Thursday, November 18, 2010

Aidil Adha 2010


Hai..auntie uncle semua...
seronok tak beraya? adik sukeee sangat.. sebab dapat pakai baju ni.. masa mama keluarkan baju ni dari almari, adik dah excited, dan jerit-jerit nak minta mandi, nak pakai baju ni, tapi mama kata tunggu dulu... frust adik.. tapi taaddaaa lepas mama pegi solat aidil adha, bibik pun mandikan adik, dan pakaikan baju... adikk sukeeee sangat. Adik rasa ni tahun depan kompem adik tak muat dah pakai baju ni.so adik melaram puas-puas ini tahun.. ni adik ngan sanggul ciput adik...




Malu-malu sebab mama, babah dan bibik cakap adik cantik..comel.. ai malu youuuu...


Adik, pose senyuman paling ayu...ehehehe


Menu hari raya kami... Mama masak rendang ayam, ketupat palas, nasi impit, kuah kacang.. tu je.. tak sempat masak yang lain, sebab hari selasa tu mama masih kerja, lagipun ingatkan tader saper nak datang, rupanya ramai lak yang datang, acik-acik jiran-jiran datang, kawan-kawan mama datang, sedara-sedara babah datang, along pun datang, adik rindu along, sejak along dah pindah duduk rumah bujang kat shah alam, along sebok keja, jarang ada masa datang main-main ngan adik.




Ketupat palas mama...



Petang tu, sedara-sedara babah cakap nak datang, babah suruh mama gorengkan bihun, tapi mama kata sayur ada cuma kobis, pastu leceh, nak masak, renyah, jadiiii mama buat yang paling senang dalam dunia, buat tomyam... dan celur bihun, jadilah bihun tomyam. cepat dan mudah sisediakan, tak sampai sejam, dah siap boleh makan..

Sepanjang hari adik tak tido tau.. asyik main je... pukul 6 adik tak tahan dah, adik tadah kepala landing kat atas sila babah, babah gosok-gosok kepala adik, terusss adik zzzzz sampai ke malam, tido dengan kebaya.. vouge adik.. tapi pukul 8, mama kejutkan adik, adik meragamlah, tak tido lagi, mama bawa adik ke bilik air, mama mandikan adik sikit-sikit, dah malam tak elok mandi malam, pastu mama tukar baju, pakai diapers baru.. dan adik meragam terus.. mama kasi susu dan adik sambung zzzzzzz, sampai ke pagi ni.

oklah adik nak main-main lagi.. biar mama lak tulis ek...
tata... Oh ya adik lupa, mama cakap semalam hari raya haji, adalah ulang tahun kelahiran abang mengikut kalendar islam. Abang adik dilahirkan pada hari raya aidil adha, babah adik sampai tak solat raya pagi tu, sebab dok tunggu abang nak keluar kat hospital, babah takut terlepas peluang nak tengok abang 'fresh' from tummy mama. So sepanjang pagi babah temankan mama tunggu Q nak masuk OT room. tapi akhirnya kata mama, petang pukul 3.54ptg baru abang dikeluarkan. Selamat Happy besday abang...

Mama tulis...

Tengkiu adik.. muaahhsss...
Terima kasih kepada kawan-kawan yang datang, sedara mara.. eheheh mulanya risau takut rendang ayam berlambak tak abeh, tapiii abehhh licin.. sukeee ai.. ketupat masih ada sikit lagi, jap lagi cari serunding je la..buat cicah2

Dah start cuti sekolah... aura mak tiri pun mula akan diseru... setiap malam kena tandakan semua page mukasurat buku-buku latihan si abang, kalau tak buat camtu, alamatnya dari pagi sampai petang, keja dia melangut tv je... terpaksa la buat camtu.

Hari tu saya borak dengan sorang kawan ni, katanya anak-anak dia akademik kureng.. maths, bi, sains selalu teruk.. malah ada yang pernah tak lulus maths, kalau dapat markah 60++ pun dah kira baik dah. tetapi subjek agama, pendidikan seni, muzik, markah semua bagus. Tapi tu la sistem pendidikan kita mana pandang semua tu.. ingat tak saya tulis entry ni? ISU SERIUS kesian anak-anak macam tu, hak mereka untuk diberi penghargaan dalam subjek kesukaan mereka tidak dihargai..

Itu hari saya borak dengan sorang akak ni pulak, katanya sekolah anak dia mengambil kira semua subjek, termasuk lukisan, agama, muzik.. so katanya lebih adil begitu. oo ada juga sekolah camtu ek..saya ingat semua sekolah mengamalkan dasar kira markah co-subject je.. saper cikgu boleh tulung jelaskan??

6 Komen:

KLMari on 12:55 PM said...

alalala....comelnya dia dengan kebaya....phewiiiitttt !!!!

Kak Lia on 1:27 PM said...

lawa kebaya nyonya cekenit nih....taun dpn kompem tk leh masuk dah....

lapar plak perut tgk lauk2....huuu

ZuNas77 on 2:09 PM said...

Meriahnya raya kat putrajaya..kami kat cheras pun meriah makan..penuh perut sampai ke mlm..hehehe.tp paling best kena kejar lembu kat surau CP. nanti zu cite kat blog...

Pnut on 2:54 PM said...

Syeda , Lia-kebaya tu kompemlah tahun depan tak muat dah..

Zue-tu le cadangnya lps asar nak pegi cheras, tetapi ada lak tetamu nak datang rumah, tak sempat ke cheras.. ni cuti sekolah si abang dah sebok nak ke rumah papa dah..

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Adik..Nanti adik dah tak muat bg Untie ek kebaya tu...wakakakak..

Kak Pnut..kebaya tu nanti akak framekan..pergh...cun wooo... sisipkan pic adik yg paling cun sekali dengan kebaya tu. Tak ternilai...

Angah on 10:23 AM said...

Lima bintang untuk pose senyuman paling ayu.. hoyeeeyyy

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino