Kenapa kami keluar awal pagi..
tadaaaaa ada outdoor shooting lagik. Best.. memang berangan nak ambik pic family, tapi asyik plan je tp tak pernah jadi.. si Hafiz Tukang Ambik Gambar Ini dah lama plan nak jumpa bila balik Kedah, tapi tak juga sempat berjumpa, uhuhu dulu Hafiz pun pernah janji nak amek pic kami anak beranak, dari belum pregnant, sampai ALesya dah keluar, dan nak masuk 11 bulan masih juga tak berkesempatan nak diambil gambar oleh si Hafiz yang saya minat foto-foto dia. Uhuks.. kalau orang lain dia ambil gambar kena bayar, ngan keluarga Mak Pnut dia offer lagik, tapi tu la..belum sempat lagi menjadi nyata. uhuhu entah-entah offer Hafiz dah tak valid... uhuks...
Oklah tak payah citer banyak, meh gambar-gambar ni bercerita
Mood awal pagi Baby Q tak berapa bagus, time dia tido nih.. mula la muncung-muncung muka, kena pujuk bagai, kejap mama pujuk ok, pastu dia nangis, bila dia nangis guna vibrato, falseto bagai, maka kena pass kat bapak dia, tengok.. kejap je pak dia ceriakan dia.
Tengok dia dah tangkap lentok sama bapak dia
Dah ok sikit, baru bawak dia posing-posing,
pssst Zar, tu yg sms zar sebok tanya Jusco ada sale tak, nak beli gaun ada tujuan..ahaks.. tak jadi pegi Jusco, beli gaun kat Alamanda je, gaun Poney reganya RM99.00 tapi ada diskaun, so dpt la separuh harga, tp rasanya kat Jusco murah-murah lagi dan lawoo
Ermm suka pic-pic ni, tapi teroverdose lak photonya, tp tak per, nanti Ajid kasi mekap bagi lawo..meks tak reti.. hiks..Masih mood mengantuk..cian Baby Q
Kitaorg pakai uniform keluarga, eheheh yg ada tulis nama kami masa birthday Najmi dulu tu..
Baby Q suka berdiri, jadi mari kita kasi dia berdiri..
One happy family... love all of you...
Girls only occay
Ok...tamat..encik Ajid kena pegi Mersing, tata..jumpa lagi...
Oh ya, hasil kerja Ajid boleh dilihat disini FOTO RAJA SEHARI Atau kalau nak kawtim leh call dia terus 019 478 7542, Ajid ni dok perlis, so takat penang, Kedah tu boleh la dia pegi amek gambar di hujung minggu, harga sure boleh kawtim, korang cakap je, dapat no tipon dari kak pnut, pastu cakap kat dia, kak pnut kata leh dpt diskaun kalau sebut nama kak pnut..hahahahah nasib hang la ajid dapat 'kakak' macam aku semua nak diskaun hahahaha, tapi serius, Ajid ni senang kawtim, tak berkira, bukan sehari dua saya kenal ajid ni, sejak blog ni wujud kenal dia, dari hingusan masih usung beg pegi belajar, pastu bercinta, mula kerja kat putrajaya, pastu kawen, sampai dah anak dua saya kenal dia, mmg senang berbincang dengan dia. sila-sila kawan-kawan, abadikan foto. keluarga bersama-sama, memori tu... masa tu tak leh patah balik.
0 Komen:
Post a Comment