik sorang satu, tak mau share... huii mahal satu keter 6 ringgit. ehehe main langgar2 tak sampai 5 minit pun.. mahal gile. Pastu  depa naik roller coaster pulak, pun harga sama juga.. ehehe abeh 24 ringgit utk dua game saja, tak berbaloi kan? tapi sesekali boleh la..bagi bebudak seronok.
 Bertolak balik dari Penang pun dah dekat 12mlm, esoknya nak pergi Perlis pulak.

Ok Sambung cerita pegi Perlis terus la.

Sengaja lalu jalan Tanjung Dawai, Yan, Kuala Kedah, sebab nak pekena laksa teluk kechai. Laksa teluk kechai, ni special sebab dia ada sambal nyiok (sambal kelapa) dimakan bersama kuah ikan, daun-daunnya ialah daun pucuk putat, bukan daun selom seperti kebiasaannya laksa kedah yang lain. Ishkkk tengok gambar ni pun terlioq niii. Boleh beli secara banyak, satu kilo RM10, tapi katanya mulai 1 Jan ni, naik sekilo RM12. ishkk semua barang pun naik.

Ni kat Guar Sanji, Arau Perlis. Rumah jiran lama kami, Chu Munah yang tinggal berjiran dengan kami suatu ketika dahulu, umpama saudara dah kami. terpisah berbelas tahun, tapi saya mencari anak-anak Chu Munah di FB, dan bertemu. Seronoknya, balik Kedah, terus ajak mak ke sana. Berpeluk, bergenang air mata emak-emak dapat berpelukan, selepas terpisah berbelas tahun. Terima kasih kepada pencipta FB.
 Rumah tepi bendang, seronok si abang dapat tengok pokok padi secara live.


Chu Munah kiri sekali, emak, dan bibik dan adik.


Ini sangat nostalgia, berek JKR Kodiang, tempat kami berjiran dan saya pernah membesar di sini. Rumah pic kiri atas ni ialah rumah Chu Munah, bawah tu pic rumah kami, masih kekal disitu, dulu tak der pagar tembok tu, rumah kami ala zaman kolonial punya rumah. bilik mandi semua kat luar rumah, ada dapur memasak kat belakang rumah, tipikal rumah kerajaan dulu.
 Gua apa ni lupa dah nama saya, gua kerbau kalau tak salah, mercu tanda Kodiang.


Pekan Kodiang, banyak berubah, tapi deret kedai ni masih ada, dulu ada satu kedai jual roti canai banjir sedap sangat, dan Kodiang terkenal dengan Pasemboq Kodiang, tapi sekarang tak sesedap dulu dah.
Sungai ni, bila hujan, air melimpah, dan ikan-ikan sungai akan terdampar hanyut dibawa air ke jalan raya, masa inilah Pesta kutip ikan, meriah, dan seronok.. oh nostalgia.. bergenang air mata saya semasa di sini, teringatkan arwah abah.

ok abeh cerita cuti kami.





Countdown : 14 days left

10 Komen:

sitinaminah02 on 8:57 AM said...

bertahun dok penang,tak jejak kaki lg kt war museum tu. arghhh..ruginya.

Anonymous said...

Awat tak habaq mai Penang..kalau tak leh gather2..heheheh..

Saya pon tak pernah gi War Museum tu hehehhe..Bila mai Taman Rimba Teluk Bahang tu? Selalu saya ke sana wat keje..Tiap2 minggu ke sana pon tak pernah mandi lagi..Dok rendam kaki jer..(segan staff tgok..huhuuhu)

ayobkelubi on 9:34 AM said...

kak

abg meor leh join ngan saya kalau gi muzium. :P

Zareda Norman on 1:49 PM said...

zar pernah buat kerja kat Hutan simpan telok Bahang tu, pacat banyak noksss.. nak pengsan dibuatnya..

tapi laksa teluk Kechai memang bes kan.. laksa pak ya.. dulu zar pernah bawa balik sekilo naik fligt rega RM6 aje sekilo .. kena tahan dengan kastam tak bagi naik flight bawa laksa tu huisss che kiah berhangen kat situ, laksa punya pasal.. hahha nasib baik kastam tu pun angin baik punyer terus lepas...

Ron97 on 2:46 PM said...

pi borong dinhh tak?

Nic on 4:07 PM said...

Saya ada tertengok pasal WAr Museum ni dalam hidden cities di History Channel. Sangat menarik dan betul-betul mengkagumkan... Tatau kenapa kita sendiri tak tahu sangat tentang sejarah dan tarikan nya. Juga cerita pasal Pulau Jerjak.. Btw, laksa Teluk Kechai kat Tg Dawai tu kat mana ya..

MA on 4:30 PM said...

Pnut - kalau ada masa berjalan ke PD, gi la ke Muzium Tentera, ni pun salah satu tempat menarik dan educational untuk anak-anak kita belajar pasal Sejarah negara. Tapi sayang tak byk publisiti pasal tempat2 mcm ni...I pun jumpa secara tak sengaja...

Kalau ke Penang I cuma reti ke pasar malam batu feringgi aje, cari dvd..hehe:P

Anonymous said...

byk empat menarik kat penang!!!! confirm masuk dlm list utk dilawati.
esok jln2 blog i ye.. i promote blog u la...

Pnut on 8:16 AM said...

GC-apsal tak melawat?? kan dah rugi??? nanti kami pi melawat pangkoq pulak noooo..

Mush-adalah akak war-warkan kat sini, awak tak perasan kot..

Ayob-ya korang leh buat rombongan pegi muzium bersama-sama.. kelebek setiap satu benda

Zar-mujoq peg kastam tu tak kejam.. ishkk nak bawak laksa pun berkira.. ape daaa...

Ajid-huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak piiiiii ponnnnn org tu borak ngan kawan dia sampai senja..

Nic-War Museum mmg best, tapi bayaran masuk akal tidak masuk akal, mahei, tak berbaloi dengan apa yang disajikan pon.

MA-ya muzium tentera dah lama nampak, tapi belum pernah masuk, harus pakcik ni nak pegi nanti..ehehe

Fa10-kompem meks terjah jap lagik

Zareda Norman on 8:48 AM said...

pinut

ya muzium tentera kat pd tu dangat informative.. boy mesti suka ke sana

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino