Ya sungguh perkhabaran saya dalam majalah Nur April 2009. Sungguh glemer la kan.. dolu pun pernah keluar berita harian, siap ada gambo lagi citer pasla blog, abeh kantoi, sedara mara, kengkawan opis sms nak tau apa blog mak pnut..hiks.. pastu sebelum keluar kat berita harian tu, mak pnut dengan Mat Jan pernah kena interview kat radio RTM, pasal blog. tahun bila ek Mat Jan, akak lupa dah.. kalau tak silap tahun 2004 kot.. ke 2005. Gila kelakar masa kena interview tu, yang dok call radio RTM petang tu set-set blogger jugak.. ehehe kami jawab telefon kat konti masa tu gelak-gelak sbb kengkawan je yg call. hahaha, eh saya pun pernah masuk tv tau.. interview masa jual bunga kat pekan sehari dengan adik ipar..eheheh 3 kali masuk berita tv, tghari, petang dan malam berita utama..hahahah glems mak..
Ok ni bukti mak masuk malajah uouls..
Ok udahler kan citer mak pnut dalam majalah kan..
Ok, nak cerita kesah balik kampung.
Kami balik kampung pada 13hb malam, esoknya Sabtu, kami pegi kampung emak kat Penaga, Ahad tu kami pegi kenduri MAT JAN Wah i liiikeee tema biru turqoise tu, suka meks.. Sempat jenguk baby Mimi anak dara kak Max, yang lahir prem macam Alesya juga. Semangat betul baby tu.. Alesya pulak, menten selim gitu jek.. ramai orang tengok Alesya ni pakat cakap, Alesya jenis kecik orangnya, cuma tinggi, agaknya kot, sebab kalau ikut history si abang dulu, masa si abang umur baya Alesya (9 months) badan dah kus semangat dah..baju-baju size S dan new born tak muat dah time ni, tapi Alesya masih menten boleh bergaya dengan baju new born dia lagik..ehehehe mungkin mewarisi gen-gen sedara mara belah hubby kot, depa semua cute mute comel lote je size badan, encik darling i je semangat terlebih. eheheh.
Oklah Selamat Pengantin Baru buat mereka berdua, erkkk pengantin lama dah kot, sbb dah selamat nikah masa raya cina dulu tu.
Korang pernah dengar pepatah "berjanggut aku menunggu" eheheh tengok pic ni ada benarnya. On the way balik dari kenduri MJ, hujan lebat, kami lalu ikut Jalan Kuala Kedah, Yan, konon nak pegi Tanjung Dawai, tapi tak jadi sebab hujan lebat. terus balik, masa kat Semeling, jalan nak ke Jambatan Semeling tu jammed teruk sungguh ada accident, stuck atas jambatan, lama tau.. sejam lebih, so apek ni menghiburkan kami, member keluar dari kereta, sambil bercukur janggut, nengok le pic ni saya zoom je dari jauh, tergelak kitaorg, selamba je sambil member jalan ke depan nengok accident, dia boleh berjalan sambil bercukur janggut. ehehe maka benarlah kata pepatah, tunggu sampai berjanggut. hiks..
Ni pic terbaru Baby Q, sembila bulan sudah, heheh kepada peminat baby Q, sila klik pic untuk tengok pic lebih besar.. ni tudung Mak Su kasi Baby Q, kami try pakaikan pada dia..alahaiii cumilnya..hiks.. suka dia bertudung..hahaha tapi pakai gaun u ouls.. hehehehe, Alesya seorang baby yang sangatlah suka senyum, dan senyuman dia sungguh senang menarik perhatian orang, kat kenduri ke, kat tesco ke, kat klinik ke, saper agah dia sure dia senyum sengih, malah dia sangat suka tersenyum simpul..ala-ala senyum gatal kata mak su.. contoh senyum gatal dia macam senyum dia di riba babah tu..
Tengok lagi aksi senyum simpul dia tu..
ni tengok pic first tu, si abang ajar dia buat peace.. sabar je la..trademark abang bergambar diturunkan kepada adik.. sepit rambut tu mama beli kat kedai barang baby kat kedah..ohh sungguh syurga masuk itu kedai, barangan babynya murah, dan terdapat sepit dan cekak rambut yang sungguh cute mute, tak cukup mama belikan untuk adik, mama belikan untuk sepupu Alesya yang baru lahir, iaitu Anis Suhaila yang berusia 38 hari. Hiks.. over kan mama ni.. Sepit rambut Alesya sangat cute mute tau dua tiga jenis mama beli, harganya cuma RM1.90 je satu. Sungguh over mama sebab rambut anaknya jenis halus, dan nipis, tapi bersepit rambut bagai..hahahaha mujur Alesya sangat sporting, siap senyum manis bila orang ambil pic dia.. ni travel dari Sungai Petani-Kuala Kangsar. OK cube tengok stokin berenda dan beriben Alesya tu, mahal occay mama beli, harganya RM18.90 sepasang (erkk mahallah bagi mama tak berapa kayo ni) beli kat Lovely Lace baby. Saya nak nasihatkan emak anak dara kecil sekelian, tak payah le beli stokin beropol kat situ, tak elok kualitinya, berbulu, dan tercabut-cabut bersimpul bulu-bulu riben, tu..see tengok tak semestinya brand lovely lace tu mahal berkualiti, idak ye... serik mak pnut tau. tapi t-shirt yang di beli kat situ, tersangat occay materialnya, walau harganya lebih mahal dati t-shirt emaknya. Emaknya beli t-shirt labuh muslimat size xxxl yang pakai lagi banyak kain tu harganya cuma RM38 sajork, anaknya punya t-shirt berpeluh mama nak bayo, tapi terjebak, 'terpaksa' beli.. hehe terpaksa occay, 'ter'-merujuk kepada perbuatan tak sengaja occay. hahahah, erkk babah, tak mahal le sangat..(ayat cover line)
Ok, ni pulak, on the way kita nak balik KL, berhenti kejap kat lembah, pekena cendol dan makan rojak, agak kurang mesra alam sikit petang, ni tak berapa nak senyum dah. Ni cekak rambut baru beli kat SP tu, RM3.90 sajork occay.. murah beb, kat sini saya tengok harganya kat butik baby RM8.90, material yang sama sajork..
OK sekian terima kasih... Muahss dari Baby Q,
Oh Ya, saya masih berhutang dengan beberapa orang pembaca blog yang bertanya tentang car seat Alesya, nanti saya explain and ambik pic close up car seat tu, memandangkan 2-3 orang bertanya berapa harga car seat tu, camner kegunaannya, sebenarnya car seat ni boleh ditegakkan, di condongkan bila time baby nak tido. kira berbaloi jugak belinya..
0 Komen:
Post a Comment