Tuesday, September 08, 2009

Nasi Goreng Daging Merah & Bahasa SMS


Saya geram je nak tulis pasal isu Malaysia Indonesia ni..kes Tarian Pendet, kes gaji pembantu rumah nak naik RM800... tapi saya sabooooo je la... maklumlah saya cari makan di tempat no. 1 dalam menjaga urusan diplomatik ni..kang salah tulis tak pasal kena panggil mengadap... uhuks... sabooo mak pnut saboooooo...

Moh kita cerita bab makan le wei..
Semalam, masa lepas ambil si abang ni balik dari sekolah, masuk je kereta, tetiba dia cakap, "mama, petang nanti kita beli nasi goreng daging merah dekat uniten tu boleh?" (maksud dia food court LOT 10 kat Bangi tu)

Saya cakap, "abang nak nasi goreng daging merah ke?" dia kata nak teringin.

Pastu saya cakap, tak pe la biar mama buat, boleh makan sampai sahur. Dia kata ok, tak kisah la.., baik kan si abang ni tak banyak songeh. Tapi kata dia, nasi goreng tu kena ada jagung, karot petak-petak dan kacang panjang bentuk bulat, (hiks..mix vege le tu), pastu kata dia dalam daging merah kena ada karrot panjang-panjang, ada kobis yang seketul (bunga kobis) dan ada kacang panjang. Wah tinggi imiginasi budak ni, dan tinggi harapan dia terhadap nasi goreng daging merah ni.

Maka balik kerja terus saya singgah Alamanda, pegi Carefour beli barang nak masak nasi goreng daging merah yang diorder si abang tu. Masa saya dok masak tu, berulang kali pakcik ni dok ulang alik ke dapur nengokkan nasi goreng dia, dan pastikan up to the standard yang dia mau. Saya pun suspen juga, kot tak kena pula seperti apa yang diharapkan, eheheh mujur dia dah terliur-liur masa sedang di masak tu. Malah siap request, nanti mama letak dalam pinggan siap-siap macam kat kedai tau. Wah sampai gitu harapan ko ek abang..

Maka lagi 5 minit nak bukak posa, saya pun present gini kat dia..
Photobucket
terus member tak sabo-sabo nak mamam... ehehehe lega hati ini..

Udah berbuka terus member makan dengan begitu berselera, bila tanya dia mana lagi sedap nasi goreng daging merah mama masak ke atau nasi goreng daging merah kat kedai, kata dia sama je sedap.. saya kata, bukan mama punya lagi sedap, member hot.. hiks..kata dia, sama je sedapnya... takkan kita nak cakap tipu, kata mama punya lagi sedap, atau kedai punya lagi sedap, memang sama je sedapnya.. hahahaha lega dapat happykan hati si anak.. dan nasi goreng tu juga, kami makan sampai bersahur. Puas si hero tu makan. bertambah-tambah...

Hari ni dah pening nak masak apa??? adoi la..susah jadi omak-omak ni, asyik fikir nak masak apa..atau petang ni nak tunjuk kuih apa..ehehehe sama je peningnya.

Bahasa SMS bebudak sekarang
Eh korang kan.. acik ni tak suke bebeno bahasa sms bebudak sekarang, tah hapa nak faham pun susah..

NI anak-anak buah teman atau si Mak Su tu kalau nganto msg, pening saya memahaminya..

korang jadi kowang,
kitaorang jadi kitewang
KL jadi Key Ell (idak ke lagi panjang tu???)
Ipoh jadi Eypoh
ok jadi Kay

erkkk byk lagi la contohnya... kalau saya ok lagi masih boleh faham, kalau si darling ai baca, mula berkerut sana sini tak faham..

mn dp dpt idea nk htr sms gt ek? sy dh tua agkny itu sbb x brp fhm bhs mrk. kowang sll x dpt sms cggni dr bbudk? ke mk pk bbudk pn ada gk dok sms gni? sy png nk bc sms dpa, jnuh nk kna cm apa pktn yg dpa nk bgtau, tu sbb kkdg DJ rdio pn slh bc sms pndgr rdio, prnh dl ada dj bc dr=doktor, mcm dia bc jadi MC, mmg pyh nk fhm. mklmlh sy ni gnrasi IC yg kpl ml agka 7, dlm erti kt ln dh tua meks noks..

Amacam boleh tandingi...kalau boleh sila beri komen dalam bahasa sms jugek.. ade berani?????

Eh nak tanya lagi ni..mane ada jual bunga api ek?? hiks.. apelah maknanya beraya takder bunga api kan? tak best langsung, emak kata kat SP mmg banyak ada jual bunga api..kat bazaar Ramadhan bersepah orang jual, huwaaa bestnya.. dah siap pesan kat mak suruh beli..hahahah Dilla betoi ka kat SP banyak bunga api?? Adam tak main bunga api ka??? Dilla kami tau hang pa dendiam baca blog kami nooo...kami pun baca gak blog hang pa..hiks...

Kat Putrajaya ni nan ado katanya..nak mampos ko nak jual bunga api dekat Bazaar Ramadhan presint 2 tu?? berani ko... HQ Kastam depan tu je...kalau ko puak hero tahap dewa sile la jual.. ni kes, anak tader apa, emak yang over dose.. darling ai pun dah terpengaruh ngan bini sengal dia ni, berangan nak beli kampu lip lap sambung kat porch depan pula, baru lawa katanya.. jadi Unit Bertindak?? are u ready for lampu lip phase 2?? sile datang umah minggu ni ye Mior Lukman...


Eh tarikh ini hari ini pada tahun lepas ialah Alesya sudah keluar wad, setelah 90 hari berada di NICU Baca kisah lepas..
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino