BACA ARTIKEL
Ermmm no komen aku nak cakap pasal artikel dalam Berita Hairan ni...banyak fakta salah...nama aku di eja Nur Shafinaz bukan Nor Syafinaz. dan nick aku di eja Pinat, bukan P-nut, dan paling lawak tahap langit, aku pekerja perpustakaan...gampang betul.. dah le perkerja perpustakaan...peh tu perpustakaan awam kat putrajaya lak...ermm tidakkah wartawan itu tau bahawa di Putrajaya tak ada perpustakaan awam, atau memang ada, tetapi ia dinamakan Pusat Komuniti dan bukan Perpustakaan Awam, inilah pertama kali aku dengar perpustakaan awam Putrajaya.
Wartawan ni tak sekolah ke? Seorang pekerja perpustakaan merangkumi, tukang jaga kat kaunter, tukang cop buku, tukang susun buku, at least dia mention le kakitangan perpustakaan pun ok, bagi aku wartawan yang tulis artikel ni tak pro langsung, banyak fakta salah. Buat aku rasa tak teruja sangat.
Dia menulis artikel tu seolah-olah seluruh pembaca seisi alam tahu apa itu blog, aku jenuh dihujani pertanyaan oleh kakitangan aku sendiri, "puan, blog tu apa? macam mana blog tu," huhuhu takkan aku nak kasi url aku lak suruh depa jenguk blog aku..no more privacy la.. at least dia explain la sedikit mengenai apa itu blog, at least dlm satu perenggan.
Ini bukan kali pertama artikel mengenai dunia blog ni specially aktiviti geng jurnal keluar paper, sudah byk kali, dan aku rasa setiap kali keluar, mesti ada banyak fakta salah. Pelik kan? Dah..dah...stop la...
Di hari minggu yang silam, darling bermurah hati belanja beberapa org kroni terdekat makan-makan kat bagan lalang, dan itu adalah kaki-kaki mereka yang jejak ke pantai di Bagan Lalang. Terima kasih darling, i love you..lenkali belanja lagik... dan moga tahun depan dapat 7-8 bulan bonus pulak..ahaks...aminnn mana tau...
Dan sempat snap pic aksi manja darling ngan ...ermmmm kesian bean, hampir kurang oksigen
SI BEAN
0 Komen:
Post a Comment