Tuesday, November 30, 2010

lakukan seks berhampiran mayat


Pagi tadi, cam besa.. tengok-tengok sari berita penting, tertarik betul dengan tajuk kat atas tu front page ouls... so terus kelam kabut bukak page baca story. Sempat juga baca Al-Fatihah buat arwah yang dibunuh. Baca Al-Fatihah, lepas tu mengeji yang dua ekoq mangkuk ayun yang hidup dan beromen tu, cam nak luku kepala dengan periuk pressure cooker tefal yang cik Daun kawan saya baru beli tu ja.. errkk tetiba daun masuk ini pilem..

ok saya paste keratan akhbar kat sini





kan.. memalukan sungguh perangai pompuan ni, elok kepala bertudung litup, perangai kalah bohsia, beromen siap pakai kondom, pandai pulak protection. Jantan keparat tu siap prepare kondom, ready nak bercucuk tanam, cissss sungguh.

Dalam hal ni paling saya kasihan ialah emak bapak budak pompuan tu, kalau emak bapak dia masih hidup, mana la nak letak muka, merata muka anak dia keluar paper cerita dia beromen pakai kondom dengan laki orang, dah la laki orang.. ada tambahan lagi status dia "laki yang bunuh isterinya sendiri" kesian emak bapak dan keluarga dia menanggung malu.

Mana ada dalam dunia ini emak bapak mau anak dia jadi jahat. Saya terbaca ada sorang tulis, kisah anak-anak jadi jahat/nakal ni sebab takder kawalan dari emak bapak. Sedih. Saya rasa, kalau tanya emak bapak yang duk dalam penjara kes-kes jenayah tu, sure depa pun tak nak anak depa jadi jahat. Takder sorang emak bapak mau anak dia jadi bohsia, jadi bohjan, menyundal sana sini. Kecik-kecik dah ajar, dah besar salah pilih kawan, jadi tak elok.

Ada kajian saya pernah baca, punca masalah sosial remaja banyak berpunca dari remaja dari keluaga miskin, kalau kat bandar, anak-anak dari flat kos rendah, kalau kat kampung, anak-anak felda la.. Temberang semua tu. Anak-anak VVIP pun saya tengok kat forum-forum kemain keji lagi, siap minum arak, clubbing, tindik pusat, lidah, beromen sana sini, cuma sapa wartawan berani dedahkan kat tv dan media cetak?? Berani ank tulis, anak menteri polan si polan, bercium dengan awek dia artis dot-dot di club sekian-sekian.. dengan gambar anak menteri tu beromen, dan botol arak ditangan?? berani???? nan adooo, tapi realitinya adooooo.

Yang wartawan berani dedahkan anak-anak penghuni flat DBKL, anak-anak felda, dan bersidai tepi-tepi jalan. contoh video klip bohsia dan bohjan beromen tepi jalan kat depan pavilion cchoiiii sangat, tak tau le emak bapak depa tau ke dak anak pompuan dia bercium sakan kat depan pavilion. ampas kelapa sawit betoi la. Anak-anak berpeleseran ni berani la wartawan tulis. Anak-anak VVIP yang berparty liar kat club-club ekslusif, beromen kat hotel-hotel.. makcik felda atau makcik-makcik buat bendang atau menoreh getah tak tau pon.. pasai tka keluar harian metro. keluar kat internet ja. makcik-makcik bandar cam ai je tengok..hiks.

eh tadi cerita pasai apa ek??

oh ok, pasal awek beromen ngan laki orang tepi mayat tu.. entah la. korang je la komen, ai malas tulis lebih-lebih... lebih baik kita sedekah Al-Fatihah pada arwah yang dibunuh.

*pssstt harga getah naik ek?? i suka.. i suka.. i suka...

18 Komen:

Syatilla on 1:25 PM said...

yg baek kte jadikan teladan yg buruk jadikan sempadan.kn kk peanut =)

Kak Lia on 2:01 PM said...

sedeh.....tk tau nk cakap....skang ni pun sy ada masalah ngn perkara mcm ni...psl perangai anak2 gadis skarang....nk tepek kt blog....bior "dia" baca...tapi nanti....kaum kuarge dia terbaca....apa plak kate mereke....kata sy sibuk jg tepi kain derang....

tasekM on 2:31 PM said...

dasar burung tak ada disiplin!


.

Anonymous said...

mmg keji! yg pompan tu apsal la tak guna otak?

makes me wonder why they even bother to get married at Siam in the first place?? they were already getting things done.

-erma-

Hajjah Noraini @Nanie on 2:57 PM said...

Syaitan bertopeng manusia..
sanggup bunuh isteri..
Nauzubillahi min zalik

ayobkelubi on 3:10 PM said...

tu lah

dlm blame game ni mmg selalu yg kena mak bapak kan?. kalau kita baca statement minah tu dia sanggup naik bas dari parit buntar kan?. jadi?. masih nak salahkan mak bapak?

saya sebenarnya lebih cenderung untuk menyalahkan diri sendiri kerana tidak pandai pilih kawan kalau berlaku sesuatu kepada diri saya sendiri.

ManjaIxora on 3:15 PM said...

al-fatihah kpd arwah..

ntahlah x tau nak ckp apa.. ada akai xmo guna.. haish..

AuntieYan on 3:52 PM said...

Salam P-Nut,

Rasa gerammmmmmm betul dengan perangai manusia yang dah tak takut dosa...selamba je buat maksiat....
Mudah-mudahan kita semua di lindungi daripada gejala maksiat sedemikian.

Irfa on 3:57 PM said...

mengucap panjang baca..;-)

ieda on 4:02 PM said...

PEREMPUAN ITU ADALAH SANGAT BODOH DAN LELAKI ITU BUKAN MANUSIA.

Cahaya Aina on 4:08 PM said...

Al-Fatihah untk arwah..dh baca jgk dlm utusan hari ini..emm dunia dh akhir zaman kn k.peanut

NenetPenne (NP) on 4:20 PM said...

ha ah..anak2 orang berada pun ada perangai lagi hampeh kan....

tapi kan dah tau orang tu ada bini apa lagi yang kau nak?? i rasa diri i pun sama tapi sekurang2nya laki orang tu penah jadi laki i...

boleh pulak berkelakuan tak senonoh depan mayat..

pakaian bertutup litup bukan melambangkan keimanan yang ada dalam hati....

eh i pun tak tahu nak cakap apa lagi tapi yang pasti jantan tu memang tak guna

suriani on 4:47 PM said...

sanggup deme ye?
sungguh kesian kuarga si mati!

Hayati on 6:43 PM said...

Cik sapinat. Memang banyak orang dah tak dak maruah la ni.

Pnut on 10:22 PM said...

Syatilla - klik icon like utk komen awak, macam kat FB, eheheh

Lia- erkkk tak berapa faham komen ni, tp purak-purak faham je la..

tasekM-burung mencari sarang beb...

Anon-Erma-ntah nye, sebok nak nikah buat pe, dah 'kawen' pon... gatai betul pompuan tu, nyampah la..

Marina Monroe-tu le auntie kan, skrng ni ramai betul orang jahat.. tak suke betul

ayobkelubi-semua-semua ni kita jadikan pengajaran, tengok siapa kawan anak kita, dan monitor pergerakan mereka.. terpaksalah kita buat camtu..utk kebaikan dia

ManjaIxora-akai depa letak kat tuttttt tu yang jantan tu sempat ajak beromen dulu seround.

Kak Yan-sepah-sepah orang buat maksiat, naik seriau kita

Irfa-nak baca sampai abeh pun tak sampai hati.. keji la pompuan tu

Ieda-ya saya suka kenyataan awak bagi, tp bagi saya dua-dua bodoh.


Lianna Umar-yup dunia akhir zaman, maksiat bersepah.

NP-betul, anak-anak VVIP pun bersepah buat maksiat, dan jahat, tapi media tak dedahkan pon.

umi ameer-tu le, simpati pada keluarga arwah, dan simpati pada keluarga pompuan bodoh tu.

Kak Yati-jenuh la kita kepung anak-anak dara kita esok-esok nooo seriau sungguh la kan??

Tijah on 1:20 AM said...

org skrg dah kurang rasa malu.

Anonymous said...

kenapa tajuk berita tuh bukan...'berzina sebelah mayat' ek...

kakLuna on 4:26 PM said...

halamak..parit buntar pun masuk dalam ini pilem..malunyaaaa

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino