Monday, September 08, 2008

Nur Alesya Qhaisara sudah balik ke rumah


Alhamdulillah..setelah 90 hari di wad, dan selepas melalui fasa-fasa yang kritikal, Nur Alesya Qhaisara, dengan izin Allah Taala, sihat dan sempurna sifatnya fizikal dan semuanya baik-baik sahaja untuk dia kembali ke pangkuan keluarga. Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah...

And now aku bercuti panjang untuk menjaga dia, so bermulalah kehidupan aku menjadi suri rumah tangga sepenuh masa sebulan ini. Dua hero sukalah sebab aku ada time kat rumah masak-masak untuk berbuka. Ermm pening juga memikir menu setiap hari nak masak apa.. apa pun bergantung pada mood Alesya, jangan dia meragam udahlah..tp so far, dia normal je, tak der la merap sangat, biasa-biasa je, menangis bila lapar, or diapers dia basah/berak kencing..

Okeh, mari kita tengok Alesya yang dah makin menggebus...
Hari last kat hospital, sebelum discharge balik rumah, Alesya tido nyenyak..dah siap-siap nak balik ni, tunggu doktor kasi date appointment je..
Photobucket

makin tembam pipinya
Photobucket

tido dengan pelbahai mimik muka..
Photobucket

Yeay!! dah dapat balik...ni tunggu babah pegi ambil kereta kat tempat parking
Photobucket
dengan abang yang sangat excited, dan bertanggungjawab, asyik nak berkepit dengan adik je..

Alesya first ride dalam keter babah
Photobucket

Finally dapat bermalam di rumah sendiri, dapat bermalam di katil sendiri
Photobucket

tengok..nyenyak tido sampai ternganga mulut dia
Photobucket

ni tadi mama bedung ikat kemas, dah longgar, and sarung kaki entah kemana tercabut, ehehe maklumlah Alesya harap pipi je gebus, kaki dan tangan masih kurus..
Photobucket

Ok tamat cerita Adik, meh citer pasal abang..
Alhamdulillah, abang masih berpuasa penuh, sehari pun belum tinggal lagi.. Abang kuatkan kan.. kena bodek-bodek ni..dah ada adik, kena bodek-bodek cakap adik suka abang sebab abang puasa, abang kacak, abang kuat..eheheh..

And semalam anak-anak buah darling yang study kat sini bermalam kat rumah and berbuka di rumah kami, so menu kitaorang hari kedua special sikit, hari pertama diaorang buka puasa kat sini sabtu, kelam kabut sangat, sebab Alesya dapat keluar wad pun dah dekat pukul 4, so kelam kabut, singgah pasar ramadhan, beli kuih-kuih, murtabak, je untuk berbuka, dalam kelam kabut hanya sempat masak lemak ikan keli, ikan selar sweet sour, and anak buah Zirah, goreng sayur sawi, tu je la menu kitaorang, and ada ayam percik yang beli kat pasar ramadhan, tak suka tau orang jual ayam tu, sebab ayamnya dah sedikit berbau, tp tergamak menjual kat orang, pastu keras, tak baik ambil duit orang 6 rggit seketul ayam, tp jual kualiti ayam gitu.

So semalam aku masakkan diaorang nasi ayam, memang masak banyak, sebab nak kasi kak Ani depan rumah sikit and kasi budak-budak ni bawa balik hostel. Buat agar-agar sirap ros je and buat pizza sebagai memenuhi permintaan dua hero yang dari sebelum puasa minta buatkan pizza..ehehe kali ni pizza dah upgrade tau, tak bakar atas tutup periuk dah, dah ada pizza pan tau, darling beli ni 3 set terus..haruslah bini kena rajin buat pizza sebab laki dah beli pan, and dua-dua hero memang gemar pizza. And ni first time guna sos pizza, malay brand sikit, tak ingat pulak brand apa, sedap jugak, biasa aku pakai sos prego je...

Nasi ayam ready to hantar ke rumah Kak Ani, Kak Zah tader, outstation, so rezeki Kak Ani anak beranak je la..
Photobucket

Chicken pizza dengan red sauce
Photobucket

Seafood pizza dengan thousand island sauce, cuma ada tuna, sotong and crab meat je dalam peti ais, udang tader..jadilah...
Photobucket
pizza-pizza ni sengaja parut cheese sikit je.. tak elok makan cheese bebanyak kan..ehehe

plan hari ini, ayam masak kicap, telur sambal, sayur kobis masak lemak putih..tu je la..kuih lak, nak buat donut again, and maybe buat donut sambal jugak, sbb hero-heroku suka donut yang jenis pedas/masin..

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino