Semalam menyibuk kat FB LUNA yang kabo hantar anak dia pegi sekolah pagi tadi, dan nampak ramai parent bagi sokongan kat anak-anak yang nak UPSR, tak macam dulu, kita pi sendiri tak dak mak pak hantar pun, koman-koman pun mak pak kita suruh minum ayaq penerang hati je. Berikutan itu, timbul satu isu menarik hasil dari komen saya, yang membawa kepada keluar pendapat dua generasi... ha dah tua mak ye nak.. hiks..
Patutnya Menteri Pelajaran boleh invite kami untuk round table perbincangan isu UPSR hapus atau tidak? Kompem menarik. hahaha Ok sile tengok dulu semua ni, kemudian bacalah ulasan saya di bawah semua screen capture ni.
Nampaknya pendapat dua genarasi? generasi emak dan anak muda. (eh saya pun muda, bagi sedap sikit, emak yang muda dan lawa, sekian harap maklum)
Saya setuju UPSR tu hapus sebab saya kasihankan kepada anak-anak yang kurang cemerlang, ini kerana sejarah silam saya, saya bukan anak cemerlang di sekolah. Sekolah rendah menyaksikan saya agak tersisih kerana saya bukan budak pandai. Tapi tak la teruk sangat, masih duk di kelas pertama juga, cuma tak pernah la dapat nombor bagus, wa tak main sikit-sikit, wa amek nombor puluh-puluh saja. Kalau kira dari belakang, saya antasa top 10 dari belakang.
Saya tak suka subjek sains, maths, BI sebab bagi saya benda tu susah. Itu fact bagi manusia berotak kanan seperti saya. Teori sains mengatakan (walaupun tak pandai sains, tapi saya tau teori ni) Manusia otak kanan macam saya suka seni, art. Saya suka melukis, saya suka sastera, drama, teater.
Ok, tapi dalam banyak komen yang ini, tgk line saya garis tu. Interesting...
Satu - saya tertarik ayat "bila nak maju kalo tetiba anak-anak cuma target seni/muzik untuk score CGPA and tak mengambil kira subjek core?"
Saya kira saya adalah diluar pemikiran manusia berotak kiri sekali lagi, saya adalah dominan otak kanan, terlalu sikit saya kira sel otak kiri saya berfungsi. Di sini saya terpandang, bagaimana India dengan filem dan muzik Bollywood dia, bagaimana negara India seringkali menghasilkan filem-filem yang menarik dan score muzik yang sangat bagus, sehingga pengarah Hollywood juga berminat shooting di studio-studio yang ada di Bollywood, China juga begitu, kita dah tengok pengarah, penerbit antarabangsa bergabung tenaga dan kemahiran hasilnya filem-filem dan muzik hebat, Slumdorg Millionare antara contohnya. Begitu juga Indonesia, dia bukan negara maju, diukur pertumbuhan ekonomi mereka, Malaysia jauh lebih maju, tetapi kenapa bidang seni mereka jadi satu industri? kita kat Malaysia, layak ke bidang seni tu kita katakan satu industri? kalau tanya saya, saya kata bukan industri.
Di Hollywood tok sah kira la, teknologi dalam bidang seni mereka memang bagus dan berkembang, malah bidang seni mereka menjadi satu tarikan pelancongan, begitu juga Hong Kong, Korea, Jepun. Kini filem, drama Korea dan Jepun pun sudah menembusi pasaran dunia hiburan Malaysia. Malah saya ada terbaca lokasi penggambaran cerita Winter Sonata tu kini dibangunkan menjadi satu lokasi pelancongan. Kita boleh kata India negara belum maju, dan masih mundur, tapi bidang seni mereka yang mampukan filem dan muzik bagus mengangkat nama India sebagai satu negara yang menghasilkan satu karya-karya seni yang menarik, itu yang menyumbang kepada ekonomi negara mereka.
Kalau kita boleh bina sekolah sukan bagi anak-anak yang tidak cemerlang akademik tetapi aktif kepada sukan, untuk masa depan negara, kenapa kita tak sediakan sekolah seni untuk anak-anak yang meminati seni, dari sekolah menengah? Bukan sesuatu yang mustahil kalau suatu hari nanti filem, muzik kita pula dieksport keluar, kita semestinya kita maju dengan import besi, petrol, bahan kimia. Satu masa dulu masa Dr. M nak buat kereta Malaysia, orang perlekehkan, tapi hasil usaha dia, budak kolej pun bawa kereta sekarang sebab emak bapak depa mampu beli harga murah dari kereta import.
