Dua tiga hari lepas baca blog Dr. Ieda dia dok cerita pasai memori kecik-kecik dulu. Ieda, entry kamu bikin gue terkenang masa silam beb..
Saya kalau ikutkan teorinya, bukanlah anak jati kampung, tetapi pernah merasa duduk di tempat-tempat ala ulu banat di Kedah suatu masa dahulu. Iaitu Changlon dan Kodiang. Masa saya duk kuarters JKR Changlon dulu bekalan letrik pun belum ada, duduk karters dinding kayu ala-ala rumah dalam citer Bukit Kepong tu, masa tu zaman emak masak pakai dapur minyak tanah. Yang jenis ada tabung tu, pastu isi minyak, terbalikkan, dan ada api yang cara dia kalau nak besarkan atau kecilkan kena tarik ke atas dan ke bawah atau ada jenis pulas, nak besarkan pulas ke kanan, nak kecikkan api pulas ke kiri. Buat anak bandar yang tak pernah tengok ini dia.. (abang sham, kak idah, kak pah ingat dak lagi, rumah arwah mak tok dulu ada juga dapur macam ni?)
Meh kita singkap nostalgia berek JKR Changlun. nostalgia memasak guna dapur minyak tanah.
Hok ni jenis tabung minyak kat tepi, leceh sikit nak masak kalau ada periuk dan kuali, tempat kecik
Saya kalau ikutkan teorinya, bukanlah anak jati kampung, tetapi pernah merasa duduk di tempat-tempat ala ulu banat di Kedah suatu masa dahulu. Iaitu Changlon dan Kodiang. Masa saya duk kuarters JKR Changlon dulu bekalan letrik pun belum ada, duduk karters dinding kayu ala-ala rumah dalam citer Bukit Kepong tu, masa tu zaman emak masak pakai dapur minyak tanah. Yang jenis ada tabung tu, pastu isi minyak, terbalikkan, dan ada api yang cara dia kalau nak besarkan atau kecilkan kena tarik ke atas dan ke bawah atau ada jenis pulas, nak besarkan pulas ke kanan, nak kecikkan api pulas ke kiri. Buat anak bandar yang tak pernah tengok ini dia.. (abang sham, kak idah, kak pah ingat dak lagi, rumah arwah mak tok dulu ada juga dapur macam ni?)
Meh kita singkap nostalgia berek JKR Changlun. nostalgia memasak guna dapur minyak tanah.
Hok ni jenis tabung minyak kat tepi, leceh sikit nak masak kalau ada periuk dan kuali, tempat kecik
yang ni tabung minyak kat tengah, api dapur minyak ni selowww jek..nak nunggu air mendidih, atau goreng ikan nak tunggu garing, punya lama.. ermm teringat memori lama, sungguh nostalgia.
Masa tu saya pulak sekolah petang, jadi bila malam memang jarang nak baca buku atau buat kerja sekolah sebab malas nak mengadap buku dengan api pelita, haha kang hitam lubang hidung jelaga.
Ni lampu minyak tanah ni, ada tragedi dengan lampu ni, saya tak tau camne ia berlaku, samaada saya gaduh ke apa ngan adik no.2 saya, masa tu tah cemana lengan dia terkena pelita ni, kan ke panas, jadi sampai tulisan yang timbul kat atas pelita tu, (cap pelita) tu kena lengan dia, sampai melekat..hahah siap leh nampak kesan tulisan tu kat lengan dia..sampai hari ni... kejam sungguh, sampai la kala tengok lengan dia tu, mesti teringat kes 'lengan cap pelita' tu..eheheh
Yang ni jenis pakai gaslin, cahayanya lebih terang, bila hampir malap, kena pam kasi up dia punya gas, dan kembali terang.
Masa duk berek JKR Changlun, sekolah ni betul-betul belakang rumah, pagar sekolah tu beberapa langkah je dari rumah, jadi time rehat, emak tunggu tepi pagar, kasi bekal.
Ada nostalgia juga di rumah ini, keliling rumah adalah belukar, jadi banyak ular, suatu hari, adik lelaki saya, masa tu umur dia dalam 2-3 tahun agaknya, dia tengah tido, emak masak kat dapur, and tiba-tiba dia berjalan ke dapur sambil tangan dia pegang seekor ular masih hidup. Kuasa ALlah Taala, mungkin malaikat meindungi anak-anak kecil, ular itu diam je tak patuk..mujur adik pegang tang kepala. Emak menjerit panggil jiran, datang jiran dan pujuk Jan (adik saya) campak ular tu, tak ingat sangat camner ceritanya, tapi kemudian bila dilepaskan, jiran-jiran pukul ular tu, sejak itu emak cam phobia je, termasuk kami semua. Kesian ular yang baik hati itu.
Ok nostalgia sekolah dia Kodiang.
Di Kodiang pun kami tinggal di berek JKR juga, cuma masa kami pindah rumah pekerja bawahan cam abah saya sudah penuh, yang tinggal rumah kerani je, kerani yang tak duduk kuarter, jadi merasa kami duduk rumah kerani, rumah ni sebijik macam rumah dalam cerita Sepet, rumah kayu kaler kuning-kuning, dan dapur di bawah dan ada ruang masak dan ruang sidai pakaian belakang rumah. Bilik air besar. (ahahah bilik air ni tempat saya 'menipu' berpuasa, sebab saya curi-curi minum air dari kolah..hahaha ye la masa bebudak..korang pun pernah kan?? ahaks..
hari-hari jalan kaki pegi sekolah, mesti lalu depan Gunung Kerbau ni...masa tu tak pernah fikir keindahan gunung itu. Sekarang baru terasa sangat cantik dan indah.
Dalam perjalanan ke sekolah ada banyak hutan nipah, dan ada pokok salak, saya selalu kutip buah salak, dan jual kat sekolah, harganya tak ingat..mungkin 5 sen sebijik atau sepuluh sen sebiji, yang bestnya saya jual je, tapi saya tak makan buah salak, entah, rasanya pelik.
Kat depan kuarters JKR Kodiang ada satu terusan atau tali air, fungsinya cam biasa lepas air time musim tanam padi, seronoknya bile time hujan, bila hujan lebat, air terusan melimpah, jadi kami dan emak-emak akan bawak baldi pegi kutip ikan yang terdampar atas jalan tar, memang macam pesta. kutip ikan puyu, ikan sepat, ikan haruan.. malah udang-udang kecil pun ada, udang kena sauk pakai penapis. Ya Allah indahnya masa tu. Kehidupan di sana sangat simple, persekitara memang kampung, malam-malam pegi mengaji rumah Tok Cik, Tok Cik dah tua, bela cucu lagi, dia jual nasi lemak, upah masa dulu tak bagi duit, tapi kami kami tenaga dan segala barang keperluan, Tok CIk tak minta duit upah ajar mengaji. Upahnya ialah, sebelum mengaji, kami kopek ikan bilis, budak lelaki tolong belah kayu atau susun kayu api, Tok Cik pakai dapur kayu lagi. Kadang-kadang emak bapak bebudak mengaji bagi sumbangan beras, kopi, gula, kain batik, kain pelikat, camtu je..Nak jalan pegi mengaji rumah Tok Cik jauh juga, lalu beberapa belukar, beberapa kali terserempak ular sawa, menggigil kaki, tapi pesan emak, bial ular lalu, duk diam jangan bergerak, biar ular lalu dulu. eeeii ngeri.
Then darjah 4 saya dah balik ke SP, dah tak jadi anak kampung dah, sebab balik duk Pekan, masa ni rasanya emak pun dah tukar pakai dapur gas dah. Tetapi saya ingat, setiap kali cuti sekolah, saya akan balik kampung emak, balik rumah Tok dan Tok Abah saya, di Penaga (Permatang Pak Maras) kampung tok ni memang orang buat bendang. Bila musim bendang, masa dah kerat padi..banyak oo ikan.. boleh main seluk-seluk je gagau cari ikan, ada ikan haruan, sepat dan puyu. Tapi awas jangan salah seluk, kang kena ular air. Ingat lagi, ikut tok pegi seluk ikan bawak baldi, bila seluk dapat letak dalam baldi, nanti tok kumpul dalam tempayan banyak-banyak, bila dah banyak baru di siang, pastu buat makan, digoreng atau masak gulai tumis darat campur ubi kemili. Tahukah kamu ubi kemili??? pegi tanya encik google, acik malas. Kalau tak dak ubi kemili, bubuh ubi keledek kaler oren tu, sedap..manis.
Kalau tak pegi seluk ikan, ikut arwah tok pegi mengail ikan, MUla-mula pegi korek cacing belakang jamban.. ahaha kesan air jamban, cacing gemuk-gemuk ooo.. dah dapat cacing, boh dalam tempurung pastu pegi mengail. Joran nya cuma batang buluh yang kecil, ikat dengan tali tangsi dan ada mata kail di hujung
Gini ler rupa joran pancing pakai buluh je. Dan lubuk camni lah port saya dan arwah tok memancing, kekadang pegi ke Paya. Kat Paya bahaya gak, kekadang ada ular sawa.
Sesekali dapat ikan sepat.. camni gaya, nak pegang masa nak keluarkan kail dari taling pancing tu, kena pegang kepala dia kuat-kuat.
Kekadang dapat puyu...
Kumpul dah banyak, tok dan geng-geng dia pakai siang ikan, pastu buat pekasam, dan masak gulaitumis darat dengan ubi kemili.. ubi kemili ni kecik-kecik besar-besar ibu jari je, lebih kurang besar sikit dari kacang tanah rebus tu jek.. huiii meleleh ayaq lioq habaq hang...
Dah siap masak, makan lak dalam pinggan bunga kangkung ni..perrghhh gila kenangan.. indahnya..
Ikan-ikan sepat dan puyu gini le rupanya bila di buat pekasam
hat ni dah goreng dah..
Ginilah sekitar kawasan rumah tok di Penaga
Betoi kata orang, bila benda tu ada depan mata kita tak hargai, bila dah hilang baru kita tercari-cari dan baru nak hargai, camtu le kita. Dulu masa bendang penuh keliling rumah, tak pernah rasa bendang itu indah dan menyeronokkan, tetapi bila dah bendang semua kena kambus, tambak, jadi kawasan perumahan, baru terasa sayangnya tanah bendang tu, and baru rasa cantik dan indahnya suatu masa dahulu...
Ermm saya rindukan kehidupan zaman kanak-kanak dahulu..tak mungkin dapat patah balik.. kalau ada duit berjuta-juta pun tak dapat bayar harga sebuah kenangan itu. Kenangan korek cacing nak buat umpan, kenangan mengail ikan guna joran buluh dan tali tangsi, kenangan seluk ikan, kenangan nengok tok siang ikan, basuh ikan, kenangan simpan ikan dalam tempayan. Kenangan kutip ikan yang terdampar lepas hujan depan berek JKR Kodiang. Ermmm tak merasa anak-anak saya nak lalui semua itu dah. Ruginya mereka. Mereka nanti cuma ada kenangan main PS2, main komputer games, main besbol, main roller blade, main skateboard. Huh.. Ape barang!!!
p/s terima kasih kepada semua empunya gambar yang saya amek dari pakcik google, mohon halal hasil usaha kalian di blog saya ini, andai ada dari gambar ini gambar kalian, sile email saya kalau tak suka pic ini dipublish di sini.