Photobucket kedekut le...
kejam betul, udah lama teman berkasih dengan dia, alih-alih nak suruh upgrade, pastu kena bayo, kalau nak free boleh, tapi kena beli produk lain, samo gak le... ampeh..taper imageshack masih percuma, jadi kita lenjan dengan imageshack pulok lepas ni...
test..test...
Ini hero kesayangan saya, hari ini hendak story pasal dia, ye la asyik cerita adik je, kang merajuk lak abang.
Saya tak suka upload pic pakai blogger ni sebabnya kena upload gambar tu then kalau kita lupa susunan gambar lepas tu nanti kena cut and paste, atau lepas kita sendiri confuse, dah tu pic yang appears tecit bebeno. Kalau upload pakai image hosting senang sikit boleh pilih pic mana, coding and kita pilih mana pic nak letak dulu atau kemudian.. ehhh panjang cerita pulok.
Kan saya ada mention, sudah dua tahun kami berpuasa tanpa PARAM, (Pasar Ramadhan) tahun lepas dan tahun ni kan..tahun lepas saya bercuti sebulan jaga si adik abru keluar wad, tahun-tahun sebelum ni SEBAB BUDAK NI LER.. Masa tu tahun-tahun mula dia belajar berpuasa, hazab meks occay. Setiap petang saya siap ronda PARAM, beli juadah apa patut, pastu pegi ambik dia kat nurseri, terus beli sebuku roti dan meronda melepak kat tasik kat Masjid Putrajaya bagi ikan makan, sebab nak lekakan dia, balik rumah rumah ngam-ngam lagi 10-15 menet nak berbuka. Penat oooo..
Tapi tahun lepas udah kureng peel dia, dan tahun ni Alhamdulillah, tader peel mengada-ngada dia. Setakat hari ini belum tinggal lagi walau sehari. Harap dapat puasa penuh la. Masa sakit tekak, suruh dia berbuka pun dia tak nak, kuat juga iman budak ni. Alhamdulillah.
Semalam dia dah bawa balik keputusan kertas ujian bulanan dia yang lepas. Ermm lulus semuanya, cuma tak cemerlang. Saya sudah tidak mahu kecewa-kecewa, tak mau pressure-pressure. Rileks-rileks sahaja, masih jauh perjalanan dia. Saya nak sentuh bab harapan dan kekecewaan, saya ada menulis sesuatu di komen di blog Jiey, and saya share kat sini juga. Kejap ye saya copy paste je la.boleh ek... pinjam ye Jiey
"Sebagai ibu, kita jangan terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi buat anak-anak kita, harapan yang mungkin tidak tercapai oleh dia. Kita terlalu berharap, dan bila dia tidak mencapai tahap yang kita harapkan, kita jadi kecewa.
Semasa akak diusia Jiey, dan semasa Najmi diusia Ian, akak berangan bahawa nak jadikan dia bijak, dan mesti akak bangga kalau dia naik pentas terima hadiah cemerlang.
Tapi in fact perkara itu tidak berlaku. Semasa di tadika, 5 dan 6 tahun, (CIC dan Smart Reader) he is doing very well, always score high marks, and made us proud, walaupun sistem tadika dia tak tetapkan angka sebagai pengukur potensi, tetapi kami gembira dengan pencapaian dia. He can read new papers sebelum dia sambut birhtday dia ke 5 tahun.
Jadi dari situ, akak letakkan harapan yang tinggi buat dia. Bila dia masuk darjah satu kami happy sebab dia berjaya dalam ujian kelayakan dan ditempatkan di kelas pertama.
Di sini persaingan sebenar bermula, walaupun mendapat semua A dan markah yang bagus, dia hanya mendapat nombor 22 di exam akhir, dan akhirnya di diturunkan ke kelas ke2, akak kecewa, dan menangis, ujian demi ujian di tahun 2 keputusan makin merosot.
Akak lalui beberapa kekecewaan, sampai satu hari akak disedarkan oleh seorang kakak ni, katanya jangan pressure budak, tidak cemerlang akademik tak semestinya dia gagal dalam hidup. Katanya apalah yang akak harapkan dari dia? akak hendak dia sentiasa mendapat tempat yang bagus? markah yang bagus?? tetapi bial dia tidak berjaya kita jadi kecewa, kenapa kecewa sebab akak terlalu berharap dia jadi terbaik. Padahal kemampuan dia bukan tahap itu.
Akak sedih juga, tapi berpijak di bumi nyata, setiap anak itu ada kelebihan dia, si abang ni walaupun setakat ni akademik dia biasa-biasa saja, tetapi dalam bab agama dia boleh kategori cemerlang, sudah banyak surah2 kecil di hafal, solat cukup, malah amali solat di sekolah agama mendapat markah penuh dan pujian, selalu jadi imam di sekolah agama.
Bacaan Al-Quran lancar, jadi akak bersyukur di situ, sekurang-kurang kalau akak mati nanti dia pandai mengaji dan baca yassin. dan moga ilmu agama dia lebih dalam, mungkin dia yang akan uruskan jenazah akak dan suami nanti. dari mandikan kami, kapankan kami, imamkan solat jenazah, malah menyempurnakan sehingga ke liang lahad, malah dia juga talkinkan kami. Jadi hati jadi bersyukur di situ
Semalam dia pulang membawa kertas ujiannya minggu lepas, oleh kerana akak tidak meletakkan harapan tinggi seperti sebelum ini, akak lebih tenang menerima keputusan dia yang biasa-biasa saja, dia tidak gagal, cuma tidak cemerlang. Malah dia yang menangis kerana mengecewakan akak, tetapi akak cakap ngan dia, memang mama kecewa, tetapi mama tetap bangga sebab abang anak yang baik, jujur, tak pandai bohong mama, kuat berpuasa, sehari pun tak tinggal lagi, abang pandai solat terawih, walau ada kawan sebaya abang, soalt fardu pun belum pasti, tp abang mampu buat terawih

Sesungguhnya doa ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak, Jiey jangan kecewa bila Ian tidak dapat memberikan apa yang Jiey harapkan, tengok potensi lain dalam diri dia, kita akan bangga. Ingat pesan akak, tidak cemerlang akademik tidak semestinya gagal dalam hidup, ramai yang berjaya walau dia gagal SRP"
Saya tak tau orang lain macam mana, tetapi saya tidak boleh terlalu menekankan dai kena selalu menjadi terbaik, takut tidak tercapai olehnya, apa yang saya mampu buat ialah, memberikan yang terbaik buat dia, bimbing dan bantu dia. Apa yang saya tak mampu bantu, saya carikan guru untuk mengajar dia. Saay berterima kasih kepada pembaca blog saya Aan, yang rekomen saya seorang siswa UKM yang boleh menjadi guru tuisyen pada si abang secara personal. And pertemuan perkenalan pertama mereka terus membuahkan hasil kerana si abang selesa belajar bersama, Insya-Allah pembelajaran aakn diteruskan selepas raya.
Saya dah cari tempat lain hendak hantar si abang tuisyen, ye he really need a tuisyen, tetapi dia tak mau, nanges-nanges nak belajar dengan abang Mat dia. So Mat, akak harap sangat Mat jangan kecewakan si abang dan akak sekeluarga ye...
Apa pun saya tau perjalanan dia masih jauh, masih panjang, kata Kak Sya, Aiman dulu pun masa sekolah rendah, result memanjang corot.. tapi sekarang Aiman sudah pun ada kat Rusia ambil Medic, siapa sangka kan??
Ehehehe saya sendiri pun masa sekolah rendah, result saya sangat teruk... betul-betul teruk... sampai sekolah menengah masih teruk, hampir lingkup SPM, eh memang lingkup pun BM failed. jadi masa tu kalau BM failed mana nak pegi, masuk U confirm tak boleh, form six pun tak lepas, saya ambil Julai Paper, sebelum tu saya belajar kat sekolah swasta, dibiayai sepupu saya Kak Mi. Semasa result Julai paper dapat saya cuba minta masuk sekolah kerajaan, dapat juga, terus ambik tingkatan 6 atas, skip 6 rendah, tapi masa tu baru kesedaran belajar timbul, akhirnya saya berjaya juga dalam STPM, dan dengan result itulah saya berjaya masuk UiTM, dan akhirnya dapat juga segulung ijazah. Saya jua tidak cemerlang, malah sangat teruk suatu ketika dulu, jadi tak adil la saya nak kecewa dengan si abang yang mencabar belajar zaman sekarang, dah darjah dua dah kena buat kira-kira darab, dan bahagi.
Kalian bagaimana?? sila beri tunjuk ajar...
p/s Tan Sri Boon Siew Honda tu, kabarnya buta huruf kan??? tapi dia berjaya kan???
ada kawan saya dulu SRP lingkup, tapi amek kursus kemahiran buat perabot, sekarang ada kilang perabot sendiri. (pernah cerita dah dulu)
jadi tak semestinya tak cemerlang dalam pelajaran itu gagal dalam hidup. Cuma pelajaran itu amat penting untuk masa depan dia. Kalau berilmu lagi banyak kejayaan dia boleh kecapi. Insya-Allah...