Monday, July 13, 2009


Kelas cupcakes

Saya baca blog My very best Jiran ni pendapat mengenai PPSMI, Interesting kan.. Saya sangat setuju apa yang mereka katakan.

Sila baca sendiri, all my point is there, actually saya dah tulis dan simpan dalam draft blog ni, apa yang saya katakan Tun M mempunya pemikiran yang sangat jauh ke depan, yang mungkin belum sampai tahap kita terfikir. And saya juga tulis,kenapa Jepun, Jerman, Korea, Rusia berjaya mencipta teknologi mereka, walaupun mereka bukan reti baca atau bertutur Bahasa Inggeris. Sebabnya mereka ada ahli akademik yang kerja mereka buat kerja-kerja ilmiah, terbit dan hasilkan rujukan dalam bahasa mereka. Sampaikan orang negara lain yang belajar di negara mereka, mesti belajar Bahasa mereka, bukan mereka yang perlu belajar Bahasa Inggeris untuk mengajar kita.
So my point is sejibik sejibon la apa yang my jiran tu highlight in her blog.

Kita ada Institut Terjemahan Negara? berapa ramai rakyat tau kewujudan ITN ni? Ap fungsi ITN ni? Sekadar alih bahasakan novel popular Jepun? Korea? I dunno. Pernah singgah booth ITN di PWTC, sibuk petugas promote novel terbaru yang mereka terjemahkan. ermmm.. sila rujuk SINI dan lihat apa mereka buat.

Oklah cukup cerita pasal PPSMI.

Meh cerita lain pulak

Dihari Jumaat nan silam, saya telah dijemput oleh PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri untuk mengadakan bengkel menghias cupcakes, penyertaan sedang elok sahaja, saya menetapkan tidak lebih 15 orang yang boleh menyertai, dan Alhamdulillah, penyertaan sekitar 13@14 orang kalau tak silap saya. Senang saya tumpukan kepada individu, yang serius dan minat untuk belajar, one to one. Terutama untuk membentuk roses. Akak kekok sebab rata-rata mereka, pertama kali pegang piping beg, nozel dan menghias kek. Kena ajar dari basic, cara potong piping beg, cara masukkan nozel, cara masukkan krim ke dalam piping beg, cara memegang dan semua yang sangat basic. Saya gembira, saya suka mengajar mereka yang dari zero kerana mereka tidak merasa mereka hebat.

Saya bosan bila saya pergi ke kelas deco cake secara formal sebelum ini, ada 'makcik-makcik' yang sangat berlagak pandai, sampai satu tahap Chef yang mengajar rasa tak selesa, kalau humble kan bagus, kot ye pun dah terror bila kita pegi kelas, kita hormati guru yang mengajar, bukan kita pula nak tunjuk kita pun boleh mengajar. Saya pernah ikuti kelas 'steam buttercream' ada satu 'makcik' sangat kecoh, ala-ala tau semua perkara, dan tanya semua perkara, semua peserta sangat tak selesa. Saya diamkan aja, buat kerja apa Chef tunjuk dan ajar, step by step saya ikut, tak terus langkau walaupun ada step atau patern saya dah mahir.

End up Chef tengok hasil kerja saya dan minta pula saya tunjuk ajar kepada peserta lain macam mana nak bentuk kelopak roses, macam mana nak buat 'skirt' tepi kek. lagi bengkek la makcik ni. Saya pun tak kisah tunjuk ajar kepada orang lain, sebab saya tau untuk buat roses nampak senang tapi susah kena practice and practice, saya tidak belajar semua tu di kelas, saya beli buku dan belajar. (ya ada unsur riak disitu, saya seorang poyo, jadi riak adalah nikmat hidup saya, yang saya gantikan nikmat lain yang saya tak kecapi seperti makan durian, saya tak makan durian, jadi nikmat hidup saya ialah riak, sila keji tanpa ragu-ragu)opss saya sudah melancong. Sila masuk ke latitut asal, tulis mengenai kelas saya ajar.

Ok, saya ucapkan tahniah kepada semua peserta bengkel saya yang lepas, anda semua hebat, kerana belajar dengan baik. Setiap peserta dapat lebih kurang 10 biji cupcakes untuk di bawa pulang ke rumah masing-masing. Saya pasti anak-anak mereka mesti suka bila melihat hasil kerja emak mereka. Saya ajar step by step, mereka kena practice atas cake board yang saya bekalkan dahulu, bila dah terrer baru transfer ke atas cupcakes. Hujung sessi saya ajar satu dua patern kartun yang mudah. Yang sangat mudah seperti Hello Kitty dan Pooh, ada juga Spongebob dan Garfield, tapi yang dua ni ramai give up dan serahkan pada saya je tolong buat nak kasi anak-anak.

Ya agak sukar untuk melukis di atas cupcakes, perkara utama yang perlu ada ialah bakat, kalau kurang bakat melukis, agak susah untuk buat kerana kekok. Tapi cara melukis yang mudah tetap saya tunjuk. Moga lepas ni kawan-kawan di sana boleh buat cupcakes sendiri untuk birthday anak-anak atau buat sendiri untuk hantaran kahwin/tunang anak-anak. (Ada yang nak terima menantu dah yang pegi kelas itu)

Anak murid saya..eheheh diaorg panggil saya cikgu, kelakar siot
Photobucket

Dan ini aktiviti semalam, selain menyiapkan tempahan cupcakes,saya buatkan sebiji kek ni untuk maksu bebudak ni, Birthday mak su ialah pada 3 julai, tapi 3 julai lepas Maksu balik Kedah, so takder buat kek, minggu ni baru buatkan mak su kek, mak su ni gilakan ladybird, apa perkara berkaitan lady bird menarik perhatian dia, jadi muncullah ladybird in the garden ni...
Photobucket



# posted by Pnut @ 13.7.09 |
 

 

Thursday, July 09, 2009


PPSMI Hapus??

Saya lega bila kerajaan buat keputusan menghapuskan PPSMI. No saya bukan puak yang kononnya mau memartabatkan Bahasa Melayu, dan pejuang Bahasa Melayu. Tapi saya hormati pendirian mereka itu, kalau bukan mereka yang berjuang siapa lagi? setidak-tidaknya suara mereka didengari.

Saya setuju PPSMI tu dibuat semula dalam Bahasa Melayu sebab saya rasa, ramai budak-budak ni pandai matematik tapi markah mereka rendah sebab tidak faham bahasa Inggeris, salah seorang yang menjadi mangsa ialah anak saya. ehehehe. Bagi saya, Maths dan Sains boleh je diajar dalam Bahasa Malaysia, Tamil atau Bahasa Cina, cuma apa yang kerajaan patut buat ialah beri penekanan terhadap Bahasa Inggeris. Yang penting basic maths dan sains tu kena kasi budak minat, kalau sekolah rendah je dah tak suka Maths dan Sains camner nak teruskan sampai sekolah menengah, sampai universiti? kannnn..

So adalah menjadai tanggungjawab kerajaan untuk gerak gempur pastikan anak-anak yang ada sekarang mahir Bahasa Inggeris lagi 5-6 tahun akan datang, jangan le jadikan bebudak ni bahan ujikaji lagi, bila naik menteri ni, sistem gini, turun menteri ni dasar tukar balik. Sedih meks tau. Cadangan nak wajibkan lulus BI pun bagus, tapi itulah kenalah pastikan bebudak ni terutama anak dok kampung tuuuuu yang mak pak pi bendang, pi menoreh, pi ke laut boleh kuasai BI, idaklah menyusahkan meraka, dah la susah, pastu lulus semua subjek, BI lingkup, terus tak dpt sijil SPM. Kalau tak buat syarat gitu pun tak pe la, sebab rasanya semau Universiti Awam memang syarat mesti lulus BI kalau nak masuk u kan? pastu ada MUET lagi. tatau le univesiti lain, tapi zaman meks dulu, kena kredit BI baru layak masuk kursus di UiTM tu, ada gak kursus tak perlu kredit, tp wajib lulus. ehehe masa tu saya cari kursus yang tak perlu lulus Maths untuk masuk universiti, sebab Maths acik teruk anak-anak ye..

Masa tu BI makcik kredit, tp ala-ala je, sedih meks bila masuk u semua kena belajar dalam bahasa penjajah, walaupun lecturer ajar dalam BM, atau periksa leh jawab dalam BM, tapi rujukan semua nan ado buku Bahasa Melayu, nak tak nak meks kena paksa rela jadi kawan baik Encik Kamus. Jadi sangatlah perlu kerajaan buatlah camner pun asalkan budak-budak boleh kuasi BI dengan baik, dan cikgu-cikgu ajar BI pun jadilah cikgu BI yang kreatif, jasa kalian akan dikenang. Macam mana saya kenangkan cikgu Pamela, guru BI saya yang sangat suka paksa kami baca buku cerita BI, dan kena cerita semula dalam kelas buku apa dah baca. Dan cikgu Pam, beli sendiri tau buku cerita tu, tak guna duit kerajaan untuk belikan buku, sebab dulu saya sekolah rendah di ulu banat, di Changlun Changlun yang 27 tahun yang lepas ye. UUM pun tak wujud lagi kat Changlun tu, duk berek JKR letrik pun takder tau.

Kemudian masuk darjah 2 dan 3 saya pindah duk Kodiang, again Kodiang yang 25 tahun lepas ye, di sana ada cikgu Zaiton yang selalu beli surat khabar Bahasa Inggeris, potong keratan kasi sorang sikit, dan suruh kami baca dan dia akan translate apa yang kami baca tu. Pun cikgu Zaiton beli surat khabar dengan duit sendiri tau. Hujung minggu, Cikgu Zaiton duk kat sekolah tunggu anak-anak murid mai belajar Bahasa Inggeris. free, tak bayar apa-apa, kadang-kadang bila time kerat padi, anak-anak murid selalu ikut mak pak depa pi bendang tangkap ikan, Cikgu Zaiton lalu tepi bendang speaking dengan anak murid tepi bendang weiii. Kembang lobang idung anak murid speaking depan mak pak. Cikgu Zaiton tak gelak pun kalau salah. Anak murid kembang idung sebab berasa terrer leh speaking london depan mak pak, sebab mak pak bukan reti cakap omputih, kalau salah pun bukan depa tau.

Abeh darjah 3 saya kena pindah balik ke SP, duk sekolah Jalan Sekerat, nama betul sekolah tu occay. Kat sekolah Jalan Sekerat, murid campur-campur sekolah bandar, kalau disekolah kampung saya merasalah periksa dapat nombor 1-10 atau selalunya top 5 le, masuk sekolah pekan, tak merasa pun nombor 20, manjang je nombor 20 ke atas, hiks.. Mungkin depa tengok report card saya yang sekolah kampung dapat nombor bagus, depa letak saya duk kelas no.1, jadi bila saya masuk kelas no.1 bebudak pandai, anak cina dan India, speaking ouls, kawan-kawan melayu, ada anak doktor, anak cikgu, anak majistret, sya anak drebar lori je, rendah diri semua ada. masuk darjah 5 walau masih maintain kelas no.1, tapi time English saya kena pindah kelas, ala-ala kelas pemulihan gitu.

Eh sudah masuk cerita saya, tadi saya nak cerita pasal PPSMI, biasalah saya suka melancong. Jadi dengan ini saya tamatkan entry ini. Sekian terima kasih.

# posted by Pnut @ 9.7.09 |
 

 

Tuesday, July 07, 2009


Alesya anak babah dan brooch dibeli darlingku..

Huh!!! Masih bengkek dengan celcom berukband ni.. slow cam siput sedut. Dan boleh connect bengkek ngan YM pulak, tak boleh sign in, ape hal memanjang kata wrong password la, tak der connection la.. anyone pakai windows vista ada masalah?? atau problem dengan celcom berukband?? dalam gue bebel ni, gue cube sign in bleh pulak, suke suki je YM ni ko ek.. ko nak kasi masuk ko kasik, tanak, ko tak leh org ber-YM. cit podah...

Saat saya sedang menaip ni, (taip malam esok auto publish jek) si Alesya tido, dan terjaga jap tadi. Saya sudah pergi menepuk pap-pap punggung dia kasi dia tido balik, tapi dia gagau dagu, takder janggut daaaaa, sekalik dia turn volume high, terpaksa kaco pak dia tengah layan sport kat tv. And pak dia punnnn cube kalo emak dia mintak tolong picit kapla ka time , kompem tak ikhlas je tenyeh kepala gue, tapi bila kita cakap, "babah, alesya nangis cari janggut" wah wah wahhhh dan-dan tu masuk bilik pok-pok anak dia dulu. Macam biasa, megik berlaku, hulur je dagu, si baby Q cari janggut, usap-usap, terus tido semula..wah kuat bonding dua beranak nih. Sekarang ni tengah malam dia terjaga pun nangis semacam je, sampai naik hangin gak mama dia, dah le ngantuk esok nak kerja, dia apa nak tah, kasi susu tanak, kasi air masak tanak, merengek je, tido sejam, jaga, nangis, tak laratlah, mama layan.

Kejutkan babah, minta babah layan anak dara dia, mana tak nya, mata pejam, mulut merengek, tangan tergawang-gawang cari janggut pak dia kot, last-last saya give up, terpaksa kejutkan pak dia mintak take over, and macam biasa, dapat janggut pak dia, gosok-gosok, dia pun lena. hishhh memacam peel anak-anak ni. So semalam dia tido dengan pak dia, emaknya udah 'turun kasta' kena pindah tido kat katil bujang sebelah katil queen tu.

Nah nengok camner dia lentok ngan pak dia
Photobucket
gitulah caranya tiap malam kalo nak tido, duk celah ketiak pak dia, gosok tapak tangan dia kat janggut pak dia, dok tenyeh-tenyeh t*t*k pak dia, ape best tah...

Eh Alesya ni kurang nak mamam le dua tiga hari ni, bubur nasi dan sayur-sayur dia pun tak berapa nak, pastu nestum pun tanak, try bagi pisang, pun tanak. biskut-biskut baby tu lagi tanak dia, kalau dulu dia tanak, masuk nestum dalam botol yang puting beso sikit dia minum gak, tapi sekarang tanak sungguh-sungguh, kalau dia ikut peel abang, mungkin nak merangkak sepenuhnya kot, sebab si Abang dulu kalau dia tak demam, dia mogok lapar supaya 'ringan badan' nak bulih buat sesuatu, meniarap ke, merangkak ke, berjalan ke.. Bibik pulak susah hati, siap suruh beli vitamin bagi selera makan, uhhh tanak le, sebab kang debab cam abang tu, si abang dulu kena bagi vitamin le sebab tanak makan sangat, sekarang kus semangat kalau nengok dia makan.

Alesya good girl la..macam abang dulu, mama happy sebab walau dia lasak ke hulu ke hilir berkayuh dengan walker dia, tapi dia tak usik barang perhiasan mama, i likeeee... mula-mula ada dia usik frame-frame gambar yang mama susun berderet kat sini, tapi dua tiga kali dia tarik kain alas, usik frame gambar tu, saya babab tangan dia, terus dia tak usik dah, kalau duk situ pun pandang-pandang je. bila dia nak usik je, saya sebut.. haaaapppppp, terus dia gelak-gelak pandang saya..ahhah ala-ala dia usik mama dia.
Photobucket

And kedudukan perhiasan yang saya susun ini masih maintain begitu, harap kalau dia boleh berjalan nanti pun jangan le ko usik adik, nanges mama kalo barang kesayangan mama ni pecah.
Photobucket

Eh u all tau kan, my laki is very the tak romentik kan, tetiba hari isnin lepas, member balik kerja, seluk-seluk poket, hulurkan saya benda ni
Photobucket
terkejut la akak kan, tah mimpi hape ni, gue siap gurau lagik, "eh ni ada apa-apa borang kebenaran nak kena sain ke?" hahahah member gelak, terus saya tanya dia, siapa jual ni kat opis? hiks, sebab saya tau, kalau ada member dia jual apa-apa kat opis kat dia, sure dia beli, pernah dulu dia beli biskut ape tah, sampai dua balang, padahal dia tau, bini dia tak suka biskut beli, sumer buat sendiri, dah le biskut tu tak sedap, angkut bawa balik kampung je, pun tak laku pun, tapi tu le, dia jenis tak sampai hati tak beli..hahahah

Rupanya dia beli brooch tu yang di jual oleh Wan, remember pernah tulis pasal Wan kat sini yang request nak resepi apa tah, dah lupa mak cik. Jadi Wan, ko tolong la jual brooch yang mahal sikit, koman-koman rega 30-40 ringgit, kalau ko boleh jual gelang emas ke, rantai leher emas 916 ke, bayar ansur-ansur ke, ko jualkan, dan suruh abg mior tu beli ek. kompem dia beli. Dulu pernah tau, masa saya student, baru-baru couple ngan dia, dia belikan saya rantai tangan Zhulian, kesahnya gitu, kawan office dia jual, dia hentam belikan saya, ala-ala makcik punya gelang. padahal saya remaja sunti masa tu. Laki saya ni, jumpa mamat-mamat jual keropok yang dari patani tu pun dia boleh angkut beli, sampai berlambak stok keropok kat umah, kalau orang datang, kitaorang siap leh kasi cenderahati lagi. hehehehe.

Nota tambahan : pasal berukband selekom tu, ghopanya cheq kena tukaq-tukaq connection dia...kalao kata 3G tak berapa kelia (clear) cheq leh tukar le edge, gps, ke gprs ke menda tah... mana cheq tau, kami buta it. Tapi semalam semalam geram betul, call selekom tu, kena tunggu selama 4 minit 56 saat (hampir 5 min) untuk bercakap dengan operator, selama hampir 5 minit tu saya kena dengar iklan selekom, iklan itu ini, boring la..pasang le lagu ke baru gue tak bengkek, tak pasal je budak operator tu kena sound. dia cakap sorry line busy, abeh tu, dah segala perbualan dirakamkan, tak reti-reti bos kat selekom tu nak tambah operator? berapa banyak anak buah korang kena marah satu malam? ape daaa... bil telefon dah le mahal, berukband pun bukan murah. untung jota-jota, bonus lebat... service ampeh.

# posted by Pnut @ 7.7.09 |
 

 

Monday, July 06, 2009


Baby Day Out

Hari Jumaat malam yang lepas, kitaorg dah tengok Ice Age 3, kepada yang belum menonton sila jeles. Di hari Ahad pulak kami pegi tengok Transformers. Sila cemburu lagi, kalau tak cemburu pun sila pura-pura cemburu..cemburu la..cemburu..cemburu la.. sila jeles bebanyak ye. (hahah ayat eksen dengan bersopan santun)

Ermmm celcom berukband ni sangat la teruk, kejap-kejap hilang, tah hapa team celcom tu buat tah...masa ini lah teringatkan encik streamyx dulu. Nak upload 6 set pic size kecil ni pun berjam-jam, kean disconnect, pastu connect balik, huwaa tensionnnnnn je...

dah la, sekarang dah lebeh pukul 11 malam, meks kena tido, esok ada bengkel, hari kedua dah ni. Berbengkel kat HQ, pastu jumpa kak Noni, kak Noni pregnant lagi..kak, dah 3 hero kan...saya doakan kali ni girl, bolehlah akak beli gaun, sepit dan cekak rambut lepas ni.

Jadi kak Noni pun kata suka nengok pic Alesya kat blog ni..makaaaaa nah kak Noni, tatap le puas-puas, kot-kot kenan dapat baby girl pulak kali ni...

tadaaaa kitaorg bawa si Baby Q keluar jalan-jalan petang sabtu lepas. Angkut dengan walker sekali, saja nak dia explore di luar selain di rumah, kitaorg lepak kat tasik kat Presint 5 ke presint 6 tah, kat pusat rekreasi air, tempat Najmi selalu swimming tu, dan tempat kitaorg pegi amek pic family itu hari.

okeh meh kita tengok dia
Masa ni baru sampai, member blur-blur plus mengantuk, dia nak tido tapi emak dia bawak keluar.
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sekali dia dah seronok, punya dia happy dan suka, tak kejor kitaorg dia dalam walker tu, punya laju dia kayuh
Photobucket

Macam biasaklah, kalau dia dah mula mood tak berapa elok, kita kasi sama pak dia... dan-dan tu dia elok...
Photobucket

Hai Auntie-auntie, jomlah bawa kawan-kawan Alesya datang sini, boleh kitaorg outing ramai-ramai, mama-mama pun bolehlah bergossip, jom la Auntie bawa kawan-kawan Alesya ke sini, Alesya nak jumpa Ian, Nabila, Sarah, Khadijah, Aishah, Adreil, Syafiah, Fahry, Ammar, Ali, Qaseh, Maisa, Hartih, Athirah, erkkk ramai lagilah, Alesya pun tak ingat nama kawan-kawan Alesya
Photobucket

ok tata Auntie semua, kita jumpa lagi nanti..muaaahssss

# posted by Pnut @ 6.7.09 |
 

 

Friday, July 03, 2009


Update kek and cupcakes

Macam yang saya sebut-sebut dua tiga hari ni, minggu lepas saya cuti dua hari, Khamis dan Jumaat, sibuk menyiapkan tempahan cupcakes, buat tahun ni, ini order terbesar kami, si cantik manis, Farah, awek dari Melaka telah order cupcakes sebanyak 1,100 pcs, and lagi 50pcs untuk 3 tier wedding cuppies. Cupcakes harganya cuma RM1.50/pcs (ada 4-5 patern dibuat, and ada 4 flavour, vanilla, choc, blueberry and capucino)

Sejak Rabu petang saya dah membakar cupcakes, membawa ke Khamis, khamis pagi sampai ptg dalam pukul 2 saya bakar sudah almost 800pcs ++ rest kejap, kang meletop oven meks kang, cadangnya lps maghrib akan sambung bakar. Takdir Allah, time maghrib tu le, black out, huwaaaaaaaaaaaa, dengan ada 45pcs cupcakes calam oven (burn je, sbb belum sempat dibakar, dah black out) mujur buttercream dah siap bancuh satu periuk besar, kira enough untuk 800pcs tu la. Cuma nak complete baking tu je tertangguh. Jadi kami siapkan order ni dalam gelap, dengan cahaya lilin.

Remember lampu gaselin laki saya tu? ewaahh time nak melawa dia elok je menyala, tapi time diperlukan boleh pulak sumbu dia dah abeh. sudahnya dengan beberapa batang lilin tu le bancuh kaler, main agak je la, tak dpt nak pastikan cukup terang atau tak kalernya. Mula-mula buat dalam rumah, panas le beb, angkut kerusi meja buat kat porch keter, tak berapa panas, ehehe macam piknik pulak, mujur pintu pagar kami jenis kayu yang disusun rapat, jadi dari luar tak le jelas aktiviti kami. Si abang dah adik pun tido kat luar, bawah Anjong Kaseh. (eh ada wartawan majalah deco-deco tengok Anjong tu dan hntr email pada saya nak shot rumah saya, hahah lawak le, cik wartawan, nanti-nanti le, rumah saya bukan lawa pun, buat malu je la..tunggu sy hias cantik-cantik ye nanti saya email semula)

ok meh layan gambar pulak gambar black out dah tunjuk kat entry bawah kan, ni tunjuk pic order je la.. kotak dan riben tu harga asing ye, ribbon tu dibeli oleh Farah, kotak saya tolong belikan, harganya dalam 50 sen, ada kaler pink dan purple jugak, tapi terlupa la nak ambik pic, sebok sangat.
Photobucket

ni antara jenis-jenis patern yang disiapkan, pack masuk dalam kotak, kitaorg letak gam sikit kat bontoh cup tu supaya keknya tak terbalik. Tengok Mr. Grey sendat dan penuh, si Abang ikut, duduk sempit sebelum deliver ke tuan rumah, ehehe ada sekali tu darling belok, kotak jatuh hempap dia. Ehehee jalan lancar dari Putrajaya - Melaka, Alhamdulilah, nak cari rumah pun tak susah, map tak sempat print, pakai on laptop je tengok, bateri laptop pulak nyawa-nyawa ikan je, suspen sungguh.
Photobucket

Ni 3 tier wedding cuppies
Photobucket

dan ini pun Farah punya juga, amat suspen nak baut kek bertingkat ni, ni first time saya buat ni... siap minta darling tolong bacakan doa, agar dipermudahkan. Alhamdulillah, berkat doa suami dan redha dia, saya dapat siapkan kek ni, kek pun elok di bakar, di sapu cream pun mudah, licin dan mudah, cuma idea mendeco tu pastilah kena improve lagi kan.. buat kek beso dan cupcakes ni berbeza, kek beso silap bukan boleh tukar-tukar kek, atau korek cream dan sapu semula.
Photobucket

Photobucket

To Farah, thanks bebanyak beri peluang pada kami menjadi sebahagian dari yang melengkap majlis kahwin awak, oh ya untuk sebelah pihak lelaki pun diaorg order cupcakes, and kek 2 tingkat ni pun sebenarnya untuk majlis rumah pengantin lelaki esok..ehehe kira saya dah publish dulu sebelum tuan punya badan tengok sendiri.

# posted by Pnut @ 3.7.09 |
 

 

UNTUK TEMPAHAN CUPCAKES

PNUT CUPPIES

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker

SEBELUM-SEBELUM PUNYA CERITA


orang tengah lepak sini LAGU:AIZAT-PERGI Free Site Counter
Get a Free Site Counter


BULAN LEPAS PUNYA CERITA


MY CUPCAKES BUSINESS

  • PNUT CUPPIES


    DIAORANG PUNYA CERITA


    GENG GEPO (GEdik dan POyo)


    Member UiTM (Info Studies Batch 96/99)


    CUCU CICIT TOK HASHIM


    BABY PREM PARENT AND SPECIAL KIDS(siapa ada baby prem/special kids, sila tinggalkan jejak

  • IBU NAJMI AND ALESYA (PREM @30W)
  • IBU KHADIJAH (PREM @29W
  • IBU AYYASH <(PREM)/a>
  • IBU HARRITH DAN ATHIRAH (PREM @26W
  • IBU RAYYAN (PREM @30W)
  • IBU FAHRY (PREM @29W)
  • IBU MICA (PREM @30W)
  • IBU SARAH DAN JIHA (PREM @)
  • MAMA ADRIEL (Rima Rashidi)(Prem @)
  • BONDA QASEH (Prem @29W)
  • MAMA DHIYYA

  • MEREKA YANG ISTIMEWA

  • IBU ALISA YANG HEBAT
  • IBU SYAFIAH
  • IBU NABILAH
  • IBU IDRIS
  • UMMI IMAN
  • UMMI SARAH
  • IBU ANNISA dan ANNUR
  • MAMA AFIQAH

  • Member English Style Decorations

     
     

  •