Tuesday, January 06, 2009

Selamat tinggal 2008, welcome 2009-Melaka


Sudah 6 hari masuk tahun 2009, mak cik pnut baru nak update blog...hiks..
very the busy macam wakil rakyat oooo
Ye la..my emak ada sini kan..of course sangat gumbira kan..
lalalala.. sukanya hati..

Lama mak duk sini, mak sampai 24hb hari tu, and we all berjaya pujuk mak stay sampai 18hb ni, coz, 17hb tu kenduri rumah Kak Na kat Damansara, so we all cakap le... dulu masa mak jaga arwah abah sakit, kalau datang kejap-kejap je, pastu teringat arwah, sekarang duk la lama sikit, tunggu sampai Kak Na kenduri. ehehe mulanya emak berat hati, tapi pengaruh cucu-cucu adalah sangat kuat. Hubby pun pujuk mak, kata, mak ada sini boleh tengok budak-budak, dan tengok bibik yang baru kerja dengan kami buat kerja, dan jaga budak-budak, masuk bab cucu, terus cair hati.. Alhamdulillah, kami semua sangat gumbira. Diet gua??? huwaaaaaaa punah la...mano tak nya, masakan emak, mana boleh tahan.. tengahari tadi mak masak gulai kepala ikan plotan, sambal belacan, ulam daun selom, ikan kembung belah belakang, sayur kacang buncis dengan karot..adoiiii terliur-terliur.....

Tahun 2008, penuh kenangan, paling pahit, kehilangan abah tersayang, paling manis kehadiran Baby Q dalam keluarga kami, Alhamdulillah, setelah lebih 5 tahun kami plan nak dapatkan second one, and setelah mengalami dua kali keguguran, saya mampu lalui kehamilan kali ini, dan ALhamdulillah, kini ada seorang putera dan seorang puteri, syukur pada ALlah, ikutkan hati mana la cukupkan dua orang anak, sebab saya sukakan budak-budak, tapi kemampuan diri dan kesihatan tidak memungkinkan saya untuk lalui kehamilan berisiko tinggi lagi..eheheh dalam buku merah pregnant tu siap ada sticker kaler merah, menujukkan kehamilan berisiko tinggi. Tapi syukurlah Allah beri peluang untuk saya lahirkan dua zuriat dari rahim ini sendiri. Alhamdulillah.

Kami menutup tahun 2008, dengan membawa emak, adik, bibik dan anak-anak berjalan ke Melaka. Alhamdulillah, diaorang semua happy. Bibik pun nampak happy, ye la, bibik pun dah umur 40++ anggap macam kakak-kakak jugaklah, memandangkan bibik ini kerja pun bagus, so apa salahnya bawa dia happy-happy.

So tengok pic le pulak ye.. mak cik pnut tadak modal nak cerita, so let the pictures do the talking

ini pic kitaorg kat Melaka...
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Itu cerita Melaka

Ini cerita di rumah kami
Pada hari Sabtu nan silam, kawan-kawan seperjuangan saya masa di UiTM 1996-1999, geng INFO96 telah berkumpul gather together di rumah saya, kira ini gather together 1/2009, Insya-Allah nanti akan ada siri gather together siri 2/2009, terima kasih kepada kawan-kawan yang hadir, seronok tau berjumpa dengan kengkawan lama, terkilang juga, kerana beberapa rakan yang teringin sangat nak jumpa tak dapat berjumpa..Insya-Allah lain kali occay, Ady, encik Tepak Sireh, sila jangan kekwat, kalau turun KL reti-reti bgtau kengkawan boleh geder togeder lagi...

Walau sikit tapi meriah dan kecoh, makanan-makanan ni kebanyakkan sponsor oleh kengkawan lain yang tidak dapat hadir, diaorg kasi duit je, so dengan duit tu, saya order chicken pie, tartlets, and sediakan makanan lain. Kiranya saya ni penaja lokasi la..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ok ini lagi pic terperap menanti masa nak update..

tadaaaa.. kebun bibik
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sekian update yang dua kali update...uhuhu opis gue dah mula block itu, ini..adehhhhh kena fokus kerja aja lorrrr

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino