Monday, November 22, 2010

Ini namanya lawan tokei..


Selamat Pengantin Baru Elyana..

Cantiknya dia.. dia ni memang sweet, muka comel, suka tengok.. dia ada satu daya tarikan, bukan cantik, tapi cute. Saya suka tengok dunia baru dulu tu, sebab dia ni la.. dia ni dengan Tajol tu.. saper nama mamat tu tah..


Mekap yang simple, tapi cun gilos hasilnya.. terrer aaaa tukang mekap ni, artis-artis ni dah biasa bermekap, so bila nak kawen tu bukan sonang nak naikkan seri pengantin tu.. tapi mmg sweet elyana warna baju lawooo dan dia pun lawoo baju tu pun lawoooo..



Pelamin ala-ala morroco ke? arabian neh?? gasaklah..tapi memang lawooooo

Pic credit kat budiey.com..


Oklah cukuplah elyana kawen tu..

ni la nak kata lawan tokei ni...
Maksu (adik saya) sakan bisnes la ni.. Alhamduillah.. rezeki.. ingat tak dulu, masa dia baru abeh belajar bakeri, dan mula berniaga, wallahualam.. kisah misteri yang berlaku memacam kan?? sampai tahap, malam-malam ada 'makhluk' mai cekik dia.. emak saya nampak, tapi tak leh nak buat apa, macam terkunci.. esoknya lebam abeh dahi dia, tubuh badan dia. So maksu dah berpindah, sewa tempat lain, dan sebelum masuk, buat tahlil, yassin dan 'pagar' rumah.

Ermmm benda-benda ni kita susah nak percaya, selagi tak kena kat batang hidung kita. Tak pernah kita terfikir nak berniaga nak kena 'pagar' tempat kita nak berniaga, kita tak tau siapa musuh kita, tetiba ada je dihantar hasad dengki. Dulu saya janji nak cerita kan? tapi tak payahlah benda dah lepas, nak cerita pun seram dengan apa yang berlaku dulu. Harap sesiapa yang membaca ni, ambil itkibar, kalau nak masuk rumah baru, hendak mulakan perniagaan, seeloknya kita 'pagarkan' diri kita dengan ayat2 Al-Quran dan amalan2. erkk jangan buat kurafat pulak, berdosa besar.

Tapi Alhamdulillah, masuk tempat baru, rezeki maksu bertambah-tambah. Jangan lupa bayaq zakatttt nooo adik.. biaq berkat.. Tak guna untung besaq, tapi nak keluarkan zakat kedekut, biar untung tak banyak mana, yang penting dikongsikan dengan orang lain yang jauh lebih susah dari kita.

Kek 2 tkgt maksu buat, kalah dah kak dia ni..



Door gift bag. Dia buat complete package, ada muffin, beg, jajan-jajan kerepek, gula-gula, ikut budget pelangganla.. siap packing semua (ehehe tima pakcing cik lela pun kena turun padang)




Kek kawen lagik...



lagikk


dan lagikkkk..

*semua pic saya cilok dari FB dia je.

so belah-belah utara, kedah, pulau pinang, kot ada nak tempah muffin untuk majlis kenduri kawen, akikah, doa selamat.. leh la cube tempah ngan maksu.. sms or call dia 013-440 2686 (wani), hiks, habaq kat dia, kawan kak pnut, leh dapat diskaun dak... tapi believe me, harga dia ni murah lorrrr... pemurah gila makcik ni berniaga.. harga dah la murah, hok bagi..free-free tu tak kira lagi.. ehehehe, taperlah, biar pemurah jangan kedekut. ..

4 Komen:

ieda on 9:24 AM said...

pnut..ni pengalaman sayalah..susah2 dulu,senang2 kemudian.tapi masa senang tu banyak ujian utk kita.mesti beringat selalu & bersedia.

oren said...

hat elyana kawen tu, mmg sweet gambar dia..dah orgnya lawa, mekap nipis pun dah lawa..hikhikhik..

tahniah yer maksu..semoga bisnes maju jaya..

Amy Z! on 10:33 AM said...

kagum ngan maksu.

uihh. murah rezeki maksu. doa2 harap maksu dpt bukak bakeri dgn jenama dia sendiri..


all the best maksu!

Hayati on 7:33 PM said...

nanti kak yati nak tempah. tak yah diskaun lah kalau dia dah bagi murah tu. Bila ya? Tak tau lagi. Ada rezeki, ada la nanti kak yati tempah. tahniah untuk maksu. Toke kek kat putrajaya tak buat betoi-betoi. part time saja. cuba kalau fulltime, mesti hebat juga ni.

Elyana memang cun sungguh time kawen ni dan tak dinafikan dia memang cun dah.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino