Hari Selasa tu, masa amik dia dari sekolah, cikgu dia cakap dia puasa. Tapi dia cakap, dia nak beli air cincau, dan ais krim. Berpuluh kali kot, aku suruh dia janji beli jer sekarang, tapi tak nak buka lagi, bukak puasa sama-sama babah dan mama. Dia angguk-angguk, tapi aku risau jugak. But syukurlah lepas masuk keter, dia belum merengek nak berbuka. Aku layankan je peel dia, aku cakap kita pegi jalan-jalan ye..dia kata ok, so aku amik tindakan bijak, aku balik rumah dulu, simpan juadah berbuka yang dah beli kat pasar ramadhan, dan ais krim dia, bahaya biar dalam kereta, kang ada jugak berbuka nanti.
Lepas simpan semua benda dalam rumah, dia cakap dia nak pergi tengok RUMAH so aku bawak le pegi tengok rumah. Wah rumah dah pun siap, dah siap pasang tingkap semua-semua, dan berkunci, mungkin dah pasang toilet bowl, semua kot, so diaoarg kunci. jenguk-jenguk kejap then dia cakap nak pergi tasik, meround lah kami sekitar Putrajaya, nak Pusat Rekreasi Air, tapi dah tutup pulak, peh tu dia cakap dia nak pi tengok ikan, aku pujuk-pujuk cakap, esok kalau dia puasa aku bawak pergi tengok ikan.
Balik rumah dah pukul 6.40, adoi cabaran betul, dia dah ngamuk nak berbuka, babah pulak take over, nak lekakan dia, babah suruh dia buka vcd "jam dua petang" so lekalah dia melayan citer tu, mmg dah hafal pun skrip drama tu, tapi dia masih gelak-gelak tengok. Sampai masuk waktu berbuka, aikk tanak makan pulak, nak tengok cd lagi, heheh tapi makan jugaklah bila berkali-kali di ajak.
Semalam masa amik dari tadika, cikgunya kata dia puasa lagi. So seperti mama janjikan, bawa dia pergi tasik nak tengok ikan. Sebelum tu singgah kedai dulu, belikan air cincau dalam tin yang dia suka, then beli sebungkus roti untuk bagi makan ikan. Sampai kat tasik kat Masjid Putrajaya tu, sukalah dia bagi ikan makan.. lupa kejap dia tengah puasa. Tengah syok bagi ikan makan, tiba-tiba dia masukkan secubit roti dalam mulut dia, nasib baik aku sempat tengok, aku jerit suruh dia buang, nasib baik tak sempat telan dia.
So dapatlah lekakan dia sampai jam 6.45, then baru balik rumah. Sampai kat rumah dia dah pegang tin cincau dah sipi je nak bukak nak minum, then tiba-tiba ada citer detektif conan kat tv3, huhhh lega, dia layan kartun leka kejap budak kecik tu, sampai lah masuk waktu berbuka. Syukur, selesai dua hari menjadi sejarah dalam hidup dia, berpuasa penuh di usia 5 tahun. Alhamdulillah, berkat amalan baca surah Luqman semasa mengandung setiap hari, dia anak yang senang dibentuk. Kepada anda yang tengah hamil, atau isteri sedang hamil, amalkan baca surah Luqman setiap hari, Insya-Allah, kita tak banyak masalah untuk melentur anak.
so this the pic dia enjoy bagi ikan makan
baru sampai, kasi ikan makan
sihat-sihat ikan kat sini
roti dah abeh...jom balik
0 Komen:
Post a Comment