Friday, September 04, 2009

Nostalgia Ramadhan Part 1


Kali ini meh kita imbau nostalgia ramadhan meh...

Kita mula dari zaman kekanak rebena saya dulu ye.
Dulu masa kecik, kecik tu maksudnya dalam darjah 1 @ darjah 2 gitu le..
Zaman dulu tatau naper, kita mungkin kurang kesedaran jugak kot, berbanding anak-anak sekarang, gua dulu manjang je puasa sekerat hari..
Abeh udah selera macam naga, asyik lapo dan dahaga je, merengek usah kira le, kira nasib baik tak kena penampaq dengan emak dan arwah abah je la.. Bila dah tahap merengek macam geseken biola, emak pun naik boring, dan-dan tu dia ambil botol ayaq dari peti ais terus boh dalam gelas, pakse bukak posa la-la tu jugak (la-la tu=masa tu jugak) amek nak sangat bukak posa. togok le ayaq kosong tu sampai kembong.

Tapi bila dah lepas bukak posa, elok dah kembong perut minum ayaq, mula rasa menyesal...hiks..standardlah kan.. Tu sebab nengok bebudak sekarang dari umur 5 tahun dan pandai puasa, bravo kepada kita emak bapak ni, berjaya mendidik anak berpuasa. Syukurlah kita ada kesedaran kan...

Dah tu bila dah beso sikit, sekolah menengah, tingkatan 1-2 gitu. bile posa dah ok la.steady je, tapi jangan silap sikit, mula nak hangin..ye la penat kan.. nak-nak masa tu saya ada adik kecik-kecik, rasa nak telan dan kunyah-kunyah je adik-adik saya tu. Time tu kalau emak suruh pi kedai adoiii rasa nak jalan hentak kaki biar terbelah tanah kot.. hahah punya hangen tak leh nak rileks sikit pun ada je kerja kena buat, udah le penat posa, dah tu sebagai anak sulung, aciiikkk la orang harapan emak.

Masa tingkatan 1-2 ni dah pandai gedik.. malam-malam habaq kat mak pegi terawih, padahal tujuan utama nak nengok ada sorang mamat ni, ingat lagi nama dia Muhammad Jamek, mamat ni sekolah agama belakang masjid tu, satu kelas ngan kawan saya Nora, anak Pak Man depan umah, jadi Nora ni dok adjust-adjust la saya ngan Jamek tu, padahal Jamek tu bukan ensem sangat, tapi terima seadanya sebab acik pun bukan malatops sangat pon kan.. Gedik ke main..main tulis-tulis surat, dalam surat siap boh bedak. bagi wangi-wangi sikit, jadi tujuan pegi terawih tu nak usha mamat ni le..ahhaah poyo je..

Beso lagi sikit, dah tak merenyam, memalam lepas bukak posa duk umah je, paling-paling pun lepak depan tembok depan rumah je, nengok adik-adik main bunga api, sambil anak-anak dara sunti berbual-bual topik remaja..ceee wahhh

Pastu bile masuk ITM le best, segala neka suka duka nostalgia berpuasa jadi kenangan sampai hari ini. Rass, Kie, Jalek, Marlina, aku tak ingat lagi pompuan gedik mana selain kita yang gedik jalan kaki dari Kolej Anggerik ke Jusco Bukit Raja. Bapak punya jauh..bulan-bulan posa hadap sangat nak berjalan.. abehh dah dari kolej tu dok nampak Bukit Raja tu macam dekat je.. jadi gedik le berjalan kaki, padahal jauh sebenonya, nampak dekat tu kalau jalan tu lurus terus sampai ke Bukti Raja tu, masa tu perumahan dan kedai belakang kolej Anggerik tu tak wujud lagi, lalu la kami ikut laluan tepi highway tu. Sampai Jusco macam nak histeria, penat nak mampos... sampai sana terjumpa bebudak lelaki yang dengan berlagak sungguh aiiih depa naik motor pegi sana, depa punya sengih macam kambeng gelakkan kami berjalan kaki sampai naik semput.Hahah jadinya kebetulan tak dirancang malam tu kami bukak posa beramai-ramai dengan bebudak lelaki, Kiza ko ada tak dalam kejadian itu?

Pastu ada lagi satu nostalgia puasa di kolej Anggerik yang sangat tidak boleh dilupakan, salah seorang roomate saya masa tu nama Ina, kira junior la, dia masuk bilik saya bila saya dah tahap sangat senior, tinggal satu or dua sem je lagi nak abeh, Ina ni boleh tahan juga kaki tido nye. So satu hari saya dan geng gedik saya nak pegi bukak posa kat seksyen 2, jadinya hari tu idak le teman berbuka posa dengan ahli bilik yang lain, memasing buat hal memasing le, sorang lagi adik bilik tu Fiza, pi makan ngan geng dia kat mana tah. Si Ina ni lak kirim saya belikan mee rebus.. acik oklah la.. setelah berpoya-poya dengan rakan-rakan sebaya, lebih kurang pukul 9 malam kot kami pun balik kolej. saya tengok si Ina tido siap dengan telekung, so saya anggap normal la..dia memang gitu, biasa lepas maghrib tu dia lelap kejap dan nanti bangun lagi solat Isya dan terus study atau buat assignment.

Tapi saya kejut juga Ina, bagitau dia saya dah balik, dan mee rebus dia ada atas meja, Ina mamai, celik mata kejap dan bagitau ok.. pastu tido balik. saya pun blah terus naik bilik partner in crime, iaitu bilik perbincangan jenayah iaitu bilik 205 kalau tak silap ye dak Cik Kiah bilik mike 205 kan? Bilik hang Rass 206 kan? Acik hilang ingatan sat. biasalah dah masuk bilik jenayah tu lupe diri la..terus feeling bilik sendiri katanya kan.. makan minum, tido baring bagai sampai udah dekat pukul 12, acik and the gang turun tapau lauk utk sahur lak.. udah tapau lauk bagai..apa lagi..acara makan-makan secara berjemaah la kan.. udah selesai gedebuk gedebak gossip, mengumpat, keji mengeji bagai, acik siap sedia nak tido standard la duk hostel sahur jam 1-2 pagi kan.. balik bilik tengok minah Ina ni masih dok dalam telekung dan tido... aikk biar betui dia ni.. dalam hati dok fikir nak kejut ke dak..

Last-last kejutkan jugak lah kot-kot dia terbabas ke hapa..sekalikkk ko ambik... gelabah cam naga minah ni..rupa-rupanya member tido sejak dari asar tadi weiii.. ambekkk dari asar, masuk maghrib.. sampai Isya, sikit jam lagi je nak subuh, kawan tu dok posa lagi.. hahahaha bangun-bangun tu terus kebulur sangat la dia, macam serigala jumpa mangsa, mujur mee rebus tak basi lagi, huhuhu, mujur juga dewan makan belum tutup lagik, jadi dia pun turun pegi ambik nasi pulak..alahaiii ciannya..rasa bersalah juga tak kejutkan dia sungguh tadi, dan tanya dia dah makan ke belum..

Hiks..tu le kenangan posa saya dengan sorang budak bilik saya.. nak gelak ada, kesian pun ada.. ehehehe.

Bile saya dah masuk sem 5, saya lagi gedik kan.. maklumlah masa tu udah ada boipren.. hehehe boipren tu bapak bebudak ni le..hiks.. masa tu bermakna le juga..sebab bosan bukak posa ngan kengkawan, i keluar deting you..hiks..tak ingat lah first time bukak posa bersama kat mana.. tapi rasanya tak lain tak bukan kat area CM (Central Market) je..itu dah memang Taj Mahal kami tu.. hahaha

Oklah nanti-nanti kita sambung lagi nostalgia puasa ye..nantikan sambungan nya nostalgia puasa semasa saya hamilkan Najmi, dan nostalgia lain-lain lagi... saboooo takkan lari gunung dikejo...

eh nak tanya sat ni..hang pa tolong la habaq nooo si abang ni nak beno kasut yang beroda tu... yang macam saiful apek suka pakai tu...acik nak belikan roller blade je tak nak pulak dia, nak kasut raya ada roda..adoii mana nak cari, acik dah tawaf Alamanda nan ado...sapa ada nampak tang mana ada jual, tolong habaq sat naaaaa tolonggggg kesian si abang, puasa tak tinggal lagi, ni kira nak upah dia la.. dia idak le kata nak itu sebagai hadiah puasa, tapi sayalah nak bagi juga..tolong noooo siapa tak mau tolong kentut dia busuk...ahahhaah aci dak???
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino