Filem ni di arahkan oleh Dean Baharudin, erkk mamat ni encem ek?? suke..suke...suke.. opss lupa dah anak dua makcik sapinat ni.. erk shud tgk video la beb, terserlah kehenseman mamat ni tau..
U guys, kalau kamu sukakan filem-filem arwah Yasmin Ahmad plis pegi tengok ini movie, kamu takkan menyesal. Camner saya nak kabo ke-best-an ini pilem?? saya bukan seorang pujangga yang pandai bermadah dan memujuk rayu, saya akan ulas in my own way.. the only Pnut in the world. Occayyy??? Erk saya tak kata, Dean takder identiti sendiri, dan dibayangi Yasmin Ahmad, tetapi mereka mempunya satu tarikan tersendiri masing-masing.
saya ulas dengan menjawab soalan leh? ala syok sendiri, sendiri tanYA sendiri jawab.. ops jangan marah, saya kata Pnut cuma ada satu dalam dunia, and i'll do it on my own say. sile jangan tiru.
Kenapa filem saya nak tengok filem ni?
1. Sebab pengarah dia hensem,
tak..bukan sebab Dean hensem, tapi saya amat tertarik nak tengok filem ni apabila saya baca artikel dalam surat khabar mana tah, menceritakan mengenai Dean, dan filem arahan dia. Background Dean bukan calang orang, dan saya teruja nak tengok filem ni, kerana saya yakin mesti best filem ni, sebab dia tak perlukan mat rempit berlakon dalam filem ni, dia tak perlukan bohsia pakai baju terlondeh untuk filem ni, dia tak perlukan adegan 18sx samai tahap pelakon kena mandi wajib untuk filem ni. Dean kata dia buat ni untuk kepuasan diri dia sendiri, dan mau dkongsikan dengan orang lain (eh ni dia tak kata, saya agak je la..)
2. Saya rindukan karya Yasmin Ahmad, tak dinafikan bermula dengan era iklan petronas, saya terlalu minat karya Yasmin Ahmad. saya impikan ada seorang pengarah boleh membuatkan saya teruja untuk menantikan hasil karya mereka. Dan saya nampak benda itu ada pada filem ini, atas arahan Dean. Bermula dari pemilihan pelakon, saya yakin saya tak silap untuk memilih untuk menonton filem ni, Adibah Noor yang sizenya lebih kurang size saya, hahah ada satu babak dimana balaci bank datang nak halau Adibah Noor (Mak Engku)dia siap kutuk, ehhh ni gemuk.. eh ni orang ke almari?? pastu dia gelak.. ahahh Joey, i like him, walaupun skrng nyampah giler dia skandal watie Elite tu. ok itu point kedua kenapa saya nak tengok filem ni.
3. Saya nak si Abang Najmi tengok, dan hayati erti kasih sayang sesama manusia. dan walaupun kita kata duit bukanlah segalanya, tetapi dalam dunia realiti, duit itu membawa makna sebesar-besarnya dalam kehidupan ini, dan saya nak dia hargai erti kasih sayang. Bukan dengan keluarga, tetapi dalam masyarakat. Dan saya tau filem ini berikan itu semua.
ok cukup 3, lagi banyak aku boh kang lagi merapu sebabnya.
Anak-anak...soalan kita seterusnya ialah...
Kenapa saya kata filem ni best??
1. Sebab ianya memang best.. takkan nak kata tak best. terimalah hakikat.. ianya memang best. diulangi..BEST!! ulang lagi sesuka hati.. BEST!! apee tak puas hati?? ok ulang lagi... BEST.
2. Best kerana ada Adibah Noor. Saya tak perlu ragu kalau Adibah Noor berlakon, dia pegang watak utama dalam ini filem, bak tagline produk jagaan diri "gunakan tanpa was-was" so boleh menonton tanpa was-was.
