Thursday, July 13, 2006

Belangsungkawa Nana and tips demam panas budak


Belasungkawa SWEET NANA Moga bersemadi dengan aman di sisiNya..speechless..

Seperti mana ramai rakan-rakan di geng jurnal tahu, Nana seorang sahabat kita, yang terkenal dengan ceria, mudah berkawan, mudah ketawa dan suka buat orang ketawa telah pergi meninggalkan kita selama-selamanya.. di usia 25 tahun.

Nana walau tidak begitu rapat dengan aku, tetapi dia selalu menegur, bergurau senda dengan aku tiap kali kami bertemu di gathering-gathering, sifat periang dia buat semua orang selesa. Ada kalanya dia boleh bercerita tanpa henti, dari cerita ubat jerawat, dari cerita ubat resdung, dari cerita masak sambal sardin, mungkin dikalangan adik-adik geng jurnal, mereka tak kisah bergurau senda dengan aku, jadi kita bergelak tawa bersama.

Demam Panas budak
Pagi tadi chat dengan IBU VOUGE yang katanya anak dia Alya baru ni demam panas dan hampir kena fit (sawan) So ni aku nak share experience sikit pasal budak demam panas dan kena fit ni. Sebab Najmi memang ada history kena fit ni masa dia umur setahun setengah, masa umur 2 tahun dan last sekali tahun 2004, umur dia 3 tahun. first time dia kena kalau ikutkan suhu badan dia tak panas sangat pun, orang tua-tua kata panas dalam. Masa tu tu maghrib, bila dedar je badan, aku mandikan, lepas mandikan tiba-tiba dia menggigil, aku baringkan dia atas sofa dan selimutkan dia, tiba-tiba dia kejang, kaki dia mengerekot, mulut dah herot, bibir dah hampir terkancing, aku panik, jeritkan darling yg tengah solat maghrib masa tu, aku usung dia dalam bilik air, aku jiruskan dia dengan air, aku siram sampai dia sedar. Semuanya berlaku pantas tak sampai 4 minit. Kemudian dengan baju basah, darling pun berhenti solat, kami pergi klinik terus.

Doktor masukkan ubat bontot, tuam badan dia, kasi reda panas, dan terus refer dia ke hospital, pergi ke Pandai Medical Cheras tu, Sampai sana, terus masuk emegency, kemudian terus masuk wad, di wad, pediatrician datang check. And ada beberapa kesilapan yang aku lakukan, so let me share kesilapan aku dari penerangan doktor.

* Bila budak kena tarik, jangan terus pi mandikan badan dan kepala dia. Masa tengah fit, otak dia tak berfungsi, sebarang cecair yang masuk ke dalam badan dia tidak dapat diterima otak, dan boleh menyebabkan berlaku komplikasi, contohnya air masuk paru-paru, dan beberapa komplikasi lain (termasuk kejadian macam kes budak kat seberang jaya, yang kaki dan tangan jadi hitam lepas doktor suntik ubat sawan kat dia masa kena fit)

so doktor bagitau aku, sebaik-baiknya pulihkan anak dari fit tu, dengan cara, basahkan kepala dia dengan air bilas-bilas, pastikan tidak kena muka dan air masuk ke ronggan hidung or mulut, jirus kaki, badan... (selalunya fit ni tak lama, kurang dari 3 minit, dari pengalaman aku la orang lain tak tau la) lepas anak dah sedar, baringkan dia, tanggalkan baju semua, lapkan terus badan dia... kalau masa tu dia belum makan apa-apa ubat, boleh masukkan ubat sumbat kat bontot tu (ntah ape nama dia..) or kalau sudah lepas 4-5 jam budak dah makan ubat pun boleh masukkan. (better standby ubat ni kat rumah, sebab budak biasa demam akan muntah, lps makan ubat muntah, so utk elakkan badan dia terus panas kalau tak makan ubat guna ubat ni.

Then tips bagi nak elakkan dia dari kena fit berulang, (sebab budak sekali kena fit setiap kali demam panas ianya boleh berulang lagi)

* First tu belikan digital termometer, dan selalu monitor suhu dia time demam. dan selalu lapkan badan dia supaya sentiasa basah, paling penting ubun-ubun kepala...sentiasa basahkan dan letak tuala. kalau aku, aku selalu guna air asam jawa aku ramas dalam besen air, tak payah le pekat2 cair tak pe, dan basahkan kepala dan sapu-sapu seluruh badan anak (air asam jawa ni bagus untuk sejukkan badan budak, tp jangan berlebihan. Kalau ada daun bunga raya sekali boleh ramaskan sekali. elok untuk keluarkan haba panas badan.

*Bagi anak makan ubat setiap 4-5 jam, kalau panas masih berterusan, kalau dedar biasa je lepas 6 jam pun ok. Jangan selalu gunakan ubat bontot tu, doktor Najmi dulu tak berapa advice guna, kecuali kalau dia minum ubat dan muntah baru bagi.

*Jangan sesekali mandikan anak time suhu badan dia panas sangat tu, cthnya 39-40 darjah celcius, bila badan dia panas, kemudian di mandikan nanti dia akan menggigil, dan bila menggigil tu la yang selalu dia kena fit, selalunya time ni fit terjadi, dia menggeletar dan terus kejang. Sebab itu kena turunkan dulu suhu badan dia, then baru lah mandikan kalau nak mandikan, itu pun aku mandikan dengan air suam. Takut dia kesejukan dan menggigil.
(in case kalau dia menggigil time ni, aku selalunya akan selimutkan dia sekejap, gosok tapak kaki dan tangan dia kasi panas sikit) aku selalu mandikan dia lepas bagi ubat, lepas turunkan suhu panas badan.

*kalau boleh la..kalau dah sekali anak kena fit ni lepas tu kalau dia demam, amiklah cuti, jaga sendiri anak kita, kalau kita dapat baby sitter/taska yang betul-betul prihatin tak per, kalau kena macam taska Najmi, buat bodoh jer berulang kali aku pesan pun, sampai sekali terjadi depan mata mereka baru diaorg panik, cuak dan menangis2 cikgu dia call aku sebab tak tau nak buat apa. So korbankan cuti dan biar anak sentiasa depan mata, sbb yg kali terakhir najmi kena kat taska dia ialah time dia tengah tido. So kalau anak demam, jangan ler terus terlelap, tido-tido ayam je la.. and kalau anda jenis ibu bapa tido tak sedar diri, better kalau dia masih panas badan dia, dlm pukul 12 mcm tu sebelum tido masuk ubat bontot tu, sbb ubat bontot ni boleh tahan 6-8 jam, so bolehlah bertahan kalau tidur pengsan pun.

* balik kampung-make sure dlm check list balik kampung tu, ubat anak, termometer, letak no.1, and tuala kecik. And tak payah le bawak anak pi shopping ke masa dia tengah demam, kalau something bad happen, menyesal tak sudah. Ini terjadi kat kawan aku, anak dia demam, dia gedik jugak nak pi shopping, bawa anak, dalam supermarket anak dia kena sawan tarik ni, gelabah la. dah le parking jauh, toilet pun jauh masa tu nak basahkan budak. Kami dulu kalau Najmi demam, memang tak ke mana. Biarlah orang kata manjakan anak, tak leh kena panas, tapi itu anak kita, kalau terjadi yang buruk bukan depa boleh gantikan anak kita pun. And terjadi jugak, dulu ada kawan opis aku kutuk aku time family day opis aku, aku tak mau berjemur anak, dia kata aku manjakan anak.

Aku kat dia, anak ko tak pernah kena 'tarik' sekali dah kena baru ko tau camner. Kemudian Allah pun uji dia, anak dia pun kena fit ni, kelam kabut dia call aku tanya camner nak handle. Aku pun kesian, ingat macam nak ungkit je balik, kemudian baru dia bgtau, dia rasa apa aku rasa. So bila baca entry ni, bagi orang ada anak kecil, jangan amik mudah, ingat apa yang aku tulis... Andainya terjadi juga benda ni pada korang at least korang boleh ingat.

*Kalau dia demam panas dan tengah tido, jangan bagi dia terkejut, bila terkejut pun dia boleh menggigil sakan. Masa kali terakhir Najmi kena kat taska tu, aku tengok sendiri teruknya dia kena, sampai kaki mengerekot, mulut semua dah herot, mata dah terbeliak, terkencing2 dah, bayangkan cikgu dia call aku kat ofis bagitau dia kena fit, adalah dlm 5 minit amik masa utk aku sampai, dia masih menggigil lagi, dan sepanjang jalan ke hospital, dlm 5 minit pun dia still macam tu, masa tu aku masukkan jari aku dalam mulut dia sebab dia dah nak terkancing gigi, dah berdarah2 jari aku kena ketap, masa tu tak rasa sakit pun, sebab panik sangat.

Tiba dihospital, dia masih menggigil, doktor pun panik, baringkan dia kat katil kecemasan. doktor masukkan ubat bontot tu, but dia still menggigil, bila katil bergegar bergesel nurse ke apa, dia menggigil, mengeletar. dan masuk wad pun sama, bila dia tidur terjaga dia mengigil, masa tu aku tawakal je la, dan berserah pada Allah, darling pulak, motor rosak tak dapat balik segera. Bila darling sampai aku menangis, darling tengok Najmi, Najmi dah macam blur jer..macam tak kenal sape-sape..luluh hati sangat masa tu, aku macam dah serah pada Allah saja. But syukur, masa dia masuk wad dalam pukul 3.30 ptg, menjelang petang, dalam pukul 6, dia makin pulih, dan kami cuba pulihkan memori dia secepat mungkin, tanya dia kenal tak sapa ni, tunjuk aku, dan lega bila dia cakap mama, tunjuk babah dia cakap babah.

Kemudian dia mintak nak main. Syukur Ya Allah... dan aku harap itulah terakhir dia kena, dan kini dia sudah 5 tahun, dan ikut doktor ia jarang berulang bila anak dah cecah umur 5 tahun. Insya-Allah itu kali terakhir dia.. Syukur tiada komplikasi buruk yang berlaku, Syukur sangat. Cuma masa lepas kali terakhir dia kena tu, percakapan dia selalu tergagap sikit, aku selalu marah-marah dan ugut nak cubit mulut dia kalau dia gagap-gagap, tapi sekarang dah hilang gagap dia. Dia bertutur macam biasa saja.

oklah dah panjang berjela... hehehehe

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino