Tuesday, September 01, 2009

Baby Q bercerita - Cuti Merdeka Adik


Hai semua.. Ni adik ni, mama penat, jadi adik pulak bercerita la, boleh ek..
Hari Jumaat lepas tu kan.. babah ajak kitaorg semua balik kampung, adik sukalah.. ye la.. adik boring la, sejak H1N1 ni, adik asyik kena tinggal kat umah je..paling-paling keluar pun kena bermalam kat hospital hari tu semalam. Mama dan babah kata, sekarang tak boleh bawa adik jalan-jalan.. Kalau mama pegi mana pun adik kena duduk ngan bibik. Mama dan babah tu sayang adik, tu sebab mama tak nak dedahkan adik pada bahaya penyakit H1N1 tu, jadi bila babah cakap nak balik kampung, adik suke la. Boleh jumpa tok, opah, nenek, Ucu dan baby ucu, Anis.

Oklah Adik nak balik kampung ni..excited ni.. adik janji, adik duk elok-elok je.. adik balik kampung dulu ek...
Photobucket
Comelkan adik..adik senyum khas buat semua yang baca ni..muaahsss dari adik.. Masa nak gerak balik tu, adik tengok jam dalam kereta masa tu pukul 6.20 petang.

Oh ya turut serta dalam perjalanan balik kampung kami ialah Abang Lukman dan Abang Syazwan, adik suka diaorang dua orang ni sebab diaorg suka layan adik main-main. Dalam kereta adik duk elok je, walau adik tak sleep, tapi adik main-main ngan bibik dan abang-abang adik. Jammed tau jalan dari Shah Alam nak ke Damansara tu, jadi diaorang semua bukak puasa dalam kereta, bibik dah siap gorengkan karipap yang mama buat, pastu goreng nugget, jadi dalam kereta diaorang makan tu je la.

Tapi masa sampai Rawang, babah berhenti, solat dan kemudian orang dewasa semua mamam nasi lemak yang mama dengan bibik masak. Nampak sedap je diaorang makan, tapi adik ni tak selera la.adik dah nak balik kampung. Mama bawa bekal ni sebab mama malas nak bersesak kat tempat makan kat R&R, mama kata mama nak kurang dedahkan adik pada orang ramai. Lagi pun mama kata masak sendiri bersih dan selamat, ye la kita tak tau yang tukang masak kat luar tu demam ke, selsema ke..kang boleh jangkit.entah adik tak tau sangat, itu mama le kata, ye mama ingat adik tak tau, tapi mama dok pesan-pesan kat abang adik curi-curi dengar je..

tengok..sedap kan diaorang makan ramai-ramai gitu. Adik ok, adik tak notti pun, cuma adik tak sengaja, adik golekkan telur rebus jatuh tergolek ke bawah, jadi mama kata dah kotor, kena buang telur tu.. ermm adik rasa bersalah, tapi tak pe, adik ada lesen besar, tak kena marah, sebab adik masih baby, cube kalau abang yang jatuhkan, adik kompem sure mama bebelkan abang punya.

Adik tengok atas meja tu ada macam-macam adik geram je nak capai semua-semua, buat main. Masa bibik makan, mama pegang tangan adik, mama main ngan adik, jadi adik leka, tapi masa bibik pegang adik ambik kesempatan dapat juga capai telur rebus sebiji yang nasibnya akhirnya jatuh ke tanah dan tempatnya kemudian dalam tong sampah, kesian telur rebus tu, adik minta maaf.
Photobucket

Lepas makan kitaorg gerak, terus sampai Ipoh, hantar abang Lukman balik rumah Ayah Ngah, Mak Nyah dah takder, mama kata arwah mak Nyah cantik, baik sangat, dan pandai masak, tapi adik tak sempat jumpa arwah, tapi adik percaya cakap mama, sebab mama kalau puji orang mesti dia suka orang itu. Mama kata Abang Wan pun dah tak der emak, mama kata dia sendiri pun tak sempat kenal arwah emak abang Wan sebab emak abang Wan meninggal sebelum mama dan babah kawin.

Oooo patutlah mama sayang dengan semua anak-anak arwah mak Nyah dan arwah Wan Ma, sebab diaorang anak yatim, adik sealu dengar mama cakap kat abang kenapa mama baik dengan semua anak-anak arwah kakak-kakak babah tu, mama kata kalau nanti mama dah meninggal, boleh lah adik dan abang tumpang kasih sayang emak-emak sedara lain, macam mama buat kat anak-anak arwah ni semua. Ermmm adik doakan mama panjang umur, moga mama boleh bagi kasih sayang buat ramai orang.

Lepas hantar Abang Lukman, pastu kitaorang gerak balik Sauk, Sampai Sauk dekat pukul 11 malam rasanya entah adik dah confuse, sebab sampai je adik tido, masuk umah adik terus terjaga sebab Tok dengan Pah cium-cium adik, pastu adik play kejap, then terus tido la..penat..

Tak caya nengok adik tido.. terbongkang adik tido..penat.
Photobucket

Esok tu adik bangun lewat, jadi mama pun dapat tido lama sikit lepas sahur dan lepas solat subuh. Jam 9 baru kitaorang bangun, pastu mama ajak babah pegi pasar sebab nak beli barang nak masak. Macam biasa, adik kena duduk dengan bibik, bibik bawa adik round tengok keliling rumah tok, ada pokok durian, manggis, langsat, petai.. rambutan banyak tengah berbuah, dan merah sangat. Bila mama dan babah balik pasar, Ucu dah pun sampai ngan baby Anis, alaa mula-mula tu adik cemburu sangat, bila bibik ambil Anis, pastu babah pun dukung anis..kiss-kiss lagi. Adik pukul-pukul babah, adik cemburu sangat. Tapi kejap je, lepas adik play-play dengan Anis, adik suka la kat dia, kitaorang jadi friend, tak caya tengok ni
Photobucket

Dua hari adik kat kampung, sedap je nengok diaorang berbuka puasa, mama masakkan keow teow kung fu kesukaan semua tu, then hari ke dua mama masak mee kuah dan buat nasi tomato. Adik suka tengok tok dengan pah makan banyak, abang-abang adik macam Abang Wan, Abang Aizat, memang makan selera je. Mama heran nengok depa makan banyak tapi tak gemuk-gemuk, cekeding ramping je, mama kata bela hantu raya apa depa ni.. hiks.. tak baik tau mama ni dengki orang makan banyak tapi tak gumuk.

Tapi tader pic la.. mama tak ambik, mama sibuk masak je, tak sempat amik gambar. ADik kecik lagi, nanti adik besar, adik tolong mama ambik gambar.

ok..ok.. Hari Isnin pagi-pagi lepas solat subuh, kami gerak balik KL, adik mengantuk sangat. pagi-pagi dah kena kejut, mama kata kat bibik tak payah mandikan adik, lap-lap je udah, pasut pakai losyen, pakai minyak rambut baby, wangilah adik. semua orang kiss-kiss adik cakap adik wangi.

Kitaorang gerak balik dalam pukul 6.30 agaknya kot, pastu singgah kat R&R Simpang Pulai, ambik abang Lukman, pasut terus gerak balik KL, adik tido jap dalam keter, tapi dekat nak sampai KL adik terjaga, adik tak nak duduk dalam car seat adik, adik boring dah..mula adik merengek mintak bibik angkat, jadi babah suruh mama dukung adik kat depan. Adik suka duk depan nampak kereta kat depan adik, pastu adik boleh borak-borak ngan babah, ermm tapi kan mama ni biasalah, dia suka ambik gambar adik, walaupun tak mandi pagi, tapi adik menten comel..tak caya, ni bahan bukti.. adik menten kan???
Photobucket

Kitaorang sampai rumah pukul 9.30 pagi.. adik dah segar, terus masuk walker adik, rindu tau..2 hari tak duduk dalam walker, jadi adik jelajah satu rumah dengan walker adik. syoknya... tapi petang tu semua orang terbongkang tido, termasuk adik..ye la..kitaorang penat tau.. Mama kata nanti raya nak balik kampung Kedah pula...bestnya jumpa Mak Tok, Tok Ngah, Tok Su.. tak sabarnya nak beraya, baju raya adik dah banyak mama beli..

Ok semua.. Selamat Berpuasa adik ucapkan... terima kasih kerana baca blog mama dan mengikuti kisah adik.. dari adik kecil besar tapak tangan babah, sampai adik dah besar ni. Dari adik kena bernafas dengan bantuan oksigen, sampai adik pandai bernafas sendiri sekarang. Terima kasih doakan adik masa adik berjuang untuk hidup itu hari.. ADik tak tau macam mana nak balas jasa semua yang tak putus kirimkan doa buat adik.. ADik doakan semua yang berdoa pada adik murah rezeki dan panjang umur...
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino