Monday, December 19, 2011

MEDAN DAY 3 dan DAY 4


Saya cuba abehkan hari juga.. semua catatan kenangan

Hari ni pagi-pagi lagi kami akan check out. Sepatutnya jam 8pg kami akan check out, tapi pakcik gebu dan anak gebunya pegi bersarapan punya lama, jadi sudah membuang masa disitu. Dekat pukul 9 baru depa balik ke bilik, pastu baru saya dan maktok pulak keluar sarapan, dan terus check out. Kami ke Pasar Pajak Ikan dulu, sebab nak survey-survey kedai dan tengok-tengok apa ada, sebab plannya esoknya lepas balik dari Danau Toba baru kami akan bershopping.. tapi silap besar!!!! sepatutnya kami terus shopping je... sebab sepatutnya kami kena nikmati keindahan Danau Toba sepuasnya tanpa rushing, tapi apa nak buat benda dah jadi.. So my advice, kalau nak pegi melancong, make sure akan dapat supir dan pemandu pelancong yang betul-betul dan siapkan itinerary sebetulnya. Biar bayar lebih tapi puas hati.. Ini betul pengajaran  buat kami.

So kat Pajak Ikan tu sekejap je, sekitar jam 11pg kami dah gerak ke Parapat, daerah yang memiliki Danau Toba, tasik yang indah. Subhanallah... Perjalanan memakan masa sekitar 4-5 jam, bergantung pada kecekapan Supir cilok mencilok. Ngeri seh... pakcik gebus tido sepanjang perjalanan, saya dan maktok yang berapa kali mengucap, gila pemanduan mereka ni. Perjalanan jauh dan boring juga tak der banyak yang menarik sangat. so kalau ada bebudak, belilah jajan secukupnya untuk bekalan, beli roti, biskut, kacang air siap-siap, so kalau lapar ada benda nak kunyah. Anak-anak mana yang ada psp, atau tab-tab kasi la, supaya depa tak boring.

Perjalanan melalui beberapa pekan, kampung... sorrylah tak ingat nak catit semuanya.. ehehe yang ingat satu je iaitu Permatang Siantar. Sebab saya dah survey dari internet review travellers, semua kata mesti drop kat sini untuk makan burung goreng, sedap. So kami bagitau supir minta berhenti untuk makan burung goreng. So dia berhenti kat kedai makan ni


Menu penuh meja macam biasa.. dan burung goreng itu sanghat la shedapppp, tapi serius, semua makanan ni sedappppppp.... hadoiii terasa nak pegi gombak makan nasi padang le.. pelepas kempunan.. ahahah
 Burung goreng tu memang sedap.. tak dinafikan... hahaha kami order sampai 2 pinggan.. tapi masih murah, makan banyak ni, baru sekitar rp234,000... macam semalam sekitar 70-80 rggt.

Selesai kami menjamu selera, sambung lagi perjalanan, ada lagi kira-kira 2 jam perjalanan nak sampai ke Parapat. Bila dah sampai, supir salah indo pulak, di bawa kami ke Danau Toba International Hotel. Padahal saya book Samosir Villa Resort. Resort ni kat Pulau Tomok, iaitu, kita kena seberang tasik untuk ke resort ni. memang jatuh cinta dengan resort ni bila tengok kat internet.

Rupanya ada time-time dia nak seberang ke Pulau Tomok ni, masa kami sampai pukul 4 lebih kurang, next trip untuk seberang ialah pada jam 5.45ptg.. frust lagi sekali. Buang masa sejam lebih kat situ... takder benda pun area situ, perut dah lapar balik, tapi nak beli benda makan tak confident, semua kat situ kristian batak. Jadi makan biskut oreo dan kacang je la...

ni kami kat Jeti Ajibata, pusing-pusing sekitar tu je, ditemani anak-anak orang batak yang berkeliaran minta duit, dan offer diri nak menyanyi.. ehehehe bukan free, abeh depa nyanyi kang kena bayo.. tak kisah le berapa RP1000-2000 pun depa amek je.. (tak sampai seringgit kita la..)
 Kami naik feri macam kapal ni, tambang rp95,000 utk kereta jenis Innova macam kami sewa, rp95,000 tu untuk sebuah kereta, tak kira la berapa orang pun ada dalam keter tu.

Perhatikan budak seluar kuning tu, eheheh dia ikut je pakcik gebus.. bodek nak nyanyi.. ahahhaah tapi nak nyanyi lagu Bintang.. hiks.. lagu batak kot.. tapi tak dilayan. Saya dah awal-awal ingatkan pakcik gebu, jangan layan sangat, sebab nanti kalau kita bagi duit kat budak ni, kang berduyun lagi datang menyerbu, ini pesanan kebanyakan travellers yang sy baca kat internet, dan forum-forum. So ikut la budak tu ke hulu ke hilir.. boleh la pak.... boleh la pak...
 Actually terhibur juga dengan gelagat bebudak ni, sebab ada bebudak yang akan terjun ke dalam air tasik tu, dan kita boleh lempar syiling, atau wang kertas yang kita bungkus dengan syiling (syiling malaysia) sebab Indonesia kurang ada syiling, semua depa pakai duit kertas je. so bungkus, kemudian lemparkan jauh-jauh dan bebudak ni akan menyelam dan kutip duit tu. pergghhh gila terrer... lama tu menyelam.. dan dapat tu duit yang kita lempar. hahaha bila depa berjaya, ramai-ramai le pelancong atas feri tu akan bertepuk tangan. Eheheeh saya cakap pemerintah Indonesia kalau latih bebudak ni untuk sukan renang sure emas confirm punya.


Cantikkan, viewnya... ni dah nak gelap, sana pukul 6 dah gelap, dah nak maghrib pun.


my hero-hero, kesayangan, cantikkan view... i likeee macam ditengah lautan.. padahal di tengah tasik..


Kami tiba di Pulau Tomok dah malam, gelap, nak cari Samosir Villa Resort , ikut alamat, kat pulau Samosir, jalan Tuk-tuk.. eheheh pening kami mencari dalam kegelapan, signboard kurenggg... tapi akhirnya sampai juga kami... sampai, dah penat... ingat nak order room service je.. tapiiii tak berani la.. tak confident, arak bersusun, pastu tukang masak pun sure kaum batak, dan non muslim, so kami keluar kejap cari kedai makan muslim, dan beli adapter, kat indonesia ni, semua plug depa 2 pin, so nak charge hp, saya kena cari adapter. dah tapau makanan semua, balik bilik, discuss on program esok... pastu terus tido.... tak sempat amek pic bilik. pic boleh tengok kat SINI je la... bilik kami suite room. RP550,000.00, lebih kurang dalam RM200 la semalam, tapi tak puas hati sebab tak der kipas dan aircond... ampeh betul, katanya tempat tu sejuk, memang la sejuk, tapi tak la tahap sejuk macam kat Berastagi ata Genting Highlands kita, sejuk lite-lite je.. bagi kami perlukan kipas lagi.. cuma bila dah tengah malam baru terasa sejuk. gilos, charge orang mahal-mahal, kipas pun nan hadoooo. Pastu ada satu family Indonesian juga la.. dok BBQ kat bawah bilik kami, bisingnya.. sampai dekat pukul 12 malam, saya call reception complain, saya bising la.. tak der rules ke hotel ni? time for bbq etc.. bising la, saya datang nak rehat-rehat, tapi bising sangat sampai saya tak boleh tido, please stop them making noise.. ahahahah hambek, lepas tu terus sunyi.. dah kena kemas-kemas.. biadap betul. hotel pun satu, buatlah tempat bbq tu jauh dari bilik orang. Jadi hero gue malam tu..ahaks.

Ni pemandangan keluar bilik, saya ambil seawal pagi, jam 5.30pg. sebab perancangannya kami akan check out jam 6pg, nak kejar feri balik ke sebarang jam 7pg.. gila sekejap je kami duk sini. tak puasssssssssssssss

cantikkan..

cantikkan?? ni pic-pic saya tak edit langsung.. original.. memang cantik sangat...


Kitaorang pose-pose dulu sebelum check out... tak sempat pun berjalan sekitar hotel...

Punya lawa tempat ni... cantik sangat... saya sukaaa... kalau ada rezeki pegi lagi, memang nak stay kat sini.. uhuhuh harap depa pasang kipas la lps ni, kalo tak pasang aircond pun...


Cantik.. tapi entah rasa macam ada banyak kekurangan, dari segi view memang cantik, service dan facilities kureng

Memang cantik kan????

Sampai kat Jeti Pulau Tomok, kami dah beli tiket untuk pulang ke seberang. Tetiba saya dapat ilham, cakap kat pakcik gebu, biar supir je ke seberang dengan kereta, dengan feri ni, kami anak beranak ke seberang naik feri tambang untuk penumpang. feri ni gerak setiap setengah jam, yang feri angkut kereta tu 4 jam sekali. so mesti kami kejar yang jam 7 tu.

so kami suruh supir gerak dulu, sementara kami berjalan-jalan sekitar Pekan kecik sekeciknya kat situ, kebetulan pagi-pagi ada pasar, macam pasar minggu gitu. Ni pic feri penumpang yang kami naik, tambah sekitar 4 ribu sorang... tak sampai 2 rggt sorang. murahhhh

tu van angkutan mereka. pagi-pagi ni ramai angkut anak-anak sekolah

Sekitar perkampungan Batak di Pulau Tomok. tengok selamba je depa membasuh tepi tasik...

Menghirup udara segar... depa ni kalau bawa mai KL sure tekanan jiwa.. eheheheh


Teringin sebenarnya nak beli ikan-ikan masin, dan ikan bilis kat sini, sebab masa makan-makan sekitar medan, memang sedap ikan bilis dan ikan masin mereka, tak begitu masin.. ahahah mujur tak beli, bila tengok keadaan kat sini hilang nafsu dan confident, anjing berkeliaran, so kami dok pikiaq.. cemana lah keadaan depa menjemur ikan bilis dan ikan masin ni... tak confident langsung..
 tengok anak sekolah, eheheh siap sampai atas bumbung... gila berani kan depa??? keaadaan pasar mereka, agak tidak selesa, sebab banyak anjing.

Sempat kami shopping sikit kat kedai ni, tak berjalan banyak kedai, masuk satu kedai ni dah terus beli, jimat masa beb...
 Gaun alesya pakai tu cantik kan?? rembat juga satu.. murah, 25 ribu.. tak sampai sepuluh henget... patutnya ni gaun paras lutut kanak-kanak umur 8-9 tahun, tapi saya suka, beli jadi gaun labuh, dan boleh pakai baju lengan panjang kat dalam, boleh pakai dengan tudung, anak dara ni dah mulai dipakaikan tudung. Alhamdulillah dia ok je...


Sekitar pasa mereka
 Eheheh kelakar tengok depa beli bra longgok-longgok ni..saya tak tau berapa harga tp pakcik gebu dengar tawar menawar, ada yang sekitar 4000, dan 2000... hahahah sekitar 1-2 je...ahaks... bestnya depa selamba try menerai kat situ juga.. ahahah cisss patutlah bibik-bibik saya, time beli bra selamba je depa test kat tempat tu juga..

Feri kami dah bergerak..cantik sangat pemandangan..

Anak-anak teman..

Kami dah sampai...
So end of pengembaraan kami di Danau Toba... Perjalanan balik, supir bawa cam ribut, kami ni usah kita... mengucap sesaja, kami gerak dari sana sekitar jam 9pg macam tu... so target sampai sana jam 2ptg at least. so supir memang ributt... kalau ada peluang, kumpul duit pegilah melancong ke Medan, satu pengalaman sesangat perjalanan mereka. Sampai di medan awal, sekitar jam 1tghari, saya cakap ngan supir sampai je medan terus pegi makan lapar gila, kami semua tak sarapan, makan biskut dan kacang je dalam kereta. nak jimat masa punya pasai, last-last saya dah masuk angin, pening-pening, terpaksa makan panadol. Dah sampai Medan boleh pulak supir tak berhenti, terus je dia sampai ke hotel. Kami check in balik kat Madani Hotel.

Rosak plan ni, perancangan saya nak terus shopping.. so buang masa di situ, dah sampai hotel check in, pukul 2 keluar semula, pegi makan kat restoran garuda. tapi ni restoran lain pulak, restoran garuda ni antara rangkaian restoran terbesar la.. merata ada cawangan dia. kali ni makan kat garuda yang dekat dengan pajak ikan tu, so dalam pukl 2.45 camtu, saya dan maktok teruskan operasi shopping... Manakala hero-hero kami pegi berjalan-jalan ke Istana Maimon dan Masjid Raya. Kesuntukan masa, saya dan maktok rembat apa sempat je. kedai-kedai kat sini mulai tutup sekitar jam 5ptg. tapi sempat beli 3 helai telekung, cantik sangat, saya bayar duit malaysia, 3 helai RM160. kain tebal, labuh dan sulam dan jahit bunga timbul.. kat sini mau dekat 100 kalau macam tu. beli gaun labuh muslimah kat anak dara tu.. ehehe maklumlah member dah bertudung sekarang.. eheheh tapi ikut mood dia la, kalau dia mau, dia mau la.. kalo dak, dia tak bukak je tudung tu. Gaun muslimah labuh siap bertudung murah la, ada satu je agak mahal saya beli rm60++ lelain tu sekitar 30 ringgit je, tapi cantik banget.. nanti saya post picnya... tp gaunnya nak simpan untuk raya.. eheheh hahah takut tak sempat jek.... ehehehe

dan gambar seterusnya adalah pic mereka anak beranak je... tanpa saya..eheheh ni kat istana maimon, istana seakan muzium diraja.

Masjid raya, masjid tertua di Medan, cantik..


Kesimpulannya..
*kalau nak book supir dan kereta, tanyakan harga mereka quote tu termasuk sekali dengan kos supir, kereta, petrol atau kos sewa kereta je? dan supir lak cemana... dan kalau boleh tanya sekalik, kos-kos parking sekali tak, sebab kat sini, parking depan kedai pun ada orang akan minta bayaran, RP2000, semua tempat. asal masuk je kena bayor, saya difahamkan, ada travel agent, atau tourist guide dah kira sekali semua kosnya, malahan, ada juga amek semua pakej sekali dengan book hotel.

* Jangan risau kos penginapan supir, jangan bayar, sebab mereka biasanya akan dapat complimentary room untuk supir sebab bawa pelancong ke hotel mereka, ini biasa, so kalau supir minta duit hotel, jangan bagi.

* bawalah bekalan makanan banyak kalau nak ke Danau Toba, sebab hampir 90% penghuninya adalah suku kaum batak, dan mereka non muslim. Jadi untuk elakkan kebuluran, sila bawa bekalanan makanan.

* please check, kalau nak menginap kat parapat ni, nak stay kat sebelah Parapat atau nak stay kat Pulau Tomok, atau Pulau Samosir, kat pulau samosir ni banyaknya chalet-chalet personal, so kualiti agak kureng. tu yg saya survey, menemui samosir villa resort, tapi view di samosir Island ni cantik-cantik.. suka sangat.

* On the way ke sini, jangan lupa menu 'must try' mereka, burung goreng.. memang sedap, kami tengok pelancong mat saleh makan berpinggan-pinggan..

* Pendapat saya, kalau ke Medan, plan untuk stay at least 4 hari, atau 5 hari.. jangan kurang dari itu. dan rancang perjalanan betul-betul, jangan ulangi kesilapan kami, rancang perjalanan anda sebetulnya kerana jarak perjalanan mereka jauh-jauh. Pendapat saya seeloknya ambil flight awal pagi, tiba je di Medan, terus gerak ke Parapat. hari pertama kita belum betul penat lagi, tenaga masih banyak. spend masa lebih sini, pemandangan cantik.

*sepatutnya itinerary kami sebetulnya begini.

Day 1-
10.00pg sampai terus ke parapat.
3.00 ptg sampai di Parapat, amek feri ke pulau tomok.
jenjalan sekitar pulau,

Day 2
8.00 jalan ke perkampungan batak, muzium batak.
10.00 naik feri balik ke Medan,
3.00 ptg sampai medan, pegi Masjid Raya, Istana Maimon..
rehat, dan makan malam tempat yang best-best...

Day 3,
9.00pg-Berastagi...sepanjang hari di sana...

Day 4.
8.00 pg, balik ke Medan dan shopping sampai lebam,.. ahahahah tapi itu tidak berlaku.. huwaaaaaaaaaaaaaa

Day 5
sesubuh pagi kami dah ke airport.

harap catatan ini boleh jadi panduan orang lain untuk travel ke Medan nanti...

next trip kami.... Kuching, Sarawak... June 2012.. Insya-Allah...

14 Komen:

Unknown on 12:37 PM said...

kalau gi reramai best gak ni..betul tu kat sana bila parking keta kat tepi kedai pun kena bayar. kira cam upah preman kat situ.

tak perlah kan pnut pengalaman mengajar kita. erhmmm lepas ni nak pergi lagi ker?

sitinaminah02 on 12:40 PM said...

bestnya kak. teringin nak makan burung goreng. hahaha.

anna on 4:12 PM said...

kak.. betul ke tambang kete nek feri cuma RP95k...? ader supir quote RP300k tau..

Pnut on 4:26 PM said...

Anna-ye 95K, ada tertulis kat kaunter jualan tiket

MA on 7:19 AM said...

I tak pernah ter-minat nak pergi Medan bercuti sebelum ini, tapi tengok kecantikan Danau Toba and your travelog - maybe one day I will.

Btw - bab travel guide tu memang betul, kena cari yang betul-betul faham itinerary supaya masa tak terbuang.

Pnut on 7:45 AM said...

Kak Ina-Insya-Allah kalau pegi lagi, sy nak ke Danau Toba je, dan shopping kat Pajak Ikan tu..

GC-pi la time air asia buat promo grab tiket terus..

MA-kitaorang beli tiket ni masa airasia promo, so tak fikir panjang terus beli, lepas tu baru fikir apa ada kat medan.. eheheh tp danau toba memang cantik, pengalaman menarik tengok kampung orang batak, kehidupan anak-anak batak...

Anonymous said...

seminggu sblm awak g Medan, saya gi jakarta n bandung. Duk hotel 5 bintang juga, sebijik mcm hotel awak cerita tu... air panas ikut time, tak der cerek air panas, tak boleh minta iron, sarapan pun sebijik mcm tu.
Mengenangkan budaya menge'pow' mereka menyebabkan kami kurang berminat utk ke Indonesia lagi. Kalau kat Bandung tu nak shopping pun tak selesa!
Tak nampak org jual pokok stroberi ke? Kat Bandung ada.

pae5054 on 4:50 PM said...

leh buat reference ni kak..trutama tang tips yg mahal tu...thanks a lot
ngah dok sevey..gara2 da bli tiket ke Medan(tu la..gatai lg tngn ni..pntg jmpe tiket murah)...

apepun...nice sharing....

Ms and Mr Red Ribbon on 3:32 PM said...

seronoknya, dah berpuluh2 tahun xpegi danau toba... rindu juga :)
saya ada buat pakej tour murah ke bandung, kalau nak singgah bandung sila check blog saya yer :)

ietah on 8:29 PM said...

Saya gune pakej..rm450 siap segala..alhamdulillah semua ok..cume hari je silap.pasar ikan hari ahad xbyk kedai buka..sob..sob...sob

Unknown on 12:18 PM said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


TIARA TOURS on 3:27 AM said...

Melawat ke Medan dan tasik toba , sila dicuba layanan dari TIARA TOURS
Harga pakej sangat murah dengan layanan best

Sila contact wa : +62 853 5898 2828 atau hantar email tiaratoursindonesia@gmail.com

Sila click www.tiaraasia.com

Bang Lubis on 2:14 PM said...

hi saya moel dari medan,,,
senang hati tengok abang ni seronok kat tasik toba,,
saya nak info juga buat kerabat yang lain klo nak sewa kereta ataupun sewa mobil di medan pesiaran sila hubungi pratamacarrental.com

Contact Person : +628116051811
Email : info@pratamacarrental.com
atau website : http://www.pratamacarrental.com

TIARA TOURS on 2:23 PM said...

HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
TAK ADA EXTRA BAYAR.
TAK ADA TIPU – TIPU !!!
HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

ITINERAY :

DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.


SERVICES TERMASUK :
• TRANSPORT
• PEMANDU PELANCONGAN
• HOTEL 3 BINTANG
• BREAKFAST 3X
• MAKAN TENGAH HARI 3X
• DINNER 3X
• SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
• KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
• MINERAL WATER

BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068

TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

NOTE :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino