Saturday, October 08, 2011

Jom masuk Peraduan Mamil Gold.. Hadiah Lumayan!! gile best!!


Nak duit yang banyak??

Pernah tak korang imagine macam dalam filem fantasi kadang-kadang?? Macam kita dah ada keluarga, ada anak-anak.. ada keinginan dan cita-cita untuk masa depan anak-anak kan?? Tetapi nak menyimpan sendiri banyak mana sangat boleh kita menabung, kalau saya la kan?? dapat gaji dah asing duit untuk menabung kononnya, kemudian baki gaji tolak hutang itu ini, tetiba tengok baki gaji mak aiii ciput je tinggal, tak kena gaya, hujung bulan korek balik yang disimpan tu. ehehe. Ikutkan gaji bersih bibik lagi banyak dari baki gaji saya yang tinggal.. ahahaha setidaknya bibik dapat RM550 bersih je, tak payah tolak sewa bilik ke, makan minum, nak bayor bil api ke apa kan?? Kan??? Jadi saya selalu berangan, tengah cangkul tanam pokok belakang rumah, tetiba tercangul jongkong emas lanun dulu-dulu merompak dan tanam kat tanah estet kelapa sawit, tapak rumah saya ini. Atau berangan, korek-korek tanah tetiba jumpa duit tertanam yang entah dari mana, berkepuk-kepuk dan kita kelabu mata dan terus ambik duit tu kan??

Itu imaginasi khayalan kita yang tak berapa logik kan?

Tetapi ada juga angan-angan saya yang logik dan tidak mustahil menjadi kenyataan. Nak tau apa??

MASUK PERADUAN!!!! Tak kira la peraduan apa pun, dapat menang kereta mewah sebiji, terus berangan nak jual, dapat cash RM100,000.00 ke, dapat bayar hutang dan kemudian simpan untuk masa depan anak-anak nak belajar nanti. Logik kan kalau kita berangan macam ni?

Tapi kalau berangan saja, tapi tak der usaha nak masuk peraduan tak guna juga, sampai mati pun tak der peluang nak menang peraduan, kalau masuknya idak. Jadiiii i like peraduan. Semalam pegi top up susu Alesya, rupanya ada peraduan Yeay... I likeee peraduan...

So balik rumah dengan hati berbunga-bunga dan berkobar-kobar, terus minta dengan promoter tu dua borang,

Saya dah dapat dua borang.. Semangat terus nak isi...

Satu borang nak hantar terus, untuk peluang menang hadiah minggu. Hadiahnya RM5000 tu, ok sangat le tu kan... Satu lagi nak kumpul nak hantar untuk grand prize... Nah saya tunjuk syaratnya..

Peluang untuk menang Hadiah Mingguan, begini.. sebab semalam beli 1 tin so dapat dah satu lapik aluminium tu.. lepas la hantar satu borang. Dah siap isi... Slogan je belum tulis sebab nak fikir nak tulis yang best-best. Hehehe.


Satu lagi borang nak hantar penyertaan untuk Grand Prize.
Yang ni dah pesan bibik, lepas ni kumpul lapik aluminium ni. Sempatlah hantar 2 borang lagi kot, sebulan 2 tin budak busuk tu minum, kadang-kadang lebih, kalau dia kurang makan roti, nasi, dia banyak minum susu.. hurmm kalau beli yang kotak, seminggu je abeh. Jimat lagi beli tin 1.6kg tu.

Senang gila nak dapat duit.. Kalau menang la kan, cuma jawab satu soalan mudah banget, dan karang slogan best-best. Ni tengah fikir nak slogan apa kasi gempak kot ada peluang menang.

Slogan yang perlu kita karang berkaitan dengan IMMUNOFORCE.. Sonang ja.. saya dah terrer, eheheh dah banyak baca pasal IMMUNOFORCE ni kat internet, dan website DUMEX.

Tapi !!! oleh kerana saya baik hati, saya ulang siaran la.. Citer sikit padal IMMUNOFORCE ni, supaya kalau korang nak masuk peraduan juga, dapatlah ilham sikit nak create slogan tu.

IMMUNOFORCE ni, dalam bahasa mudah, formula campuran oligosakrida, namanya GOS dan lcFOS. Dalam bahasa senang korang nak faham, oligosarida ni makanan kepada satu bakteria dalam badan, dan bakteria ni bukan bakteria jahat, tapi bakteria baik. Bakteria baik ni, penting untuk usus, so bakteria ni protect anak-anak kita dari serangan penyakit.

Hasil uraian oligosakrida ni, akan terjadi asid lemak, yang penting:-

1. Rendahkan pH dalam usus.
Yang ni macam ramai askar baik, nak lawan musuh yang jahat dan berbahaya. Askar baik ni protect dan lindung musuh dari terus mara.

2. Lapisan mukus di usus menebal.
Bila lapisan mukus ni makin tebal, dia akan menghalang bakteria jahat masuk ke dalam sistem badan dan mengganggu aliran darah.

Jadiiii moralnya.. dua-dua kebaikan ni, akan sokong sistem imunisasi badan anak kita lebih sihat dan kuat.

So pepandai le kalau korang nak mengaran slogan nanti, tapi info yang saya bagi tu dah cukup mudah untuk difaham, dan karanglah sekreatif mugkin untuk kejayaan anda.

Untuk bulan September yang lepas dah ada pemenang untuk weekly dan monthly pemenangnya... Jangan bimbang kita masih ada peluang.. Just selalu check kat website DUMEX kot-kot kita yang masuk-masuk peraduan ni menang ke... dan kalau tak sempat check... jangan risau takut tak dimaklumkan.. Sebab nantikan saja panggilan dari Careline Dumex akan membuat panggilan kepada kita.. pergghhh doa-doa la kot-kot saya pemenangnya, nanti saya belanja korang kalau saya menang.

1 Komen:

Anonymous said...

Wonderful goods from you, man. I've understand your stuff previous to and you're
just extremely fantastic. I actually like what you have acquired here, certainly like what you are saying and the way in which you say it.
You make it entertaining and you still care for to keep it wise.
I cant wait to read much more from you. This is actually a tremendous web site.
Visit my homepage ; commodity market prices

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino