Wednesday, September 30, 2009

Sakit Kuat? (Sakit beranak la)


Baru masuk keja ini hari
Kerja menimbun, membuak-buak
Sorry la korang-korang hok dok tego kat YM tapi wa lambat reply, fokus pada kerja dulu maaa..
Ni break sat update blog sat nooo, sikit jam lagi mau pegi angkat itu abang balik dari sekolah.

Tu le keja emaknya Najmi, pagi nganto anak pegi sekolah, tengahari kang ambik, cuma nak pegi sekolah agama je tak koser la nak nganto, udah masuknya pukul 2.30ptg kang, jadi budak tu naik van je la, balik pun sama, sebab kekadang omaknya nama je balik keja pukul 4.30,tetapi kekadang ngulor sat, pegi beli itu ini kejap bila balik koje. Jadi tak payah rushing nak ngambik anak balik sekolah agama kang pukul 5.30ptg. Cuma tengahari je kesian lak budak tu kalo naik bas sekolah, sebabnya kelam kabut. Kalo naik bas sekolah dia akan sampai umah paling awal pukul 2ptg, dah takkan ada 12-20 minit dia nak mandi, solat sebelum pegi sekolah agama. Jadi bior le emaknya korbankan masa tengahari dia ngambik anak balik sekolah. Sekurang-kurang ada harinya dia balik pukul 12.55tgh, so dapat dia sampai awal kat umah, kalau hari lain balik 1.25ptg, so idak-idaknya 1.40 dia dah ada kat umah, kalo naik bas sekolah keluar pukul 12.55 pun tetap dia balik sama budak lain, 1.25ptg gak, abeh tu takkan driver nak anto deme dulu ye dak. Itulah rutin harian mak pnut kalau hari sekolah, paling bahagia kalau cuti sekolah, siap leh lena lagi tengahari, nikmat betul.

Sakit Kuat???
Dulu Mat Jan kata, orang sakit kita tak panggil dia sakit kuat, mana ada orang sakit yang kaut ye dak?? tapi kata kak Max a.k.a doktor beranak-beranak masa tu, ada orang sakit yang kuat, iaitu sakit masa nak beranak, kena kuat tenaga nak push 3-4kg budak keluar.

Tadi borak ngan bebudak opis ni, tah cemana keluar topik bab mengandung dan beranak. ooo gini, mulanya ada sorang budak lelaki ni jatuh motor, jadi kenalah jahit sikit kat luka kat kaki dia tu, wahhh dia punya cerita sakit tu usah kabo le.. sakit bebeno le kan.. jadinya ada dua emak kat sini termasuk saya yang udah dua kali kena belah perut keluarkan budak kan, jadi apalah sangat sakit takat kena jahit tak sampai 3 inci tu kan... berbanding ko beranak berinci-inci perut kena belah nak keluarkan 2-3kg budak, mine walaupun yang keluar tu 1kg je, tapi dia belah bsar lagu tu juga, takder nya baby kecik dia belah sikit je, tak der maknanya. dia toreh sama beso gak cam dia nak keluarkan 3-4kg budak. Lepas kitaorg story mori gitu baru budak laki tu cam seriau-seriau sikit. Ada kawan ni lak menambah, kalau beranak normal pun dia punya koyak rabak bukan sikit tau, cube kamu bayangkan kepala budak tu dah beso mana kan.. bayangkan lagi nak lepas kepala bahu budak tu, beso mana koyaknya dan banyak mana pulak jahitnya nanti. Wah terus insaf katanya dok bayang-bayangkan betapa sakitnya sorang ibu melahirkan anak.

Tu le saya selalu kabo kat encik darling saya, saya kata, kalau la orang lelaki yang boleh beranak, ishkk mesti orang-orang size hulk je boleh jadi bidan, boleh jadi doktor sakit puan ni. Sekali dia meraung sakit, silap-silap melekat kat dinding doktor kena terajang. Kalau kita dok kat labour room tu, kita boleh dengar la jeritan nyaring kawan-kawan kita hok sambut Tahun Baru CIna dan Deepavali tu kan... dengar jeritan dan rengekan depa je kita dah tahap tak leh lena tido, walau kita sebenarnya tunggu turn nak masuk operation room je pun.

Cam saya masa nak bersalinkan Najmi, menanti di labour room tu stabilkan tekanan darah bagai, dari jam 8.30 malam sampai pukul 2.30 ptg esoknya, orang yang beranak dah bersilih ganti, saya duk atas katil tu jugak pun. Dengar raungan ni tah dah berapa manusia dah, bebel nurse pun dah leh hafal, tapi tak juga saya diberanakkan. Tapi bila doktor confirm je boleh beranak, (saya nunggu turn sbb tetiba ada kes emegergency lain, diaorang beranakkan orang tu dulu, pastu incubator baby lak abeh) so bila kompem je doktor kata incubator sudah ada, saya akan ditolak ke labour room, terus hati berdebar giler, pegang tangan darling pun tak rasa apa tah, takut sangat. Punya menggigil sampai bergetar katil. Takot.. Tapi masa Alesya, rileks je. cool je, siap leh gurau senda ngan doktor dan pakar bius lagik. Siap leh rasa depa toreh-toreh perut, cuma tak le rasa sakit tu, tapi nampak semuanya, diaorang tarik Alesya keluar, pastu tunjuk kejap, terus bersihkan ala kadar, dengarlah jeritan dia nyaring jugak tak padan kecik dan kemudian terus bawa lari ke NICU.

Masa bersalinkan si abang saya tak sedo hapa, takut, sampai kena bius abeh, sedo-sedo perut dah siap jahit dah. Soalan pertama bila sedar dari kesan bius tu, tanya darling baby Ok? cukup sifat? tangan kaki semua ok? eheheh kelakar pulak.

Jadi encik-encik atau cik-cik yang baca sekelian ni, kalo-kalo le rasa-rasa udah 3-4 hari idak menalipon emak korang kat kampung tu, pegi talipon sekarang, idak le emak kome mintak emas berkoyan-koyan, dia nakkan perhatian dan kasih sayang anak-anak je. Ingat senang ke mengandung dan beranak ni sakit oooo bertarung nyawa kiranya. Saya dua kali masuk ICU masa pregnantkan si abang sebab tekanan darah yang sangat tinggi, doktor takut baby tak cukup oksigen, maka usaha pemulihan perlu dilakukan, duduk saya atas katil idak boleh turun-turun, bosan occay. Masa mengandung lagi dengan sakit urat saraf.. sakit kebas-kebas satu badan, adoii tak leh nak kabo cemana sakitnya. Dua kali saya lalui kesakitan itu semua. Kagum pada diri sendiri.

Moral of the story.. sayangilah ibu anda....

sekian terima kasih.

Tuesday, September 29, 2009

Gambo Lama Yang Sungguh Nostalgia


Awas, entry penuh berlagak...
Di tulis dengan sedikit eksen...
Sila baca dengan meluat...
Kalau tak meluat, memang kalian sangat mulia akhlak
baik budi pekerti dan kompem menantu pojaan mak cik bedah kompang.
(jangan tanya kenapa Mak Cik Bedah Kompang masuk dalam ini pilem??, sekadar penyedap cerita, watak tempelan dalam ini pilem)

Budak sangat rajin iaitu Encik Azmi yang mendakwa diri dia comel, telah menjadi budak yang sangat rajin, kerana scan nak upload pic ke Facebook, dan mengetag kengkawan dalam itu foto, maka saya antara orang yang sangat perasan dirinya cam glemer gitu kan. Ya mengaku direct lagi senang, kang tulis berkias-kias orang tak faham motif kita berkias buat rugi jari jemari menaip menyusun ayat je. Jadi Mie tag mengetag saya kat FB makanya tetiba pulak saya melihat kembali memori silam di tahun 2001 dulu.. gila kentang cube tengok gambar kami yang sangat skema macam cikgu mengajar Tatarakyat atau mengajar Sivik di sekolah rendah gayanya.

Ni gambonya masa first gathering kami pada tahun Jun 2001, Lukman, kamu sekolah tingkatan berapa tahun ni ye???? email pun tak reti guna lagi kan?? ahaks..sungguh berlagaknya.. tapi kami udah nulih blog, udah gather-gather gitu.. Cube tengok gaya cik Cik Easy, gilor..macam pengurus artis nasyid jek.. skema sungguh aiiihhhh...

Ajid muka budak sekolah lagi..kini anak dah dua dah.. Fajar masih remaja lagik..ahaks.. Rudi masih belum kenal Dayah lagik.. Rosh rakan sekolah Ajid..eheheh

Ya Allah, nengok muka laki aii?? belia gile... skema..Lukman dan anak-anak sedaraku yang lain sile gelak ye.. acik pulak, sungguh ayu berbaju kurung.. daun tak tahan, masih tudung labuh beb... CIk Daun baru balik dari UK time ni.. sebok cari kerja..ayu gile ko Daun. Dan Daun dukung Najmi yang baru berusia beberapa bulan.

Ni gambonya kat umah kami, masa ni kami baru setahun jagung kawen, duduk menyewa rumah teres kos rendah di Cheras, kecik giler rumah ni, ye la baru nak mulakan kehidupan berumah tangga, gaya rumah pun cam rumah kongsi jek.. cikai abeh... perabot pun tader lagik time ni.

Semua masih baru-baru kenal masa ni.. memalu lagik, cube skrang bebudak ni datang, jenuh kasi hint-hint menguap tujuh lapan juta kali, tak paham-paham gak nak balik.. kitaorg leh borak dari dapur, ke ruang tamu, patah balik ke dapur semula, dah keluar rumah leh borak lak depan rumah dah masuk keter nak babai-babai pun ambik masa, mesra alam gitu. Zira Kopisuam pun ada ni.. hiks dulu dia guna inspirasi teja.Zira masih kamu ingat???


Dulu nilai ikatan persahabatan yang terjalin antara penulis-penulis jurnal/blog ni sangat kuat, ye la tak ramai pun nulih blog, jadi kitaorang sangat rapat, tak jumpa la ikatan camtu dikalangan blogger sekarang, i dunno, mungkin ada, tapi saya je tak tau. Tapi dulu sungguh bersatu hati, sejiwa je rasanya, nak gather-gather pun senang, tak banyak bunyik. Tapi bila udah makin ramai, kekuatan tu makin kurang lak. Tapi idak le sampai bermusuhan, sekadar kenal-kenal gitu je. Mie kalo ada lagi pic-pic lain sile upload ye. dalam album gambar saya pun banyak pic, cuma malas nak scan, nanti la kalau free saya akan shot balik dan upload semula.

Aquil dan Puan Mahfizani, dimanakah kalian sekarang?? rindu korang tau.. Nett kamu dibumi Serawak sehat kah?? saya rindu kamu... Fajar di bumi Scotland sana moga terus tabah.. wahhh saya rindu kamu.. rindu banget.

Daun ingatkah kamu akak pernah bertanya semasa kamu berada di UK, adakah biskut Almond London kat sana?? kata kamu orang putih pun tak tau wujudnya biskut Almond London nih... orang Malaysia yang cipta...ahaks..

Napang..eh takder lak gambo ngan Napang nanti korek lagi, rasanya ada. Ingat dulu blog Napang masuk majalah Jelita, pastu Sera buat tagline, Kejelitaan adalah hak milik setiap insan, (termasuk Napang) hahahaha... Eh Mat Jan, apa jadi kroni CIk Kiah kamu?? akak ingat setiap story mereka.

Rindu kalian semua.. Bile Mie letak je pic ni kat FB, semua memberikan komen-komen nostalgia, membuatkan kami semua tergelak-gelak... ohhh indahnya..

bile kiter nak geder-geder lagik...sekarang musim H1N1, nak beropen house pun takder mood, si adik udah kurang demam, si abang pulak semalam selsema, udah pegi sekolah, tapi cikgunya telefon suruh ambil bawa balik, hari ni tak ke sekolah lagi la, esok harap dah sihat.

Monday, September 28, 2009

Citer Raya yang sudah basi...


Salam Syawal ye semua...
sibuk bebeno mak pnut anak beranak beraye sampai tak berupdate blog ye dak..
ape bak buat, raya setahun sekali, lenjan beraya la teman..
Masa raya kat kedah memang busy bebeno, al-maklumlah emak saya anak sulung, jadi adik beradik mak bersilih ganti datang beraya, anak-anak sedara lagi..

Nak start cerita lagu mana tah... semua benda nak story ni...

Oklah mula dari balik kampung boleh dak? ehehehe gigih sangat nak juga cerita..

Kitaorang gerak balik kampung hari Khamis petang 17hb tu, gerak dari DPP lebih kurang jam 6.30ptg, macam biasa, dari shah alam nak sampai Damansara jam, so kitaorang buka posa dalam kereta macam itu hari balik kampung masa cuti merdeka tu. Kereta tak banyak, tapi disebabkan hujan, yang kejap lebat, kejap renyai, jadi our driver drive slow-slow je.. pesanan JKJR, pandu cermat jiwa selamat. Berhenti mamam kat Tapah, solat bagai gerak balik SP semula. Dekat sejam lebih kitaorang berhenti kat Tapah. Jadi kitaorg sampai Sungai Petani dekat pukul 1pg gak ler, masuk je pekan SP tu diaaa happening gilos.. Punya happening sampai pening den.

Ni pic malam sebelum raya kami ambil, ni dah dekat pukul 1 pg, punyai ramai umat, walau dah pukul 1pg, berdoyon-doyon, sampai 5 kali kami round cari parking. Saje je kami memeriahkan suasana, kat dataran SP ni le ramai bebudak muda main mercun, depan pak polisi dong..
Photobucket
Syok gak, beramai-ramai meriah sungguh. seronok raya kat Kedah sebab raya mmg meriah. Tak caya tanya cik Puan CIDA yang pertama kali beraya di Kedah, meriah kan raya kat kampung kami, bunyi mercun ni usah kira le wei.. macam di medan perang gayanya. Hiks.. maklumlah negeri kami dekat Siam, jadi stok mercun anytime beb.. siap berlawan-lawan tembak menembak. Eeheheh kat pekan SP, anak muda main mercun depan polis selamba badak betui. Tak caya cube cari jodoh orang Utara, Seberang Prai, Kedah, Perlis, merasa la macam raya kat medan perang, anak dara kecik kami nak tido pun tak leh, asyik berdentum-dentam.

Yeay meh layan gambo kami anak beranak, tema tahun ini ialah ala-ala pink, tapi sebenor kaler tu nak macam peach+pink, kira leh masuk le, acik ingat nak pink je tahun ni tapi awal lagi kena rejek ngan dua hero tu, no pink-pink.. hiks... acik dengan anak dara kecik nak berpink-pink tapi tak dapek le..taper dik, lain tahun kita pink ek..
Photobucket

ni anak dara acik yang ceria beraya, seronok dia baju baru..melaram sat.
Photobucket

ni lak kitaorang pergi beraya ke Merbok, umah kawan ehem-ehem mak su, memang kitaorg suka pegi beraya kat sini, sebab kampung ni best. keliling bendang dan tanah luas, syok beraya.
Photobucket

Ni lak pic anak dara ai bergaun dari Lovely Lace gituk, mahal ke main gaun kat Lovely Lace ni, tapi acik jumpa kat Kiosk kat Tesco Kajang, ada lebih kurang sebijik sejibon gitu reganya RM45 sajork, belum tawar menawar. Tapi taper la hok acik beli ni pun dapat diskaun 50%, rega asal mmg RM99.00, tapi udah less, dapatlah rega lebih kurang RM50 sajork. Ishkkk pandai baju Made in China tu tiru patern Lovely Lace. And baju kat Lovely Lace Baby tu awatnya mehal bebeno..benci betul, udah le gaun nya semua mabeles malatops..tapi reganya buat acik tak jadi beli, kecuali less 50%. And stokin tu je acik pejam mata beli, udah berkenan kannn...
Photobucket

Seronok beraya kali ni, sebab utamanya of course le sebab beraya kat Kedah..hiks.. ye la..sebest mana pun raya umah mertua kita, tetaplah kan seronok raya dengan sanak sedara kita sendiri gak kan.. Jadi udah tentu saya berhak untuk rasa best beraya kat umah emak sendiri.

Udah lama juga saya tak bersolat raya, ye la dulu si abang kecik, pastu tiap kali nak solat raya, memanjang lak saya terlambat bersiap, jadi sudahnya kena tinggal, last year ada baby kecik yang masih breastfeeding mano la acik nak tinggalkan dia, so tahun ni, bibik ada beraya bersama kami, jadi acik dapatlah pegi solat raya.

Abeh je solat raya, acik bersilat kat dapur. Masak mee kari. tensi gue beb, tadi udah lelawo pakai baju raya sekali tuko pakai baju tido semalam bertungkus lumus masak mee kari. Udah tak lawo teman, tak dapat nak feeling ratu di hari raya. Awal-awal tu sudah ada satu group datang beraya, jadi teman nyorok kat dapur je, hagham tak jengah ke depan, naseb le kalo tetamu nak mengeji teman sombong.. abehhhh..takkan dengan baju kelawo teman nak merengih bersalam, mau kena telan ngan laki meks.. tak senonoh di pagi raya. Jadi untuk maintain vouge acik duduk dendiam kat ceruk dapur, beraya dengan senduk, periuk, bawang rempah kari dan aneka rakan-rakan dapur.

Udah selesai bersiap segala juadah, teman pun udah hilang napsu nak beraya ahaks.. rileks-rileks kejap, lepas zohor baru kami gerak pegi beraya pulak, angkut mak sekali sebab kalau tinggalkan emak kat umah, kesian lak tetamu datang kang tader pulak yang nak melayan, kalau tetamu reti bahasa taper la.. dah tinggal orang tua sorang dia reti bawa diri, tolong tuan rumah je oklah, kalau jenis tak reti bahasa, terkial-kial omak acik menghidang sorang-sorang. Jadi kami suruh emak ikut kami beraya gak, mujur emak ok, ikut je, selalu tak mau ikut konon nak tunggu anak-anak sedara atau adik-adik dia mai beraya.

Raya kedua kami ke Penaga, umah arwah tok, beraya dengan emak bapak sedara belah sana, petang tu ke rumah Chegu Bean yang maintain kacak bergaya. Raya ketiga kami plan nak pegi alor setar, tapi tak jadi le pulok.. sebabnya emak pening-pening tak sihat, terbaring je, udah dia puasa enam pulak, adik-adik acik keluar beraya ke mana tah.. jadi takkan nak tinggalkan emak..jadi ampunkan kak pnut cik zaza, tak dapat merasa mee rebus yang maha sedap tu...uhuks... Lagipun Mat Jan, Kak Max sumer tader kat umah. Makanya kami duduk menunggu emak yang tak sihat aje la.. Petang tu bila adik-adik balik baru kami keluar beraya umah kawan saya kejap Cik Mimi, my best fren masa sekolah dulu, punyalah kurus keding minah ni, anak dah 3 tapi kurus keding.

Ayat menyayat hati si abang tanya saya ialah "mama, awat kawan mama kurus? mama tak kurus?" boleh ko senyum riang kalau ditanya soalan begitu. Makan hati beb... bagai tersusuk duri sembilu rasanya... pedih menikam jiwa.. huwaaaa berat acik udah naik, harus juga acik kena pegi gym nii...harussssssssssss.... berapa kali harus tah.. tapi tak pegi lagi ponnn propa je lebey.

Erkkk ok..ok... acik MC dua hari ni, kami anak beranak tak sihat, si kecik demam, demam nak bulih berjalan gamaknya, sekarang ni sudah dua tiga tapak boleh berjalan sendiri, sikit hari lagi, dapat 'kaki' le. si bapak bebudak ni pulak, tah mana silapnya salah urat pinggang cemana tah, sakit pinggang ya amat, udah ke klinik tak juga lega, nak ke tukang urut lak. Jaga orang sakit, sudah tukang jaga pun sakit gak.. Udah le sakit, nak ke klinik pun acik gak kena drive, abeh udah pemandu utama cedera pinggang, jadi kena jugak acik yang drive ke hulu ke hilir, mujur bibik masih sihat, dapat le membantu apa patut...

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raye dari kami...


Ok..ok... kami ni ptg sat lagi nak balik kampung udah...
balik Kedah, beraya kat Kedah, orang kampungku..bendang tengah jadi apa la ni??? baru lepas membajak kah??? baru lepas menanam ka?? adakah padi menghijau??? (mrasalah mak pnut anak beranak bergambo tepi bendang menghijau karang) atau pun semua padi sudah di tuai?? bendang sudah lapang???

Kalau musim nak kerat padi ni merasalah bebudak kampung tangkap ikan haruan, sepat dan puyu, hiks... beriya beno cerita bab kampung, macam la rumah emak saya tu dok tepi bendang.. nan ado katanya..duk rumah taman, betul-betul dokek town SP tu... tak sampai 5 minit keluar rumah dah dok depan jam besaq pekan SP dah..hiks.. tapi kawasan kampung sekitar kawasan perumahan emak teman masih ada sawah bendang untuk diceritakan pada anak-anak, bahawa itulah pokok padi, yang bila di semai kita panggil pokok padi, bila dah proses buang kulit, kita panggil beras, bila kita sudah masak jadi nasi, bila kita masak lagi lama, jadi bubur, kalau kita kisar, jadi tepung.

Eh geng INFO, ingatkah kalian rombongan kelas PRO kita ke library ke utara suatu ketika dahulu?? ingatkah kalian anak-anak bandar org KL, JB tak pernah tengok pokok padi??? hiks... lawak tengok depa kagum tengok pokok padi.. malah siap ajak pak cik bas brerhenti nak posing tengah bendang..kelasssss... aku ingat lagi geng info oiii si Dzuli (wahh skrng dah jadi boss kat Liberi Universiti Pertahanan ko ek) si Dzuli ni pernah cakap kat aku geng wei, dia mintak aku bawak balik rupa pokok padi hehee maksud dia beras yang masih berkulit, nak tengok macam mana..wahh kesian anak kelahiran Ampang ek...

Ok..ok..motif utama ialah nak ucap selama hari raya, tapi biasalah penaja banyak beno kat blog ni, iklan memanjang sebelum nak dapat intro cerita, pertengahan cerita, malah sebelum ending karang pun iklan bersepah, kona sana kona sini kekdahnya..

Okeh tuan-tuan dan puan-puan sekalian, hadiran yang saya muliakan...

Bersempena Hari Raya yang akan menjelang tiba, saya doakan kalian yang nak balik kampung hati-hati di jalan raya, kot le selisih tepi highway ka... meh kita laga-laga pipi sat noooo ehhh laga pipi ngan acik je la... tuuu tuuu pakcik MIor tu sengih-sengih ingat ada anak dara nak laga pipi ngan dia le tuuuu... sorry sikit ek... ehehe acik ckp gini, sebab pak cik ni suka buat lawak sengal sikit, kalau geng-geng blogger teman rapat jiwa raga saya set-set Cik Daun, CIk Madu, CIk Sal ni sokmolah kan suke bertandang ke rumah saya, biasa bila nak balik depa amek turn kiss-kiss muaahhssss-muaahsssss laki aiii pun gedik berambat kata orang perak amek turn gak nak muaahsss-muahhhssss hahahaha laki ai mmg poyo.. tapi dia hanya bergurau begitu dengan bebudak ni yang mempunyai tahap kental dan tahap keji mengeji jurus peringkat lapan sahaja. Kalau dengan orang separa mesra,mau kena baling selipar laki gue. Lagi pun laki ai sebenarya pemalu ouls... ehh sile percaya ye...

ehh ok..ok....kan dah iklan tu... hiks...

ok ulang suara la...

Tuan-tuan para hadiran sekelian, dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf andai kata selama bertahun-tahun saya menulis blog ni ada yang terasa hati, terguris hati dengan kata-kata saya, saya mohon maaf, saya manusia biasa yang sering buat salah dan silap... jadi ampunkan saya...

Ok... pandu berhati-hati di jalan raya nanti, ingatlah orang tersayang.. moga perjalanan kita dirahmati Allah dan dilindungi dari segala musibah. aminnnnn

terimalah kad raya idak seberapa dari acik sekeluarga, maklumlah acik ni tahap bute i.t sikit, jadi mane la nak reti buat lawa-lawa..terimanya seadanya...
Image Hosted by ImageShack.us
By senangingat at 2009-09-16

Wednesday, September 16, 2009

Jangan letak harapan yang tinggi


Photobucket kedekut le...
kejam betul, udah lama teman berkasih dengan dia, alih-alih nak suruh upgrade, pastu kena bayo, kalau nak free boleh, tapi kena beli produk lain, samo gak le... ampeh..taper imageshack masih percuma, jadi kita lenjan dengan imageshack pulok lepas ni...

test..test...
Image Hosted by ImageShack.us

Ini hero kesayangan saya, hari ini hendak story pasal dia, ye la asyik cerita adik je, kang merajuk lak abang.

Saya tak suka upload pic pakai blogger ni sebabnya kena upload gambar tu then kalau kita lupa susunan gambar lepas tu nanti kena cut and paste, atau lepas kita sendiri confuse, dah tu pic yang appears tecit bebeno. Kalau upload pakai image hosting senang sikit boleh pilih pic mana, coding and kita pilih mana pic nak letak dulu atau kemudian.. ehhh panjang cerita pulok.

Kan saya ada mention, sudah dua tahun kami berpuasa tanpa PARAM, (Pasar Ramadhan) tahun lepas dan tahun ni kan..tahun lepas saya bercuti sebulan jaga si adik abru keluar wad, tahun-tahun sebelum ni SEBAB BUDAK NI LER.. Masa tu tahun-tahun mula dia belajar berpuasa, hazab meks occay. Setiap petang saya siap ronda PARAM, beli juadah apa patut, pastu pegi ambik dia kat nurseri, terus beli sebuku roti dan meronda melepak kat tasik kat Masjid Putrajaya bagi ikan makan, sebab nak lekakan dia, balik rumah rumah ngam-ngam lagi 10-15 menet nak berbuka. Penat oooo..

Tapi tahun lepas udah kureng peel dia, dan tahun ni Alhamdulillah, tader peel mengada-ngada dia. Setakat hari ini belum tinggal lagi walau sehari. Harap dapat puasa penuh la. Masa sakit tekak, suruh dia berbuka pun dia tak nak, kuat juga iman budak ni. Alhamdulillah.

Semalam dia dah bawa balik keputusan kertas ujian bulanan dia yang lepas. Ermm lulus semuanya, cuma tak cemerlang. Saya sudah tidak mahu kecewa-kecewa, tak mau pressure-pressure. Rileks-rileks sahaja, masih jauh perjalanan dia. Saya nak sentuh bab harapan dan kekecewaan, saya ada menulis sesuatu di komen di blog Jiey, and saya share kat sini juga. Kejap ye saya copy paste je la.boleh ek... pinjam ye Jiey

"Sebagai ibu, kita jangan terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi buat anak-anak kita, harapan yang mungkin tidak tercapai oleh dia. Kita terlalu berharap, dan bila dia tidak mencapai tahap yang kita harapkan, kita jadi kecewa.

Semasa akak diusia Jiey, dan semasa Najmi diusia Ian, akak berangan bahawa nak jadikan dia bijak, dan mesti akak bangga kalau dia naik pentas terima hadiah cemerlang.

Tapi in fact perkara itu tidak berlaku. Semasa di tadika, 5 dan 6 tahun, (CIC dan Smart Reader) he is doing very well, always score high marks, and made us proud, walaupun sistem tadika dia tak tetapkan angka sebagai pengukur potensi, tetapi kami gembira dengan pencapaian dia. He can read new papers sebelum dia sambut birhtday dia ke 5 tahun.

Jadi dari situ, akak letakkan harapan yang tinggi buat dia. Bila dia masuk darjah satu kami happy sebab dia berjaya dalam ujian kelayakan dan ditempatkan di kelas pertama.

Di sini persaingan sebenar bermula, walaupun mendapat semua A dan markah yang bagus, dia hanya mendapat nombor 22 di exam akhir, dan akhirnya di diturunkan ke kelas ke2, akak kecewa, dan menangis, ujian demi ujian di tahun 2 keputusan makin merosot.

Akak lalui beberapa kekecewaan, sampai satu hari akak disedarkan oleh seorang kakak ni, katanya jangan pressure budak, tidak cemerlang akademik tak semestinya dia gagal dalam hidup. Katanya apalah yang akak harapkan dari dia? akak hendak dia sentiasa mendapat tempat yang bagus? markah yang bagus?? tetapi bial dia tidak berjaya kita jadi kecewa, kenapa kecewa sebab akak terlalu berharap dia jadi terbaik. Padahal kemampuan dia bukan tahap itu.

Akak sedih juga, tapi berpijak di bumi nyata, setiap anak itu ada kelebihan dia, si abang ni walaupun setakat ni akademik dia biasa-biasa saja, tetapi dalam bab agama dia boleh kategori cemerlang, sudah banyak surah2 kecil di hafal, solat cukup, malah amali solat di sekolah agama mendapat markah penuh dan pujian, selalu jadi imam di sekolah agama.

Bacaan Al-Quran lancar, jadi akak bersyukur di situ, sekurang-kurang kalau akak mati nanti dia pandai mengaji dan baca yassin. dan moga ilmu agama dia lebih dalam, mungkin dia yang akan uruskan jenazah akak dan suami nanti. dari mandikan kami, kapankan kami, imamkan solat jenazah, malah menyempurnakan sehingga ke liang lahad, malah dia juga talkinkan kami. Jadi hati jadi bersyukur di situ

Semalam dia pulang membawa kertas ujiannya minggu lepas, oleh kerana akak tidak meletakkan harapan tinggi seperti sebelum ini, akak lebih tenang menerima keputusan dia yang biasa-biasa saja, dia tidak gagal, cuma tidak cemerlang. Malah dia yang menangis kerana mengecewakan akak, tetapi akak cakap ngan dia, memang mama kecewa, tetapi mama tetap bangga sebab abang anak yang baik, jujur, tak pandai bohong mama, kuat berpuasa, sehari pun tak tinggal lagi, abang pandai solat terawih, walau ada kawan sebaya abang, soalt fardu pun belum pasti, tp abang mampu buat terawih

Sesungguhnya doa ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak, Jiey jangan kecewa bila Ian tidak dapat memberikan apa yang Jiey harapkan, tengok potensi lain dalam diri dia, kita akan bangga. Ingat pesan akak, tidak cemerlang akademik tidak semestinya gagal dalam hidup, ramai yang berjaya walau dia gagal SRP"

Saya tak tau orang lain macam mana, tetapi saya tidak boleh terlalu menekankan dai kena selalu menjadi terbaik, takut tidak tercapai olehnya, apa yang saya mampu buat ialah, memberikan yang terbaik buat dia, bimbing dan bantu dia. Apa yang saya tak mampu bantu, saya carikan guru untuk mengajar dia. Saay berterima kasih kepada pembaca blog saya Aan, yang rekomen saya seorang siswa UKM yang boleh menjadi guru tuisyen pada si abang secara personal. And pertemuan perkenalan pertama mereka terus membuahkan hasil kerana si abang selesa belajar bersama, Insya-Allah pembelajaran aakn diteruskan selepas raya.

Saya dah cari tempat lain hendak hantar si abang tuisyen, ye he really need a tuisyen, tetapi dia tak mau, nanges-nanges nak belajar dengan abang Mat dia. So Mat, akak harap sangat Mat jangan kecewakan si abang dan akak sekeluarga ye...

Apa pun saya tau perjalanan dia masih jauh, masih panjang, kata Kak Sya, Aiman dulu pun masa sekolah rendah, result memanjang corot.. tapi sekarang Aiman sudah pun ada kat Rusia ambil Medic, siapa sangka kan??

Ehehehe saya sendiri pun masa sekolah rendah, result saya sangat teruk... betul-betul teruk... sampai sekolah menengah masih teruk, hampir lingkup SPM, eh memang lingkup pun BM failed. jadi masa tu kalau BM failed mana nak pegi, masuk U confirm tak boleh, form six pun tak lepas, saya ambil Julai Paper, sebelum tu saya belajar kat sekolah swasta, dibiayai sepupu saya Kak Mi. Semasa result Julai paper dapat saya cuba minta masuk sekolah kerajaan, dapat juga, terus ambik tingkatan 6 atas, skip 6 rendah, tapi masa tu baru kesedaran belajar timbul, akhirnya saya berjaya juga dalam STPM, dan dengan result itulah saya berjaya masuk UiTM, dan akhirnya dapat juga segulung ijazah. Saya jua tidak cemerlang, malah sangat teruk suatu ketika dulu, jadi tak adil la saya nak kecewa dengan si abang yang mencabar belajar zaman sekarang, dah darjah dua dah kena buat kira-kira darab, dan bahagi.

Kalian bagaimana?? sila beri tunjuk ajar...

p/s Tan Sri Boon Siew Honda tu, kabarnya buta huruf kan??? tapi dia berjaya kan???
ada kawan saya dulu SRP lingkup, tapi amek kursus kemahiran buat perabot, sekarang ada kilang perabot sendiri. (pernah cerita dah dulu)

jadi tak semestinya tak cemerlang dalam pelajaran itu gagal dalam hidup. Cuma pelajaran itu amat penting untuk masa depan dia. Kalau berilmu lagi banyak kejayaan dia boleh kecapi. Insya-Allah...

Tuesday, September 15, 2009

Dalam Suka Ada Duka~ Saya rindukan arwah abah saya


Perasaan ini bercampur baur, walaupun hati saya teruja dan gembira nak balik beraya dengan family di Kedah esok lusa, tetapi ada satu ruang kosong dalam hati yang tak mampu diisi oleh sesiapa atau dengan apa cara, ia tetap kosong. Kosong buat selama-lamanya.

SAYA RINDUKAN ARWAH ABAH SAYA..
Photobucket

Walaupun sejak tahun 2002, arwah abah sakit dan uzur, lepas serangan angin ahmar yang menyebabkan abah lumpuh tidak boleh berjalan dan sedikit sebanyak merubah sikap dan perangai abah dari seorang pendiam kepada seorang yang suka merepek dan bercakap yang bukan-bukan, malah kadang kala ketawa tak tentu pasal. Walaupun keadaan abah begitu, tetapi saya tetap punya abah. Walaupun dia hanya duduk di dalam rumah di tempat tidur sahaja, tetapi dia juga menceriakan dengan lawak-lawak yang dia tak pernah buat semasa dia sihat, semasa sihat arwah seorang yang serius dan sangat pendiam, walaupun dia tidak membantu apa-apa dalam menyiapkan persiapan raya, hanya duduk di tempat perbaringan dia, tapi saya tetap ada abah. Dia tetap ada disitu, tetap ada.

Walaupun abah terlantar begitu, tetapi sekurang-kurangnya saya tetap ada abah, bila sesekali menelefon emak, saya juga ada abah untuk saya bercakap, walaupun kadang-kadang hanya dengar dia ketawa dan mengadu kononnya emak saya sudah 3 hari tak bagi dia makan dan mandi, ya ingatan dia kurang baik, tetapi dia masih boleh bercakap dengan jelas dan saya tau emak saya takkan buat begitu, tetapi peel orang tak sihat macam abah memang menguji kesabaran. Bayangkan kalau dia bercerita pada orang yang sesekali menjengah, pasti orang terfikir, betul ke dia tak makan 3 hari?? kadang-kadang tu bila saya balik, dia baru je selesai makan, pinggan makan pun masih dalam sinki dapur, tetapi bila ditanya, katanya belum makan, emak tak bagi makan. Walau apa pu peel dia, dia tetap ada, dia ada disitu.

Kadang kala saya mengusik dia, patutlah abah kurus kering tak makan rupanya, dia pun membalas, tengok tinggal tulang je ni.. Padahal tubuh dia agak berisi lepas kena stroke tu sebab selera makannya dia amat tinggi, bagi apa saja dia makan, tak tolak. Makanan yang dia tak suka makan dulu pun dia jadi suka nak makan, macam burger, kalau masa sihat, dia tak jamah la burger, KFC semua, tetapi bila dah sakit, semuanya dia makan bersungguh-sungguh. Walaupun permintaan makanan dia kekadang memeningkan kepala, tetapi dia ada untuk minta semua itu. Sekarang dia tiada dah untuk kami layan begitu.Semua itu hanya tinggal kenangan buat kami hari ini.

Abah saya walaupun tidak sihat dan sakit, tapi saya masih ada abah untuk saya belikan baju baru dan kain pelikat baru untuk saya beri pada dia, walaupun emak selalu kata tak payah, abah bukan pi mana pun, baju tahun lepas masih elok, tapi saya tetap belikan juga. Sebab saya tak tau sampai bila saya berpeluang belikan baju baru buat dia, ternyata, tidak lama pun, dan saya puas sekurang-kurangnya saban tahun tetap ada baju baru buat dia, ada duit raya buat abah, walaupun dia bukan boleh pegi kedai, tetapi dia merasa pegang duit gaji saya. Saya juga sempat belikan dia katil untuk berehat semasa hayatnya, dan katil itulah digunakan untuk meletakkan jenazah dia yang sudah kaku tahun lepas.

Abah saya, walaupun sakit dan tidak kemana, tetapi saya masih ada abah untuk saya cium tangan di pagi raya, saya rindukan tangan kasar dan sejuk itu untuk saya salam di pagi raya, tetapi tidak ada peluang begitu lagi. Dan saya amat hargai ketika yang ada suatu masa dahulu. Ketika di mana tangan yang membelai saya masa kecil dulu, tangan yang memberi saya makan, tangan yang bekerja keras menjadi pemotong rumput sewaktu saya baru dilahirkan, tangan yang kemudian berkeja menjadi pemandu lori JKR berpuluh tahun, yang gajinya tidak seberapa menyara kami adik beradik, tangan itu juga yang menolak basikal roda tiga berniaga bihun sup dan laksa setiap petang, menambah duit belanja kami.

Tangan itu juga, saban awal pagi sesubuh pagi sudah pulas handle motor sudah menuju ke surau, bentang sejadah dan bersolat jemaah. Tangan itu juga, pasang minyak tanah pada pelita-pelita yang dipasang keliling rumah menjelang minggu terakhir ramadhan. Tangan abah itulah juga yang menjinjing plastik berisi ayam, daging, dan segala barang yang nak dimasak petang terakhir Ramadhan. Tangan abah itu lah kami salam dan cium di pagi raya.

Tapi tangan itu sudah bersemadi bersama jasad arwah, tiada lagi dapat saya salam dan cium. Tangan itu juga saya sempat cium dan mohon ampun dan maaf buat kali terakhir pada 21 Julai 2008, dan kemudiannya abah telah pergi meinggalkan kami sebaik sahaja azan Zohor kedengaran hari itu. ABAH PERGI SELAMANYA..

Kini yang tinggal cuma kenangan sahaja.. dan waris-waris yang ada. 4 anak dan 7 cucu, itulah waris dia yang ada hari ini, cucu-cucu inilah penghibur duka lara buat emak saya.

Ikutkan hati, saya nak telefon emak, dan menangis bagitau saya rindu arwah abah, tapi tidak mungkin saya buat begitu di kala emak menghitung hari tunggu anak cucu balik rumah dia, dia tengah atur segala neka menu anak menantu dan cucu suka makan, sebok dah belikan stok bunga api buat cucu-cucu dia hati riang menanti anak cucu balik, saya kena kuat, tak mau dia turut sedih.

Al-Fatihah buat arwah abah saya Samsudin B. Haji Hashim.
Kami rindu abah... rindu sangat...

Monday, September 14, 2009

Dapur kami meletop..sian kami...


Uhuhuhuuu acik bersedih duka nestapa, duka lara pilu sengsara...
Sayu syahdu sentap semua ada.. sedih noks.... nah amek semua perkataan ada.

meks dah simpan duit ciput-ciput berbulan nak buat modal beraya...
tapi itulah, kalau dah tertulis tader rezeki.. nak buek camno...
rezeki yang ada berpindah tangan ke tangan apek cina yang tak posa dan beraya tu..
Oh saya redha mungkn ada rezeki lain nanti..

Puncanya ialah di pagi Sabtu ketika saya baru niat baik di hati nak belikan anak-anak sedara saya yang tak berbapa (erkk bapa ada tapi baik sikit dari jembalang, tak guna hidup punya specis, sedangkan duk 'luar' pun tak berguna, apatah lagi beraya 'didalam') erkkk korang tak paham buat-buat paham je la..kalau dah lama baca blog ni tau le kesah 'menantu hantu' emak saya sekor tu. Ok di pagi Sabtu itu hari, berkira-kira saya nak belanja anak-anak malang ni beli sehelai dua baju raya. Baru nak shopping, bibik call bagitau dapur meletops..(saya tgh kukuskan puding karamel, pesan bibik sebelum kelaur rumah, algi 20 minit bibik tutup api dan sejukkan puding tu)

huwaaaaaaaaaaaa ini kali kedua sudah.. oh terbayangkan berapa ratus pulak nak kena keluarkan ni...huwaa sedeyyy..Terus tak jadi beli baju raya, terus balik rumah, darling i tido kejung, dapur meletop dan baca bertaburan pun tak sedo..i call dia suruh pegi dapur tengok apa jadi, huwaaa bile dia confirmkan hod dapur tu dah ajal, saya nak meraung time tu jugak.. (eh hod ke Hob? hod kan..kan... hod dapur masak kan..hob hok sedut bau tu kan??? kan..kan?? kalau saya salah pun pura-pura korang tak faham le, tolonglah jaga hati saya yang sedang duka nestapa ni)
*edit ok kena betulkan ternyata saya salah.. hob utk dapur hod utk sedut, manusia seperti saya mempunya daya confuse yang sangat tinggi.

ni pic yang masa Lukman goreng keropok lekor meletop, itu keropok lekor, meks tak kisah, ini sekalik ngan dapur tu meletop meks sangat kesah occay.
Photobucket
Masa beli dapur ni saya mengambil kira mudah untuk dicuci dapur ni, permukaan dia flat, and mudah di lap plus tader besi-besi yang memudahkan minyak melekat-lekat.. and reganya masa tu kena la ngan bajet, nak kata murah tak murah jugak, sebab RM800 lebey.. plus dengan hod dapur dalam RM1000++ gak le... tak ingat harga sebenarnya berapa. Cina tu pun kata ok, jenama Electrolux jarang org komplen katanya masa tu.. mgkn model baru masa tu, jadi belum berlaku kes. (ada yang murah brand butterfly dan ELBA, tapi cina tu kata, paling banyak komplen dua brand ni berbanding brand lain)

Tapiiiiiiii branded konon.... dah dua kali meletop kaca ni tau.. sebelum ni masih under warranty, jadi dapat tukar percuma, walau kena tunggu sampai dekat 2 bulan. Kali ni saya nekad, tak mau dah tukar kaca atau beli jenis kaca camni.. tahan panas kononnnnn boleh blahhhhh..

Nampak retak seribu bagai hatiku juga..
Photobucket
kejammmmmm...

Terus saya ajak darling pegi survey nak beli yang baru, dalam otak sedih je, buat simpanan yang seciput saya simpan nak buat belanja anak-anak sedara malang beli baju raya, nak belikan emak segala barang dapur dan belanja semua kos-kos beraya, beli ayam, daging bagai, sedih kenangkan duit itu akan bertukar tangan.. sabar..sabar...redha...

Mula pegi usha kat Carefour jek, memang ada murah, dalam 400 lebih, tapi still jenis kaca, saya tobat dah nak pakai jenis kaca, ada brand lain yang jauh lebih murah tapi size hob tu tak sama, sebab lubang kat kitchen kabinet tu dah buat size ngam untuk Eletrolux tu je, maka kami terus menuju ke Sykt Midah kat Kajang nak beli baru. (nama je sykt Midah, tapi tokei dia cino) darling kata tempah je kaca baru, saya dah patah hati, ada berlaku sedikit krisis disitu, sebab darling nak save budget, sedangkan saya tetap nak cerai talak tiga dengan dapur specis kaca gitu. Hati memang hancur luluh berderai macam kaca tu jugak, lagipun nak tunggu juga lepas raya baru dapat, lambat, itu kata dia, yang dulu masa pecah, ambik masa hampir 2 bulan occay baru dapat.

Saya muncung-muncung muka, kata nak jenis bukan kaca, pilihan yang kami ada cuma satu ni je la, yang sesuai dengan lubang yang sedia ada nak letak dapur tu nanti, mula nak ambik yang dua burner je, harganya selepas kawtim ialah RM900, pastu saya tanya tokei tu kalau 3 burner berapa dia leh kasi murah?? harganya RM1,100 kalau tak silap.. pastu dia kata boleh kurang RM1000, huwaaaa mana cokup duit... darling kawtim mintak RM950, plus saya merayu domba minta simpati kat apek tu, kata saya, benda ni takder langsung dalam bajet saya nak beli, saya simpan duit mau balik kampung raya uncle, kasihanla saya uncle. please... agak dia pun simpati, dia kasi la RM950, huwaaa bagi orang tak jenuh duit, saya rasa sayangggg sgt duit nak keluar, saya boleh beli air cond tauuu dengan rega tu.

so inilah hob baru kami, saya tak suka jenis ada besi-besi hitam tu, tak berkenan sebab leceh kena cuci-cuci hok itu.
Photobucket

so ouls... kita hanya merancang, Allah yang menentukan, maka itulah yang terjadi, duit saya sudah selamat masuk akaun tokei kedai tu dah. sempat saya gurau ngan mak su bebudak ni, saya leh terima zakat dak..eehehehe

jadi kalian...moral of the storyyyyy kalau nak beli hob dapur, belilah jenis stainless steel koman-koman pun tak la malatops..cari hok murah pun takper, ada yg murah dalam 400-600 je, hok kaca tu memang lawooo tapi kalo melatop camno??? gue tak percaya dah.. mungkin kalau yang over mahal kot baru kaca dia betul berkualiti, tapi takat set-set elba, butterfly, atau electrolux cam saya walau cina tu kata ok, tak payah percaya ye.. lepas kami dah beli dan pecah 2 kali, sabtu hati tu baru tokei ni bagitau, memang sudah ramai komplen kaca diaorang pecah gak. huhu mungkin masa kami beli dulu, model baru, tak ramai lagi yang beli, jadi tak der kes lagi...

oklah udah la cerita dapur...
meh kita tengok si abang main bunga api..dan adik pulak yang over suka
Photobucket

dan adik pulak over gediks, sampai tak larat mak su pegang
Photobucket

aarrghh saya tak kira, walau ada parent kata dia takkan beli bunga api kat anak-anak (angah kamu le tu..ahaks..) tapi saya tetap nak beli, sebab saya tak mau diaorang terlepas momment indah zaman kanak-kanak main bunga api time raya. Bunga api je, takder mercun, dan kami orang dewasa ada sekali untuk monitor. ALaa kita dedula main sendiri je, tak koser la kan emak nak tengok...Alhamdulillah ok lagik.. yang jadi bahaya bila tak dipantau, mula la depa buat kreativiti sendiri. Tapikan, tengok time raya cina, lagi bapak-bapak mercun yang ada, tapi takder pulak kita baca paper anak cina putus jari main mercun, sebab depa main dengan cara betul, budak kita kreatif, masuk mercun dalam tin la.. masuk dalam buluh la..lempar ke arah kawan la.. anak cina tak main gitu pun agaknya, sebab tu tader kes time raya cina.

Friday, September 11, 2009

Entry tak der pekdah...


Acik sebok ni...
sebok aper..
usha tiket Air Asia nak pegi Sabah bah...
Ada lak tiket tambang murah, penaja juga bersetuju.. ahaks.. jadi acik pun sebok la membuat tempahan. Plan nak gi Sabah ni dah lama, dari sebelum pregnantkan Alesya, asyik tangguh, kali ni harap jadi...

Saja jenjalan anak beranak, tapi lambat lagik..bulan 5 karang nun..sempat acik kumpul duit kan... tiket udah boli.. tunggu kumpul duit buat bayo hotel lak. Kali ni bawa emak lagi jenjalan.. mak kami kan orang susah, tak pernah merasa naik kapal terbang, ni la ada rezeki sikit-sikit nak belanja emak pegi makan angin, nak belanja mak pegi Mekah tabung asyik bocor.. Insya-Allah kalau ada rezeki sampai juga hajat nak bawa emak pegi Mekah nanti..moga-moga semua kami panjang umoq... Sempat penuhkan tabung ayam ni

Jadi orang Sabah.. Kate, sile tunggu kedatangan kami ye.. awak bawak kiter jenjalan ek.. tetiba teringat arwah Nur Khairiah, arwah dul beriya-iya kata kalau saya pegi Sabah, dia orang pertama nak tunggu kat Airport, tader rezeki, Nur meninggal tahun lepas dalam kemalangan jalan raya, cerita kemalangan itu terpapar dalam surat-surat khabar esoknya.. Al-Fatihah buat arwah.
Propa sungguh mak Pnut ni.. keturunan Jakun agaknya, orang pegi Ostolia pun tak kecoh dia baru nak pegi Sabah kecoh macam pegi London. Propa pong pang..pong pang.. biasaklah, tak kecoh bukan sapinat la kekdahnya tak gitu rakan seangkatan ku?? kiza, cik kiah, chik??? kome kenal aku tau le cemana gayanya propa tahap k*ling aku kan..hiks...

Bonus kakitangan sokongan gomen..

Huwaaa sedikit frust kekdahnya bila bonus hanya kakitangan sokongan je merasa, sodih acik tau..sob..sob...sob... kesat hingus leleh sat... kejam sungguh la haiiii. Eh jangan tak tau..kakitangan sokongan ni pun, kalo dah berpuluh tahun keja, dah tahap gaji mati dah.. tak kena gaya gaji depa lagi tinggi dari gaji penolong pegawai tau.. malah ada yang lagiii banyak dari pegawai baru. Jadinyaaaa Yang DiPertua!!! Saya bangkang!!! sepatutnya bonus itu diberikan berdasarkan gaji.. uhuuhu, kalau pun ikut logik kalau ikut gaji pun belum tentu saya layak dapat bonus, tetapi kalau ikutkan bonus diberikan kepada kakitangan yang gajinya kurang 2K, at least ada juga pegawai-pegawai baru, atau penolong pegawai dapat sikit kan... tapi ape nak buat, siapa lah saya kan... Suka la hang pa cik Madu ek... jangan lupe duit raya kat Baby Q lebih sikit, emak baby Q pun nak jugek

Saya ada benda nak cerita, tapi kalau saya dah bercerita, kompem hikayat merong mahawangsa, berjela-jela kekdahnya, jadi tunggu lain masa saya cerita.. (motiff itu pun nak kabo??)

Eh saya kena akui, prestasi kerja saya sejak minggu lepas teruk, macam nak tampor diri sendiri berdas-das... Gila mood nak balik kampung je ada. Pagi-pagi saya siapakan kerja awal-awal, gigih sungguh pagi hari, dah tengahari saya rileks la sikit, dan santai-santai buat kerja.. Ater udah teman koje tempat banyak buku kan, maka segala neka majalah ada kat sini, kejap haku baca majalah Nona, dah abeh Nona tuko lak, amek Jelita, boring Jelita, baca Pa & Ma... ahaks..jang dengki occay...maklumlah majalah pon dok cerita bab raya je.. jadi bukan saya saya, sila salahkan editor majalah tu.. hahahah tak pasal...

Petang ni Mak Su bebudak ni datang umah, udah teman kirim dia belikan bunga api..maka meriah le kami main bunga api malam ni.. yeayyyyy!!! ye saya umat over sile terima hakikat.

aarghhh nak update blog pun tak dak mood... motif nak balik kampung sangat kan.... lalalalaalalalalla yeay...yeayyy balik kampung....

sekian entry tak der pekdah buat hari ini...

suka hati tamat entry macam gampang gitu... boleh la dari tader entry kan... hiks.. tunggu aaa kot sat lagi mood mai nak cerita saya tambah le...

Thursday, September 10, 2009

Kebun Bibik Berbuah hasil..


Dalam isu Malaysia Indon kecoh pasal tarian pendet tu kan..bibik gua menten jer.. hiks, dia mana tau aper..dia ingat sama dia punya kebun belakang umah ni je..hiks.. berkebun merupakan hobi bibik di kala masa lapang.. tapi tak lapang pun member cilok gak pegi siram pokok, belai pokok dia, specially bile time ada ramai kat umah ni, jadi si kecik tu ramailah yang dok melayan, jadi member pun rajin membelai pokok-pokok dia,

tak ingatlah bila last update pokok-pokok dari kebun bibik.. tapi sekarang udah banyak pokok udah di tuai hasilnya dan ditanam semula dengan pokok yang lain. Kalau kalian ingat dulu tembon-tembon kailan bibik kan..sekarang udah tiada lagi.. jadi moh kita nengok ape ada di kebun bibik.

Pokok sawi batang putih tu ouls..
Photobucket
benih sawi ni beli kat mydin je..ku kabo awal-awla supaya idak le korang tanya lagi, kat mana beli ye dak..

Hok ni kalau korang tak pernah tengok, meh saya kabo..inilah pokok kacang tanah.
Photobucket
ni dari kacang tanah itu sendiri acik beli kacang tanah sebab dia nak buah kuah pecal, dia bantai amek sedikit eksperimen tanam kacang tanah, udah tangannya sejuk, menjadi subur lak pokok kacang tanah. Ingat dulu bibik tanam kacang hijau?? Kacang hijau itu sudah selamat masuk perut kami melalui konsep pemakanan bubur kacang.

Tidak dilupakan, pokok ubi kayu, dan pokok ubi keledek, masih mengamalkan konsep penanaman yang sama, iaitu bila ku belikan keledek nak buat pengat ke hapa, pasti dia cukai seketui dua hok kecik pi tanam, menjadi pulak tu, dah merasa kami berkaripap dengan keledek bibik, pengat pun udah..
Photobucket
ubi kayu tu pulak memang udah lama merasa, ubi kayu rebus cicah sambal ikan bilis, ubi rebus kemudian rendam dengan air garam dan bawang putih kemudin digoreng, sedap.. kerepek ubi kayu udah berapa kali entah.. berkali-kali.. ada lagi satu baris pokok ubi kayu bibik tanam lupe lak nak amek picnya

Pucuk ubi pulak, sokmo menjadi masak lemak pucuk ubi, campur ikan bilis sikit. tak pernah beli pun sejak ada pokok ubi ni..asalnya ada dua tiga pokok je, itu pun sumbangan bibik Kak Zah, tapi sekarang membiak-biak..

Hok ni takkan tak kenal kot...jadi tak perlu acik perkenalkan pokok ni kan...
Photobucket

Yang ni pokok-pokok cili, ni benih dari 'kawan' yang bibik kenal masa kat cameron highlands itu hari. Cili padi dia pedas giler beb, kalau buat cili potong nagn kicap tu, pedas seyyy tak sama cili biasa, kalau buat masak lomak cili padi, cukup 3 biji, menyengat pedas dia. Mana punya keturunan cili ntah.

Kat belakang pokok cili itu ialah pokok ulam raja, sangatlah subur pokoknya, teorinya lagi dipetik lagi menjadi-jadi pucuknya, mujur darling ai penggemar ulaman, jadi tak sesia la di tanam
Photobucket

Hok ni pun 'kawan' bibik kenal kat cameron tu kasi dia, bibit jagung. Jagung manis tu.. tak sabau nunggu jagung beso, segar dari ladang gitu, di buat bubur atau buat cekodok, sodapnya.. Ni pic dua minggu lepas, kini jagung ni udah berbuah-buah, dah beso pun, tapi bibik kate nak simpan buat bibit (benih)
Photobucket

Yang pokok-pokok ni asalnya memang saya yang tanam, geram juga sebenarnya, lokasi penanaman pokok ni sebenarnya kat tempat lain, tapi bibik suke suki je alihkan pokok ni dari lokasi asal, mujur tak mati. kecuali pokok kacnag panjang, yang lain semua teman yang nanamnya masa mula pindah.
Photobucket

semua ni tak sabo nak nunggu hasilnya... belimbing buloh tu alahaiii sodapnya kalau buat masak lomak campur belimbing buluh. Nak petik je..dari pokok nanti..best..
Photobucket

Lelain yang tader dalam picture ialah pokok daun selom (daun yang orang utara makan dengan laksa, tatau orang sini panggil daun apa), pokok daun kesum pun berlambak, kira kalau nak buat laksa memang cekau daun kesum dan daun selom dari kebun je, kami tidak beli.

dan ini pic saya ambil dari atas bukit belakang rumah, full view kebun sayur bibik di belakang rumah
Photobucket
Petang-petang kami bentang tikaq, minum ayaq kopi Che Nah kat kebun ni, best, sejuk dan berangin.. projek buat pangkin belum terlaksa lagik..

Dan ini semalam saya petik pucuk ubi kayu buat masak lomak cili api..sodappp
Photobucket

Menu kami semalam
Photobucket
Pucuk paku masak lomak cili api, ikan kembung taucu bersambal (cili dari kebun bibik) dan kerang rebus cicah air asam (also cili-cili padi dari kebun bibik) dan tader dalam gambo, ayam goreng tepung.

Berbaloi-baloi... ye la..kat area umah saya ni kalau nak beli pucuk paku kena tunggu pasar malam baru ada jual, ini udah ada belakang rumah je, petik je segar dari ladang.. kadang-kala rebus buat cicah sambal belacan atau cicah sambal nyiur pun sodap.. dan ubi-ubi tu kini udah membesar, bibik kata nanti dia nak korek, pastu buat kerepek hari raya nanti... wahh bestnya..sedap gak bibik buat kerepek ubi pedas, dah banyak kali korek hasil ubi kayu ni, dan dah banyak kali berkerepek... rangup dan garing sedap...

Wednesday, September 09, 2009

090909 - Alesya now 1 yr 3 mths


Alhamdulillah... Baby kecik kami udah pun berusia 1 tahun 3 bulan, atau bahasa mak-mak moden, 15 bulan. Kehadiran dia amattttt lah menyerikan kehidupan kami anak beranak. Moga dia terus sihat dan membesar dengan baik. Kalau budak lain seusia dia, musti dah berlari keliling rumah, dia ni masih belum lagi, standardlah kan, baby prem. si Abang dulu 1 thn 3 bulan lebih baru berjalan, si adik ni dijangkakan lebih lama, sebab tahap kemanjaan dan tahap berhati-hati takut jatuh dan maintain vouge dia sangatlah overdose. Manja ya amat little girl ni.

Tapi ko..kalo letak dalam walker... wahhh dunia ini Ana yang punyala... abeh segenap pelusuk rumah di jelajah, masuk bilik ada je kain baju dia kutip dari atas katil, dalam lemari, atau tudung mama dia heret bawa keluar. Masuk bilik abang, ada je buku sekolah abang, seluar abang, semua dia nak hangkut. Dah tu kalau kita ambil barang yang dia dok heret tu. amboiii marahnya ke main.

Habit terkini dia, suke beno kalo gelak sampai sepet-sepet mata.. orang kata sengih sampai ke telinga. Bibik pun sayang sangat dengan dia, antara saya dengan bibik, bibik lebih manjakan dia. Malah over dose lak menggayakan anak dara saya, pepagi buta dah tukar pakai baju lain dari baju malam, siap tocang, sepit bagai..ehehehe, vouge gitu.. kata bibik, dia tak der anak pompuan, tumpang jaga Alesya la seronok bagi anak gadis cam Alesya pakai sepitan, diikat rambut, comel eheheh

ni nengok anak dara ni pegi paso malam, vouge sungguh, dengan seluar denim, dengan jacket denim gak, tapi dah panas dia buang, dengan sepit bagai.. paso malam tu..
Photobucket

ikutkan saya bior je pakai baju tido pun tak per.. hiks..tp kata bibik, tak mau pakaikan baju tido, macam anak orang kampung..hahahaha amboi bibik..over dose sungguh. Lagipun baju anak dara kecik memang le banyak, jadi dari terperap je, elok gak bibik rajin dok tukar-tukar baju dia kalau nak ke mana-mana, jadi merasa dia pakai semua baju dia. eheheh ni tambah lagi raya nak sampai, baju baru lagi minah kecik tu..

Ni kat pasar malam, tak mau di dukung, nak orang pegang tangan dia nak berjalan. bila dilepaskan tangan, dia takut nak berdiri sendiri. Phobia sebab dah beberapa kali terlentang, penakut dah lepas tu nak berdiri, trauma gamaknya.
Photobucket

ni gambo pagi tadi..nengok tuko baju.. malam tido baju lain, pagi-pagi sebelum kami keluar pegi keja dan abang pegi sekolah bibik udah tukar uniform adik
Photobucket

dan inilah senyum sampai sepet yang saya maksudkan..indah sungguh senyuman dia di mata hati saya..
Photobucket
tak diam duduknya, nak ambil gambar pun susah, melompat-lompat je dia..

Peel dia ni kekadang bile ada omaknya, kekadang tak mo ngan bibik, so Jiey untuk meneruskan aktiviti harian kita, dengan mendukung baby yang merap ni boleh guna kekdah baby sling ni ek..akak punya baby sling style indon sajork.. tader beli yang ratus-ratus ni.praktikal, mudah dikendong budak ni sambil buat kerja..hatta memasak, malah berblog juga... jadi tiada masalah..ehehehe
Photobucket
Blogger tegar, tetap berblog, walau mengendong anak...

ishkk udah tak sabo nak balik Kedah ni, nak pekena nasi ulam emak dengan sayoq keladi, buboq kanji cik lela.. ishkk gulai nangkak cik lela.. bengkang cik lela...sodapnyyaaaaa....

Tuesday, September 08, 2009

Al-Fatihah buat arwah Pak Long


Kawan-kawan semua... saya mohon sedekah Al-fatihah buat arwah Pak Long . Arwah ialah ayahanda kepada MAT JAN dan KAK MAX. Pak Long meninggal baru sebentar tadi, jam 6.10pm.

Sudah lama saya kenal arwah, dari tahun 2000, bila saya mula baca blog Mat Jan, dan blog dia dulu, arwah juga aktif ni forum bincang.net. mungkin ramai rakan-rakan bincang.net mengenali arwah. Pak Long, seorang warga emas yang sangat hebat dan berkebolehan, antara orang tua yang mula celik I.T tau.Saya kagum, arwah juga banyak ajar saya masa dunia blog dulu semua code kena buat sendiri, arwah ajar macam mana nak save gambar, nak letak gambar kat blog, memacam la.. Pak long juga macam abah saya sendiri, dia pun kalau tau saya bersalin, saya gugur ke apa, terus dia call, tanya kabar.

Dan kalau ada berita gembira macam Kak Max sudah bersalin ke, Mat Jan dapat masuk maktab ke, dia paling awal bagitau saya sebelum kak max atau Mat Jan sendiri yang bagitau. Saya, dan keluarga arwah macam saudara, kalau korang pernah borak dengan arwah, memang seronok, ada saja cerita dia ak cerita, tak bosan...

Mami, moga mami tabah dan kuat, saya doakan mami terus tenang melalui hari-hari tanpa Pak Long, Insya-ALlah nanti raya kami ziarah mami sekeluarga...

saya sedih sangat, teringatkan arwah abah juga... selain pak cik Sabri di Cheras, saya juga anggap arwah macam abah saya.. speechless... :(

Moga Arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Tak der lagi jenaka pak long yang mencuit hati bila kami bertandang ke Jalan Pegawai nanti. :(

Nasi Goreng Daging Merah & Bahasa SMS


Saya geram je nak tulis pasal isu Malaysia Indonesia ni..kes Tarian Pendet, kes gaji pembantu rumah nak naik RM800... tapi saya sabooooo je la... maklumlah saya cari makan di tempat no. 1 dalam menjaga urusan diplomatik ni..kang salah tulis tak pasal kena panggil mengadap... uhuks... sabooo mak pnut saboooooo...

Moh kita cerita bab makan le wei..
Semalam, masa lepas ambil si abang ni balik dari sekolah, masuk je kereta, tetiba dia cakap, "mama, petang nanti kita beli nasi goreng daging merah dekat uniten tu boleh?" (maksud dia food court LOT 10 kat Bangi tu)

Saya cakap, "abang nak nasi goreng daging merah ke?" dia kata nak teringin.

Pastu saya cakap, tak pe la biar mama buat, boleh makan sampai sahur. Dia kata ok, tak kisah la.., baik kan si abang ni tak banyak songeh. Tapi kata dia, nasi goreng tu kena ada jagung, karot petak-petak dan kacang panjang bentuk bulat, (hiks..mix vege le tu), pastu kata dia dalam daging merah kena ada karrot panjang-panjang, ada kobis yang seketul (bunga kobis) dan ada kacang panjang. Wah tinggi imiginasi budak ni, dan tinggi harapan dia terhadap nasi goreng daging merah ni.

Maka balik kerja terus saya singgah Alamanda, pegi Carefour beli barang nak masak nasi goreng daging merah yang diorder si abang tu. Masa saya dok masak tu, berulang kali pakcik ni dok ulang alik ke dapur nengokkan nasi goreng dia, dan pastikan up to the standard yang dia mau. Saya pun suspen juga, kot tak kena pula seperti apa yang diharapkan, eheheh mujur dia dah terliur-liur masa sedang di masak tu. Malah siap request, nanti mama letak dalam pinggan siap-siap macam kat kedai tau. Wah sampai gitu harapan ko ek abang..

Maka lagi 5 minit nak bukak posa, saya pun present gini kat dia..
Photobucket
terus member tak sabo-sabo nak mamam... ehehehe lega hati ini..

Udah berbuka terus member makan dengan begitu berselera, bila tanya dia mana lagi sedap nasi goreng daging merah mama masak ke atau nasi goreng daging merah kat kedai, kata dia sama je sedap.. saya kata, bukan mama punya lagi sedap, member hot.. hiks..kata dia, sama je sedapnya... takkan kita nak cakap tipu, kata mama punya lagi sedap, atau kedai punya lagi sedap, memang sama je sedapnya.. hahahaha lega dapat happykan hati si anak.. dan nasi goreng tu juga, kami makan sampai bersahur. Puas si hero tu makan. bertambah-tambah...

Hari ni dah pening nak masak apa??? adoi la..susah jadi omak-omak ni, asyik fikir nak masak apa..atau petang ni nak tunjuk kuih apa..ehehehe sama je peningnya.

Bahasa SMS bebudak sekarang
Eh korang kan.. acik ni tak suke bebeno bahasa sms bebudak sekarang, tah hapa nak faham pun susah..

NI anak-anak buah teman atau si Mak Su tu kalau nganto msg, pening saya memahaminya..

korang jadi kowang,
kitaorang jadi kitewang
KL jadi Key Ell (idak ke lagi panjang tu???)
Ipoh jadi Eypoh
ok jadi Kay

erkkk byk lagi la contohnya... kalau saya ok lagi masih boleh faham, kalau si darling ai baca, mula berkerut sana sini tak faham..

mn dp dpt idea nk htr sms gt ek? sy dh tua agkny itu sbb x brp fhm bhs mrk. kowang sll x dpt sms cggni dr bbudk? ke mk pk bbudk pn ada gk dok sms gni? sy png nk bc sms dpa, jnuh nk kna cm apa pktn yg dpa nk bgtau, tu sbb kkdg DJ rdio pn slh bc sms pndgr rdio, prnh dl ada dj bc dr=doktor, mcm dia bc jadi MC, mmg pyh nk fhm. mklmlh sy ni gnrasi IC yg kpl ml agka 7, dlm erti kt ln dh tua meks noks..

Amacam boleh tandingi...kalau boleh sila beri komen dalam bahasa sms jugek.. ade berani?????

Eh nak tanya lagi ni..mane ada jual bunga api ek?? hiks.. apelah maknanya beraya takder bunga api kan? tak best langsung, emak kata kat SP mmg banyak ada jual bunga api..kat bazaar Ramadhan bersepah orang jual, huwaaa bestnya.. dah siap pesan kat mak suruh beli..hahahah Dilla betoi ka kat SP banyak bunga api?? Adam tak main bunga api ka??? Dilla kami tau hang pa dendiam baca blog kami nooo...kami pun baca gak blog hang pa..hiks...

Kat Putrajaya ni nan ado katanya..nak mampos ko nak jual bunga api dekat Bazaar Ramadhan presint 2 tu?? berani ko... HQ Kastam depan tu je...kalau ko puak hero tahap dewa sile la jual.. ni kes, anak tader apa, emak yang over dose.. darling ai pun dah terpengaruh ngan bini sengal dia ni, berangan nak beli kampu lip lap sambung kat porch depan pula, baru lawa katanya.. jadi Unit Bertindak?? are u ready for lampu lip phase 2?? sile datang umah minggu ni ye Mior Lukman...


Eh tarikh ini hari ini pada tahun lepas ialah Alesya sudah keluar wad, setelah 90 hari berada di NICU Baca kisah lepas..

Monday, September 07, 2009

Orang Kampung masuk Sunway Piramid,


Ehh semalam kan..nak kabo ni...kisah menarik tau..(Eh..acik ni jenis tak der intro-intro, nak cerita main terjah je..)

Ada la 3 ahli keluarga ini kan, yang terdiri dari bapaknya (Encik X-bukan nama sebenar) emaknya (Puan Y-juga bukan nama sebenar) dan anaknya (Z-of coz bukan nama sebenar gak kan..)

Deme 3 beranak ni menghala ke Sunway Piramid, kesahnya hendak menukarkan baju yang dibeli oleh Puan Y untuk En. X dan Z, beberapa hari nan silam, dek kerana En. X tu terlalu gagah perkasa, maka baju bersize XL tu tak berapa nak selesa dipakai, agak sendat, dan anaknya pulak, dibelinya baju agak terbesar. Maka menujulah meraka bertiga ke Pusat Membeli Belah terkemuka itu. Dedebuk gedebak, selesai urusan menukarkan baju. Deme pun nak balik le, udah pulak En. X sakit perut, makanya menujulah dia dengan si Z berjumpa Dr. Tan (das) anaknya itu mulanya nak memerut juga, tapi tak jadi bile sampai sana, jadi dia menanti dan menemankan apaknya aje.

Keluar dari toilet Encik X dengan confident memulas-mulas kepala paip air di sinki untuk menyuci tangannya yang sunguh gagah perkasa yang menawan hati itu. Pulas demi pulasan air idak juge keluar ye tuan-tuan dan puan-puan, dengan selamba anaknya si Z terus melaserina si apaknya. katanya "Daddy.. (wahh daddy pulak..very the omputih) daddy... paip tu kena tekan, bukan pulas.." ahahah dan si daddy pun tekan lah kepala paip tu, barulah air keluar, dan menambah parah di hati daddynya itu, si Z melaserina sekali lagi "kampung betullah daddy ni, tu pun tak tau," ahhaha maka sentaplah Encik X, hiks..menurut dua beranak itu, semasa kejadian tidak ada umat lain dalam toilet, jadinya idak le Encik X menanggung malu tahap langit.

Hiks.. selesai urusan di bank kecil terkemuka itu, si Z berlari-lari menceritakan kepada Puan Y yang menanti di kerusi rehat di dalam komplek membeli belah itu, dan macam biasa, emaknya si Z tu memang suka gelak dengan sungguh keji, maka di bantai gelak sampai sipi lagi nak kena sawan. hiks.. maka Encik X yang sentap itu menggunakan kuasa vetonya sebagai suami mensound Puan Y "hah!! gelakkan kat suami..ingat api neraka meluap-luap tu," hahahah terus guna taktik menginsafakn isteri kekdah agama. mueheheheheh acik puas..acik puas.... ehh apsal lak tetiba acik yang puas..apa kena mengena acik dalam kesah ni.. opssss silap-silap...silap taip tu...

Puan Y puas hati, sebab selalunya Puan Y yang selalu kena bantai gelak kalau ada aksi bodoh kampung yang dia buat, yang mana Encik X akan gelak tahap hentak-hentak kepala ke dinding dan lawak tu jadi bahan keji bulan seminggu dua, malah sampai bertahun dijadikan bahan kejian untuk mengutuk Puan Y, macam kesah masa depa deting tengok wayang masa berchenta dulu, di mana Puan Y bangun pegi toilet, kemudian kelaur tadi toilet dia salah row dan duduk sebelah apek cina. hahahah malu seh.. Kejadian malang itu dijadikan bahan keji sampai dah beranak pinak tau... lalalalala sukanya hati. opss ape lagi kena mengena kejadian ini dengan saya?? tak der..tak der kena mengena... saje suke-suke je...

Pejam celik..pejam celik udah 17 hari kita puasa ye yong?? Jadi teman pun letak le lagu raya kat sini juga.. Lagu Raihan, Rem, Ajai, dan Now See Heart tu memang favourite teman, tak raya pun acik dengo juga..eheheheh, suka bebeno suara Rem yang serak garau tu.. besh.

Udah 17 hari berpuasa ni masih belum lagi jejak kaki ke Pasar Ramadhan.. wahh hebat.. syabas inspectot sahab.syabbbasss... takat ni kuih muih dan lauk pauk dimasak sendiri, simple-simple pun puas hati, menjimatkan dan memuaskan hati, kerana memenuhi tekak ahli keluarga. Menu yang rajin diulang-ulang kerana mendapat sambutan hangat ialah, Roti John, dan popia goreng. Ko buatlah selang sehari pun deme suke bebeno.. terutama popia goreng, sebumbun penuh pinggan buat pun kompen abeh. Semua orang suka termasuk bibik. Goreng garing dan kemudian sapukan sambal kat popia, dan tabur bawang goreng.. perggghh nyaman.

Biskut raya baru siap sejenis iaitu samprit. Resepi tetap dari Kak Hanieliza..mmg kena dengan tekak, gebus dan sedap sangat. Memang kompen takkan tukar resepi. sedap beb..

Eh tengok aje TAHUN LEPAS PUNYA CERITA situ ada resepi, sile lah buat ye.. Eh entry inilah masuk surat khabar Sinar Harian last year... so tahun ni cik-cik wartawan Sinar Harian tu tak mau coverage lagik?? sile-sile... Dell, kak Sri Diah kat Sinar Harian.. Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya ye.. bila nak buat cover page mak pnut anak beranak beraya?? hiks..gile glemer sungguh aaaiihhh... Eh itu hari kan, ada wartawan satu majalah kawen-kawen ni anto email nak buat cover pasal cupcakes tu..alahai..mintak maaf le.. acik sapinat tanak, sebabnya acik buat cupcakes ni suke-suki je.. Kang kalo masuk majalah kang tak menang tangan lak nak menerima order, tak sanggup acik..kang acik jadi tamak haloba, tak tido malam lak siapkan tempahan. Jadi acik cadangkan teman-teman pembuat cupcakes yang full time baking ni.. Maaf ye cik wartawan.

ok..ok... orang Selangor cuti ekk..darling ai pun cuti..tu dok melengkaq atas katil lagi la tu kat umah, acik udah di opis, si anak pun maleh nak pegi school sebab nengok babah dia cuti, emaknya apa lagi.. lagi malas dah ni..ingat nak balik kampung beraya jek..hiks...

Friday, September 04, 2009

Nostalgia Ramadhan Part 1


Kali ini meh kita imbau nostalgia ramadhan meh...

Kita mula dari zaman kekanak rebena saya dulu ye.
Dulu masa kecik, kecik tu maksudnya dalam darjah 1 @ darjah 2 gitu le..
Zaman dulu tatau naper, kita mungkin kurang kesedaran jugak kot, berbanding anak-anak sekarang, gua dulu manjang je puasa sekerat hari..
Abeh udah selera macam naga, asyik lapo dan dahaga je, merengek usah kira le, kira nasib baik tak kena penampaq dengan emak dan arwah abah je la.. Bila dah tahap merengek macam geseken biola, emak pun naik boring, dan-dan tu dia ambil botol ayaq dari peti ais terus boh dalam gelas, pakse bukak posa la-la tu jugak (la-la tu=masa tu jugak) amek nak sangat bukak posa. togok le ayaq kosong tu sampai kembong.

Tapi bila dah lepas bukak posa, elok dah kembong perut minum ayaq, mula rasa menyesal...hiks..standardlah kan.. Tu sebab nengok bebudak sekarang dari umur 5 tahun dan pandai puasa, bravo kepada kita emak bapak ni, berjaya mendidik anak berpuasa. Syukurlah kita ada kesedaran kan...

Dah tu bila dah beso sikit, sekolah menengah, tingkatan 1-2 gitu. bile posa dah ok la.steady je, tapi jangan silap sikit, mula nak hangin..ye la penat kan.. nak-nak masa tu saya ada adik kecik-kecik, rasa nak telan dan kunyah-kunyah je adik-adik saya tu. Time tu kalau emak suruh pi kedai adoiii rasa nak jalan hentak kaki biar terbelah tanah kot.. hahah punya hangen tak leh nak rileks sikit pun ada je kerja kena buat, udah le penat posa, dah tu sebagai anak sulung, aciiikkk la orang harapan emak.

Masa tingkatan 1-2 ni dah pandai gedik.. malam-malam habaq kat mak pegi terawih, padahal tujuan utama nak nengok ada sorang mamat ni, ingat lagi nama dia Muhammad Jamek, mamat ni sekolah agama belakang masjid tu, satu kelas ngan kawan saya Nora, anak Pak Man depan umah, jadi Nora ni dok adjust-adjust la saya ngan Jamek tu, padahal Jamek tu bukan ensem sangat, tapi terima seadanya sebab acik pun bukan malatops sangat pon kan.. Gedik ke main..main tulis-tulis surat, dalam surat siap boh bedak. bagi wangi-wangi sikit, jadi tujuan pegi terawih tu nak usha mamat ni le..ahhaah poyo je..

Beso lagi sikit, dah tak merenyam, memalam lepas bukak posa duk umah je, paling-paling pun lepak depan tembok depan rumah je, nengok adik-adik main bunga api, sambil anak-anak dara sunti berbual-bual topik remaja..ceee wahhh

Pastu bile masuk ITM le best, segala neka suka duka nostalgia berpuasa jadi kenangan sampai hari ini. Rass, Kie, Jalek, Marlina, aku tak ingat lagi pompuan gedik mana selain kita yang gedik jalan kaki dari Kolej Anggerik ke Jusco Bukit Raja. Bapak punya jauh..bulan-bulan posa hadap sangat nak berjalan.. abehh dah dari kolej tu dok nampak Bukit Raja tu macam dekat je.. jadi gedik le berjalan kaki, padahal jauh sebenonya, nampak dekat tu kalau jalan tu lurus terus sampai ke Bukti Raja tu, masa tu perumahan dan kedai belakang kolej Anggerik tu tak wujud lagi, lalu la kami ikut laluan tepi highway tu. Sampai Jusco macam nak histeria, penat nak mampos... sampai sana terjumpa bebudak lelaki yang dengan berlagak sungguh aiiih depa naik motor pegi sana, depa punya sengih macam kambeng gelakkan kami berjalan kaki sampai naik semput.Hahah jadinya kebetulan tak dirancang malam tu kami bukak posa beramai-ramai dengan bebudak lelaki, Kiza ko ada tak dalam kejadian itu?

Pastu ada lagi satu nostalgia puasa di kolej Anggerik yang sangat tidak boleh dilupakan, salah seorang roomate saya masa tu nama Ina, kira junior la, dia masuk bilik saya bila saya dah tahap sangat senior, tinggal satu or dua sem je lagi nak abeh, Ina ni boleh tahan juga kaki tido nye. So satu hari saya dan geng gedik saya nak pegi bukak posa kat seksyen 2, jadinya hari tu idak le teman berbuka posa dengan ahli bilik yang lain, memasing buat hal memasing le, sorang lagi adik bilik tu Fiza, pi makan ngan geng dia kat mana tah. Si Ina ni lak kirim saya belikan mee rebus.. acik oklah la.. setelah berpoya-poya dengan rakan-rakan sebaya, lebih kurang pukul 9 malam kot kami pun balik kolej. saya tengok si Ina tido siap dengan telekung, so saya anggap normal la..dia memang gitu, biasa lepas maghrib tu dia lelap kejap dan nanti bangun lagi solat Isya dan terus study atau buat assignment.

Tapi saya kejut juga Ina, bagitau dia saya dah balik, dan mee rebus dia ada atas meja, Ina mamai, celik mata kejap dan bagitau ok.. pastu tido balik. saya pun blah terus naik bilik partner in crime, iaitu bilik perbincangan jenayah iaitu bilik 205 kalau tak silap ye dak Cik Kiah bilik mike 205 kan? Bilik hang Rass 206 kan? Acik hilang ingatan sat. biasalah dah masuk bilik jenayah tu lupe diri la..terus feeling bilik sendiri katanya kan.. makan minum, tido baring bagai sampai udah dekat pukul 12, acik and the gang turun tapau lauk utk sahur lak.. udah tapau lauk bagai..apa lagi..acara makan-makan secara berjemaah la kan.. udah selesai gedebuk gedebak gossip, mengumpat, keji mengeji bagai, acik siap sedia nak tido standard la duk hostel sahur jam 1-2 pagi kan.. balik bilik tengok minah Ina ni masih dok dalam telekung dan tido... aikk biar betui dia ni.. dalam hati dok fikir nak kejut ke dak..

Last-last kejutkan jugak lah kot-kot dia terbabas ke hapa..sekalikkk ko ambik... gelabah cam naga minah ni..rupa-rupanya member tido sejak dari asar tadi weiii.. ambekkk dari asar, masuk maghrib.. sampai Isya, sikit jam lagi je nak subuh, kawan tu dok posa lagi.. hahahaha bangun-bangun tu terus kebulur sangat la dia, macam serigala jumpa mangsa, mujur mee rebus tak basi lagi, huhuhu, mujur juga dewan makan belum tutup lagik, jadi dia pun turun pegi ambik nasi pulak..alahaiii ciannya..rasa bersalah juga tak kejutkan dia sungguh tadi, dan tanya dia dah makan ke belum..

Hiks..tu le kenangan posa saya dengan sorang budak bilik saya.. nak gelak ada, kesian pun ada.. ehehehe.

Bile saya dah masuk sem 5, saya lagi gedik kan.. maklumlah masa tu udah ada boipren.. hehehe boipren tu bapak bebudak ni le..hiks.. masa tu bermakna le juga..sebab bosan bukak posa ngan kengkawan, i keluar deting you..hiks..tak ingat lah first time bukak posa bersama kat mana.. tapi rasanya tak lain tak bukan kat area CM (Central Market) je..itu dah memang Taj Mahal kami tu.. hahaha

Oklah nanti-nanti kita sambung lagi nostalgia puasa ye..nantikan sambungan nya nostalgia puasa semasa saya hamilkan Najmi, dan nostalgia lain-lain lagi... saboooo takkan lari gunung dikejo...

eh nak tanya sat ni..hang pa tolong la habaq nooo si abang ni nak beno kasut yang beroda tu... yang macam saiful apek suka pakai tu...acik nak belikan roller blade je tak nak pulak dia, nak kasut raya ada roda..adoii mana nak cari, acik dah tawaf Alamanda nan ado...sapa ada nampak tang mana ada jual, tolong habaq sat naaaaa tolonggggg kesian si abang, puasa tak tinggal lagi, ni kira nak upah dia la.. dia idak le kata nak itu sebagai hadiah puasa, tapi sayalah nak bagi juga..tolong noooo siapa tak mau tolong kentut dia busuk...ahahhaah aci dak???

Thursday, September 03, 2009

Baby Q mandi air sarsi!!!


Semalam Baby Q sudah mandi setengah jug air sarsi. Pantas dan cekap sungguh anak itu, anak sapalah tu.. sedang bibik cuci pinggan mangkuk, baru lepas berbuka babah dia dok mamam, saya baru je sampai ke tempat kejadian selepas baru keluar bilik air, tup-tup dengan pantas dia capai jug air atas meja makan dan tumpah ke atas badan dia. Wahh dia boleh senyum suka pulak, sejuk gamaknya.. Pastu dengan pantas dia capai pulak pinggan yang mengalas air sarsi tadi, tup jatuh berderai..mujur tak hempap kepala dia, masa ni baru dia nanges terkejut. Semuanya pantas berlaku, tak samapi seminit kot. Jenuh bibik mengelap lantai dan saya dan darling mengutip kaca.

Adoiii saya pulak trauma, kot yang dia tarik tu air panas ke..adoii Nauzubillah.. jangan terkena lagi. Dia ni agak tinggi, bila dok dalam walker, dia ke hulu ke hilir, dan boleh capai barang atas meja, petang semalam tu dia amek ubi sengkuang, beso ko.. mujur tak hempap kepala dia. Lepas ni kena over hati-hati dah, tak leh terleka. Ok tamat cerita Baby Q.

Kat opis saya ni sejuk bebeno... Nak kata macam duk eskimo idak le..propa lebih pulak.. macam le pernah duduk eskimo kan?? tapi sejuk le kekdahnya.. sejuk sehingga kena pakai stokin, pakai baju sejuk, dan pakai penutup hidung tu, konon nak elak H1N1 le kan, padahal nak cover sejuk masuk lobang idung. Gile weii sejuk ooo sikit hari lagi kami ni pakat-pakat nak beli sarung tangan macam polis trafik tu pakai di office, ada sesapa laki dia keja polis trafik, mai derma barang seketui dua.

Nengok acik pakai stokin berjari-jari gituk.. sile jangan percaya kaki saya gemuk, tu sebenarnya stokin tu yang tebal, jadi kaki saya nampak macam donut yang terlebih yis. hahaha tak boleh terima hakikat, kaki gemuk gitu...
Photobucket
Kamu nampak itu stokin??? ermm jap nak riak...
Stokin tu dari Jepun tau... erkk alamak, tak ingat siapa nama pemberi stokin ni..ya Ampun..Lini ke Tini ke dah lupe..huwaaaa mengots pnut ni.. Pemberi stokin ni belajar kek Jepun tau, dia pembaca blog ini, pastu dari Jepun dia order cupcakes, sampai Malaysia, transit kat KLIA nak terbang balik ke Ganung, disamping saya menghantar cupcakes kepada pemberi stokin ini, saya juga dapat ole-ole dari Jepang.. iaitu 5 set stokin ni. Udah lama rasanya 2 tahun lepas kot, masa tu saya masih duk Presint 9 lagi. Berguna bebeno stokin ini, berpantang berstokin ini, 2 tggl kat opis, 3 ada kat umah, guna dua, satu masih elok belum guna.

Terima kasih kepada pemberi stokin, tapi ampunkan hamba kerana terlupa siapa nama anda, sunggup bengap memori akak dik, jadi ko maaf-maafkan orang specis akak di muka bumi ini. Apa pun jasamu ku kenang kerana stokin ni berupaya menghilang sejuk di kaki di office ni, maka dengan berkurang kadar kesejukan, maka kurang juga sessi saya berulang alik berjumpa Dr. Tan (das). Amek ko cerita stokin je sampai 2 perenggan. Mana blog ni tak jadi hikayat. Naseblah. Eh tapikan..agak-agak la kan..kalau saya tanam stoberi kat opis ni hidup tak pokok tu?? bilik saya ni kira betuah, sebab corner lot, jadi cahaya matahari ada memancar dari luar tingkap, jadi kalau saya beli benih stoberi, pastu tanam dalam pasu, agak-agak hidup dak?? hiks..

Oklah ni nak story kisah kejadian yang berlaku pada Jumaat lepas. Kan acik ada job advertorial nak kena attend yang Nuffnang punya tu kan.. petang tu deme call suruh sampai tempat kejadian (tu dia tempat kejadian, macam lokasi jenayah je) ok orang Nuffnang kabo suruh teman sampai ke tempat kejadian jam 11 pagi, jadi 9.30 pagi saya nak gerak keluar rumah, tup-tup perkara negatif berlaku. Negatif la sangat kan.. Keter tak bleh start.. Alahai malam semalam tu sejuk bebeno, hujan sampai pagi, adakah bateri kamu merajuk wahai Mr. Grey??? Call darling, daling suruh panggil encik mekanik je, bila encik mekanik sampai, dia check kompem bateri udah kong. Wahai Toyolta, kamu beri kami bateri cap ayam kah??? keter kami baru usianya nak masuk 9 bulan, apekah perlu bateri itu kong?? ermm tak per la..mujur juga dia kong pepagi tu, sebab petang tu kan ke kami nak balik kampung, buatnya dia kong tengah highway, tak haru.

tu hah nengok abang mekanik tengah tuko bateri tu.Photobucket
Darling suruh boh bateri kering hok tak pakai ayo.. ater teman bukan reti, teman suruh dia cakap sendiri dengan encik mekanik tu. Uhuhuh acik ni bab keter memang zero, angin keter dah kempis pun acik lenjang bawa, dah tu bila tokei beso bawa Mr. Grey mula dia bebel, tayar angin takder pun tak reti ke.. eh tapikan... masa nak bukak bonet depan keter tu, acik dah terrer...hahaha dulu masa Mr. Wira, boleh acik cari kek mano nak bukak bonet tu, tak jumpa..malu sehhhh. Tapi mujur pada hari kejadian, saya call awek Nuffnang tu nak kabo saya sampai lambat sikit, tapi dia kabo time tu delay, boleh dtg pukul 1pm, makanya lepas tuko bateri acik balik rumah dulu le.

Photobucket
tu korang nampak pic kat atas tu?? Ek ellllehhh kasi minah kurus keremping tu jadi model losyen kurangkan lemak, minah tu macam le banyak lemak pun, pregnant pun cekeding gak pun.. Dah tu konon mujarab sebab boleh kurangkan lemak 1 inci... Ape kahhhh?? cube kalau berani bak sini losyen ke acik.. bak le kalo berani?? acik nak cube nengok berapa inci lemak tepu di badan acik boleh luak?? Hah!! tak berani kompeni tu.. ahhaha macam la depa baca ni.. ye la.. kalau pun gue tak celebriti, cube kompeni ni kasi kat adibah noor ke, afdlin shauki ke?? kita nengok berkesan ke idak, takat bagi kat minah Syahirah ni, tak yah le, dia mmg semulajadi kurus dah pon..

Huk alooo sama gak le depa dok boh artis-artis jadi duta produk pelangsingan badan depa, letak piz Amy Mastura masa pregnant, Ziana Zain dan Wardina time pregnant.. alaa standardlah time pregnant mmg berisi, dah tu kurus le balik..tak caya tanya Daun..kan Daun kan??? Cube kalo berani pi la taja Adibah Nor, Shanie tu.. hah tak berani ponnn hiks.. even Mek Salam Pantai Timor tu pun tak der yang menaja masa dia gumuk, udah kurus ramai pulak berminat, hapa la.. Eh shanie kan dah buat pembedahan laparoscopic tu kan?? udah kurus ke dia?? mesti malatops macam chef zam tu nanti. Bile acik nak kayo..nak buat jugak la.. ehhehehe..

Darling, bile kita menang peraduan apa-apa ni, kota dapat sejuta boleh ai pegi menguruskan badan kan..kan..kan...

Wednesday, September 02, 2009

Lampu Lip Lap raya teman udah dipasang


Psssttt...
meh teman nak kabo...
umah teman udah pasang lampu lip lap..
umah mike bile lagi???

Hehehehe akhirnya lampu lip lap saya terpasang juga... bangga nihhhhh... setelah diumpan dengan hidangan makanan yang enak untuk berbuka puasa, dua anak sedara teman iaitu Lukman dan Syazwan yang kacak, tampan, gagah, itu, telah baik hati, menerima arahan memasang lampu lip lap dengan sungguh mulia budi pekertinya umpama laksamana bentan. (erkk ayat macam takder kaitan je pun kan..)

Tu...tuuu tengok tu... budak berdua yang kurus keremping macam kerepek pisang tu sedang berusaha gigih memasang lampu lip lap. Ni kalo kena tahan polis dalam roadblock sah-sah kena urine test ni, abeh udah keremping macam doktor cucuk lengan je.. kan, tu le teman kabo, deme ni membela hantu raye gamaknya, makan nasi bertambah-tambah, tapi ituler, macam kerepek pisang je kurusnya. Tinggi sungguh kadar metabolisme badan depa ni.
Photobucket
Elleehh lukman memalu kambeng nak diambil gambo letak kat blog... Weiii mana tau makcik-makcik baca blog ni berkenan nak buat menantu weiii, terima kasih le anak-anak sedara teman ye.. tanpa kalian tak meriah raya saya tahun ini. Ye la weiii udah 9 tahun teman kawen.. ni le baru first time pasang lampu lip lap wei.. dulu duk kuarters memang hajat tu ada, tapi nak nunggu laki teman susah payah pasang?? kirim salam ler weiii. Bak kata teman le.. lagi 3-4 kalu raya pun belum tentu tergantung..

Tahun lepas, sebok ada baby kecik, jadi sikit kureng beri perhatian pada lampu lip lap.. tapi tahun ni acik tak kasi channnn terus angkut itu lampu kasi pasang. Tak kira nak juga lampu lip lap.. Bukan apa, teringat masa kecik-kecik dulu, asal raya musti ada lampu lip lap, tak boleh tidak. Masa zaman lagi kecik, lagi best, ada lampu yang guna plastik transparent kaler-kaler tu, kuning, merah, biru.. ada bentuk bintang, bentuk bulan.. syokkk ooo.. Kalau sapa pernah tengok telemovie Mamat Khalid, tajuk Hari Raya Abdullah Rafiee, mesti suka bernostalgia, gila Mamat Khalid tu manage dapat props zaman tok kadok..tu le teman kagum ngan pengarah nan satu tu..props diaaa wallaaweiiii malatops... kalau ada anugerah props dan costume terbaik untuk pilem, saya sah-sah nak dia menang.

Masa telemovie Mat Noor Khusairi, nengok ke kemeriahan kenduri kawen di kampung, dengan hantaran balut plastik kaler-kaler tu, dengan pelamin berlampu lip lap.. dengan ada pastu bunga lilit kertas kaler-kaler, dengan pokok pam ada depan pelamin..wahh very up to the standard kenduri kampung dolu-dolu.. Siap ada jag air yang tin tu.. gile kentang, mane mamat ni pi korek reta zaman tok kadok tu..Gue caya sama lu mamat. Errkkk apekah kaitan Mamat Khalid dalam cerita lampu lip lap teman??? entah, motif tak diketahui. Ermm anggap itu iklan selingan.

Ok balik kesah lampu lip lap..
Bila udah malam, teman semangat giler, bukak je posa, terus bebudak ni pasang lampu lip lap..ape lagi..bergambo le deme..
Photobucket
Ade rope duk umah kampung dolu-dolu?? Jadilah kan... tunggu nanti teman pegi beli pelita-pelita pulak.. wahh syok ni, memalam lepas terawih boleh lepak baring kat Anjong Kaseh ni..

Kekadang kitaorg buat wayang pacak kat sini,
Photobucket
lepak-lepak sampai pukul 2 pagi layan filem, maklumlah Lukman kan pembekal filem-filem download terhebat, jadi kitaorg layan filem kat sini le..syok sejuk je, sambil makan keropok dengan air teh atau kopi.. kelas kan..kat kampung orang duduk anjung ata serambi baca surat khabar atau majalah, kat bandar, tengok movie guna laptop.. atau berinternet wahh mudahnya dengan ICT-Iklan MSC.

meriah le raya teman dengan kewujudan lampu lip lap itu...
Photobucket

Sikit hari lagi langsir raya yang teman tempah kat kedai Azizah Hias Bangi tu siap pulak, raya sakan makcik... ye la udah 2 tahun idak berganti langsir, nak ganti cemana, udah ada pun satu set tu je... kalao bukak bogel pulak tingkap teman, idak berlangsir...

Raya kome cemana?? ade meriah cam raya teman... bior tak meriah, janji amalan puasa kita meriah, banyak pahala nak kutip ni, bukan kire nak raya je makcik pnut oiiiii. Hiks.. saper kata dah tua raya tak seronok??? kannnn?????

Tuesday, September 01, 2009

Baby Q bercerita - Cuti Merdeka Adik


Hai semua.. Ni adik ni, mama penat, jadi adik pulak bercerita la, boleh ek..
Hari Jumaat lepas tu kan.. babah ajak kitaorg semua balik kampung, adik sukalah.. ye la.. adik boring la, sejak H1N1 ni, adik asyik kena tinggal kat umah je..paling-paling keluar pun kena bermalam kat hospital hari tu semalam. Mama dan babah kata, sekarang tak boleh bawa adik jalan-jalan.. Kalau mama pegi mana pun adik kena duduk ngan bibik. Mama dan babah tu sayang adik, tu sebab mama tak nak dedahkan adik pada bahaya penyakit H1N1 tu, jadi bila babah cakap nak balik kampung, adik suke la. Boleh jumpa tok, opah, nenek, Ucu dan baby ucu, Anis.

Oklah Adik nak balik kampung ni..excited ni.. adik janji, adik duk elok-elok je.. adik balik kampung dulu ek...
Photobucket
Comelkan adik..adik senyum khas buat semua yang baca ni..muaahsss dari adik.. Masa nak gerak balik tu, adik tengok jam dalam kereta masa tu pukul 6.20 petang.

Oh ya turut serta dalam perjalanan balik kampung kami ialah Abang Lukman dan Abang Syazwan, adik suka diaorang dua orang ni sebab diaorg suka layan adik main-main. Dalam kereta adik duk elok je, walau adik tak sleep, tapi adik main-main ngan bibik dan abang-abang adik. Jammed tau jalan dari Shah Alam nak ke Damansara tu, jadi diaorang semua bukak puasa dalam kereta, bibik dah siap gorengkan karipap yang mama buat, pastu goreng nugget, jadi dalam kereta diaorang makan tu je la.

Tapi masa sampai Rawang, babah berhenti, solat dan kemudian orang dewasa semua mamam nasi lemak yang mama dengan bibik masak. Nampak sedap je diaorang makan, tapi adik ni tak selera la.adik dah nak balik kampung. Mama bawa bekal ni sebab mama malas nak bersesak kat tempat makan kat R&R, mama kata mama nak kurang dedahkan adik pada orang ramai. Lagi pun mama kata masak sendiri bersih dan selamat, ye la kita tak tau yang tukang masak kat luar tu demam ke, selsema ke..kang boleh jangkit.entah adik tak tau sangat, itu mama le kata, ye mama ingat adik tak tau, tapi mama dok pesan-pesan kat abang adik curi-curi dengar je..

tengok..sedap kan diaorang makan ramai-ramai gitu. Adik ok, adik tak notti pun, cuma adik tak sengaja, adik golekkan telur rebus jatuh tergolek ke bawah, jadi mama kata dah kotor, kena buang telur tu.. ermm adik rasa bersalah, tapi tak pe, adik ada lesen besar, tak kena marah, sebab adik masih baby, cube kalau abang yang jatuhkan, adik kompem sure mama bebelkan abang punya.

Adik tengok atas meja tu ada macam-macam adik geram je nak capai semua-semua, buat main. Masa bibik makan, mama pegang tangan adik, mama main ngan adik, jadi adik leka, tapi masa bibik pegang adik ambik kesempatan dapat juga capai telur rebus sebiji yang nasibnya akhirnya jatuh ke tanah dan tempatnya kemudian dalam tong sampah, kesian telur rebus tu, adik minta maaf.
Photobucket

Lepas makan kitaorg gerak, terus sampai Ipoh, hantar abang Lukman balik rumah Ayah Ngah, Mak Nyah dah takder, mama kata arwah mak Nyah cantik, baik sangat, dan pandai masak, tapi adik tak sempat jumpa arwah, tapi adik percaya cakap mama, sebab mama kalau puji orang mesti dia suka orang itu. Mama kata Abang Wan pun dah tak der emak, mama kata dia sendiri pun tak sempat kenal arwah emak abang Wan sebab emak abang Wan meninggal sebelum mama dan babah kawin.

Oooo patutlah mama sayang dengan semua anak-anak arwah mak Nyah dan arwah Wan Ma, sebab diaorang anak yatim, adik sealu dengar mama cakap kat abang kenapa mama baik dengan semua anak-anak arwah kakak-kakak babah tu, mama kata kalau nanti mama dah meninggal, boleh lah adik dan abang tumpang kasih sayang emak-emak sedara lain, macam mama buat kat anak-anak arwah ni semua. Ermmm adik doakan mama panjang umur, moga mama boleh bagi kasih sayang buat ramai orang.

Lepas hantar Abang Lukman, pastu kitaorang gerak balik Sauk, Sampai Sauk dekat pukul 11 malam rasanya entah adik dah confuse, sebab sampai je adik tido, masuk umah adik terus terjaga sebab Tok dengan Pah cium-cium adik, pastu adik play kejap, then terus tido la..penat..

Tak caya nengok adik tido.. terbongkang adik tido..penat.
Photobucket

Esok tu adik bangun lewat, jadi mama pun dapat tido lama sikit lepas sahur dan lepas solat subuh. Jam 9 baru kitaorang bangun, pastu mama ajak babah pegi pasar sebab nak beli barang nak masak. Macam biasa, adik kena duduk dengan bibik, bibik bawa adik round tengok keliling rumah tok, ada pokok durian, manggis, langsat, petai.. rambutan banyak tengah berbuah, dan merah sangat. Bila mama dan babah balik pasar, Ucu dah pun sampai ngan baby Anis, alaa mula-mula tu adik cemburu sangat, bila bibik ambil Anis, pastu babah pun dukung anis..kiss-kiss lagi. Adik pukul-pukul babah, adik cemburu sangat. Tapi kejap je, lepas adik play-play dengan Anis, adik suka la kat dia, kitaorang jadi friend, tak caya tengok ni
Photobucket

Dua hari adik kat kampung, sedap je nengok diaorang berbuka puasa, mama masakkan keow teow kung fu kesukaan semua tu, then hari ke dua mama masak mee kuah dan buat nasi tomato. Adik suka tengok tok dengan pah makan banyak, abang-abang adik macam Abang Wan, Abang Aizat, memang makan selera je. Mama heran nengok depa makan banyak tapi tak gemuk-gemuk, cekeding ramping je, mama kata bela hantu raya apa depa ni.. hiks.. tak baik tau mama ni dengki orang makan banyak tapi tak gumuk.

Tapi tader pic la.. mama tak ambik, mama sibuk masak je, tak sempat amik gambar. ADik kecik lagi, nanti adik besar, adik tolong mama ambik gambar.

ok..ok.. Hari Isnin pagi-pagi lepas solat subuh, kami gerak balik KL, adik mengantuk sangat. pagi-pagi dah kena kejut, mama kata kat bibik tak payah mandikan adik, lap-lap je udah, pasut pakai losyen, pakai minyak rambut baby, wangilah adik. semua orang kiss-kiss adik cakap adik wangi.

Kitaorang gerak balik dalam pukul 6.30 agaknya kot, pastu singgah kat R&R Simpang Pulai, ambik abang Lukman, pasut terus gerak balik KL, adik tido jap dalam keter, tapi dekat nak sampai KL adik terjaga, adik tak nak duduk dalam car seat adik, adik boring dah..mula adik merengek mintak bibik angkat, jadi babah suruh mama dukung adik kat depan. Adik suka duk depan nampak kereta kat depan adik, pastu adik boleh borak-borak ngan babah, ermm tapi kan mama ni biasalah, dia suka ambik gambar adik, walaupun tak mandi pagi, tapi adik menten comel..tak caya, ni bahan bukti.. adik menten kan???
Photobucket

Kitaorang sampai rumah pukul 9.30 pagi.. adik dah segar, terus masuk walker adik, rindu tau..2 hari tak duduk dalam walker, jadi adik jelajah satu rumah dengan walker adik. syoknya... tapi petang tu semua orang terbongkang tido, termasuk adik..ye la..kitaorang penat tau.. Mama kata nanti raya nak balik kampung Kedah pula...bestnya jumpa Mak Tok, Tok Ngah, Tok Su.. tak sabarnya nak beraya, baju raya adik dah banyak mama beli..

Ok semua.. Selamat Berpuasa adik ucapkan... terima kasih kerana baca blog mama dan mengikuti kisah adik.. dari adik kecil besar tapak tangan babah, sampai adik dah besar ni. Dari adik kena bernafas dengan bantuan oksigen, sampai adik pandai bernafas sendiri sekarang. Terima kasih doakan adik masa adik berjuang untuk hidup itu hari.. ADik tak tau macam mana nak balas jasa semua yang tak putus kirimkan doa buat adik.. ADik doakan semua yang berdoa pada adik murah rezeki dan panjang umur...
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino