Monday, November 29, 2010

Laksa itu sangat sedap..


Ini adalah gambar bertajuk Laksa, dan gerai laksa.

Mengaku orang Kedah, tapi tak minat laksa kedah, amatlah derhaka sekali. Begitu juga the UTARAian yang lain (ada ke camtu) Orang Penang, Perlis, kalau tak suka laksa, cube check genetik, betul-betul, benarkan anda berdarah keutaraan ni? Kawan saya sambung belajaq kat England sana, pun ketagih laksa, tak dak ikan sardin dan ikan kembung, ikan-ikan orang putih pun dia tibai buat laksa, ketagih punya pasai. Itu lah overnya orang-orang fanatik laksa.


Ok, gerai laksa ni namanya Tepian Rimbun Teduh ke camtu la namanya, lokasinya ialah dari Teras Jernang/UKM, nak menghala ke Bangi lama, jalan berbelok dan selekoh, situ ada gerai ni, dulu asalkan ciput je gerai dia.. lama-lama tu diaaaa tengok berapa payung, berapa puluh meja dan kerusi dia letak.. dan pekerja dia pun dekat 10 org, perkhidmatan cekap dan pantas. Dan of course Kedahan. Orang Aloq Setaq. Orang Kedah kalau terrer buat laksa, char keow teow, bihun sup kaler kuning tu, leh dah hidup kat KL, tak payah buat keja lain, jual benda ni ja. Sama macam orang Kelantan, Terengganu duduk KL, jual nasi kerabu, nasi dagang. sedap je, sure penuh kedai. (kat Putrajaya Gate 1 ada kedai Kak Mah nasi dagang, ramainya orang pagi-pagi, jenuh menunggu kalau nak beli)

ok Gerai ni, menu dia cuma laksa dan cendul, ada ABC sempoi2 dan air sirap sajork. tak lebih dari tu, tapi gua kira income dia ratusan ringgit sehari. Kalau time lunch tu, punya ramai umat, termasuk cina-cina dari kilang-kilang sekitar bangi, kena tunggu tepi, ada orang bangun, terus pegi duduk.. siap leh gaduh ni, kalau berebut tempat..eheheh. Pastu kalau ada orang-orang yang sudah abeh makan tu, tapi feeling dok macam dia lepak kat Starbuck dok lama-lama, masa ni ada rasa nak pegi tampor je suruh blah cepat sikit boleh?

Laksa dia mabeles wa cakap lu.. so tak heran la, cina-cina boleh duduk makan, tak cukup satu mangkuk, dan lepas tu siap tapau berbungkus2.. Kekadang pi pukul 5ptg dah abeh lincin lincau dah. Kalau pi belah petang lagi syiokkk sebab kuahnya makin pekat.. walaaaweiiii sedap, sebiji rasa laksa Cik Lela... (cik lela dulu jual laksa juga, malatopsss juga) Gerai ni cuma menjual laksa, dan cendul ABC gak la.. tp ABC simple je bukan special mana, tapiiiii ramainya orang tu tak terjangkau akal fikiran, apelah jual laksa je pun gerai tak pernah kosong. Megik ek.. tengahari buta orang beratur beli laksa.

Masa kita duduk makan kat situ, dalam 1/2 jam katakan, boleh tengok, mula-mula akak ni akan tuang satu bungkus laksa siap rebus dalam bekas laksa tu, (anggaran dalam 2-3kg camtu) dalam masa 1/2 jam kat situ, boleh tengok, lepas 10 minit, dia akan bukak bungkusan baru tambahkan. erkk agak-agak, sehari berapa puluh kilo dia jual, satu bungkus 3 ringgit, kalau 100 dah berapa? kalau 200??

erkk kalau menurut firasat saya. jualannya mesti melebih 300 bungkus/mangkuk. katakan satu meja 2-4 orang, ok, katakan 4 org, dah 4 mangkuk dah, kat situ ada lebih 15 meja, dah berapa tu, tu dalam satu masa tu, dalam satu masa katakan semua yang ada kat situ 20 orang, dan 20 orang x 20 mangkuk, sudah RM60 (utk laksa sahaja, tak termasuk cendol) dan kalau dari 20 org, 3 org tapau pulak ke.. sorang tapau 3 bungkus je.. kencang sehhhh.(kiranya anggaran kasar, untung dia sejam mesti sekitar 100-200 ringgit) huiii kalau dia berniaga dari jam 11pg sampai 5ptg? berapa tuh?? ishkkk pandai pulak aku mengira, ingatkan selama ni pandai berkira je.

Tu la, buat je sedap, sure orang datang walau dari jauh, bebudak opis saya ni sanggup tu, dari Putrajaya, redah ke sana tiap Jumaat nak makan laksa rimbun, pi 3-4 orang, sat lagi hok laki-laki kat sini pakat mengirim beli pulok. Tapi serius... memang sedaplah, pakcik gebu yang non Kedahan, dan bukan peminat laksa pun boleh hirup sampai titisan terakhir, amat kagum. Dia bukan peminat laksa, selalu makan laksa, makan isi-isi je, kang kuah tinggal je, dan biasanya saya amat suka sebab saya akan mengabehkan kuah dia, tetapi kalau kat sini, minta mahap, licin dia sapu.. siap eksen-eksen, "jangan mengharap kuah ni tak abeh, sebab abang nak balun abeh, sedapppp" cissss. Bagi dia ni laksa ke2 terbaik selepas laksa depan petronas Bakar Arang, Sungai Petani.

Lagi satu gerai ialah Gerai Laksa Kak Pah, dari segi rasa, Kak pah no.2 la jatuhnya, gerai rimbun ni no.1, dan gerai kak pah pun camni juga la..ramaiiii orang, menu pun sama, cuma laksa dan cendol saja. tiada yang lain. Kak Pah orang Pendang.. see kayo mokcik ni jual laksa je, tp sama juga, cina-cina keja kilang sekitar bangi tu, berpusu during lunch time. pukul 4.30 sorry beb, nasib baik je dalam beli. padahal Kak Pah ni start jual pukul 11tghari, dan pukul 4-4.30 ptg abeh, dia boleh balik pukul 6 dah boleh tengok sinetron kat tv3 suku nanti bebila kita highlight gerai kak pah pulak, gerai dia betul depan kilang DENSO bangi.

Sooo moral of the story, kat KL ni rajin je, dan belajar masak sedap-sedap, leh kayoooo.. saya tengok banyak anak-anak Kedah yang merantau, menjual laksa, bihun sup, char keow teow hidup senang. Kat putrajaya ada gerai bihun sup utara dekat food court ramai orang, kat cyberjaya ada satu, kat gerai-gerai tepi UNITEN ada satu, tengok periuk sup depa, leh buat kolam renang budak. Hahahah, sambil tengok periuk sup, leh congak, satu satu mangkuk RM3.50, berapa mangkuk sup kalau periuk sup besaq tu??? erkk do your own maths la ek..

sekian cerita makanan kita pada hari ini, jadi jangan la pnut oii ko moskilkan kenapa ko tak kurus-kurus.. sendiri mau ingat la kan....

17 Komen:

ManjaIxora on 11:50 AM said...

salam kak pnut..

sy pun pnh rasa laksa kat kedai nih.. mmg sedapp.. kuahnyer pekat.. banyak umpphh..

biasanyer sy kirim kat laki sy suh belikan.. klu sy lalu situ balik rumah kul 5 lebey, mesti dah tutup.. x dan nak rasa.. mmg cpt habis..

ieda on 12:09 PM said...

samalah kita pnut.kalau pi makan kt kedai yg meriah2 tu mesti kalut nak kira income depa...siap kira meja.agak2 berapa ramai customer sehari..sebulan berapa depa dapat..hehehe.pastu compare dgn diri sendiri.berapa tahun belajaq.income tak setara mana pun...sedih!!!!

Anonymous said...

salam cik pinat..
saya pun baru mkn laksa smlm tp bukan kedahan yg buat tp pahangan! hiks!

mahapla saya blurr skit bab2 mengira duit ni..tp bab habiskan duit memang pro! haha!

Irfa on 12:31 PM said...

fuyooooooooooooo baek punya promot.
sampai saya yg duk sepang ni tetiba rasa nak ke sana makan laksa..cayalah akak.mmg seswai kalau apply keje promoter..hehe jgn mare ye kakak ku cayang..

gemuk takpe janji sihat walafiat

MOKCIK AZWA on 2:10 PM said...

Walaweiii...(pinjam expresi pnut hehe)..bukan main mantopss punya review nie... mokcik pun bukan peminat tegar laksa tapi bila baca review ni terus dan2 ni gak teringin nak merasa laksa rimbun ni hahaha

Zareda Norman on 3:00 PM said...

wahh review baik punyer.. nanti nak pi sekodeng gak sedap ke tak laksa dia..

Luna on 3:31 PM said...

laksa dpn petronas jln bakar arang tu sedap ke kak..dulu ye..skrg ni dh kureng la..tgk gambaq laksa ni rasanya laksa bangi ni nampak sedap lagi.

bg sy laksa kesatu yg sedap yg penah dirasa ialah kat simpang kuala, aloq setaq..kedua kat foodcourt dkt jalan sultan azlan shah, penang, ketiga, kat stesen bas bagan serai, dan kat batu feringgi..

eh saya pun suka kira2 bab untung org kedai..haha mmg sepe'el la kita nih..

Pnut on 3:37 PM said...

MI-eheheh sedapkan laksa kat sini? terbukti kata-kataku benar belaka..eheheh

Ieda-betoi tu, cuma depa comot dan tak bergaya je kan..tp poket lagi tebal dari kita...

MDT-kalau bah perabih duit, itu bidang kepakaran kita :-)

Irfa-dokek je, meh la.. roger-roger, leh kita gathering..ahahah

Mokcik-try la rasa, bagi tekak saya yang cerewet laksa, ok la sedap.

Zar-selamat mencoba...

JDK92 on 7:04 PM said...

kak pnut bagilah direction sebaiknya dr UKM bangi..saya pun peminat laksa..walaupun saya org KL..terus kawin dgn org SP..saya suka juga laksa kat PETRONAS batu arang tu..hehehe..time kaseh kak pnut..ukm dibelah kiri saya lalu straight sahaja sampai nampak gerai itu dibelah kanan atau kiri saya?

My Life My Journey.. on 7:36 PM said...

Pnut,
Laksa itu memang sangat sedap!! Aku blk Malaya nanti hang kena p tunjuk bw itu warung okeh, sebab citer hang ni memang sgt menyakitkan perut & tekak aku weiii..!!!! - Fa

aliaaroslan on 8:23 PM said...

mestila makan selagi beselera. nanti dah tak sihat, dah kurang selera. memang maveles laksa kedai ni.

Pnut on 8:22 AM said...

JDK92-ok, kalau dari UKM, dpn trafik light UKM tu kan?? make sure UKM belah kiri, kemudian terussss je, laluan berbelok-belok UKM tu kan?? hutan-hutan je sepanjang kiri tu...teruss sampai jumpa trafik light simpang 3, kat situ, pun terus lagi, tak jauh dah, dari trafik light tu, adalah dalam 200 meter camtu je gerai laksa ni.. mmg tepi jalan tu je. nampak deretan payung-payung tu, ye dah tu..kira dari UKM ke gerai laksa ni, dalam 1-2km je.

Fa-bolehhhh no problem, hang turun je flight nanti, aku bawa mai sini..ehehehe

Aliaa-bagi tekak akak, mmg sedap, tak tau pulak tekak orang lain cemana.. eheheh jom menerai..

Ernie Zuraida on 9:38 AM said...

adui Pn Syafinaz....

sedapnye........ tsk...tsk...tsk...

Ida on 10:43 AM said...

Pnut, betul ke laksa Kedah/Perlis ada campur belut dalam kuah dia?

Pnut on 11:00 AM said...

Ernie-sile bersabar, nanti sambut first besday anak, buat laksa besar-besaran..eheheh

Ida-dulu-dulu ye la.. skrang tak dak, belut mahal, sapa mau letak belut.. saya pun tak pernah makan laksa belut... tp kalau termakan tanpa menyedari kot la..eheheh

Tijah on 1:19 AM said...

gua sudah try tadi. terbaekk!

Semarak Api on 9:58 PM said...

ahah..mmg hbt cerita mknn akak nih.smp berair mulut sy bc.haha..kena pi crik nih..

jejalan cni :)

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino