Jadi dah lama juga plan nak pegi, apartment pun dah lama booking, saya pun dah block date tu tak ambik order cupcakes, maka Sabtu pagi tu dalam pukul 10.00 kitaorg gerak pegi PD, sampai sana kitaorg round dulu cari apartment tu kat mana, then pegi lepak-lepak kat Teluk Kemang, sempat beli baju renang comel-comel kat Alesya, beli topi, pastu just lepak tepi pantai minum ABC, dan makan jagung bakar dan kerang rebus je. Najmi dah nampak horse ride, wah teruja dia nak naik kuda, tapi babah cakap, esok kita datang sini balik, mujur mood dia ok je.
Masa lepak-lepak ni kitaorg tader amek gambar pun, just amek gambar Alesya je, maklumlah dia sorang je available..eheheh tu pun dia cam boring je..
Lebih kurang pukul 1.30 kitaorang gerak pegi check in, dah masuk apartment tu keluarkan segala neka barang, rileks santai lunch.. petang tu kami turun pegi pantai. Best pantai tu tak ramai orang, so dengan mamanya sekali lepas geram mandi laut. Hiks. Anak buah kami si Lukman sempat tangkap jelly fish lagik, sanggup mamat kurus kering ni patah balik ke apartment pegi ambik tupperware nak isi obor-obor ni. Mulanya nak bawa balik bela, tapi saya cakap tak payah le, kang mati naya je binatang tu.
Tengok kurus keding je mamat nama Lukman nih. Ada lagi satu pic dia dengan Najmi very the keding, tapi saya tak mau le boh kat sini, jatuh le saham dia kan.. Kurus keding pun dia hebat merepair suis-suis rosak, drill dinding umah saya tau, tanpa dia tak bergantung frame-frame berat yang saya beli tu.
Balik dari mandi laut, kitaorg lepak-lepak menikmati keindahan sunset dari balkoni apartment tu, and bersama tiupan angin laut, sambil mak pnut buatkan lempeng tepung dengan bawang perrghh peberet my darling tu, makan panas-panas cicah sambal tumis ikan bilis, belen-belen pagi tadi punya. lupo lak nak amek pic. Malam tu kitaorg pegi round-round je, singgah pasar malam PD, wah happening pasar malam dia, ada tudung ekin jual RM15 sajork, kain bagus, sama kualiti macam di jual kat pasar tani putrajaya harganya RM25 <-- ya sila percaya di pasar tani bukan sahaja menjual produk pertanian, tudung, periuk belanga, kain baju, malah kereta proton pun depa jual kat pasar tani putrajaya, gue tak tau le pasar tani lain camno. sangatlah pertanian kan.. Kalau takat jual bantal kekabu saya masih menerima sebab kekabu tu produk pertanian la jugak kiranya. tikar buluh, bakul rotan gue boleh terima, tapi segala mop, teddy bear?? huh very the pertanian sangat kan..
Ok balik kesah PD, suka ati je saya nak lari topik kan. Esok tu bangun pagi tu mak pnut buat cucur jagung, goreng nasi saki baki semalam, then buat masak lemak telur + kacang panjang, goreng sayur campur, and bibik goreng ikan talang masin boh bawang banyak-banyak. tu je menu piknik kami karang. sempoi jek. (oh lupa kabo, apartment kitaorng duduk leh main masak-masak, ada kuali periuk bagai, tapi kitaorang bawak gak dari rumah macam nak pegi haji zaman naik kapal laut kekdahnya hahaha)
Siap makan semua ready nak check out la, tadaaaa baby Q dah lawo nak pegi piknik kat Teluk Kemang, sepit rambut dengan baju tu matching lak, kebetulan lak.. tomey kan..
Tengok Wana, Alesya suka beno dengan mainan yang awak kasi, kitaorg hangkut bawa pegi PD, pic kiri tu masih kat bilik, dia rileks tunggu mama bersiap, kat kanan tu dah hangkut piknik kat tepi pantai. rileks je dia lepak tido bawah khemah yang disewa. Pastu tgh tido budak 'baywatch' idak le baywatch sangat, budak yang kerja sewa-sewa khemah, boat tu punya bising, gue sound beb, dik anak akak nak tido jangan bising..hahahah mujur dia tak sound, "nak tido balik umah la," hahaha mustilah dia tak sound, babah budak nak tido tu dah bayo dia RM35 ringgit sewa khemah tu.hiks..
Si abang yang excited nak naik kuda..hahah ambek ko pucat lesi bila dah naik atas badan kuda tu terus keras kejung tak bergerak, takut kekdahnya.
Dua Mior sedang bersantai, satu Mior sudah dalam laut mandi-manda.. saya beli topi ala-ala henglish kan,, over tau.. jadi saya posing dengan topi tu, oh boleh tahan jugak comel saya ni ye.. (erkkk paiz sila muntah hijau)
yeah..yeah..yeahhh ambik pic budak gebus ni... very feminin dengan topi lima ringgit dia tu..hiks..
Percubaan membodek Alesya senyum..
Ok..dapat!!!! Yeay.. senyum simpul menggoda macam biasa...hiks..
OK sekian cerita hujung minggu mak pnut sekeluarga.
Next trip bulan 6 nak pegi Cameron Highland... bestnya pegi time besday saya lak tu..syokkk-syokk....
0 Komen:
Post a Comment