Adik-first time travel dengan flight, she is sooo good, enjoy je..ehehe lupe lak, adik tido ke tak dlm flight..ampeh emak dia
Serius, tak banyak pic diambil, tak sama macam kami berjalan ke Langkawi, Pulau Kapas, (adik belum ada, so sangat senang nak bergambar dan ambil gambar) pegi Cameron ada bibik, ada emak, ada Syazwan, lagipun masa tu dia kecik lagi, belum boleh berjalan, so kali ni penat ooo mengejar dia je, bukan mau di dukung, asal letak kat tanah je berlari terus, bukan berjalan. mengepung dia satu hal, tak sempat nak amek pic sangat.
Dari airport, Kate sudah tunggu saya, kemudian kami pergi lunch, aduh time kasih darling belanja kami, pastu kereta sewa kami pun sampai, kerete Viva, so dari KK, kami ke KUNDASANG
Sepanjang perjalanan, inilah yang tersaji untuk halwa mata kita..
Pemandangan kiri kanan jalan camni le, Subhanallah, cantik sangat..
Ni kat depan resort kat Kinabalu Park, cantik tempat ni..
Kabus tebal, tak nampak gunung kinabalu kat belakang tu..
Cantik-cantik tau bunga kat sini, memang best, macam kat Cameron Highland je..
Cantik kan, babah cube bayangkan kalau kita guna DSLR ni, kompem lawa ni..
kat sini kami check in di TM Resort bilik kami yang saya tanda bulat tu (pic cilok dari internet, tak ingat pun nak snap pic)
Ni view dari bilik penginapan, memang cantik, malam lepak kat balkoni sejukkkkk sambil makan kacang goreng, dan bersembang dengan pakcik gebu ku..
Agak selesa juga.. Tak der air cond, tader kipas, udara semulajadi, tapiii sejukkkk
Dah check in, solat zuhur dan asar jamak, (sana zuhur awal, pukul 12.30 dah leh solat zuhur) lepas solat semua, kami gerak ke RANAU Perjalanan lebih kurang dalam 30-40 minit cam tu kot dari Kundasang ke Ranau ni. Tujuan kami ke sini ialah kerana hendak ke PORING HOT SPRING ehehe semua ni saya dah google dalam internet, apa yang menarik di situ, so dah set mesti pegi sini, cuma sayangkan kami agak lewat tiba ke sana, pukul 4 lebih baru baru, kat sana pukul 5.30 dah gelap nak maghrib kan.
Kena meniti jambatan gantung ni untuk ke kawasan kolam mandi manda, kat sini tempat kolam air panas semulajadi, walau dah lewat, tapi masih ramai di sini
Mama dan emak, sempat posing juga, si kecik di dukung babah.
buah hati pengarang jantung jiwa raga bakul ku..
Setiap pondok ada tub kecil dalam tu, so boleh duduk satu family dalam satu pondok, sorang satu tub. Kami tak mandi, sebab renyah nak bertukar baju bagai, masa suntuk.
Sikecik ni bukan reti duduk diam. panjat sana sini, letih kami mengejo
Sempat juga pakcik gebus ku merendam kami, tapi kata darling airnya memang panas. tapi ada dua paip, satu saluran air panas, satu saluran air biasa,so boleh campur.
Si abang sempat mandi di kolam ni, teruja betul dia
Gedebushhhhhh!!!!!!
Masa nak balik tu, kat depan Hot Spring ni ada gerai-gerai cenderahati, tapi ngeri nak pegi dekat, sebab anjing beso-beso berkeliaran, takutlah, tak jadi membeli. Pekan Ranau ni pekan kecil, tapi lebih besar dari Pekan Kundasang, at least ada bank, ada KFC dan restoran mamak kat sini.so kami makan kat kedai makan mamak je malam ni. Plan asal nak makan KFC, tapi dah nampak mamak terus meloncat nak try mama ala sabah, ok makanan dia sedap. Tader amek gambar bagai kat pekan ranau, anak kecil ooo berdukung berkilik, susah nak bergambar..
Kat sini juga ada satu stesen minyak, kat sini acik dah suruh laki isi minyak, tapi dia kata cukup, acik cam heran gak, dari KK-Kundasang dekat 2 jam perjalanan, (dia isi VIVA RM30)pastu dari Kundasang-Ranau dalam setengah jam perjalanan, pastu Ranau balik Kundasang, esok tu nak pegi KK balik. jauh tu kan.. tapi kata dia cukup minyak tu, sekali amek ko, esok on the way nak balik tu, dah suspen tau, blinking dah icon minyak tu, cuak giler koooo udah le kiri kanan bukit bukau, nan ado stesen minyak, tapi mujur la, ngam blinking sakan tu nampaklah sinar, jumpa stesen minyak kat Pekan Tamparuli. Mujur juga perjalanan pulang dari Kundasang-Tamparuli tu turun bukit, so free gear la masa turun bukit. jimat minyak beb, cuma tak tahan bila ikut belakang lori, huwaaaa slooow je.
Kat sini, Ranau dan Kundasang, agak leceh sebab gerai-gerai dia betul gerai-gerai kayu yang individu bina, kerajaan negeri patut bina gerai-gerai kekal, lebih selesa. Tapi Kate, tanah kat sini ialah kebanyakkan tanah persendirian, jarang mereka nak bagi buat apa-apa pembangunan kat tapak tanah mereka. Kat Kundasang tu, gerai-gerai buah dan kedai-kedai makan dia, aduhai..tak selesa nak menjamu selera dan membeli. betul kata bahasa-MEMBELI BELAH, beli dan terus cepat-cepat nak BLAH. Kalau orang jenis memilih makan, dan berkira soal kebersihan sangat, baik korang sewa homestay dan masak sendiri, tapi kami nan ado..jadi bedal aje la..
Tamat Day 1. So tunggu episod seterusnya jap lagi ke esok ke, untuk Sabah Day2
9 Komen:
salam K Pnut...
Last year g sabah pun sy macam tu gak, x jupe petrol pump. Muka cuak giler dah. Sib baik la dr kundasang nak balik ke KK tu turun bukit, so hubby free gear. kalau sy sorang, mau meraung dah tepi jalan tu..hahahaha
huhuhu...nak pi sabah jugak...air panas tu bestnyer..
boleh bayangkan letih kejar si kecik tu coz nabila pun sama..bila kita pegang siap marah2 kita plk...pastu buat lembik badan...tak daya umie nak ngangkat ooiii..
Kalau kat Kundasang , geram tengok sayur-sayurnya
Nini-mujur juga la kan..perjalanan balik turun bukit, main free gear je...sereemmm
Ieda-memang letih ooo sebab tak duduk diam itu budak..ke sana ke sini..aduii letih sungguh mengejar dia..eheh bolhe masam muka ngan laki sebab kita je penat mengejar..
PB-mmg geram tgk sayur-sayur dia, tapi takder beli pun eheheh sebab tak der tempat memasak pun...
Wahh..mmg cantik la view dia..alesya bukan main lasak lg ek..najmi nampak penat jeee..mak dia pasti maintain cun..ahaks!
bestnyaaaa....bila la dpt p sabah nih...kawan2 ramai kt sana...tp x dapat nk jejak sabah lgi...
banyaknya gambo! memang lepas geram ni!
Teringin nak g Sabah bila baca blog akak ni.
Salam perkenalan Kak Pnut, saya first time baca blog akak ni..terjumpa masa cari info holiday ke sabah. Cerita & info akak sangat membantu saya yg tgh plan ke sabah. Selain web sabahtourism, cerita2 true story mcm ni sgt2 saya cari. Bkn apa, takut indah kabar dari rupa.
TQ!
Post a Comment