Monday, November 22, 2010

Khasiat Ikan Keli


Khas buat peminat keli semua.. terutama my darling pakcik gebu-gebu ku cayang... baca ni babah..

Kat rumah saya dua hero saya adalah peminat keli.. orang kampung saya kata like father like son la.. dan si kecik pun dah join, meminati keli dan ikan patin. Kampung sungguh taste depa, lainlah ai.. i makan solmom, tuna, dowry je... tak main le ikan kampung neh.. perghhh cakap mesti berlagak..



Disebabkan saya nak bagi sedap hari sendiri, saya mengoogle khasiat keli ni, dan berjumpa info ini.. tinggi dha dan omega 3 tu.. baik untuk otak.. DHA penting untuk perkembangan otak ye.. tu sebab susu-susu bebudak ni kalau dok tinggi DHA tu mahal kemain, kiranya setin susu depa hok 1.6 atau 1.7kg, mahalnya yong oi. Sebab katanya susu-susu tinggi kandungan DHA, dan segala neka khasiat.. cisss bagi makan ikan keli pun byk DHA dan omega 3 rupanya. Actually ikan, apa pun ikan mmg tinggi kandungan omega dan DHA, dan keli antara yang tertinggi DHA dan omega, camner pulak ikan patin hok lemak berkepuk-kepuk tu ek.tak der info pulak.

Ok.ok.. baca sendirik ok.

KHASIAT KELI

Selain mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi yang datangnya dari sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak yang banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. "Kebaikan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain.

Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, Ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA. Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan banyak kebaikanya.

Kandungan khasiat Omega-3 Ikan Keli antara tertinggi
(Berita Harian, Jumaat –4 Oktober 2002)

Kuala Lumpur (Malaysia) –Technology Park Malaysia (TPM) menerusi penyelidikannya mendapati ikan keli atau nama saintifiknya, Clarias gariepinus, mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g).

Kadar lemak dalam ikan keli (9-12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.



Ni pulak info tak kurang pentingnya buat panduan kita.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
• Kepala berbentuk 'V'
• Bentuk badan mirip torpedo
• Badan berwarna hitam berkilat
• Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
• Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
• Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
• Kepala berbentuk 'U'
• Bentuk badan tirus
• Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
• Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
• Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
• Digoreng tidak meletup



Ikan keli ni kalu goreng rangup-rangup camni, kemudian ada sambal belacan dan ulam sudah cukup membuka selera.. makan nasi dengan keli rangup, nak pulak panas-panas.. pergghhhh wa cakap luuuuu leleh sampai lutut ayaq lioq... (gambar google)


Kat rumah kami suka kelar ikan keli rapat-rapat camni, kerangupan mantap, tahap nak tokak sekali ngan kepala dia.. (kamus kedah tokak=gigit) -gambar google


Ni ikan keli kami bakaq 2 minggu sudah, (gambar sendiri)

Di masak keli sambal pun sorga... pergghhhh (gambar restoran usop selam)


Dulu-dulu saya tak makan ikan keli, tapi berkahwin dengan pakcik gebu, kat rumah depa mesti-mesti ada ikan keli, dan digoreng garing begitu saja, hampir setiap hari ok... sanggup nak tengok je... pastu try la ape sedapnya keli ni.... sekalikkkk memang sedap noksss mak sentap terus declare jadi peminat keli. Tapi entah, sejak akhir-akhir ni kurenggg dah tekak acik nak menerima keli ni, mungkin sebab dah hampir setiap hari juga ada keli kat rumah meks.. muak rasanya, tapi aku heran dua hero ni anytime keli pun tak per.. kot la kat rumah keli.. kalau-kalau pi makan lunch kat luaq punn keliiii jugak depa ambik.. adoiiii si kenit ni pun pandai dah.. nak pishhhh pishhhh pishhhh (ikan le..)

16 Komen:

KLMari on 1:07 PM said...

Feveret saya dan my eldest juga tu kak...Kalau balik Temerloh, mesti dok mintak FIL amik kat kolam dia....Syoknya goreng berlada cili padi....Layannnzzzz !!!

faraulah on 1:48 PM said...

Kecur air liur..tengok ikan keli goreng!

Zareda Norman on 2:26 PM said...

pinut

kot susah susah ko buat kolam bela ikan keli kat rumah noks.. bukan susah sangat pun beli box dia dengan plastik khas tu.. dalam tong drum pun boleh bela.. stok sepanjang tahun tu.. ehheheh

anak dara zar pun peminat ikan keli tu, pasai tu masa makan makan hari sabtu gegeh mak dia cari gak ikan keli buat sambal.. sayang kat anak punya pasal tu

AuntieYan on 2:27 PM said...

Salam P-Nut,

Kak Yan makan jugak keli ni...tapi, kalau beli kena suruh depa siang siap-siap, kepala takmo...kena cantas cepat-cepat, sebab dok bayang makhluk lain.Kalau makan kat kedai, Kak Yan akan cantas kepala dia jugak..:-) Cik Din tak makan keli, tapi dia suka patin. Kak Yan tak makan patin :-)

En Amir tak makan ikan, tapi kalau keli dua tiga ekor sekali makan saja. :-) Jim pun tak makan keli (anak ayah)
Banyak kasiat rupanya ye?

Unknown on 3:29 PM said...

Pnut Good info! tak penah tau ikan keli Halal dan Haram beza rupa bentuknyer...
Tq aik! walaupon tak makan bole gak buat panduan yer dak!

ieda on 3:50 PM said...

patutlah saya cerdik...masa kecik2 dulu suka makan keli...hahaha....jgn marah pnut...
kat rumah kawan saya ada keli teramat besar.dia gila memancing.dapat ja ikan tu dia lepas dalam kolam.dah banyak ekor.saiz tu mmg tak lalu nak makan dah.nanti saya pi ambik gamabaq boh kat blog.
keli pelihara tak sedap sgt banding dgn keli yg dapat dalam sawah.buat goreng garing2 mmg best ooo.

Kauthar on 4:37 PM said...

suka bangat dengan ikan keli..tapi confirm takkan siang sendiri..takut! Nak makan tk takut plak..hahah

Pnut on 5:59 PM said...

Syeda-kalau fresh dari kolam mesti syiokkk kan.. tengkap hidup2..ishkkk

Faraulah-ikan keli mmg beshhh

Zar-ada perancangan juga, belakang rumah kami kan ke tanah kosong, akan ku usahakan kolam ternakan keli..ehehehe

AY-kami pun sama, beli siap suruh siang, dan potong kapla separuh, potong semua tak besh gak..

JS-manyak lugi looo tak makan keli..eheheh

Ieda-keli bendang mmg sedap, sebab bau selut tu..eheheh sama cam puyu dan sepat, hat dari bendang tu yg besh..

Kauthar-akak pun kompem takkan ku siang... takottt

Tijah on 8:05 PM said...

saya juger peminat keli tegar.

maklimah on 10:57 PM said...

kak p nut... errr keli yang perut kuning tu bukan keli kampung ke? yang perut putih tu kacuk dgn keli afrika...

-peminat keli tegar-

Pnut on 8:40 AM said...

Tijah-ekau pun suko keli?? sehati berdansa la kita ek..

Chemar-ni akak dapek dari internet.. tak kompem.. ada maklumat lanjut, meh kita sharing is caring...

Mummy Rizq on 9:55 AM said...

aku ngan laki pun peminat ikan keli.. tapi cuma mkn kat umah MIL or kedai ajer.. kenapa?? sebab aku tak tau cara nak siang & basuh ikan keli tu. pastu kalo goreng meletop satu dapur penuh minyak.. so.. cepat2 lah kawinkan anak kita supaya aku boleh makan ikan keli selalu2 kat umah besan jer.. hik hik...

WanShila on 11:34 AM said...

Assalamualaikum

Kak, kami sekeluarga pun peminat ikan keli ngan patin. Sampaikan tokey ikan kat pasar branang tu dah kenal muka husb saya...mana taknyer, tetiap hari minggu muka sama p ngadap nak beli patin ngan keli. kat branang ada patin yang masih hidup dijual..kalau beli yang masih hidup (depa siangkan dan potong2 lepas kita pilih) kurang sket hanyir dan bau tanah. Saya akan basuh pakai limau kasturi, rendam then bilas bersih. kalau takde limau, guna asam jawa. Saya suka buat masak asam rebus tempoyak..buat pekat2 sket..huh. mmg bertambah2 le nasi. Keli pulak samada dibakar then cicah air asam atau kalau malas sket goreng sambal pun sodappp!

Unknown on 8:25 AM said...

Alorsetar dan kawasan sekitar..Borong atau runcit keli Text snie. 0174120772
Ternak dan hasilkan benih sndiri ♡

Unknown on 3:47 PM said...

tapi saya xpham kenapa ada yang kta keli xbgus tuk kesihatan..

Nur haura afeeya on 9:39 PM said...

Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
....................................................................................................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................

▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino