Friday, November 26, 2010

Sedekah lah Al-Fatihah buat ibu bapa kita, nescaya murah rezeki kita.


Oklah, sempena Jumaat penuh berkat ni.. sama-sama kita hayati kata-kata dibawah ni, saya siap print, tampal kat dapur, kat bilik si abang. Agar jadi ingatan kat dia sampai bila-bila..

Rassulullah SAW pernah bersabda :


" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...


Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )


- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)


- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT


- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. .... tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)


- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....... . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari


- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah


- Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya..... tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba. Allahhuakhbar. .


- Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)


Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)


Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah

Kita kena sentiasa ingatkan perkara ini, amalan ni, supaya hidup kita sentiasa dalam keberkatan, saya dah nampak banyak contoh dalam hidup ni, anak yang hidup dengan keberkatan orang tua ni, lebih bermakna dan mudah laluannya, berbanding anak yang tanpa sedar mengabaikan orang tua mereka. paling dekat, saya nampak Maksu, adik saya yang bongsu tu, takdir Allah dia banyak berdikari sebab masa dia membesar, arwah abah saya sakit, kena stroke dari dia tingkatan 2 kalau tak silap, kemudian dia 'berkhidmat' menjaga abah dengan emak, dan saya kira kalau dari jasa kebatinan, maksu paling banyak sumbangannya.

Saya menyumbang dari kewangan, sebab saya jauh di sini, tetapi rezeki Maksu memang murah,sebab saya nampak dia anak paling tak abaikan arwah abah dan emak saya, walaupun dia masuk universiti, tak belajar tinggi, cuma belajar kemahiran bakeri je, tapi sebab restu emak saya dan kebajikan dia pada arwah abah dulu, Allah sering permudahkan urusan kerja-kerja dia, dan kini setelah melepasi ujian ilmu jahat dulu, rezeki maksu tak putus-putus, ada je tempahan kek, roti, setiap hari, sampai tak terbuat dia. Moga ada rezeki boleh saya bantu dia beli oven baru nanti. Berbanding dua lagi kakak dan abang atas Maksu ni, ketegaq dan tak 'berjenis' kata orang Kedah. Maksu ni rezeki dia berpanjangan, dan dia dalam diam ikut cara saya, lebih kita masuk, lebih kita keluar hulur kat orang memerlukan.

Maksu selalu belanja anak-anak yatim sekitar kampung, hantar makanan, roti dll. Kekadang kalau hari tak sebok, Jumaat dia ngan Cik Lela masak-masak pi hantar ke rumah anak yatim. Jadilah, tak boleh sumbang besar, sumbang kecil-kecil, bak kata Tan Sri Syed Mokhtar, Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain, Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung..

9 Komen:

Jemari Seni on 11:32 AM said...

Sangat setuju!!!
Teringat satu drama tv3 dulu ala2 citer sitanggang... pelakon dia Kartina Aziz jadi mak yg anak plak siapa aik tak ingat laki si Diana Rafar tu kot.
Camne dia buat kat mak dia pon mak dia masih sudi doakan yg terbaik utk dia (anak tu).
Tapi bila mak dia dah meninggal terus huru hara hidup dia...Sebab doa mak tu dah terputus.

Pnut on 11:38 AM said...

bukan kartina aziz pelakon tu, tapi shiela rusly.. yang emaknya mata buta ke apa tah...

Lia @ Norli (Mamarempit) on 12:45 PM said...

Betul & benar....
Alhamdulillah....hidup pun jadi tenang...

HappyIrfa on 12:59 PM said...

sharing is caring..
sama2lah kita ingat mengingatkan

Jemari Seni on 1:31 PM said...

Ya ka Pnut! Aisey memang lupa la...hehhehehe

faraulah on 2:07 PM said...

yes Kak PNut..

Sharing is Caring

ieda on 3:38 PM said...

teringat sesangat kt my parents...kalau tgk gambar rasa mcm depa masih ada..terkilan sb di minggu terakhir dua2nya tak bercakap...how I wish I could have their last advice..alfatihah buat ke duanya.

Izzuddin on 11:48 PM said...

riwayat pun tiada tak payah percaya benda ni..stop sebar hadith palsu

Muhibbinfx on 4:14 PM said...

Sebenarnya ucapan Dr Fadzilah Kamsah bukan sabda Rasulullah

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino