Thursday, December 15, 2011

medan day 2


Ok sambung cerita lagik...
Hari kedua..
Pagi-pagi, lepas check out, kami berposing sekitar hotel.. Memang cantik kat sini, paling suka Alesya dan abang Najmi, seronok diaorang round jelajah sana sini.

ni sekitar belakang hotel, saya wonder ada ke orang nak mandi kolam?? sejuk gilosss
 Tengok dak alesya, berlari tak reti diam


Ini baru manfaatkan keindahan alam, dan kelebihan tanah sejuk di sana, management hotel yang jaga sebaiknya, cuma mereka ini tidak begitu kreatif, kalau landskap ni dihiasibunga-bungaan memacam warna mesti lebih menarik.
 

Semua pic ni diambil abang Najmi, saya masih berurusan check out tak setel lagik..


baru join diaorang pose-pose... memang lawoooo baju saya pakai tu beli kat Pasar Buah semalam tu, harga RP35,000, lebih kurang 11-12 ringgit, murah kan?? ahaaha saya fikir terus nak pegi Bandung lepas ni, sure kat Bandung lagi murah... tips.. kalau nak beli baju, betul kata pekedai kat Berastagi, Medan lagi mahal, baik beli kat Berastagi je.


Budak tak reti duduk diam.. kalau tengok kelasakan dia ni, takkan ada sapa tau pernah duduk dalam balang kaca, penuh oksigen satu ketika dulu.. panjat sana, panjat sini, tak reti diam


Seronok kat sini, sejuk... segar.. nyaman je...


Lepas sessi bergambar, kami terus ke Pekan sekali lagi, untuk breakfast, breakfast kat hotel, cuma saya dan maktok je makan, sebab tak sedap pun, cuma ada mihun dengan nasi goreng, bubur dan roti bakar. pastu buah tembikai.. koman kan?? kalau kat malaysia, duduk 5 stars hotel, sure mewah makanan.. berderet bersusun-susun.. (wahhh tetiba teringat buffet kat hotel Awana Resort Kijal, mewah giler makanan)

Kat pasar buah sekali lagi anak dara kecik nak naik kuda lagi.. merengek nak naik lagi sekali.
 Sekali lagi depa je naik, saya pegi shopping lagik...


Kali ni kami try jagung bakar, mulanya dia nak bagi jagung bakar dah siap dibakar tu, saya ingatkan yg baru, sekalik tengok, belum ada bara api lagik.. ini mesti semalam punya. so saya suruh dia bakar yang baru. sedap.. manis... dan macam biasa, diaorang ni kan suka pedas, so adalah yang perisa pedas2 juga.



ehehehe ada gambar sana.. belasah je la.. ahahaha, ada orang jual kacang rebus. Kacang rebus depa i telll uuu sedaaaaappp sangat.. manis original.. fresh-fresh direbus... memang terasa manis.. patut la masa minta bibik rebus kacang tanah kat rumah, dia tak letak gula..ehehe sebab kacang depa memang manis, tak payah bergula


Sampai Medan, check in kat MADANI HOTEL hotel ni best sikit la, walau bilik tak begitu besar, tp masih ok la.. water heater ada 24jam, ada cerek air, pastu dekat tempat makan semua, oklah kiranya.. dan dimaklumkan memang ramai malaysia menginap kat sini. Ini hotel islamic, memang hanya suami isteri sahaja dibenarkan menginap. dan pekerja wanita dia semua bertudung.

Oklah bilik dia, selesa.


Selesai rehat-rehat bagai, kami keluar makan, dan kali ni makan kat restoran Garuda. Kira antara restoran top la kat sini, mewah la gayanya, riso gak teman, kot mahal.. tapi idak, sekitar rp235,000 je.. lebih kurang 70-80 ringgit bagi makanan penuh meja gitu, kami siap tambah daging dendeng dia, sebab sedap sangat..


Memang makan betul, abeh semua dietku.. bantai makan bertambah-tambah... buat stress kalau pegi melancong nak diet, koser mak..


Inilah yang saya katakan suka ati depa je lampu merah ke, hijau ke depa jalan suker ati je. cube perhatikan, ni saya shot dari tingkap bilik hotel, oh ya, hotel kami mengadap masjid raya.. jalan kaki je kalo nak pegi.. ok sambung cerita, kalau tengokkan, kereta dari arah hotel kami menginap tu lampu hijau, tetapi kereta dari arah bertentangan selamba je redah juga kan? kira kalau nak drive kat medan ni, kena berani mati.. ehahah kata supir kami, kalau tak berani, bukan anak Medan buk..

 ahaha patut pic trafik kat atas ni sebelum pic rumah makan garuda tu..ehehehe

ok lepas kami makan kat rumah makan garuda, kami ke Pajak Ikan, ni tempat shopping kegilaan semua pelancong, terutama dari Malaysia la.. merata orang Malaysia.. murah-murah jugakla, tapi kena pandai tawar menawar, dan round, tapi kami tak sempat sangat, limited time.

Abeh kami window shopping, kami gerak ke Parapat, nak ke Danau Toba. Perjalanan dari Medan ambil masa 4-5 jam. jauh kan.. dah macam perjalanan balik kedah... tapi jalan dia huiiii kecik, sempit, bengkang bengkok... dan cara pemanduan mereka.??? hahahaha tahap kita kena mengucap siap-siap... jenis boleh memotong celah-celah lori... tak kecut perut ko??? pastu ada sesekali kita akan berdepan betul-betul lori-lori balak, bila supir kita memotong, tapiiii lepas... kiranya mereka ni macam memahami each other, so jarang la ada kes accident, sebab memasing tolerate each other.

Masa nak gerak... kami nampak mahasiswa ada demontrasi, siap polis escort... hahahah kalau kat sini, dah kena naik black maria dah... malah dah kena tembak air dah..
okeh kesimpulan untuk hari ini...

* Kalau ada kesempatan, dan memang plan nak shopping, pegilah le Pajak Ikan tu, awal pagi, sebab diaorg tutup jam 5 ptg, so kalau dari pagi, lama sikit nak round, survey pastu membeli, saya dan maktok macam kartun je, tak cukup masa nak membeli... dalam hal ini salahkan supir yang tak reti nak guide kami.

* Jarak perjalanan diaorang ni jauh-jauh, jadi sebelum memulakan perjalanan, belilah jajan, biskut, kacang, air, apa-apa je la, dan kalau kat sini try la makan kacang rebus diaorang, sedap...

* Kat sini nan hado signboard sepanjang jalan macam negara kita, jadi kena tanya pada supir apa nama tempatnya...

*Di Berastagi, baju, souvinier lebih murah dari di Medan, so kalau berkenan apa-apa baju, tawar, dan beli je la..

*Hotel Grand Mutiara was ok.. selesa, cuma tak best water heater dia ada time-time, so kalau ouls nak pegi, better call hotel dan check ada ke hotel lain macam tu... hotel ni saya book dan bayar terus melalui agoda.com, lebih murah dari book direct dari hotel.

* kenapa semalam saya kata kalau day 1 tu pegi Parapat (Danau Toba) dulu berbanding Berastagi? sebab di Danau Toba tarikannya lagi best, perjalanan lagi jauh. seeloknya, kalau hari pertama anda ke Medan, sampai airport awal pagi, seeloknya terus ke Parapat dulu. enjoy jenjalan kat sana, then baru ke tempat lain.

*kalau nak bercuti di Medan, seeloknya spend 5 hari.. macam kami hari ke 5 dah balik seawal pagi, so ada cuma 4 hari.. tak puasssssssssssssss terutamanya time nak shopping.. ehehehe

8 Komen:

Zareda Norman on 6:49 PM said...

Seronok jugak kalau berjalan ke negara jiran ni.. Budaya hampir sama tapi cara kehidupan berbeza..

Nanati nak tengok gambar danau toba tau...

Zar plan nak ke bandung lagi next year. klu nk shopping mmg bandung better lah.. Kain lace, baju silk, even wacoal mmg murah gilerrr

kak ina kl on 7:25 PM said...

waduh ibu udah sampai ke medan ...seronok baca cerita ibu.

pB on 12:13 PM said...

Dah pernah sampai Bandung ker??

daniaraadrianna on 3:12 PM said...

tq for the info, saya plan nak gi medan 25hb nih...nak tanya atm senang cari x kat sana..ingat x nak bawa cash byk sgt, sbb sebelum ni kalu travel pun aktifkan atm plus maybank je..

anna on 10:44 AM said...

akak gerak ke parapat ptg day 2 atau pagi day 3? sbb tgk kt day 3, lepas check out, shopping pastu terus gerak ke parapat..

Anonymous said...

salam.saya nk ke medan bln dpn,saya nk tny adakah perapat dgn berastagi jln yg sama.igt lps ke perapat nk singgah berastagi

Anonymous said...

on de mouvement communique. acheter viagra, il suffit de les consulter. asi como a los que antes se agruparon en cialis precio, particularmente desde mediados del S. con cripte protettrici dei peli secretori e con, viagra italia, e tutto di colore cocciueo, mehr oder weniger die Alkalescenz rauben. cialis einnahme, Wirkung der Dampfe des Arsens.

ihanis Ismail on 4:27 PM said...

salam..kami ada menyediakan ground pakej ke Medan dengan harga yang murah paling penting sangat puas hati.. :)
mai nanti just bawak duit shopping je :)
tak yah dah pikir hotel, transport, makan.. semua kami uruskan ;)

whatsapp :012-6047593

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino