Salam 1 Malaysia..
cheewwaaahhh patriotik tetiba..
Kitaorang dah selamat terbang bercuti ke Medan, pada 7 Disember nan silam. Hari Rabu, dan selamat kembali ke tanah air pada hari Ahad, 11 Disember. Alhamdulillah.. jejak juga kaki kami ke bumi Indonesia. Pengalaman manis dan pahit pun ada... semua kenangan tersimpul rapi, tak dapat dijual beli kenangan dan memori itu.. (erkkk beli tiket kapal terbang la modalnya..hiks)
ok saya nak catatkan segala semuanya di sini, segala neka tips dan panduan, agar apa yang terkena pada kami tidak terkena pada orang lain, dan segala komen dan pengalaman, jadi saksikan persembahan episod satu...
MEDAN-DAY 1
MEDAN-DAY 1
Pagi, lepas je solat subuh, kami terus gerak ke LCCT, sebab mengejar flight jam 8.45am. so lepas check semua, kitaorg pegi breakfast kat McD. dari rumah ada bekalan karipap goreng dan nasi goreng.. jadi maktok dan bibik yang tak bertaste orang muda makan mcd kedua nenek ini makan nasi goreng dan karipap kami je.Then terus boarding, berlepas dan mendarat di medan, juga jam 9.40am waktu malaysia.. eheheh jangan confuse, waktu medan, diaorang awal sejam dari kita... kitanya, kami berada di sana waktu medan, sekitar jam 8.40pg la. Selesai urusan di airport, dengan imigresen diaorang yang buat keja muka masam macam hapa tah. tak mesra alam langsung, muka bengis gila.. boring dengan karenah birokrasi di sana, memang tahap leh kita maki-maki.. tapi sabar je la, kita pegi tempat orang kann.. Kami lepas, tetiba bibik kena tahan.. bukan apa, dibrief bibik, supaya nanti pegi ke kantor itu ini.. kena buat kartu (kad) macam kad kebenaran kerja di Malaysia. (undang-undang baru, so saper ada maid, aware notis ni.. kalau bibik balik kampung bercuti, sediakan surat kebenaran bercuti, bagi duit sikit untuk dia buat urusan dapatkan kartu ni, tanpa kartu tu, dia tak boleh masuk balik, walau sudah ada permit.. tah hapa je)
Sekitar jam 9.45 pagi, adik beradik, dan anak bibik datang jemput bibik kat airport, kami pulak akan naik 'kijang' (van) sewaan. Kami sewa Innova, agar selesa sikit. dan supir kami bukan orang lain, adik bibik je. kononnya murah sikit, tapi idak le.. ada lagi murah dari ini, kami bayar untuk supir, petrol, sewa innova rp3,8 juta.. ahahah juta ouls... lebih kurang rm1,300 la duit malaysia. sewaan ini ialah dari hari rabu-sabtu (4 hari). So bila supir kami sampai iaitu, Mastung. Dari airport polonia tu, kami terus menuju ke Berastagi. (kesilapan pertama kami, sepatutnya aturan perjalanan kami ialah ke Perapat, ke Danau Toba dahulu.. ) ini saya ceritakan kemudian kenapa.
![]() |
| ni airport dia, sempoi je.. macam airport kampung-kampung je... ye la.. macam airport kita kat bandar-bandar kecil je la.. |
Ok, dari Medan kami ke Berastagi, yang masa perjalanan ialah 2 jam. maka bermula satu pengalaman baru, iaitu kehebatan pemanduan di Indonesia, atau lebih tepat di Medan. Gila la driver dan manusia di bumi Medan ni. Berani matik semuanya.. eheehe bunyi hon tu dah macam satu irama wajib yang didendangkan untuk halwa telinga kita, satu benda yang tak ada di Malaysia. kalau kita stress memandu di Malaysia, dan rasa pemandu kat kl kurang ajar... ahahah kita akan mengkagumi warga Medan memandu. Kat sini pengangkut awam utama mereka ialah beca (beca motosikal) atau angkutan kota.. gini rupa angkutan kota mereka
dan angkutan kota ni tak der peraturan, suka-suka hati dia je nak berhenti kat mana, nak turunkan naikkan penumpang anywhere. kita tengah drive ni, tetiba je, dia berhenti, dan yang bestnya orang-orang sini rumah diaorang dekat je dengan jalan raya, so ada sekali tu kami nampak ada orang ni siap tunggu angkutan ni dalam rumah, bila angkutan dah dekat rumah dia lambai, terus berhenti, dan dia baru pakai kasut. orang dalam angkutan tu rileks je.. ahahha kalau kat malaysia sure kena maki...
Begitu juga dengan beca diaorang sempoi je... suka hati nak langgar lampu merah.. nak cilok belah kiri, kanan, semua redah jek...
dan best, selain mengangkut orang, angkutan ni juga, boleh angkut motor dan segala neka barang,
termasuk angkut motor.. sile lihat dalam bulatan?? hebatkan..
ni kalo kat kl ada beca cam ni, bestnya, senang kalo dari opis nak pegi hura-hura ke sogo ke... jalan TAR ke time lunch hari jumaat , naik beca aje... tak macet. (jamed)
ok, setelah mengharungi perjalanan selama 2 jam, dan sempat makan nasi goreng bekalan dari Malaysia dan karipap dari Malaysia dalam kereta, kami sampai di Berastagi. Sini macam Cameron Highland la kalau kat Malaysia, jauh lebih best Cameron highland, sini macam ada perkampungan dan kawasan tempat sejuk, takder ladang bunga, ladang teh macam Cameron. much better Cameron.Belikan Alesya dan Najmi baju dingin (baju sejuk) murah.. sekitar 30,000 dan 35,000, iaitu Alesya lebih kurang RM10.00, najmi punya belas-belas.. tak sampai 15 ringgti, bapak punya murah.. benang kasar tu.. memang berbaloi..
Ni tempat namanya Pasar Buah, so ada jual buah, tapi ada juga kedai-kedai baju.
Bungaan cantik-cantik kat sini.. tapi pelik kan, tak der bunga ros.. at least Cameron ada banya bunga lagi best dari sini, ada orang yang travel ke sini tak bermalam pun, just datang seharian je. (ini pilihan bijak juga.. tapi tak merasalah suasana sejuk berkabus ala winter..hahaha)
Sampai je kat tempat parking, dah kena terjah dengan 'peminat' ni juga biasa di Medan, mereka akan terkam, dan pujuk naik kuda atau kereta kuda dirorang. Alesya dan Najmi mula-mula takut, pastu jadi seronok pulak...
Pastu shopping sikit, then pegi makan kat restoran Ummi, di sana disebut rumah makan, bukan restoran. tapi disebabkan supir kami bukan profesional pemandu pelancong, maka dia bertanya orang-orang sana mana tempat makan best. Kalau pakai supir yang kejanya bawa pelancong itu semua enteng.. bisa diatur lengkap jadual semuanya, siap tempat makan best.
dan sytle makan kat sini, dia akan hidangkan segala neka lauk pauk.. dan pilih mana kita nak makan, bayar yang kita makan tu je.. jadi mana yang kami tak mau, kami return atau tak sentuh langsung... tapi sedap gile makanan minang ni.. puas hati, harga pun tak begitu mahal, sekitar 200-240 ribu.. atau lebih kurang 70-80 sekali makan untuk 4 dewasa dan 2 kanak-kanak, atau lebih tepat 5 dewasa, satu kanak-kanak, sebab najmi tu selera makan dia kalah saya, bertambah ulang kali...
Sedap-sedap semua makanan minang ni...tengok anak dara pakcik tu... celah pak dia juga nak duduk.
dah setel makan-makan semua, kami nak gerak check in ke hotel. ni pic hotel, saya ambil dari google, awek dalam gambar ni tiada kena mengena dengan trip kami, saya pun tatau sapa dia.. ehehehe saya lupa nak amek pic.
Dapat welcome drink. jus mangga, tapi manih giler, tak tertelan kami semua. untuk makluman di sini semua minuman depa bapak punya manih...
si kecik ni lasak, omaknya lotih ngejar dia.. nak amek pic pun payah.. abang Najmi ikut mood dia, ada moog elok dia mau di amek gambar, kalo dak, dia buat derk, dok tekan psp jek..View dari bilik kami... hotel ni ikutkan ratenya 5 stars.. tapi bagi saya, kalau kat Malaysia tahap 3-4 star je kot.. Air panas kat hotelnya ada masa-masanya pulak, bengong udah le tempatnya sejuk, air panas cuma on pada jam 6-10am, dan malam pun time tu juga. kedekut gilak.. pastu kat sini jangan haraplah dapat complimentary nescafe ke teh ke.. nan hadoooo... cerek air panas pun tak disediakan.. kena minta dari housekeeping kalau nak air panas, penting untuk susu alesya.
Kamar mandi... (disebut di sana)
Model baju dingin Berastagi.. Alesya
Lepak kejap dalam bilik, kitaorang gerak lagi nak ke Puncak Gundaling. Ampeh ni semua saya dah survey kat internet, kalau supir kami dia yang tanya mau kemana..mau kemana.. mender la bibik ni, kata adik dia tau semua.. tapi takper, heroin malaya ni lagi mahir dari supir itu. wa sudah siap list sendiri... mana tempat mau pigi.
Puncak Gundaling, mengikut sejarah ni tempat perpisahan sepasang kekasih, dan kini jadi tempat memadu kasih lak..hiks.. tempatnya sepatutnya cantik dan indah, tetapi pihak pemerintah tidak pandai.. kawasan ni jadi kotor, tidak terurus, busuk, ada kuda, tapi berkeliaran, dan tahi bertempek-tempek di jalan raya... Mentaliti diaorang ni susah la.. tak pandai jaga kebersihan, dan tiada nak memajukan industri.
Memang sejuk tempat ni, puncak bukit, kalau tak hujan pun memangnya sejuk, inikan pulak, kami sampai baru lepas hujan lebat, masih renyai lagi..
Kata orang tempatan, kalau tak berkabus, boleh nampak ada gunung merapi di sebelah bukit ni, tapi cuaca petang tu kabus tebal, lepas hujan, tahap bercakap pun boleh keluar asap kat mulut..ahaks..
Tiga sapi tu jenama susu pekat di Indonesia, tapi serius, bertuahlah kita kat Malaysia ada banyak jenama susu dan banyak pilihan dan sedap... kat sana uhuhu tak shedapppp.. Kalau minum Milo depa lagi.. cair.. tak sedap langsung, now i know why the bibiks.. bila balik Indon akan beli Milo byk2.
Gambar kenangan kami di sana..
Sayangkan tidak terurus langsung taman-taman kat sini kan??
Turun je dari Puncak Gundaling, kami jalan-jalan sekitar kawasan pekan Berastagi, tak der apa menarik sangat pun.
Budak lelaki yang angkat tong gas ni sporting, masa dia tengah angkat tong gas tu, saya nak ambil gambar dia.... kurus keding, tapi tong gas tu diangkatnya.
kat sana, ada subsidi tong gas ni percuma buat penduduk dia, siap kepala gas sekali. cuma bayar bila tukar-tukar gas je la.. dan depa ada tong gas kecil. 3kg.. kalau kita pun ada best kan? senang orang duduk apartment/flat nak usung naik ke atas. kita nak pegi piknik pun boleh bawak...
Anakku wedok.. (anak perempuanku)
Kami coba makan ikan Nila bakar, dan ayam bakar.. ikan dia sedap juga, di perap dengan kicap-kicap kot, pastu makan cicah sambal kicap, ada urap, (sayur-sayur dengan kelapa parut yang dimasak dengan cili, dll) kat sana keropok ni wajib ada untuk setiap menu, order je apa makanan pun mesti akan disertakan dengan keropok itu. Kami juga cuba makan keow teow goreng... nampak huduh keow teow tu, tapi rasanya sedap banget... teringat-ingat lagik... keow teow depa tak putih cam kita, depa putih jernih... macam kristal.
Untuk Hari pertama kami.. berakhir hari ini... esok saya masukkan Day 2 pulak...
Kesimpulan entri ini eheheh siap ada kesimpulan..
* Beza waktu Indonesia dengan kita lebih kurang 1 jam dari kita, kalau kita pukul 8.00 pagi, depa kat sana baru 7.55am lebih kurang.
* Kalau boleh guna supir yang betul-betul buat kerja bawa pemandu pelancong, tau dia nak uruskan semua untuk kita, dapat supir lembs cam aku, makan hati noks... diam je... wakakakaka salahkan bibik...
*trafik di Medan, menjadi satu hiburan buat kami, melihat gelagat angkutan kota depa yang tak der rules, main redah je, bawa laju-laju, break suka hati.. dan peel semua pemandu sama-sama loklaq... bunyi hon memang sesuatu yang wajib didengari.. akan hon nak keluar simpang, akan hon kalau dia nak memotong, dan mereka saling memahami.. itu sebab tak der pulak berlanggar tengah-tengah trafik light tu.. Paling kelakar, siap boleh angkut ayam kampung, sangkar burung, bawa naik angkut, malah motor pun boleh...
* Sediakan payung kalau ke Medan hujung tahun, depa pun cam kita, hujan. saya memang bawa payung kecik utk travellers tu.. berjasa juga payung tu.
* Kalau membeli tawarkan pada harga terendah, jadi awas, jangan tawar menawar rendah sangat, beriya-iya, kemudian tak beli, itu boleh masuk kategori bakal kena maki.. :-)
* Berastagi pekan kecil, tak banyak tempat best pun, tapi sekadar nak tambah koleksi memori dalam hidup melihat tempat orang, gelagat orang, dan merasai makanan orang lain, boleh la.. itu sebab ada pelancong, yang datang balik hari je kat Berastagi, tapi kami saja bermalam untuk merasai suasana berkabus pagi harinya..
*makanan kat sini murah-murah.. kalau dok hotel pun rasa malas nak keluar, boleh order room service lagik... sebab tahap dalam kemampuan kita, kalau takat nak makan mee goreng, nasi goreng, baru harga sekitar rm8-10 (25,000-30,000 rupiah) kalau rasa nak minum nescafe leh je order, segelas baru 3-4 ringgit camtu... kira murahlah berbanding kat Malaysia, cuba order room service, mahal gilak.































5 Komen:
Wah best nasi padang...I cuma minat nak gi Danao Toba jer..
Pasal surat cuti tu, mmg lama dah implement sbb kalau tidak maid akan kena bayar wang fiskal bila nak balik ke Msia.
MA-yang surat cuti memang dah lama, tapi ni law baru indon buat, diaorg kena ada kad macam ic la.. dari kerajaan dia, untuk rakyat dia yang keja kat luar negara... macam ic juga, tp ni khas untuk yang keluar keja kat malaysia..
Pnut,
Suasana bunyi hon dan drive ala ala koboi tu memang budaya dorang kot.. Saya dah pegi Bali dan Jakarta.. sama je suasana macam tu. Ingat lagi kat Jakarta, ada la satu pakcik ni bawak motor dengan ayam diikat keliling carrier motor tu ala ala Batman.. lepas tu dok rempit celah2 kereta dan bas.
Kalau kat Cambodia lagi best - boleh bawak sebakul besar oink-oink (mak ngan anak2) naik motor.. ada tu bawak peti ais dua pintu dengan motor!
kul 8.00 am dgn 7.55am tu bukan ker bezanya 5 minit jer kak Pnut? huhuhuhu....tunguuuuu nanti jejalan Sarawak plak ek...
salam,
blh x sy nk dptkn contact no supir yg awk guna?sy nk pg sna around bln 3 nnt. Pls DM sy iyliafarhana@gmail.com
Thanks
Post a Comment