3. Best kerana, seorang pengarah yang berani akan berani mengambil para pelakon yang bukan dari arus perdana, dan tip top melatops untuk berlakon filem arahan dia, sebab dia tau dia bagus untuk mengarahkan orang berlakon, ko bagi tiang lampu letrik LLN dulu pun dia boleh buat tiang LLN jadi tiang TNB atau tiang telekom. Itu yang ada pada Yasmin Ahmad. Mislina adalah pelakon bakat besar yang tak dipandang pengarah lain, tapi Yasmin jadikan dia pelakon yang Superb. Dalam telentime, siapa sangka Jaclyn Victor boleh berlakon dengan baik, dan hero filem tu entah siapa-siapa pun, begitu juga Muhsin yang juga entah siapa-siapa pada ketika itu. Begitu juga pengarah Slumdog Millionare, siapa kenal pelakon kanak-kanak jalanan itu? tapi macam mana David angkat filem tu sampai leh menang banyak award.
4. Saya suka filem yang simple tetapi menarik. Jalan cerita filem ni simple dan tipikal. Tetapi ia tetap menarik untuk ditonton, kerana ia menghiburkan. Ada banyak emosi dalam filem ini, di satu masa kita ketawa berdekah-dekah, sampai keluar air
5. Saya suka kerana filem yang simple, pengarah yang sempoi, dan pelakon yang hebat, mereka berlakon macam tidak berlakon. lontaran dialog diucapkan selamba dan seolah-olah kita sebahagian dari filem itu, kerana itulah percakapan kita seharian, bukan macam filem Pak Usop yang memerlukan penghayatan watak yang emosi sangat dibuat-buat. Dalam filem ini, samseng pun ada kelemahan, iaitu suka menangis, dan suka dipujuk, dan pandai memujuk..siap peluk-peluk hug2, dan minta maaf.
6. Pemilihan lokasi, rumah lama (kita boleh nampak suis board lama, dengan pemetik suis bulat yang masih ada kat rumah cik lela lagi sekarang, mujur masih ada kat rumah cik lela, kalau tak dak, anak saya tak tau cemana rupa suis bulat hitam tu. Rumah tu memang cantik, dan antik, we only can see the 'props' macam tu dalam filem Yasmin Ahmad before. Rumah lama begini actually melekat kuat dalam diri kita, sebagaimana kita semua membesar di era-era rumah kolonial begitu. Saya pernah diami kuarter lama yang begini, di Kodiang suatu ketika dahulu.
7. Filem ini penuh sindiran, amat sinis sekali. Itu saya tulis bagi soalan kita seterusnya nanti. Saya suka filem yang menyindir, dan mengetuk kepala orang-orang tertentu. Rasuah, pemimpin tak betul, dan banyak lagi.
Gambar hiasan, suis lama, ginilah dalam ini filem.
8. Best filem ni kerana, mereka buat filem ni dengan very limited budget, tetapi meraka hasilkan sesuatu yang luar biasa menarik untuk kita semua. Saya tengok semua youtube the making of mereka, peralatan mereka gunakan bukanlah canggih dan biasa sahaja. Tetapi hasil sentuhan jurukamera yang baik, pengarah yang baik, dan score muzik yang baik, apa ada dengan duit beb??? u can do much better if you know how to work, bak kata wonderpets.. apa yang penting??? Kerjaaaaasamaaa.. Lagu apa ek dalam end of film ni? best gilak beb.
9. Lagi sebab kenapa filem ni best ialah, kerana Kahoe yang ala artis Korea atau Hong Kong tu pandai bermain emosi. Kalau dalam telentime kita tengok Kahoe bermain emosi dengan tekanan dari ayah dia, dan sakit hati pada Hafiz, tetapi dalam filem ini Kahoe bermain dengan emosi dia sendiri. Dia ekpresskan muka penuh rasa bersalah kerana tidak dapat menyelamatkan Afiq yang terperangkap dalam kebakaran.
10. Best lagi ialah sebabnya emosi kita bercampur aduk, sekejap kita ketawa, sekejap kita menangis, emosi bercampur, pastu tak der hero dan heroin, sama rata, semua watak adalah penting. saya suka lakonan begini, tak ler tunjuk hero pada satu watak..ciss.. even masa Afiq terbakar, saya berharap agar ada babak Afiq akan muncul dari tepi rumah dalam keadaan selamat.. tetapi tidak berlaku, Afiq mati terbakar, dan tiada babak, Afiq terbakar dengan kesan melecur dari mekap artis yang teruk. No tak perlu itu, kita tahu Afiq mati terbakar.
ok soalan seterusnya..
Babak atau skrip mana yang best?
1. Dalam bilik Adam dan Rafaat. Rafaat solat, dan Adam muncul, dengan berhati-hati Adam lalu belakang, dan Adam baca satu kata-kata petikan dari Al-Quran. damn saya lupa apakah nya, tetapi amat menarik, dan Adam kata kenapa dia tak pernah nampak benda ni, Rafaat jawab, memang la tak nampak, sebab dia terlindung, duduk belakang, tak sapa nampak. Yes.. erkk korang fikir sendiri kenapa. saya tengah cuba ringkaskan.. hiks
2. Babak semasa sessi perkenalkan diri Rafaat dan Adam, Rafaat bertutur dengan penuh bahasa baku dan macam baca buku teks bahasa melayu. Kelakar. Last makcik gemuk yang disuruh panggil Mak Engku tu speaking London occay.. bila diaorang cakap dari singapura, Mak Engku buat muka teruja dan cakap "Eh, at Singapore, their toilet outside a?? we are in Malaysia, our toilet inside, not outside" ahhaha kes Rafaat nak terkucil, tapi masuk dalam bilik stor barang kat luar rumah. hahah cute.
3. Pastu babak Adam tanggalkan topi, dan Mak Engku over-over gedik kata, dah la berbudi bahasa, hensem pulak tu. teruss suruh panggil Kak Engku. ahhaah dan babak kat tepi pantai, dimana Adam tanggalkan baju nak mandi laut, dan Mak Engku tengok dan buar ketap bibir.. Grrrrr... aumm... hahahah comei.
4. Babak dimana samseng Joey yang tak ensem datang dan marah-marah dan usik Mak Engku. Bila masuk dalam rumah, Adam dan Rafaat tanya, siapa tu? kenapa dia marah? boifren ke? suami ke? dan Mak Engku membalas "eh sorry, macam tu korang kata boifren? suami?? please.. i ada taste occay," hiks..
5. Kesemua babak samseng manja-manja suka merajuk dan dipujuk.. hahaha sweet. Memang cantik watak tu dibuat. Sorang samseng, asal kena tinggi suara dengan samseng sorang lagi, terus buat muak cembeng, dan menangis, terpaksa samseng sorang lagi hug dan pujuk-pujuk..sorry..sorry..alaaa tertinggi pitching sikit je tadi.. kalakar ok.
6. Babak dimana Afiq nyatakan hasrat nak pegi KL dan Singapore, tak pernah pegi, dan dia lukis gambar pemandangan KL dan Singapore dalam lukisan dia yang untuk dilelong (dapatkan duit amal) sedih babak ni.
7. Babak bank GRDY call dan nak kutip hutang, (this is laki meks habaq maksud tersirat) masa awek bank call kata dah 3 bulan tak bayo hutang, Mak Engku explain, kenapa tak dapat bayar, tak cukup duit nak operate rumah anak yatim tu, dan awek ni tak dengar pun, dia take off earphone, dan loudspeaker, sambil dia asah kuku, pegi jalan-jalan dalam opis, until Mak Engku nak abeh cakap, baru dia angkat phone dan jawab, kita tak tau apa semua, kita tau u kena bayar. (ya itulah senarionya, bank peduli ape anak ko tak makan ke? bini ko sakit ke.. laki ko sakit ke..hutang tetap hutang, harus di bayar,pedulik apa semua alasan)
8. Skrip-company hanya fikirkan profit-profit, mereka tiada tanggungjawab sosial, meraka hanya mahu untung, mereka tidak peduli nasib orang susah, mereka yang memerlukan. This is Malaysia bro..Malaysia, all about money. money, u ada duit, u boleh buat apa saja, kata Adam. Masa stesen tv interview, Adam cakap, company tak boleh ka menolong dengan ikhlas, bagi derma kemudian panggil media tunjuk menderma, bla..bla..gitulah, tapi ayat dia indah la.. makcik pnut lupa..
9. Rafaat bagitau Afiq, Singapura kecik, tapi teknologi dia canggih, sindiran. Afiq tanya Rafaat pula, Kenapa singapura berpisah dari Malaya? dijawab "biasanya kalau ada dua pendapat, orang ni nak buat itu, orang ni nak buat itu, kalan terbaik, berpisah.
10. Erkk banyak neh, panjang karang tatau... hiks.. ok babak lain yang best, bial Mak Engku terharu diaorang buat konsert amal, dan anak-anak yatim menyanyi lagu Ibu..Ibu... engkaulah ratu hatiku.
11. Skrip "kita memang tak boleh ubah apa yang sudah berlaku, tetapi kita boleh ubah apa yang akan berlaku dimasa hadapan" yupp betul.
12. babak diaorg tido beramai-ramai semasa takut petir dan kilat, semua bersusun tido dalam bilik Adam dan Rafaat, dan Rafaat pakai baju tido Mr. Bean. so cute..ahahah
13. babak Adam dan sorang chinese friend dia smoke atas bumbung kolej, Kawan dia kata, aku dengar melayu malas? (depa cakap mandarin) Adam jawab, siapa kata.. siapa yang tolong kau clearkan virus dari website porno yang ko tengok, siapa yang formatkan komputer kau bila har disk rosak, siapa yang bla.bla.. acik tak ingat dik..
14. Babak Mak Engku dengan Aunty Shanty, susah, harapkan bantuan orang kampung, mak Engku kata, nasib anak-anak ni time bulan puasa macam VIP, berlambak orang derma itu ini, lagi 11 bulan tak der apa..
soalan terakhir kita ialah...
Kenapa korang perlu tengok filem ni?
1. sebab filem ni best. NO DOUBT BEB.
2. sebab kena bawa anak-anak tengok, biar dia hargai kasih sayang, sesama kita, dan biar dia tau, ada anak-anak sebaya dia tidak hidup mewah, membesar dirumah anak yatim, makan minum pun ehsan orang.
3. Sebab korang kena keluarkan duit untuk tonton filem ni, dan pastikan kutipan mereka berbaloi. Dean kata dia buat filem bukan untuk kaya, tetapi saya nak dia kaya, supaya dia boleh buat filem yang lebih baik di masa akan datang, Dean kata dia nak buat filem kisah mengenai orang-orang tu pula selepas ini.
4. Sebab kita kena support pembikin filem Indie seperti meraka untuk berkarya dengan lebih baik di masa akan datang. We need more poople like them, please support. Come on, cukup-cukup kita je tengok mat rempit, bohsia, membesar dengan filem Pak Usop.. bagilah anak-anak kita rasa berbangga Malaysia pun ada pengarah filem yang bagus.
5. Sebab orang Los Angeles dah tengok filem anak Malaysia buat, dah ditayangkan di Cinema sana, dan kita sebagai rakyat Malaysia kena juga tengok, malu beb, kalau rakyat luar puji filem kita, tetiba kita tak tengok, depa tanya apa filem kita tengok kita cuma jawab, Adnan Sempit, susuk, rempit, janji diana?? oh plisss..
6. Sebab saya dah tengok, dan saya kata best.. so korang pun kena pegi tengok dan korang pun kata best.
lasssttt bagi 3 perkataan untuk filem ni.
BEST
TOUCHING
LOVE
16 Komen:
Hari ni jugak saya gi tgok Crayon..eh hari ni tak leh, nak gi melontar bola berat..esoklah kot...
Kalau Adibah Nor yang berlakon mmg bestttt..jadi orang gaji pon best
fuhhhhh!!! baekk punya review!! bila nk kuar dvd niii...nk tgk jugakkkk!!!
adibah noor mmg rock!!!!apa jelah yg dia berlakon,mmg menjadik!
yer, lebih baik tgk filem camni dr tgk filem mat lempittt... haha..
kak Pnut, thanks for the review, saya memang tunggu version akak punya review, coz iknow will be lain dari yang lain... thanks, dah beli tiket gak.. ini malam tengok..
Dilla
oh harus pegi tengok..kalau citer mcm ni i tak malu nak tengok kat wayang..nanti kalau ada cd, i will buy to make it my own and personal collection...and will kedekut bila orang nak pinjam...go and get it urself.heeee
betulbetul..citer yasmin ahmad memang best.... siapa2 pun dia ambil berlakon as long as ada talent...muka tak berapa nak penting.. yang penting skrip, jalan citer yang lebih menjurus kepada alam kenyataan bukan kepada alam khayalan ...
bukanlah nak cakap apa kan, kalau citer prof sorang tu kan...alahai... memang dah tahu citer akan merapik meraban...
thank you kerana mereview citer ni dan membuatkan saya teruja nak pegi tengok....
i love this adibah noor...
opss nak komen pasal suis lampu bulat hitam tu...dulu rumah mak i pakai tu tapi biasalah kan, lama2 depa tukar sebab kadang2 punat tu jadi keras untuk ditolak ke atas dan kadang2 spark elektrik.... mara bahaya oooo...
the last song in the movie is entitled "Satu" by Pot Amir (ex-Innuendo)
Insyaallah nanti tgk..tak sempat beli cd sebab dah tau feed back bagus..
aiseh tak boleh jadi ni. balik perak ni kena tgk gak film crayon ni. poster film ni pun cantik, simple tapi dpt ceritanya.
Pnut..thanks for the review... mmg akak akan angkut anak-anak..anak penakan semua pegi tengok citer ni...
suka baca review pnut sebab tetap selamba cara pnut..
kak Ani
Kuantan
kalu kak pnut yang cakap gerenti best, saya caya sgt2.
Haruslah penuh panggung wayang besok ni berkat review Pnut. Agaknya kalau ambil survey kat pintu wayang - how do you about this movie, sure nama Pnut naik..hehe. I pun nak tgk gak.
hahaha saya setuju MA,
kalau buat survey nama dapat tau filem ni, sure nama kak Pnut naik, ramai teruja nak tengok movie ni, kat office saya, kawan-kawan yang baca blog kak pnut semua pakat plan nak tengok ptg ni...
thanks kak pnut..
~~ Didie ~~
Yes... guys memang best ini movie... u all takkan menyesal..best
sorry tak sempat reply satu-satu komen semua..
Salam P-Nut,
Panjang lebo ulasan pilem tu noooo..;-)
Kak Yan ni dah beberapa abad tak tengok pilem kat panggung, kalau ada kat TV pun tak tengok jugak, sebabnya, alahaiiii pilem kita ni tak ada le yang menariknya, baik tengok drama je.
Hemmm..pilem ni macam baguih je...nanti kalau ada DVCnya boleh le beli...
emm mcm best jerk bila akak review itu story..terasa keterujaan untk menonton itu berkobar kobar..huu apekan daya kaki buat ms ini x blh melangkah ke panggung..kena duk tunggu DVD nye lah keluar :( sad..
Post a Comment