Phewwww penat..
sejak ada part time business buat cupcakes ni, weekeend aku or even ada harinya weekdays pun kepenatan, dapur pun jarang berasap, oven tu yang berasap..eh.kepanasan sokmo. Bila hari tak der order, aku nak rehat, darling pun sangatlah memahami, kalau aku nak masak pun dia cakap, rileks la, bila boleh rileks, bila busy dengan cupcakes takder masa nak rileks.. Yup now I know how busy I am, kalau weekend mmg full dengan order, no more masak-masak special during weekend, no more Jumaat 'barang basah' shopping, selalunya Jumaat ada Pasar Tani kat sini, aku akan beli fresh ikan, udang, ayam untuk masak during the weekend, but sekarang tak sempat, terkejar-kejar hidup, buat cupcakes, deliver cupcakes, and we spent most of precious time 3 of us dalam kereta...sembang-sembang dan nyanyi2 dalam kereta,
Semalam dari pukul 10 pagi kami keluar pegi ke Subang deliver cupcakes, and singgah Carefour Subang, makan-makan, lepak-lepak, then balik kejap, solat, then ke Bangi deliver cupcakes lagi, then ke Kajang hantar cupcakes jugak, sempah singgah Giant shopping, beli barang dapur sikit, and darling request nak makan pizza dan nak mashed potato, Insya-Allah kalau mama tak penat sangat mama buatkan. And semalam siapkan sosej bun dan roti daging bun untuk order kengkawan ofis. Aku bawa jamu-jamu diaorg saja-saja hari tu, tapi depa pakat order pulak suruh buat.. Rezeki pulak, di samping buat makan anak beranak, dapat jugak modal balik buat roti tu, tapi bukan untung banyak sangat pun benda ni, tapi suka-suka buat je la..roti ni elok boleh simpan 4-5 hari, so boleh la Najmi bawak bekal pegi sekolah, darling makan sebelum pegi ofis.
Cerita Najmi
Dua gigi dia yang rompong tu macam dah nak tumbuh, tak lama lagi hensem balik la anak mama. Hehehehe, budak ni kuat betul ingatan dia, semalam masa lalu kat Saujana Impian, Kajang tu tiba-tiba dia ingat, "Eh dulu kat sini la kita pernah lalu, kita nak tengok rumah, babah silap jalan, babah berhenti kat sini, pehtu babah keluar, kita pusing-pusing mama dan babah cari jalan nak tengok rumah," aku terkejut betul, benda tu dua tahun lepas, masa tu dia umur 4 tahun. Masa tu kami tengah survey jalan-jalan nak beli rumah. Memang betul semua apa dia cakap. Aku sendiri pun dah lupa. dan ini bukan kali pertama. Setiap kali kami ke mana-mana dan jalan tu dia pernah lalu atau ada peristiwa dia akan ingat. Malah lagu-lagu dalam filem pun ada kalanya dia ingat, sedangkan aku dah lupa.
Contohnya lagu Flop Poppy dalam filem Cinta, aku tak ingat pun, suatu hari tu ada lagu tu kat radio dia cakap, "Mama, ni la lagu dalam citer CINTA," aku memang betul tak ingat, aku cakap, "mana ada, lagu lain la.." heheh aku ingat lagu Anuar Zain je masa tu, pehtu budak ni cakap, "Iye, ni lagu masa yang budak pompuan dan lelaki tu pegi cari Khalif, dia pegi tempat projek (construction site) dan tanya orang , Encik kenal Khalif?" huhuhu sampai camtu dia ingat...sampai nama Khalif tu pun dia ingat, aku mmg tak ingat langsung, masa tu dah lebih sebulan kami tengok citer CINTA. Dan hari tu aku letak lagu Shanon-Bila Engkau Jauh dari filem CINTA kat blog, kat umah aku bukak lagu tu, dia pun sebut "Ni pun lagu dalam citer CINTA, yang ni masa pompuan keja kedai buku tu jalan-jalan makan cendol dengan lelaki yang kaya," perghhh aku haram tak ingat bila masa situasi dalam lagu ni..
And syukur jugak la, bila ditanya dengan Ustazah dia kat kelas Agama dia, Ustazah ada sebut senang mengajar Najmi, terang hati dan cepat ingat dan mudah hafal. Legaaaa takut asek ingat benda lain, bab belajar kang tercicir. Harapnya dia boleh maintain la macam tu, aminnnn...
Cooking activity
Ni aktiviti buat sosej bun lagi, dan roti berintikan daging last week. Abaikan kegebuan tangan 'pembuli' roti tu ye..dan tukang nangkap gambar tak berapa terlatih, heheh Najmi punya hasil gambar lagi cun la babah. hahahah..
The making of sosej and roti daging bun...
Ni nak buat roti inti daging, daging kisar berempah + mix vege.
Isi, then bunjutkan doh..camtu..sonang jek..
Dah siap...perapkan bagi doh naik 2 kali ganda, then sapukan susu dan telur and tabur bijan
Then..tadaaa dah siap, the color great.. and rezeki jiran..heheh pukul 10.30 malam, dapatlah jiran ni makan roti masih panas, baru keluar oven.. rezeki diaorang la.. tapi masa panas-panas tu..pergghh mmg sadappp
Tadaaaa, nilah roti dan inti yang masih panas, mmg kalau tak ingat diet boleh makan 3-4 ketul masa panas ni...kuatkan iman je aku ni...tanak makan byk, mkn separuh je...
Resepi dough tu macam kat link FP kak Hani Liza yang aku bagi before, and resepi inti daging kat bawah
Inti daging :-
(untuk 10-12 biji bun)
1.Setengah pack daging kisar ramly (or ayam)
2. 2-3 sudu rempah kari (ikut rasa sendiri) -bancuh dengan sedikit air
3. Lada sulah / or lada hitam
4. setengah kiub ayam or kiub daging lembu (optional je..)
5. Mix vege
6. Bawang putih + bawang besar dadu or cincang
7. garam, gula minyak masak
Cara
- Tumis bawang putih bawang merah
- then masukkan bancuhan rempah, masak sampai naik minyak
- Then masukkan daging kisar, tambah air sikit, masuk garam + gula, kiub ayam, lada sulah
- masak sampai kering sikit, jangan terlalu kering, masukkan mix vegi, pehtu rasalah the taste, masin manisnya... siap..sejukkan dulu.. pehtu pi uli roti..
FYI-this resepi adalah aku mereka cipta sendiri, boleh jugak sumbat dalam roti pita then letak mayonis sikit, campur salad, tomato, bawang, sedap.. and kalau without mix vegi, boleh campur telur dan pukul2 buat mcm roti john, kira multi purpose resepi ni.. and also boleh jugak buat inti karipap...just add sikit kentang.
And more update on PNUT CUPPIES
0 Komen:
Post a Comment