Sticky post for 48hrs.
Ok semua tahu Alesya adalah peminum tegar Mamil Gold, hari tu ada orang tanya saya, kenapa tukar dari susu jenama sebelum ni kepada jenama Mamil Gold pulak. Reason saya, Mamil Gold lebih murah berbanding jenama susu sebelum ini, tetapi khasiat dan kelebihan Mami Gold jauh lebih bagus dari susu sebelum ini. Apa yang menarik saya semasa buat keputusan tukar susu ialah susu Mamil Gold ni ada Immunofortis, atau kini disebut Immununoforce, yang mana satu-satu Mamil Gold yang ada dipasaran mempunyai Immunoforce.
Ok semua tahu Alesya adalah peminum tegar Mamil Gold, hari tu ada orang tanya saya, kenapa tukar dari susu jenama sebelum ni kepada jenama Mamil Gold pulak. Reason saya, Mamil Gold lebih murah berbanding jenama susu sebelum ini, tetapi khasiat dan kelebihan Mami Gold jauh lebih bagus dari susu sebelum ini. Apa yang menarik saya semasa buat keputusan tukar susu ialah susu Mamil Gold ni ada Immunofortis, atau kini disebut Immununoforce, yang mana satu-satu Mamil Gold yang ada dipasaran mempunyai Immunoforce.
Ini adalah kerana formula dia dipatern khas untuk Mamil Gold, meaning, formula ini tidak boleh diguna pakai oleh jenama lain, kerana dipatern untuk Mamil Gold sahaja. Unik bukan?Formula dia ada 90% GOS dan 10% lcFOS. GOS dan LcFOS ni, umpama sumber makanan kepada bakteria baik itu (prebiotic) so dengan formula ni, kehadiran bakteria baik dalam susu Mamil Gold akan berfungsi sebagai melawan bakteria-bakteria jahat yang menjadi punca penyakit. Dengan prebiotic ini, ia akan membantu sistem imuniti badan anak-anak kita agar lebih kuat, kuat disini bermaksud tidak mudah kena jangkitan penyakit, kerana imuniti dalam badan mereka dipertingkatkan melalui khasiat susu yang kita beri kepada anak-anak.
Saya pernah terbaca kajian yang mengatakan peringkat awal anak-anak membesar, kita perlu berikan khasiat sepenuhnya. Ini penting kerana ia tapak asas sistem badan anak-anak kita untuk kehidupan di masa akan datang, itu sebab pakar pemakanan kanak-kanak menyarankan kita memberikan susu yang lengkap khasiat sebaik-baiknya untuk peringkat awal anak-anak membesar, kerana dia berpeluang membesar dengan sihat dan jarang dijangkiti penyakit. Kesihatan yang baik juga penting untuk perkembangan otak.
Ok actually saya cari info kat website DUMEX. Betul saya cakap, sejak saya rajin masuk kat website ni dan join forum ibu-ibu bersembang kat situ, banyak information saya dapat. Tak caya, tengok sendiri, memang banyak info kita boleh dapat.
Masa tengah surf kat website tu tadi, terperasan pulak, yang MAMIL GOLD berwajah baru. Tak perasan pula bila pack baru, eheheh sebab kat rumah ni stok susu Alesya masih ada lagi, beli time ada offer itu hari. Cantik pack baru diaorang, i liiikkeee...
Nampak exclusive kan? kelas sikit pack baru kan? Saya suka pack yang 1 kg ni sebab sudu dia sangkut kat atas tu, jadi kalau tangan basah-basah sikit, tak le comot pegang sudu.
Antara perkara yang perlu kita beri perhatian bila nak beli susu, antaranya adakah produk susu tu tinggi tak khasiat, dan zat yang penting untuk sistem imunisasi, kita kena tau prebiotic itu apa? apa kepentingan prebiotic untuk tubuh badan anak? kita kena tau berapa kandungan DHA dalam susu untuk keperluan anak. DHA ni penting untuk perkembangan otak tau. Kiranya dia makanan untuk otak, so kena supply secukupnya.
Dan baru-baru ni pula, saya terbaca dalam sisipan Utusan Malaysia ada artikel berkaitan ini :-
Betul kan, sebagai emak kita memang selalu nak jadi over protective? Rasanya semua orang pun macam tu. Sejak kita syak kita pregnant, kita punya berhati-hati jaga makanan kita, jaga pergerakan kita, sebab kita melindungi kandungan kita, itu baru syak je tu. Bila doktor sahkan kita pregnant, punya lagi rapi kita punya protect kandungan kita kan, yang tak suka minum susu pun kuatkan semangat, menelan susu demi kebaikan baby dalam kandungan.
Baru kat satu forum keibuan, ada bakal ibu memperkatakan mengenai susu untuk bakal ibu ini, ehehe mereka kata ini hot in town, sebab rasanya sedap, tak memualkan bila minum. Hahaha kata orang la, saya tak pregnant jadi belum dapat peluang minum, eheheh.
taadaaaa... inilah susu yang didakwa lebih sedaaapp dari biasa.
Gigih ni saya geledah maklumat tau, nak tau apesal diaorang cakap susu ni terbaeekk di kalangan susu-susu untuk bakal ibu lain, sebab susu ni tinggi kandungan folic acid, kalsium dan zat besi, serta semua mineral lain. Semua ni penting untuk baby yang baru nak terbentuk dalam rahim kita. Selain tu, dari feedback saya baca, breastfeeding mom pun ambil susu ini, bagus untuk menambah supply susu. So, kepada yang tercari-cari susu terbaek untuk anda dan baby dalam kandungan boleh la cuba. Susu ni juga ada Immununoforce dan DHA, means sejak dari awal lagi, Mamil dah sediakan persediaan awal untuk anak kita sejak dari dalam rahim.
Wait!!! Sebut-sebut DHA, tau tak amenda DHA tu? DHA tu "docosahexaenoic acid." ahahah tu dia, jenuh nak nyebut.. kita sebut DHA je la.. hiks.
Dari pemahaman saya, DHA ni ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Ia membentuk lebih 90% daripada lemak omega-3 dalam otak, mata dan sistem saraf pusat. Oleh itu, DHA inii penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf, ini semuanya bermula dalam rahim ibu!
Masa kita pregnant, baby akan dapat DHA daripada rahim ibu. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh bayi itu bergantung kepada jumlah DHA yang diambil ibunya. Jadi ibu hamil selalu ingat, makanlah makanan yang berkhasiat. Sumber semulajadi makanan yang ada omega 3 seperti ikan yang berlemak, termasuk ikan bilis, ikan salmon, ikan hering, ikan tenggiri, dan tuna, dan makanan organ, seperti hati. Eh dalam kuning telur pun ada tau, sebab itu ada telur Omega, hah yang tu lebih sihat untuk dimakan. So ibu hamil be alert.
So untuk anak-anak, setahun pertama mereka membesar, otak sedang berkembang kan? so carilah susu anak yang tinggil DHAnya, agar otak dia mendapat cukup supplement untuk berkembang dengan baik. pasal DHA ni juga saya bertukar dari brand lama kepada Mamil Gold, sebab Mamil Gold supply 5 kali lebih DHA. No need to say more.. ehehe no doubt beb.. good choice.
13 Komen:
wah kak...perkongsian info yg berguna....thanks
Akak, terima kasih la tolong buat ulasan ni. Senang faham dan memudahkan pencari mendapat maklumat tentang susu. Adam peminum tegar MG jugak lps stop susu bdn. Bg la susu lain, dia takkan minum. Idris siang minum E*fa, mlm minum MG. Lepas tgk khasiat DHA, ABC, bla bla, nak kena maintain Idris minum MG saja lepas ni... TQ
-Farihah
Nanti kalau saya peknen (ntah tahun bila) saya gali balik entry akak ni ekkk..hehehehe
susu ibu tetap yang terbaik..
tq psl info mamil...saya br pregnant 2 bulan anak ke2...masa anak 1 saya minum anmum n enfamama..kali ni nak mencuba susu yang lain pula..saya nak cuba mamilmama la...anak saya juga suka mamil gold..
salam tumpang tanya?mamil gold nga mamil learning tu sama ke beza?mamil learning tu ada flavour yg beza ke coz ank sy baru 2 bln tukar susu ni...pastu bln ke3 sy dia xnak...mcm rasa lain kot...tp susu ni.mmg bagus slh 1 nyer ank sy exzema sblm tp bla tukar susu alhamdullilah dah xbaik exzemanye...
anak saya minum mamil learning..sebelum tu minum mamil all in one..xleh tahan lak hrganye..
As slm...anank sy minum susu Mamaex Gold Hipoallergenik...susu itu utk 0 - 12 bln....skang ni anak sy dah setahun seminggu. boleh tk sesapa cadangkn atauada pengalaman susu yg seumpamanya..coz dah try enfagrow...friso..dia tk nk...
saya tak jumpa kedai yang ade jual mamil gold..kat mane ye ade jual?
mamil learning banyak tapi mamil gold tak ade pun..sesiape boleh tolong tak?
Brp harga mamil gold sis? tgh survey fm jgk..sbb ank sy sll sembelit.dh try lactogen n dumex dugro.mmg xboleh la.sembelit jgk..
kalau anak susah membuang air besar ok x mamil gold ini
Post a Comment