Sebenarnya saya dapat peluang lanjut pelajaran ke universiti adalah kerana kuputusan STPM yang baik, harap SPM memang lingkup. kenapa saya dapat result baik STPM? sebab saya tak ambil subjek maths, subjek goegrafi, subjek ekonomi, semua benda menyusahkan. Saya cuma ambil BM, Pengajian Am, Sejarah Islam, Lukisan dan Sastera. dan saya dapat semua principle untuk semua subjek itu. Yesss disinilah CGPA membantu sebenarnya. (STPM 5P ada pengiraan tahap dia kan?) saya score subjek Lukisan, Sastera dan Sejarah. Subjek ini menjadikan result saya bagus. Siapa kata saya perlukan Maths, Sains dan BI untuk masuk universiti?
Kedua - saya tertarik ayat adik ni "kalo nak ikutkan kriteria pekerjaan skang ni kalo la kata dia nak jadi engineer or chemist tak perlu ke nak score subejct sains? guna subject muzik jew?
Kenapa ye kerjaya engineer? chemist? diletak sebagai satu kerjaya yang mempunyai benchmark yang tinggi? ok secara peribadi saya kagum dengan orang yang mempunyai IQ tinggi dan pandai sampai berjaya jadi engineer atau chemist, sebab saya tidak akan mampu malah tak pernah simpan satu cita-cita pun nak jadi engineer atau chemist. Dan saya kira, pendapat saya je ni tau.. saya kira sebagai manusia yang sedar diri saya tak minat, tak suka dan terseksa belajar maths, sains tak pernah saya bercita-cita untuk memasuki bidang kerja begitu. Saya kira benda ni normal, kalau dah tak minat belajar subjek-subjek camtu, cemana nak kerja dalam bidang tu? seorang engineer, chemist pun saya yakin, dia tak pernah bercita-cita nak jadi tukang buat kek, tukang tulis skrip drama, filem, tetapiiii kalau tengok satu hasil seni dia akan kagum.
So lainlah kalau anak-anak kita minat bidang-bidang begitu, contohlah macam Najmi, saya tak nampak langsung pontensi seni dalam diri dia, melukis pun lingkup, membaca tak suka, jiwa dia ke arah otak kiri, jadi saya rasa dia adalah mempunyai genetik sebelah pakcik gebu yang majoriti depa adalah berotak kiri, yang mempunyai engineer, bakal-bakal engineer yang akan grad, dan sudah grad, yang mengira maths macam kunyah kacang. Itu sebab saya hantarkan dia ke KUMON agar otak kiri dia terus dirangsang. Acik dah cube dah ajar buat kraf-kraf, lukis melukis, tapi lingkup punah ranah, tak seni langsung
Bila tanya apa dia suka, dia kata dia suka nak jadi ahli sains, atau bengkel-bengkel kereta (saya kira engineering la tu ) so saya tak nampak dia score subjek seni, muzik tapi dia score maths dan sains (Erkk BI masih lemah) so saya nampak hala tuju budak ni, bukan ke arah seni, malah dia bukan kaki komputer atau gadjet, kalau budak lain seusia dia suka hadap komputer, main HP, sms.. budak ni nak taip sms pun terkial-kial, but i don't care, tak penting, walaupun terkial-kial dia nak reply sms pun tapi dia lagi cekap dari saya buat semua soalan sifir 3 digit, buat bahagi, saya nak kira kalau barang tu harganya RM56 + 39 + 14 henget, pun siap jari semua keluar, tapi dia pantas je tolong kirakan bagi pihak saya. So bila dia tak score subjek sains dan maths saya marah sebab saya tau dia boleh buat, cuma dia selalu cuai, dan dia kata dia suka nak jadi ahli sains kan, jadi mesti kena score sains dan maths. Lainlah dia kata minat komputer, minat buat design, nak jadi designer, bukan nak jadi engineer. kalau nak jadi architect otak kiri dan kanan kena balance kan?? betul tak?
Macam saya katakan dekat atas tadi, kalau kita boleh wujudkan sekolah Sukan, malah sekolah untuk budak sekolah yang mengandung pun kita boleh tubuhkan, kenapa kita tak tubuhkan sekolah Seni? kita banyak graduan seni kan? kita ada ASWARA, Lim Kok Wing University, MMU, USM Fakulti Pengajian Seni, UKM pun ada kalau tak silap, UM pun ada, bersepah graduan bidang ni, kalau kita tubuhkan sekolah Seni (untuk sekolah menengah la) depa ni pun ada peluang kerja, dan sekolah seni biarlah di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia.Kalau tak silap saya sekolah sukan tu bukan kawan Kementerian Pelajaran kan? betul ke saya salah? Selama ini pun bidang seni dah banyak bawa balik pingat emas dari festival seni di luar negara kan? tapi takder saper bukak mata pun, sebab bidang seni kita di takuk lama je, ada perubahan pun tak banyak, ciput-ciput je.
Kepada blog reader saya yang dari dulu follow, ingat tak kisah AMIRUL sepupu saya yang terrer main bola tu? Amirul cuma anak pak sedara saya kerja kampung, bukak kedai kopi kampung, pak dia kerja sendiri, kekadang pegi ke laut, kekadang keja cuci tandas awam. Amirul bukan cemerlang akademik, tapi dia pandai main bola, dari main bola dalam bendang kering, tepi pantai, Amirul dan sampai Peranchis wakil Malaysia untuk Danone Cup dulu, dan team dia berjaya dalam tempat ke berapa belas dari senarai berpuluh negara. Saya tengok kat youtube, ada video-video promo dan iklan Danone Cup ni, nampaklah anak-anak Malaysia ni kecikkk je berbanding anak-anak orang putih berbadan besar, tapi depa berjaya duduk di tempat belas-belas. Berbanding pasukan dewasa kita dok ranking ke berapa?
Now Amirul sekolah Sukan di Penang, (belum cukup umur nak masuk Sekolah Sukan Bukti Jalil) nak ukur pencapaian akademik dia memang tak dak la.. Dia tau main bola je, wakil Penang, wakil Malaysia. Dah merata negara dia sampai, dalam Malaysia tok sah kira la, mak dia kata, asai cuti sekolah je pi sana, pi sini. At least Amirul telah disalurkan ke saluran yang betul, kalau ada rezeki Amirul, mana tau satu hari nanti, Amirul bakal menyarung jersi Harimau Muda dan seterusnya ke skuad Harimau, dan berjaya? kita tak tau, tetapi at least Amirul berjaya dalam bidang dia suka. Dia tak banggakan mak lang dan pak lang saya dengan berderet A dalam UPSR lalu, tetapi Amirul atau Meon panggilan orang kampung dan team dia, Meon membanggakan emak ayah dia malah seluruh orang kampung bila tiap kali gambar Meon masuk surat khabar, kalau surat khabar The Star atau Straits Time, pak lang akan pi cari anak-anak kampung lain yang pandai Bahasa Inggeris, tolong bacakan, Pak Lang saya jangankan baca surat khabar orang putih, surat khabar Melayu pun tak reti, dia buta huruf. Ambil lesen motor pun atas program yang JPJ anjurkan untuk orang tua dan buta huruf dulu tu, kalau tak sampai sekarang tunggang motor tak dak lesen, ye la buta huruf mana nak amek test kat JPJ tu?
Masa first time pak lang saya masuk KLIA, hantar Meon ke Peranchis dulu, dengan sebak dia kata, ermm aku seumuq hidup tak pernah naik kapal terbang, jangan kata naik kapal terbang, nak jejak kaki kat tempat ni (KLIA) pun tak pernah mimpi. Saya pun sedih, jujur saja saya dengar semua butir kata dia. Pastu Amirul kata, "tunggu esok cheq kaya, cheq bawak abah naik kapal terbang" dan saya tak gelakkan kata-kata Amirul sebab saya tau, kalau Allah nak izinkan, Amirul pasti mampu, in his own way. Tiap kali Meon nak pi luar negeri main bola, orang kampung mai rumah Mak Lang ramai-ramai, ada bagi duit, ada bagi biskut, ada bagi ayaq melo 3 in 1, bagi meggi, walaupun sebenaqnya adik-adik Meon yang makan, sebab kata Meon, depa tak leh makan sebarang, semua makanan depa dah ditentukan, jumlah kalori, jumlah tenaga, etc, orang kampung manalah tau kan? Dan saya harap Amirul akan berjaya dalam bidang dia.
Saya pernah cerita benda ni kan, saya pernah dengar kat radio satu hari dulu ada sorang caller call bagitau kisah adik lelaki dia yang sekolah takat ting.3 saja, kerja kuli tarik kabel tepi jalan, satu hari emak dia nampak anak hitam merelit tepi jalan kerja teruk, sebak mak dia, bila anak dia tau, anak dia kata kat mak dia, tak pa mak satu hari nanti, mak dia akan tengok dia bina jambatan dan jadi tokei. Adik beradik dia gelakkan dia, tetapi?? dia buktikan sekarang dia kontraktor yang berjaya, tiap tahun bawa emak dia pegi Mekah dengan duit projek juta-juta dia selalu dapat. Sedangkan adik beradik dia yang masuk universiti pun tak mampu buat begitu. Dia mula buat kerja sendiri ambil upah cat rumah, cat office, kemudian beli mesin turap jalan tar, turap jalan tar depan perumahan baru bukak, sikit-sikit makin besar projek dia dapat. Saya pun pernah cerita, kawan sekolah saya dulu, tak pass SRP dan tak dapat masuk tingkatan 4, dia pandai bertukang, akhirnya masuk IKBN ambil pertukangan perabot, dan sekarang sudah ada kilang perabot sendiri.
Ok, motif sebenarnya saya nak story, pendapat dan pandangan kita berbeza, so respect each other, sebagaimana saya hormati adik ni punya pendapat, mungkin dia nampak apa saya tak nampak atau dia sedar apa saya tak sedar, and maybe saya pulak nampak apa dia tak nampak, dan saya sedar apa dia tak sedar, takder yang salah dan betul. Kalau dihalusi sedalamnya, kita boleh membangunkan sesuatu yang tidak pernah diberi perhatian selama ini. And again, saya bercakap bagi pihak manusia-manusia dominan otak kanan, yang seringkali dipandang sepi oleh orang lain, hanya budak pandai maths, pandai sains, pandai BI sahaja yang dianggap power dan terrer, yang bijak belajar sahaja dikatakan akan berjaya. Dulu saya kecik, saya tak pandai berhujah, sekarang saya dah besar dan gemuk sekali, jadi saya rasa pencapaian akademik itu bukanlah ukuran kejayaan dalam hidup seseorang. Goh Tong dan Boon Siew Honda tu tak reti membaca pun tapi???? bak kata Nabil, Lu Pikir la Sendiri..
Ada kawan saya Nina, terrerrr oooo melukis, dan pandai buat kek. Dia suri rumah, tapi berkarya melalui hasil seni atas kek.. income dia???? hebat oooo kalah engineer, kalah chemist.. sampai boleh pegi melancong ke ostolia.. hiks.. tak gitu nina???
Ni antara hasil kerja Nina, saya selalu cakap Nina ni gila sebab dia terrer sangat.. haha jangan marah nina noooo
Lawaaaaa kan?? geram..
23 Komen:
mula2....syabas utk kak Pnut dan baha..saya mulanya x sangka status sy akan jd bahan debatan yg panjang...tp saya suka..coz..saya ni lagi lah banyak benda yg saya tak nampak dan tak sedar..dr debat tu baru saya terfikir dan menilai, lagipun saya pun dh ada anak yg masuk alam persekolahan..sy kena amik tahu semua ni...tapi saya tatau mcm mana nk citer tang mana yg saya tak puas hati..yg saya tahu..something is wrong dgn sistem pendidikan kita tapi bkn semua...dan lagi satu..stigma masyarakat yg cuma nampak makan gaji = berjaya..dgn lebih tepat lagi..keje gomen tu adalah titik kebahagiaan insan.
kakak sayang...dominan otak kiri or kanan bukan alasan...itu adalah kelebihan...klu kita otak kanan kita boleh buat latihan maths/logic utk rangsang otak kiri, klu kita otak kiri kita leh rangsang otak kanan dgn dgr muzik dgn perlahan...leonardo da vinci pelukis terkenal tp dia juga hebat dlm fizik, maths. ini menunjukkan dia guna dua2 belah otak hehhhehe
klu org ckp dia bodoh maths sbb dia otak kanan itu sebenarnya dia malas buat latihan maths hehehehe
me lefh handed by right me otak kanan la kan...saya suka dgr muzik...masa kecik2 takut maths sbb rasa susah sgt...so maths la saya buat hari2 smpi berjaya dpt A dlm SPM.
so jgn salahkan otak mana2...Allah jadikan sama jek fungsi dia...
hehe. dulu masa skolah menengah, skolah sy yg luar bandar tu buat sistem CGPA. bagus mcm tu, budak2 tak la tumpu kat akademik sj, ko kurikulum haram tak besa nampak muka.
Kak pnut,
saya setuju dgn akak.saya skrg tinggal kat jepun,dah 8tahun kat sini,dah kaji serba sikit tntg sistem pendidikan kat sini.relate dgn apa yg akak tulis.tak semestinya kita kena jd engineer,doktor atau ahli sains utk dikatakan berjaya,jd ahli sukan/pelukis atau apa saja pun boleh dilabel sbg org yg berjaya.kat jepun ni bukan takat ada sekolah sukan,malah segala tok nek jenis sekolah yg melibatkan pengkhususan kemahiran ada kat sini.hang sebut ja nak belajaq apa,semua depa ada,depa boleh train sampai jd pakar,that's why service kat sini tiptop...
upsr hapus pun bagus,kita tumpu pendidikan secara keseluruhan,bukan takat certains subjek saja.kita skrg byk lahirkan manusia yg tinggi IQ tp rendah EQ,bahaya utk masa depan negara.lgpun,hapuskan upsr bukan bermakna kita pencilkan pentingnya menuntut ilmu kan?
apapun,moga2 ada inisiatif yang bakal dilakukan kelak...
pernah jadi mangsa pilih kasih kerana tak berapa pandai subjek BI masa sekolah rendah. sampai ke besar ni ingt lg..
Menarik, tak terpikir plak pasal nak guna GPA/CGPA ni. CGPA mcm kat U bukan ker diamik kira semua subjek? Kalau satu sem/penggal amik 5 subjek..5-5 tu mempengaruhi GPA kan..so, tak derlah timbul hanya tertumpu pd subjek tertentu..maka tak derlah plak timbul hal anak2 hanya tertumpu pd subjek tertentu jer..
saya setuju dengan wenco. ni pendapat dan pengalaman saya sendiri. waktu sekolah dulu saya tak boleh bawak subjek maths dan science (kimia dan fizik). Saya bincang dengan cikgu saya dia yang cdgkan saya ambik reka jahit dan jugak tasawur islam. finally waktu SPM saya dapat 5A dan dua2 subjek tambahan tu saya dpt A. Bila ada orang tanya dapat berapa saya cakap dpt 5A pastu dapat ler pujian (itu yang seronok). Biasa ler kan masyarakat kita kan pandang hanya pada bilangan A tu. hakikat sebenar maths saya 7D add maths gagal. fizik kimia 8E.
Bila dapat result macam saya tu, saya pilih course yang mampu saya masuk sebab sedar diri. saya pilih course yang mana tak pentingkan maths atau science. Akhirnya saya dapat masuk masscomm. Hurm.. course masscomm ni memang ramai budak yang tak minat maths masuk tapi bila masuk semester 4 kitaorang ada jugak subjek yang kena kira-kira. Alhamdullilah setakat ni result saya baik lagi.
Saya sokong penggunaan CGPA tu. Student kita akan beri tumpuan lebih bukan saja pada akademik tapi jugak kokurikulum. Jadikan ada subjek yang kena melibatkan kokurikulum. siapa yang aktif akan dapat bonus. barulah apa yang kita nak dapat diseimbangkan iaitu akademik dan juga kokurikulum.
Luna-yes persepsi orang mengenai makan gaji memang tak boleh kikis, tapi sebenarnya yang makan gaji ni yang jawatan besaq gedabak je kaya, kalau takat jadi pegawai gomen, orang buat MLM lagi lebat income.heheheh orang jual ubat kurus lagi kayo kot..hahah
Anon- klu org ckp dia bodoh maths sbb dia otak kanan itu sebenarnya dia malas buat latihan maths hehehehe menarik ni... kalau agaknya orang yang dominan otak kiri kita suruh dia melukis, atau bersajak, atau pun mengaran puisi dia minat tak buat hari-hari? and ada orang memang balance otak kiri dan kanan, orang macam ni macam architect, sound engineer, interior designer. handle both, tp macam akak memang out sorry to says, ye mengaku malas buat latihan, sebab tak minat dan tak suka, cube suruh akak melukis masa sekolah dulu, tak tido malam pun sanggup sebab suka.
GC-CGPA membantu balance kan pelajar yang tidak pandai subjek tertentu, tetapi score subjek tertentu.
Fith-Ya benda camni kita kena tengok, kita salurkan arah tuju anak-anak yang keciciran akademik ni
Mariea-yes, thats the point, CGPA tidak hanya tumpu 5 subjek utama seperti sekarang, kalau dia kurang bijak untuk subjek maths, sains, BI, tapi mungkin dia pandai pendidikan seni, muzik, pendidikan islam, bahasa arab, so semua markah diambil kira.
entry panjang, tapi memberi 'sesuatu' utk dipikirkan :)
memang panjang..tak sempat nak baca lagi, nak pi kelas sat..satgi mai baca balik..buleh gitu :D
Salam Kak Pnut, entri ni memang panjaaang tapi sangat menarik. Sebagai seorang cikgu yang saangat muda (hi hi), saya saaangat perasan perkara ini. Hampir setiap bulan kami diingatkan perihal pentingnya untuk menghabiskan silabus. Ok, ini adalah sangat menstresskan saya apatah lagi saya duduk sebelah Ketua Panitia saya.
Kadangkala saya terfikir apakah cara yang saya boleh lakukan untuk anak- anak saya ni. Terkilan juga bila ada budak yang sebenarnya berpotensi tapi agak kurang bijak dalam beberapa subjek.
Jadi, selaku cikgu BI saya cuba terapkan bahawa, 'tak apa kalau masih tak lulus, tapi mesti ada peningkatan', walaupun mungkin ramai orang yang tak setuju. Sebab bagi saya, mungkin masa kat sekolah mereka tak pandai, tak suka, tak score BI, tapi sekurang- kurangnya dengan serba sedikit ilmu dan kefahaman yang mereka dapat semasa bersekolah boleh membantu mereka apabila keluar untuk bekerja. Sekurang- kurangnya mereka faham araham dan tidak ditipu.
Bagi saya, apabila saya mengajar kelas akhir, I do not teach them to score in exam only, but the knowledge is to be applied in their daily life.
Eh, terpanjang pula komen.
Perihal otak kiri dan kanan tu, ada sesetengah orang lebih bertuah dari yang lain. Ada yang dapat mengimbangkannya. Macam saya cikgu BI juga menjadi cikgu KOOP. Ada yang mempersoalkan, kenapa cikgu bahasa yang terlibat? Sebab selalunya yang bijak mengira ni cikgu Maths, Sains, Perdagangan, Akaun (dan ramai cikgu bahasa mengakui bahawa mereka agak lemah mengira). Tapi terbukti saya boleh. Malah saya lebih cepat mencongak dari pelajar Tingkatan 2 yang membantu saya.
Maaflah sebab panjang sangat. Ter'excited' pula dengan entri ni. Maaf ye...
BTW, Sekolah Seni sudah wujud. Setakat ni yang saya tahu Sekolah Seni Md Khalid, JB dan Sekolah Seni Sarawak. Saya pernah tengok persembahan mereka, not bad bagi sekolah yang baru buka. (Maktab saya dulu jemput mereka perform masa sambutan hari guru MPTI tahun 2008).
akak pinat, utk rangsang otak kanan tak yah buat sajak or pantun or melukis hari2...buat apa yg minat saja dgr lagu dgn volume perlahan dah ok...
reason y u should activekan kedua2 otak sbb kita tak nak sel otak u cepat mati...bila rangsang tuh yg lmbt nyanyuk...
panjang sungguh kali ni pnut...mmg sah otak kanan..hahaha
pasal UPSR tu..mansuh pun takpa.bukan pasal exam tu yg tak bagus tapi pasal sistem kat sekolah.terlalu beratkan pencapaian UPSR.buat budak2 macam robot utk produce result yg excellent.adik ipar saya sampai give up pi sekolah at one moment sb tiap2 hari sekolah...dari pg sampai petang.weekend pun takdak...gila oiii....anak saya pun ada tuisyen berderet masa cuti tapi kami bawa pi jalan2..kesian laaa...asyik ngadap buku.anak saya bukan kategori IQ tinggi jadi saya tak suka paksa2.cikgu tak berani bising sb nanti kena ceramah dgn abahnya.pada saya sek rendah ialah utk ajar basic..membaca,menulis,mengira...ajar basic agama & moral.ko kurikulum utk perkembangan sosial mereka.biar ada balance.bila cikgu pulun sgt utk UPSR anak2 yg lemah akademik tertinggal jauh.dah masuk menengah basic pun tak dapat lg.lebih teruk bila masa sek rendah dah tertanam rasa tak seronok pi sekolah.kumpulan ni yg ramai sebenarnya...kumpulan ni juga yg akan terjebak masalah sosial walaupun tak dinafikan sekarang budak U pun ramai yg hampeh...nilah akibatnya bila agama & moral diringankan masa peringkat sekolah rendah.
nantilah..saya pun nak bebel jg bab ni kat blog bila otak kanan rajin sikit.banyak lg perkara yg boleh diketengahkan...good for discussion.
Sebenarnya nak tanya benda yg out of topic tapi terpanggil nak bagi komen yang in topic dulu k.
Kak, Sekolah seni dah ada dua under kementerian pelajaran. Satu Sekolah Seni Johor Bharu. Satu lagi sekolah Seni Kuching. Ada 4 bidang kat sekolah ni. Seni visual, seni teater, seni tari, seni muzik. sebelum terpilih masuk sekolah tu, yang memohon perlu hadiri uji bakat oleh panel kementerian pelajaran.
Kak, soalan out of topic yang nak ditanya ialah, berapa harga oven akak yg ni ya? teringin nak beli tapi takut out of budget. tgh berkira-kira ni.
thanks kak pnut. muaah.
Kak, saya mengidam oven akak yg ini.
http://ceritapnut.blogspot.com/2007/05/happy-birthday-to-my-blog.html
Najmi-tahniah, berbaloi awak dapat tuisyen free, dapat masuk uitm, moga berjaya, dan berjasa balik kat orang kampung.
Oren-ye renung-renungkan dan selamat berfikir.. :-)
Kauthar-dah baca jangan lupe mengomen 'cikgu' budak beso..
Mizz Sue-time kasih bagi tau, nanti kita terjah ye..
Ay-time kasih bagitau..hahah awat akak tak tau pasai sekolah seni ni..ketinggalan la..ishkkk malu je jadi librarian tu pun tatau.. bagus ek, boleh dikembangkan ke seluruh negeri, at least la..utara satu, tengah satu, pantai timur satu, sabah/sarawak satu, selatan dah ada, tak payah..eheh
Anon-time kasih atas komen :-)
Ieda-u shud write, kami tunggu nak baca point of view seorang doktor pulak..
Mar-oven tu murah je, beli terus kat kilang CKE kat cheras, harganya cuma RM850, berbaloi la beli.. cuma rupanya huduh la.. maklumlah industrial oven...
otak kanan ngan otak kiri: hmmm... ada org yg balance kedua-duanya... ada gak yg sgt dominan... macam kes saya... walaupun bidang kerja saya berkaitan dengan kejuruteraan... test personal traits (appraisal aptitude test) saya lebih kepada otak kanan... even conclusion dari course 4 hari yg saya pergi... saya lebih sesuai utk mengajar, secretarial work... hair stylist... limosine driver (ni semua conclusion dari training tu laa.. kalo boss saya tgk, mesti dia rasa sia2 je hantar saya gi training tu... hahaha)... ada sorg mamat tu... muka bukan main ganas lagi... kije dalam bidang finance... pekerjaan rating paling tinggi yg sesuai utk dia... DANCERS! memula tu rasa sangat lah x relevan course tu... tp facilitator tu cakap la... benda tu bukan secara literal... contohnya.. kes mamat tu... dancers sebab personality traits dia... dia mmg suka benda berseni (dia leh main instrument pun)... tapi kerja dia dalam bidang finance... so by right, camner dia nak kembangkan potensi diri dia kan???? kat situ lah kita tgk... dancers perlukan execution yg sharp... pergerakan yg precise... attention to details... work in group... dan sumer benda tu dia leh apply dalam kerja dia dalam bidang FINANCE... so, adalah penting utk kita tau traits kita... so walaupun kita tercampak ke job yg kita x berapa gemar... kita leh fokus kat bahagian yg relevan dalam bidang kerja kita tu dan cuba excell kat situ... Tuhan jadikan kita semua berbeza... tapi bukan bermakna kita mmg takleh buat sesuatu benda tu (sama ada mengira atau pun memasak)... cuma mungkin hasilnyer x sehebat org yg mmg bidang dia (haruslah dalam pada otak kanan sy yg kononnya berfungsi ni, kalo buat kek lawan kak pnut sure kalah tanpa bertanding kan!)... yg penting kita cuba yg terbaik (bak kata pepatah belakang parang kalo diasah hari2 tajam gak)... tapi kita perlu tau gak limit kita... kat sinilah mak ayah mainkan peranan...
soal UPSR perlu ada ke x, saya suka kalo benda tu ada... sebab kita ada kayu pengukur... betul kata kak pnut, nanti ada kes rendah diri... sbb anak kita x excel dalam bidang tu, tapi excel kat bidang lain... so kat sinilah peranan parents utk terapkan self esteem pada anak2... kalo kita sebagai mak bapak (kita??? tak tahan kan... cam dah kawen je! hahaha)... turut kondem anak2... apa kes kan? kalo UPSR mansuh sekalipun... kita xleh ubah mindset masyarakat... yg math ngan sains ni penting... org still leh mengata gak... "alaa... anak si polan tu mmg la CGPA tinggi... tapi kalo setakat amik subjek ntah apa2... anak aku pun boleh!"... benda ni still x ubah apa2... pokok pangkalnya... kita tau kelebihan dan kekurangan anak kita... and kita suburkan lagi bidang yg mmg kelebihan dia... dalam masa yg sama kita cuba semai bidang yg bukan kelebihan dia (at least... dia ada basic on that thing)... seperti biasa kak pnut... sori sebab dah wat cam entry sendiri lak kali ni... huhuhu
Amrie, baik ko copy paste pastu buat entry kat blog ko..ehehe anyway jangan lupa kalau turun KL belikan sata yang sedap kat kedai kaler kuning tu ek???
salam K.Pinut...syabasss dgn topik yg sgt ilmiah dan motivasi...saya nie xla pandai kuarkn idea berjurai utk tatapan pembaca mcm akak..cuma dpt saya lihat ada golongan cerdik pandai nie mmg suka pandang rendah pada golongan sederhana & lemah dlm akademik...apa motif die pun tatau selain eksen die bijakkan..tp bg saya yg pada awlnya lemah + sederhana dlm akedemik masa sekolah dulu bukan sbb saya malas @ otak saya kurang bijak (Allah kurniakan semua sama) tp krn tika tue saya telampau ikut edaran zaman spt masa tahun 90an-2000 org bz amik sains..so saya pun nak gak amik sains wlu result PMR saya xlah cemerlang sgt...then masuk sek teknik amik Engineering sbb kata abah klu amik hat bhg sastera nnt susah nk kjer..Abah pun tika tue terikut ngn edaran zaman..diakhirnya SPM saya agak tak baik...lps SPM saya sedar saya perlu ubah kpd apa yg saya minat sbnrnya dan yakin baik2 kt parents saya nk pilih jln saya wlu kne start dr bwh..lps tue potensi saya mula terserlah,result slu baik dr Politeknik smp la universiti atas system CGPA..apa yg saya nk advice buat ibu bapa supaya tak memaksa anak2 ikut apa mereka inginkan sebaliknya tgk keupayaan & potensi anak2 supaya mudah didik & kelak mereka berjaya ats apa yg mereka MINAT..adik bongsu saya skrng nan Terunan tunggal saya dh explain kt parents jgn sdh @ ssh hati sbb adik tak minat sains tp die sgt kreatif dlm kemahiran pertukangan,pertanian dan sikit terror masak...so kt situ saya nk develop adik saya supaya berjaya di usia mudanya nnt,insyaallah..supaya tak tunggu lama mcm saya nk berjaya dgn apa yg saya MINAT dan berpotensi sebenarnya..lg satu lihat saja skrng,golongan yg kurang cerdik akedemik tp mampu kuasai kemahiran lbh bnyk berjaya dan kaya raya berbanding mkn gaji jd tip top dlm company yg kekadang effectkan kesihatan gara2 stress sbb apa??? krn harus ikut peraturan dan arahan kerja...di sini jelas negara maju tidak mengamalkn sistem pembelajaran utk tertumpu pd golongan cerdik pandai akedemik tp harus tgk dr semua aspect agar MALAYSIA jg akn maju wlupun bkn dr bidang sains...
Oh kagumnya tgk kek tu...tak sanggup nak makan...
Jika upsr tak dimansuhkan lagi..tahun depan akak ler yg berumahtangga kat sekolah time peksa tu....huhuhu.
Kak, tu la hangpa tak tanya kami dulu pasal kewujudan sekolah seni tuh sebelum bebel2 kat blog :p asal YM ja gossip.. kah kah kah..
*ok out of topic :p
kami tak terer maths tp kami terer bab lain (hiks) jadi kita kena sedar apa potensi diri yg sebenar dan usaha untuk tonjolkan potensi tu untuk berjaya..
terima kasih di atas ulasan yg pnut buat ni...dan ianya betul2 menyedarkan akak....selama ini akak kecewa ngn diri sendiri dan hero tunggal akak...tp dr info pnut...akak dh nampak...ke mana hala tuju diri sendiri dan anak...terima kasih....
Post a Comment