Ehh semalam kan..nak kabo ni...kisah menarik tau..(Eh..acik ni jenis tak der intro-intro, nak cerita main terjah je..)
Ada la 3 ahli keluarga ini kan, yang terdiri dari bapaknya (Encik X-bukan nama sebenar) emaknya (Puan Y-juga bukan nama sebenar) dan anaknya (Z-of coz bukan nama sebenar gak kan..)
Deme 3 beranak ni menghala ke Sunway Piramid, kesahnya hendak menukarkan baju yang dibeli oleh Puan Y untuk En. X dan Z, beberapa hari nan silam, dek kerana En. X tu terlalu gagah perkasa, maka baju bersize XL tu tak berapa nak selesa dipakai, agak sendat, dan anaknya pulak, dibelinya baju agak terbesar. Maka menujulah meraka bertiga ke Pusat Membeli Belah terkemuka itu. Dedebuk gedebak, selesai urusan menukarkan baju. Deme pun nak balik le, udah pulak En. X sakit perut, makanya menujulah dia dengan si Z berjumpa Dr. Tan (das) anaknya itu mulanya nak memerut juga, tapi tak jadi bile sampai sana, jadi dia menanti dan menemankan apaknya aje.
Keluar dari toilet Encik X dengan confident memulas-mulas kepala paip air di sinki untuk menyuci tangannya yang sunguh gagah perkasa yang menawan hati itu. Pulas demi pulasan air idak juge keluar ye tuan-tuan dan puan-puan, dengan selamba anaknya si Z terus melaserina si apaknya. katanya "Daddy.. (wahh daddy pulak..very the omputih) daddy... paip tu kena tekan, bukan pulas.." ahahah dan si daddy pun tekan lah kepala paip tu, barulah air keluar, dan menambah parah di hati daddynya itu, si Z melaserina sekali lagi "kampung betullah daddy ni, tu pun tak tau," ahhaha maka sentaplah Encik X, hiks..menurut dua beranak itu, semasa kejadian tidak ada umat lain dalam toilet, jadinya idak le Encik X menanggung malu tahap langit.
Hiks.. selesai urusan di bank kecil terkemuka itu, si Z berlari-lari menceritakan kepada Puan Y yang menanti di kerusi rehat di dalam komplek membeli belah itu, dan macam biasa, emaknya si Z tu memang suka gelak dengan sungguh keji, maka di bantai gelak sampai sipi lagi nak kena sawan. hiks.. maka Encik X yang sentap itu menggunakan kuasa vetonya sebagai suami mensound Puan Y "hah!! gelakkan kat suami..ingat api neraka meluap-luap tu," hahahah terus guna taktik menginsafakn isteri kekdah agama. mueheheheheh acik puas..acik puas.... ehh apsal lak tetiba acik yang puas..apa kena mengena acik dalam kesah ni.. opssss silap-silap...silap taip tu...
Puan Y puas hati, sebab selalunya Puan Y yang selalu kena bantai gelak kalau ada aksi bodoh kampung yang dia buat, yang mana Encik X akan gelak tahap hentak-hentak kepala ke dinding dan lawak tu jadi bahan keji bulan seminggu dua, malah sampai bertahun dijadikan bahan kejian untuk mengutuk Puan Y, macam kesah masa depa deting tengok wayang masa berchenta dulu, di mana Puan Y bangun pegi toilet, kemudian kelaur tadi toilet dia salah row dan duduk sebelah apek cina. hahahah malu seh.. Kejadian malang itu dijadikan bahan keji sampai dah beranak pinak tau... lalalalala sukanya hati. opss ape lagi kena mengena kejadian ini dengan saya?? tak der..tak der kena mengena... saje suke-suke je...
Pejam celik..pejam celik udah 17 hari kita puasa ye yong?? Jadi teman pun letak le lagu raya kat sini juga.. Lagu Raihan, Rem, Ajai, dan Now See Heart tu memang favourite teman, tak raya pun acik dengo juga..eheheheh, suka bebeno suara Rem yang serak garau tu.. besh.
Udah 17 hari berpuasa ni masih belum lagi jejak kaki ke Pasar Ramadhan.. wahh hebat.. syabas inspectot sahab.syabbbasss... takat ni kuih muih dan lauk pauk dimasak sendiri, simple-simple pun puas hati, menjimatkan dan memuaskan hati, kerana memenuhi tekak ahli keluarga. Menu yang rajin diulang-ulang kerana mendapat sambutan hangat ialah, Roti John, dan popia goreng. Ko buatlah selang sehari pun deme suke bebeno.. terutama popia goreng, sebumbun penuh pinggan buat pun kompen abeh. Semua orang suka termasuk bibik. Goreng garing dan kemudian sapukan sambal kat popia, dan tabur bawang goreng.. perggghh nyaman.
Biskut raya baru siap sejenis iaitu samprit. Resepi tetap dari Kak Hanieliza..mmg kena dengan tekak, gebus dan sedap sangat. Memang kompen takkan tukar resepi. sedap beb..
Eh tengok aje TAHUN LEPAS PUNYA CERITA situ ada resepi, sile lah buat ye.. Eh entry inilah masuk surat khabar Sinar Harian last year... so tahun ni cik-cik wartawan Sinar Harian tu tak mau coverage lagik?? sile-sile... Dell, kak Sri Diah kat Sinar Harian.. Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya ye.. bila nak buat cover page mak pnut anak beranak beraya?? hiks..gile glemer sungguh aaaiihhh... Eh itu hari kan, ada wartawan satu majalah kawen-kawen ni anto email nak buat cover pasal cupcakes tu..alahai..mintak maaf le.. acik sapinat tanak, sebabnya acik buat cupcakes ni suke-suki je.. Kang kalo masuk majalah kang tak menang tangan lak nak menerima order, tak sanggup acik..kang acik jadi tamak haloba, tak tido malam lak siapkan tempahan. Jadi acik cadangkan teman-teman pembuat cupcakes yang full time baking ni.. Maaf ye cik wartawan.
ok..ok... orang Selangor cuti ekk..darling ai pun cuti..tu dok melengkaq atas katil lagi la tu kat umah, acik udah di opis, si anak pun maleh nak pegi school sebab nengok babah dia cuti, emaknya apa lagi.. lagi malas dah ni..ingat nak balik kampung beraya jek..hiks...