Showing posts with label low calorie diet. Show all posts
Showing posts with label low calorie diet. Show all posts

Friday, April 08, 2011

Diet-makan biskut boleh ke tak????


Sharing is caring...

Dalam majalah rapi bulan ni, ada info menarik mengenai diet.. nah saya kongsinya bersama..

satunya mengenai exercise, bila yang sesuai, so baca ni ek...
*Darling, esok pagi kita pegi briskwalk ke.. ptg pon pegi ek...
(kalau tanya saya siapa best friend saya? jawapan saya, suami saya!! saya sayang dia, sebab dia sokong apa saya usahakan, dan dia pun sama-sama jebakkan diri, yeay!! kita singkirkan keboncitan kanda ye...he is really my soulmate.. kawan tengok wayang, kawan gossip, kawan borak-borak, kawan menangis, kawan ketawa, he is more than a husband... ahahah kembang la pakcik tu kat opis tuuuu)

ok baca..


Kenapa gagal diet??



Jangan keliru
 Kesalahan berdiet.. erkk gua salah susun pic pulok..
 Baca jangan tak baca..


Ok, cube tengok kalori dalam biskut-biskut ni... yang ni rendah kalori, 82 kalori untuk 1 paket dalam tu, 1 paket dalam tu ada 2 keping biskut (sedap..wangi epal hijau, rasa manis pun sedang2 aje) ok beli biskut ni simpan kat opis. lapo kunyah... sepeket je.. jgn tibai 4-5 paket lak. Sumpah sedap!!

Biskut bijan ni pon sedap, dan rendah kalori, dalam tu ada paket kecik-kecik gak, satu paket dua keping gak, satu paket tu 50 kalori sajork..


Kalo yang ni agak berdosa kalo amek.. sebab satu paket kecik dalam tu (2 keping) dah 145 kalori?? huh, boleh makan 6 keping biskut bijan tadi, hampir bersamaan makan 2 keping biskut ni..
Dah faham tak cemana kekadang orang komplen, penat diet, tapi berat tak turun pun, kemudian bagitau tak tahan lapar bile berdiet. huk alooo saper suruh diet dan berlapar. (tak kata orang, saya dulu masa zaman jahilliyah begitu juga) tu biskut oat crunch tu beli zaman jahilliyah la.. cube kira, 2 keping biskut oat crunch tu dah 145 kalori? tak ke sedap lagi makan bihun goreng setengah cawan? atau makan nasi 3-4 sudu? Pastu makan roti bakar 2 keping tak kenyang, tibai sampai 4 keping?? What Pnut??? baik ko makan nasi je... ahahaha.

Oh ya, ada yang bertanya saya, apesal saya tak teruskan atkins? sedangkan atkins boleh buat sampai 6 bulan? ok, saya diet ni dengan pengawasan doktor dan dietician hospital tau.. So saya dah puas 'bertekak' dan berhujah dengan doktor mengenai diet ni. Biasalah mana ada doktor dan dietician suka diet atkins, bagi mereka tak balance diet, dan tak sesuai dengan orang asia. kata doktor untuk long term tak bagus, sebab tinggi protein boleh beri effect pada kidney. Saya siap argue ngan doktor tanya, ada tak kajian buktikan kata-kata doktor? i do my own reading, takder jumpa 'fact' yang betul mengenai kata-kata doktor.. hah ko leh cakap gitu ngan doktor. saya even cakap kat doktor tu, saya dah baca hasil kajian dia Indonesia dan US, hasil kepada 100 responden, yang dijadikan sample kajian diet untuk tempoh 6 bulan, satu group buat atkins sepenuhnya, satu lagi diet low calorie. Hasil kedua-dua menunjukkan group atkins lebih banyak penurunan berat badan, berbanding group satu lagi, dan hasil ujian air kencing, tekanan darah dan kolestrol level group atkins tiada masalah, sama dengan group lagi satu.

Hahaha doktor tu mengalah dia kata, "ada banyak kegagalan sebenarnya, tetapi mungkin ianya tidak dilaporkan" tapi end up saya akur, bila doktor advice saya dari segi kesihatan saya sendiri. Saya ada high bp, yang mana pesakit high bp biasa akan dikaitkan dengan kencing ada protein, dan akan effect kidney, so doktor kata gandingan dua benda ni will be worst for me, buat masa ni mungkin masih ok, tapi setahun lagi, dua tahun lagi?? (hahah doktor wa pun tak dapat buat selama itu lah laling) then satu lagi, masalah saya ialah low potasium, walaupun pil potasium disupply, tetapi doktor kata saya kena makan sumber asli potasium yang boleh didapati dari buah-buahan, terutamanya pisang. pisang adalah dosa besar dalam atkins kerana tinggi karbohidrat. *kawan saya roy, pembaca blog ni, (bkn kak roy wisma tu..ehehe sori kak roy akak terlibat dalam ini pilem pulak, ehehe ada dua roy baca blog ni) kak roy kawan buat atkins dengan saya, dah check up, so far kolestrol ok, tp kencing ada uric acid tinggi. ahaha kak roy pun buat low calorie cam saya dah.

hahaahah, dan dalam atkins, kena byk sgt minum air, ini pun tak bagus, kerana air kenc*ng yang banyak keluar, akan nyahkan potasium dari badan. (erkk potasium ni penting untuk saraf, kalau terlalu kurang, jadi dapat penyakit saraf, Na'uzubillah, tak mau saya, kawan saya yang meninggal baru ni ialah akibat penyakit saraf) so hasil 'bertekak' dengan doktor dan dietician, sampai doktor cakap, saya patient pertama dia berhujah pasal diet dengan sungguh2 ahahaha. so saya decide, buat masa ni, saya selesa dengan low calorie diet. Apa pun saya sokong siapa nak buat atkins untuk tempoh 1-4 minggu, kerana memang anda akan dapat turunkan berat, at least 3-4kg confirm punya kalau buat betul2.

Pastikan tubuh anda cukup sihat nak buat atkins. kalau tak buat je low calorie diet. berat dapat turun, tapi lambat sikit. Cam saya, sepanjang minggu ni turun 1kg je. Menjadikan total saya berjaya turunkan ialah sekitar 11-12kg camtu dalam tempoh 2 bulan ni. (aku confuse sikit, timbang digital, mesti berat lebih dari penimbang jarum biasa tu, katakan penimbang jarum tu tunjuk 67kg, (contoh ni, bukan berat saya la) tapi penimbang digital bacaanya mugkin 65kg, confuse makcik..) sebab kalau ikutkan penimbang jarum tu dah lebih 12kg la acik turun berat.

Ok..ok... jumpa lagi di lain siaran...

Thursday, March 31, 2011

Diet lagi dan lagi...


Ok citer pasai diet lagik.. Ok diet low kalori ek, saya sudah melepasi tempoh atkins iaitu lebih 3 minggu.

Gila pompuan gemuk ni, citer pasai diet tp dia sendiri pon gemuk..
Eh share info la.. kata librarian kan?? sharing is caring ma..
at least, kita dah berjaya diet dan turun lebih 10kg dalam masa 6 minggu lebih. ko ada??? ahahaha ayat keji lagi riak melampau.

Saya dihujani bertanya bertubi kiri kanan depan belakang, cewwaahh korang... bab-bab nak kurus kemain laju bertanya. First kaji dulu keperluan kalori badan kita, dan berapa ribu kalori kita membaham sebelum ini, sehingga tembun macam gajah (saya le tu, tak kata orang lain aaiiih kata diri sendiri) ok, kalau ikut tahap kerakusan dan kegelojohan tabiaat pemakanan saya macam raksasa gorgon, tulis dlm point senang faham kot.

*sebelum berdiet saya adalah memakan sehingga 2000-4000 kalori sehari, makan tanpa rasa berdosa, walaupun sebenarnya tahap kena tobat nasuha dah tu.

*Sooo saya baca e-book Kevin Zahri Lose 5kg in 5 weeks. dalam buku kata kena kurangkan sampai 1,100 kalori kalau nak hilangkan 1kg/week (terima kasih pada Intan, my blog reader yang comei yang share ngan saya e-book ni)

* So in my case, daripada memakan lebih kurang 2,500 kalori sehari, saya kena kurangkan at least, 1,700 kalori sahaja sehari, dan  nyahkah at least 300-500 kalori per day dengan exercise.
*So apa boleh makan 1,700 kalori tu boleh makan apa?? sooo study ye anak-anak.. apa makanan kalori rendah, apa makanan kalori tinggi. Kevin Zahri kata, kena exercise untuk turunkan lebih dari itu.

*So gua buat, turunkan tabiat makanan sehingga 1,500-1,7000 kalori/day then briskwalk petang-petang untuk nyahkan about 300 kalori.

*Saya kekadang ambik kurang dari 1,500 kalori, kalau tolak dengan exercise saya nyahkan pulak 300 kalori dari 1,500 kalori tu. (jangan makan kurang dari 1,300 kalori, dietician kata kurang sehat nanti, tak balance diet)

Nampak cemana diet kita akan berkesan kalau kita buat bebetul? kita kurang makan, tetapi adakah kita kurangkan kalori intake kita?

Ok balik pada yang bertanya pada saya. Ada tu malas baca, terus tanya apa menu saya dari pagi sampai malam. Heeppp pemalas... baca la.. bagi faham baru tak buat silap.. Ada tu cakap dah diet, tak makan nasi, tapi still tak turun berat. Whatt?? how come??? Ok sessi soal siasat pun bermula.... saya suruh dia cer citer apa menu dari pagi sampai malam. huii byk dosa-dosa dibuat dalam erti kata diet dia. ishkkkk.. cemana nak turun berat neh???

Contoh pagi makan roti putih ok meh kita tengok kalori roti putih ek..  tengok list kat bawah ni

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
 
Nampak saya kaler merah tu? roti putih 2 keping 156 kalori, ada orang membaham 4 keping roti, cer kira 4 keping berapa kalori tu? ahahah baik makan nasi je la kalo camtu. salah bebeh.. kalo nak makan, makanlah roti wholemeal atau gardenia breaktru, sebaiknya gardenia breaktru, less kalori, less karbohidrat. lebih kenyang. kalori dan carb dalam gardenia breaktru ada saya post dalam entry atkins itu hari, korek kat tepi kanan ni.

Pastu tengahari saya tanya awek tu, makan apa, katanya makan mee, makan meehon?? erkkk cube tengok berapa kalori mee dan mee hoon tu? adakah berbaloi makan mee dan mee hoon? tak ke makan nasi lagi berbaloi? uhuks... kalau satu setengah cawan nasi 260 kalori, korang boleh makan setengah cawan nasi, dengan lauk ikan dan sayur, baru dalam 300 kalori gitu, bandingkan kalori bihun dan mee tadi???  kalau nak bihun jugak, jgn sampai sepinggan, makan separuh, eheheh tp mahukah mamak tu goreng kat kita separuh? nehi kan?? maka baik makan capati. Makan dua keping capati atau sekeping roti nan lebih berbaloi dari makan mee goreng bebeh. Tapi kalau saya la.. lagi berbaloi makan 2-3 sudu nasi, sayur yang banyak dan seekor ikan atau seketul ayam. 300 lebih kalori, tp kenyangkan berbaloi ye dak??? daripada kita bazirkan makan 2 kepign capati kalorinya 300 lebih, tp kenyangnya tak sampai perut?? ehehe baru kenyang takat tengkok.

Buah-buahan pun ada kalorinya tau... mangga tinggi kalori 100++ bagi sebijii mangga, buah paling rendah kalori tembikai (my peberet) dalam 20 kalori, ada jumpa info kata 50 kalori, tapi masih rendah, kalau makan 3-4 potong pun orait lagik.

Lagi satu diet ni jangan la berlapar, bila lapar korang moody, tak gitu cik Dilla? eehheheeh makanlah... pagi-pagi makanlah sekeping gardenia breaktru, pagi tu awal pagi, pukul 7-8 pagi tu, dan secawan ged guara coffe, atau milo (2 sudu + sedikit susu pekat, atau seketui gula equal) kalori make sure jgn melebih 80kalori. ok la buat alas perut kan.. Kang pukul 10-11 lapar, spare epal ke... biskut kering ka... biskut kering cicah teh o letak seketoi gula equal (low kalori, ada jual kat farmasi) makan 3 keping biskut tawar, baru dalam 100-150 kalori, kalau lapaq lagik, lajak la sampai 4-5 keping. Sat gi tghari makanlah nasi kalau mahu, tp sikit je la, byk amek sayur dan ikan atau ayam.

kita tengok contoh dalam e-book Kevin buat, bagi seorang lelaki yang makan kebiasaannya


Dan inilah yang dia kena cut off untuk target turunkan 1kg dalam satu minggu.

Untuk saya, lebih laju saya dapat turunkan sebab saya cut off sampai 1,300 kalori, dan saya pulak mungkin gemuk terlampau, so yang banyak ialah air dalam badan, so first phase yang turun 10kg tu ialah berat air dalam badan tu. Gamaknya la... baca orang kata lagu tu, dari segi teori tatau le betoi ka dak.. So my next phase, other 10kg tu mungkin agak susah sebab nak pecahkan lelemak dan kurangkan isi-isi...eheh ada kah isi... hiks..

Baca ni, jangan bagi alasan tak der masa exercise.. tengok ni.. yang dah kawen boleh buat hat no.5 kerap-kerap.. ahahha.. yang pompuan hat no.9 tu cool eh...


Nak tau lagi more pasai exercise tu... check website saya bagi semalam.. ada kat bawah.. atau kat tepi kanan tu dah tempek...ishhhkk maleh, nak kasi lagik SINI

nanti citer lagik... gambar terbaru dua belum la... takat turun 10kg, bagi penggemuk cam saya, takder maknanya.. tak luak mana pon. tunggu saya boleh pakai satu baju jubah maxi yang saya yang dulu sendat giler nanti haku posing kat korang...ahahahaha

Tuesday, March 29, 2011

Riadah Pnut and Co.


Hari Ahad petang nan silam kami anak beranak termasuk bibik beriadah kat taman apa tah, kat presint 15, seronoknya duduk Putrajaya ni taman-taman dia banyak, so boleh beriadah. Tahniah pada Tun M (tertulis dalam buku Doctor's in the house) antara plan pembangunan putrajaya ialah bandar dalam taman. Saya sukaaaa.. setiap presint ada pusat rekreasi sendiri, kolam renang, gym, climbing rock, pusat rekreasi air. hahah orang putrajaya sendiri pun tak abeh nak terokai taman-taman di tempat sendiri. Nak tak nak je la kita nak gunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan.

So antara diet saya ialah selepas saya sudah melepasi 10kg pertama, next phase, low kalori diet, untuk nyahkan lagi next target iaitu lagi 10kg. So konsep low calori diet ni sonang jek calori IN calori OUT. Diet rendah kalori lebih mudah berbanding Atkins Diet. Atkins Diet saya buat sebagai target hilangkan 10kg pertama, and i'm done, kalau tak kerana balik kampung seminggu naik 2kg itu hari, saya dah hilang 12kg. tapi seminggu membedal cik lela masak enak-enak, habuannya 2kg naik tanpa rasa bersalah. demm it.

Jadi apa perlu saya buat untuk hilangkan balik 2kg yang kacau tu? 3 hari atkins, turun 1kg, selebihnya saya study low kalori diet, dan saya tau, saya mesti tukar pola pemakanan saya yang dulu iaitu melebih 2000 kalori sehari, kepada at least 1,700 kg sehari, in order untuk hilangkan 1kg satu minggu. Untuk my case, i really count on calori in, minum milo pun timbang kak senah oiii, limit 20g milo (atau dua sudu) dengan seketul gula equal, pengganti gula low calori, bagi memastikan jumlah kalori dalam milo saya minum adalah tidak melebih 90 kalori. 20g milo=82 kalori.

Dan untuk nyahkan 300 calori dengan cara mudah setiap hari saya perlu lakukan ini, riadah yang mudah. So katakan saya makan makanan yang dari pagi sampai petang berjumlah 1500 kalori (antara yang boleh makan dengan jumlah ni, sarapan pagi, 2 sudu oat, milo 20g, biskut, buah-buah, tengahari-nasi 4-5 sudu (tp saya pilih makan sayur dan buah-buah), ptg makan biskut dan buah, so sampai petang actually tak sampai 1500 kalori pun kalau dihitung, so by ptg, saya boleh buat aktviti macam dalam bulatan, in order nak hilangkan 300 calori untuk berat badan sekarang kira kat sini Kira kalori 

Untuk bakar 300 kalori kita boleh buat aktiviti ni... actually semua, tapi yang dalam bulatan tu yang paling mudah la

So kalau saya makan sehari 1,700 kalori saya buang 300 kalori dengan berjalan (briskwalk selama 43 minit) saya nyahkan 300 kalori tu, meaning saya masukkan 1,400 kalori/per day lebih rendah dari sepatutnya dari target, iaitu 1,700 kalori/day. Seronok diet atkins adalah lain, kita boleh makan makanan low carbohidrat sampai kenyang, tak kiralah berapa kalori cuma tak boleh manis, dan buah-buah, dan makanan tinggi kabohidrat. Tetapi, diet rendah kalori, boleh makan/minum semua jenis makanan, cuma bezanya boleh makan sikit, sebab semua makanan ada kalori, rendah-rendah kalori buah-buahan pun serendah 30-80 kalori, so kalau makan 4 jenis buah, potong-potong beli kat kedai tu dah 200 kalori lebih juga.

So untuk diet rendah kalori, exercise is a MUST, jangan ngelat kalau nak turunkan berat, ingat kalori masuk kalori kena keluar. cara nak keluarkan ialah dengan exercise, walaupun sekadar berjalan-jalan keliling perumahan pun, at least kita bakar 100-200 kalori dengan mudah.

So saya paksa pakcik gebu beriadah sekali.. agar dia juga tak berapa gebu, ajak dia berjogging di taman. Jadi kami ke Taman kat Presint 15, lupa pulak apa nama taman ni. Best taman ni sebab hijau, dan amat redup, kalau pi berjogging pukul 5.30 ptg pun boleh, sebab environment dia redup, berbukit, cepat keluar peluh, dapat naik turun bukit 3 kali, dah lebih 200 kalori dibakar. pusing keliling taman, 4-5 kali, cukup dapat 300-400 kalori kita bakar..
redup dan cantik... yang si abang berdiri tu laluan berbukit, memanjang, adalah dalam 500 meter.. penat juga pusing 2 kali..




naik turun tangga pun ok, tapi satu round je, lutut tak berapa power.


Cantik tempat ni.


Sorry guy, no more nugget goreng for kudap-kudapan after riadah, buah betik and tembikai for kalian hero-heroku..
eheheh nanti saya story pasai low kalori diet, apa yang selalu kita buat silap.. next entryyyy ok... banyak benda silap kita buat semasa berdiet, iaitu berlapar!!! salah... diet ialah makan makanan yang betul dengan kauntiti yang betul, bukan berlapar. Sooon ok...

Fasa kedua 10kg to go... Harap boleh...
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino