Monday, August 04, 2008

Alesya first lesson



Our little miracle Alesya sudah 1.135kg sehingga hari ini, Alhamdulillah..
Semalam kami pegi hospital, kebetulan time nurse nak bagi susu, nurse minta aku cuba training Alesya untuk menghisap susu direct. Sekali lagi, aku happy sebab Alesya dikeluarkan dari inkubator dia, and di balut dan dihulurkan kepada aku. Tetapi pelajaran untuk dia semalam kurang berjaya, kerana dia lebih melayan mengantuk untuk tido berbanding dia hendak menyusu gitu. Tak per nurse kata, kita ajar dia pelan-pelan..

Tadi jam 11.30 aku pegi hospital hendak hantarkan diapers dia yang hampir abeh. Kebetulan nurse tengah hendak bagi susu, and Alesya sudah terjaga dan menangis lapar, so nurse balutkan dia dan minta aku terus ajar dia menghisap. Cubaan kali ini berjaya, dia menghisap dengan baik, kepenatan dan tertidur. Nurse happy, aku lagi la happy.. cuma nurse kata tak boleh kerap sangat takut dia penat, nanti berat dia lambat naik. Nurse minta aku datang semula dalam jam 2.30 untuk try lagi. Aku pergi, tapi cubaan kali ini tidak berjaya, kerana dia asyik nak tido je.. langsung tanak menghisap, nurse kata biar jangan paksa, kemudian nurse bagi pakai tube, sebab takut dia penat lagi. Lepas menyusu terus tertido dia.

Masa petang pukul 2.30 tu aku pegi, bersembang dengan nurse yang veteran sikit, dia puji-puji aku sebab disiplin menyusukan baby..wahh aku lagi semangat sebab kata dia, aku dah bagi inspirasi kepada ibu baby prem yang lain. Rupanya nurse siap tunjukkan pada ibu-ibu lain yang komplen takder susu ibu, susu kurang, tak keluar susu, susu-susu stok untuk Alesya dalam peti ais di hospital. Nurse kata aku pun lahirkan baby prem, 30 minggu je, nurse kata nanti kalau jumpa ibu lain, tolong share maklumat. Aku kata Insya-Allah boleh, saya dulu anak pertama pun pun tak pandai, sebab kurang maklumat. Then nurse tanya mana aku cari maklumat. aku cakap aku join forum kat internet, dan belajar banyak mengenai teknik menyusu baby, and bila aku ada baby prem lagi aku perlu lebih ilmu. Patutlah beberapa minggu lepas berbual dengan sorang ibu ini, dia cakap, nurse bagitau dia suruh tanya aku macam mana aku buat untuk bekalkan susu. And aku share la info dengan dia, tak pastilah dia berjaya atau tidak.

Nurse tanya apa aku makan, aku bagitau nurse aku ambil milk maid tea (MMT) dan pil ASI, nurse siap suruh aku tulis nanti dia nak bagitau ibu lain, aku cakap aku tak pernah jumpa benda tu kat farmasi, aku beli kat kedai susuibu.com tu dekat bangi. Aku cakap macam ni la..kalau ada ibu lain berminat, bagilah no telefon saya, Insya-Allah saya boleh tolong belikan. Apa salahnya menolong orang lain kan.. Nurse kata bagus nanti dia inform.

And entry yang lepas aku letak pic susu ibu tu, pun dah beri inspirasi untuk orang lain yang akan bersalin, untuk kuatkan semangat untuk menyusukan baby kelak. Sebab ada yang msg aku bertanyakan macam mana MMT tu. Alhamdulillah memang itu pun niat aku, supaya bagi semangat pada orang lain, termasuk para bapa. My darling so far Alhamdulillah memang 100% support, siap temankan lagi kalau pump tengah malam. Malah masa kami travel balik kampung, aku perah dalam kereta kat highway tu, darling duduk lane kiri and bawak slow je supaya aku selesa pump susu dalam kereta. And dia biasanya tolong susun susu-susu untuk Alesya di hospital, and dia juga yang ke kedai susuibu.com tu membelikan milk maid tea.

Inilah pic MMT dan pil ASI yang aku ambil untuk membantu memperbanyakkan susu badan..
Photobucket

Actually aku sendiri pun mendapat semangat dari ibu-ibu lain di internet ni, pernah baca blog Angah, blog ibuvouge yang rajin menyusu baby, dan pump susu time kerja, dan aku fikir kalau orang lain boleh, aku pun mesti boleh. Pernah juga baca blog ibu-ibu yang sama anak di NICU yang tak dapat direct menyusu pump susu dan dapat juga BF baby, aku jadi kuat semangat. Jadi bila aku sedang melalui episod indah ini, aku cerita di sini supaya dapat beri inspirasi kepada orang lain, kalau bukan untuk diri sendiri, mungkin untuk isteri, untuk kakak, adik or kawan-kawan.

Kalau mengandung cukup 9 bulan lagi bagus, kerana sure susu badan banyak, dan baby pun dapat menghisap sendiri. Kalau ikut info katanya susu ibu mula terhasil masa usia kandung 7 bulan, and aku 7 bulan lebih dah dibersalinkan, tak sempat bentuk dengan sempurna, tapi Alhamdulillah dengan ransangan dan bantuan, susu tetap ada..semuanya kuasa Allah Taala kan. Yang penting kita berusaha. Emosi kena kuat, yakin pada diri.

Inilah pic Alesya yang seronok dapat menyusu badan pagi tadi.. dia separuh kenyang masa ni, aku stop kejap tukar ke posisi belah kanan, awal tu kiri. kemudian dia tertido lepas menyusu.. mujur sempat amek pic dia..


Haiii sayalah Nur Alesya Qhaisara yang kuat itu.. saya happy dapat tido berada dalam pelukan mama, tengok la..kecik je saya kan, besar tapak tangan mama yang gebu tu je kan??

Photobucket


IKLAN

TEMPAHAN CUPCAKES DIBUKA SEKARANG
SILA KE PNUT CUPPIES
Untuk bulan puasa tempahan hanya diambil pada hujung minggu sahaja..harap maklum..
----------------------------------------------------------------------

1 Komen:

aishahsazali said...

kak,saya dari kota tinggi johor.
nak tanye skit nepe lepas susu kan anak,payudara saya bise sangat.dah dekat sebulan susu kan pun puting masih melecet..sakit...
Lagi 1,leh ke mintak tlg akak belikan jamu ni tuk banyakkan susu..saya ni bukan pemakan org nye...harapkan supliment je....
tq.-aishahsazali@yahoo.com

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino