Kalau nak set nak turunkan berat dalam 3-5kg/2 weeks, plisssss ikut la sebolehnya, tapi kalau dah teringin tahap meleleh ayaq lioq sampai menitik atas keyboard, stereng kereta, silalah makan dengan perasaan bersalah sekali, dan perlu rasa berdosa besar sekiranya makan sepinggah penuh nasi... kalau takat 2-3 sudu boleh kategori dosa kecil. Itu sebab, kena faham betul.. badan kita kena berada dalam mode KETOSIS sokmo bebeh... baru pembakaran lemak dengan lemak akan berlaku, sekiranya idak, kem salam je la korang nak turunkan berat..
6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..
8.) *edit...jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi..kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal,4keping rm8..ade bran nak beli? huhu
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k...
AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...
Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak...huhu
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
PENTING!!!!!!
KENA KEEP REMIND BADAN UNTUK TERUS BERADA DALAM MODE LOW CARB AGAR KETOSIS TU SELALU BERLAKU, JANGAN BIARKAN IANYA GAGAL, TERUTAMA KALAU BARU SEHARI DUA NAK MULAKAN DIET NI. PASTIKAN IANYA BERJAYA SEKURANG-KURANGNYA 5 HARI AT LEAST MASA NI DAH LOSE ABOUT 1-2 KG DAH.. TAPI RUGILAH, PROSES PENURUNAN TU AKAN TERBANTUT..
Contohnya saya sendiri, 4 hari kursus di Hotel Sri Malaysia Penang, i have limited choice of food beb, pagi chef dia cuma masak, bihun goreng, mee goreng, pastu ada bubur nasi, bihun sup, roti-roti.. what do u expect dari Hotel Sri Malaysia kan?? so saya terpaksa maman adalah sesudu dua bubur nasi, letak taugeh byk2, fish ball dan fish cake.. lunch oklah ada ikan, ayam.but masak kicap (kicap tinggi carb) pastu masak sambal, manis2 (gula??) terpaksa gak le menelan, cuma hari ke3 best sikit, sebab ada BBQ, so dapatlah makan sosej, ayam bakar, ikan bakar dan daging bakar.. bestnya boleh makan sepuas hati sebab semua low carb... tapi malangnya pulak, sebab chef tu lembab, pukul 8.00 lebih baru BBQ tu ready, jadi after 8, tak leh makan banyak... rugiiiiii. tetapi, walaupun selama 4 hari saya tidak mempunyai banyak pilihan dan saya anggarkan carb saya lebih 80gram kot sehari, tetapi saya cuma naik 700gram sahaja, ahahahah sikit je kan??? (ayat menyedapkan hati sendiri, sehari diet balik dah turun dah..)
Tambahan lagik saya petik dari sumber internet.. tak dikenal pasti siapa punya sebab copy paste simpan kat words, lupa nak amek link..
Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahanapi terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda menghadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan keatas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.
Syarat-syarat Induction
1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
3. Makanan diproses dikilang selalu ditambah gula dan berkabohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam list makanan yang diharamkan diatas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.
Tapiiiii... ada tapinya... Kita adalah manusian biasa yang dilahirkan disebuah negara diberi nama Tanah Melayu suatu ketika dahulu, kemudian jadi Malaya, kemudian jadi Malaysia. dan makanan ruji kita ialah nasi, dan makanan seangkatannya yang tinggi karbohidrat, atkins diet ni diasaskan oleh seorang doktor yang beranak sebagai orang putih, dia pun gamaknya tidak terjangka, suatu hari ada rakyat Malaysia bernama sapinat akan ikut diet dia buat tu, jadi mana mungkin la Sapinat yang terkenal dengan orang out of rules kan, nak ikut sebiji 20gram carb dia kata boleh amek sehari, ampehla.. kucing pun dapat makan lebih dari tu.
Jadi usahlah rasa berdosa beno kalau kebulur sangat nak makan nasi, belikan beras herba ponni taj mahal tu, carb dia rendah, takat amek 2-3 sudu, baru dalam berapa belas je carb dia.. beras lain tinggi nooo, dannnn kita bagi tempoh kat diri dia takat 2 minggu buat diet ni, dan bagilah sehari atau dua untuk kita 'beraya' setelah kita 'puasa nafsu' makan kita selamat 2 minggu, peruntukkan dua hari untuk kita makan sedikit nasi.. (sedikit ok, bukan sepinggan) makan semangkuk bihun tomyam, ABC semangkuk.. selepas dua hari, mulakan semula, dalam masa 48jam, gula dan carb kita baham selama dua hari akan hilang, dan kita start balik untuk tempoh 2 minggu pulak,
Ok, akan bersambung lagi part 2, Makanan yang saya snap pic yang low carb.. sooonnn
Ingatan!!!!
Tolonglah refer dulu ye, apa boleh makan dan apa tak boleh makan untuk start diet, baca balik label makanan, jangan la dok cakap, makan oat, roti gardenie wholemeal tu, tinggi beb carb dia.. kalau nak sangat, boleh beli roti gardenia BREAKTRU, plastik kaler kuning, soon saya boh gambar... gardenia breaktru ni, low carb, 2 keping roti tu baru 14.4g carbs dia, boleh makan sekeping pagi, sekeping ptg. kot la teringin sangat... oat semua tinggi carb anak-anak ye... kalau nak makan oat, buatlah low kalori/low fat diet, itu sesuai (yg saya buat 2 minggu sebelum mulakan atkins, iaitu proses slowly into atkins diet)
Banyak info mengenai senarai makanan low carb high carb ni. google saja..
Ok tambahan lagi, dengan diet ni tak perlu gila-gila sampai nak putus nyawa punya exercise.. exercise gila-gila tu nak bakar kalori, kita bukan bakar kalori, kita bakar lemak.. so memadai, setiap petang kita berjalan kaki keliling rumah, biar keluar peluh, dan bakar apa kalori yang tercipta akibat dosa-dosa kecil dalam diet ni yang dah kita telan, BURN that plis... Jangan melantak kenyang-kenyang pi tidoq pulak, berjalanlah at least 1km sehari... atau setidak-tidaknya 3 hari seminggu.
p/s kat tepi ni saya dah letak label under atkins diet, so kot la hari ni tak minat nak buat tunggu setahun akan datang tetiba pakai baju semua makin ketat, dan rasa nak baut atkins diet, tak lah msg saya tanya entry bila, tahun bila.. skodeng terus kat situ...