Thursday, April 21, 2011

Gula Dalam Susu Formula- Fakta yang patut anda tahu !!


Sticky entry. New entry kat bawah ok??

Cuba cerita mana kanak-kanak tak suka manis??? Si bucuk ni kalau diberi yang manis-manis memang sukeee sangat... sesekali boleh lah, tapi kalau berlebihan soryy beb.. Mama is the boss!!! I am the one will control you sweetheart!! Tengok ni, kemain suka dapat mamam ais krim.


Budak suka dapat makan ais krim. 


Tapi perasan tak, lately kecoh betul pasal katanya ada susu formula anak-anak kita mengandung sampai 13 sudu gula?? Seram dengar.. Dan mengambil bahagian dalam kekecohan isu ni, saya pun sibuk juga membelek susu Alesya, Mamil Gold, (ye, Alesya dah hampir setahun bertukar susu, dan dia serasi dengan Mamil Gold sekarang) dan saya dah jadi members careline, boleh register online kat website DUMEXKadang-kadang bila kita baca maklumat, tak jelas, tak sama dengan penerangan lisan yang diberikan oleh pakar. Boleh dail 1800 38 1038 cakap terus dengan pakar nutrisi, senang, terus tanya pada yang arif. Kalau tak percaya, sila call sendiri, memang diaorang CONFIRM boleh cerita apa je yang kita tanya, hehehe macam saya banyak benda saya tanya, tak fikir panjang saya call terus je, mana yang confuse saya tanya. 

Mula-mula sekali, saya tanya pasal kandungan gula dalam Mamil Gold, tinggi sangat ke kandungan gula dalam Mamil Gold, dan  saya dimaklumkan bahawa susu Alesya tu cuma ada 2-3g je gula, (atau sukrosa, iaitu gula biasa/gula diproses), dalam setiap satu hidangan (1 cawan). Saya tanya lagi, ok ke gula banyak tu dalam susu? Kata pakar, ok ianya tidak melebihi dari dari apa yang disarankan WHO, (kalau ikutkan WHO, budak umur 1-3 jangan ambil lebih dari 34g sehari). So molek sangat, Mamil Gold ada 2-3g saja. The rest of sugar yang Alesya perlukan dia boleh dapat dari original source, macam buah-buahan, dan favourite budak kecik ni ialah Kismis dan Kurma. Saya rasa adalah normal susu formula, walaupun kita memilih yang BIASA, bukan madu, vanilla, atau coklat tetap ada sedikit kandungan gula, kerana manis dan kanak-kanak memang tak boleh dipisahkan. Sedikit manis macam 2-3g gula dalam satu hidangan susu, just nice, tidak terlalu manis.

Kalau kita buat kiraan gula dari sumber karbohidrat, itu salah. Sebab karbohidrat bukan ukuran yang tepat untuk kita sukat kandungan gula dalam hidangan. Sebab tak semua karbohidrat itu gula. Kita pun kena ingat, selain karbohidrat badan mesti seimbang dengan pengambil protein, mineral, asid lemak dan vitamin lain. Barulah orang kata "perfect nutrition"


Saya dulu macam confuse, sukrosa, laktosa. Ingatkan sama, ehehe rupanya tak sama la.  Sukrosa tadi dah bagitau, iaitu sumber gula asli le kan? Sooo apa pula laktosa? Laktosa ialah gula yang terdapat dalam susu. Ia dibentuk oleh dua jenis gula iaitu glukos dan galaktos. Ini maknanya gula yang wujud dalam susu formula secara semulajadi mengandungi laktosa dari unsur karbohidrat. Serat juga dari unsur karbohidrat. So betullah, tak semua gula itu didapati dari karbohidrat. Yeay !! baru faham.

Kadang-kadang kita baca kat label tin susu kan? Ada label tertulis Sirap Glukos  kan? Hahaha yang ini pun sama ingat gula juga, iaitu gula pekat.. Hahaha sekali lagi saya silap bebeh. Sirap Glukose dalam susu Alesya ni mengandungi polisakrida (polysaccharides) juga. Glukosa memberikan tenaga kepada anak-anak, dan tenaga ini digunakan semula dalam aktiviti harian mereka.


Paling saya confuse bila susu yang dikatakan "No Added Sugar" ni, tiada sugar/atau manisan langsung, dah tentu kalori akan berkurangan kan? tetapi sebaliknya kalau gula dikurangkan, tetapi kalori sama?? pelik di situ??? kalau nak tau, kalori ni ialah jumlah tenaga, yang dikira dari Karbohidrat, Protein dan Lemak. jadi, kalau gula kurang, tetapi kalori tidak berkurang? Mungkinkah sumber kalori tu ditingkatkan dari lemak dan protein? Kalau begitu, tidaklah kita namakan ianya adalah 'Perfect Nutrition', sebab tak balance. 


Lasttt ni gambar budak suka benda manis.. Ini pic dia 'curi' makan kek, tapi tak makan kek, dia makan krim kek sahaja, tengok comot muka dia makan krim kek. hohoho.. not good adik.. not good, gula dalam krim kek tu seratus peratus sukrosa dik.. 


7 Komen:

roserose*MrsYusof* on 8:14 PM said...

tak yah Alesya,anak Kak Ros yg kecik tu kalau Milo kosong rasanya dia rasa kat lidah aja..cuba letak susu manis..terjilat2 gelas..susah nak ajar kurang manis bila dia dah biasa manis aja. kek and biskut manis2,,

Anonymous said...

berjinak2 minum kopi tanpa gula!
mula2 mmg la tak sedap, lama2 lidah pun dah tak kisah...

FAD ARIFFIN on 4:05 PM said...

sekali kak pnut kita bagi ceramah dah macam pakar nutrition daaa.... tuka profession lah kak hik hik hik...

anak saya pun pakai mamil gold since lahir lagi sampai ler skang nih step 4.

Mummy Rizq on 4:46 PM said...

rizq setia dgn product Enfa dr birth sampai la sekarang dah umur 7tahun masih minum susu....

Unknown on 12:31 PM said...

kak pnut..bagusnya ada entry ni..mmg tu strategi iklan jeh(padahal die pnya susu la paling manis sblm ni) dan dan lepas tu org2 asek kondem2 susu lain ape seme...saya nak berkata tak ber'ado' tp mmg tau..besa kalo makanan y buatan cam susu ni la dah di kurangkan bnda2 die akan up kan bnda2 tak elok untuk tmpung kurang die tu.cam konon low fat milk.terlalu low fat tak elok sbb die takkan pgg vitamin dalam susu bla bla...dan cite susu tepung ni pun same la.kcl barang ori,jgn dilawan la

ieda on 4:17 PM said...

my nabila mmg terlebih gula dah...bukan dari susu atau junkfood (dia jarang sgt mkn junkfood) tapi gula yg bertukar dari kanji dari nasi...hehe..sb tu debab.

thanx for sharing.

Skylight Contractors Charleston on 7:55 PM said...

Love thhis

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino