Thursday, October 07, 2010

Rumahku Syurgaku


Pewwiit..

dah lama janji manisku kan.. janji nak letak pic terkini teratak kaseh kami. Ini janji dengan geng-geng deko.. dan ada dua tiga yang msg kat blog ni itu hari suruh letak full view rumah saya. Fa hang lagi melampau, siap suruh letak pic dapoq semua kan?? termasuk dapoq kek, heheh seganla, sebab dua bahagian tu sepah sikit. Sikit je, tak banyak, laki meks mana leh sepah-sepah.. amukan raksasa gorgon kang, jadi rumah kena lite-lite sepah je. haru juga laki lagu ni wei..tekanan..tekanan.. tekanan...

Okeh, maleh citer banyak la.. semalam dah bebel berkajang-kajang sampai ada laaa orang tu email semata-mata nak habaq awat entry panjang sangat, kang ku tak update kangggg baru tau... pastu sebok la awat tak update.. payah jadi selebriti ni.. jangan komen ek.. gua memang riak, so what??

Okeh.. okeh, kita tengok Dining Hall dulu ek..
Ni pic laluan dari Dining Hall ke ruang tamu (pic 1st)
pic sebelah tu laluan dari dining hall ke living hall, bawah tu hiasan tepi dinding laluan sempit tu.. hias sikit biar tak kosong sangat, harus shopping lagi menambah aksesori



Dining Hall kami, dan ruang menonton ke2 kami, kalau tengah menonton tv kat living hall depan, tetiba ada tetamu, anak-anak hambat tengok tv kat sini.

Rumah kami ni original masa beli, memang kecik la, sebab dining hall dan dapur sekali, tapi kami tambah ruang belakang jadikan dapur memasak dan sebelah dapur masak, buat bilik bakeri saya. Memang agak luas sebab tanah kami luas, 40 x 80, dan masih ada lagi tanah kosong kat belakang rumah, sebab rumah kami last row, so tanah kosong belakang perancangan akan datang, nak baut open kitchen, so kalau nak kenduri kendara leh masak kat belakang rumah, dan nak buat 'dangau' so petang-petang leh lepak-lepak


Living Hall kami, simple je tak der mewah-mewah, sofa beso-beso nan ado..

Wallpaper sponsored by DINDING SENI thanks Izh, saper nak usha-usha leh contact tokei dia, Izh.

View dari Dining Hall ke Living Hall
Simple, je, janji kemas.

Corner rack tu yang saya jual, boleh bayar ansur atau main kutu, comei kan kat corner tu, ramai tetamu datang dan berkenan.

Langsir saya by Azizah Hias, Bangi, kedai favourite saya, saya cerewet tang langsir, kalau tempah kat Nilai 3 saya tak puas hati betul, ngan Kak Zah ni puas hati, dari duk kuarters dulu memang saya tempah ngan kak Zah ni, dia pun dah ada ukuran semau tingkap rumah saya, so kalau nak tempah senang, pilih kain je, tu pun Niki assistant dia tau dah taste 'henglish' saya, dan Niki hanya akan suggest material Elyza's yang corak bunga-bunga. Kedai Azizah Hias ni kat depan PKNS Bangi, dan seksyen 7 Bangi. Saya suka servis mereka, kemas, dan teliti, pekerja dia yang mai pasang langsir pun peramah dan tak berkira.

Simple sajork


Dannnnn of course banyak bunga, Bunga-bunga ni saya beli dan gubah sendiri, so jimat dan murah, kalau nak beli dah siap gubah mahal la..tak koser la.. so beli bunga murah-murah je, balik buat sendiri. Dannn saya adalah peminat lavender. So ingat ye, nak kasi hadiah kat saya, barangan berunsurkan bunga lavender, kompem ku sayang kamu. Setiap gubahan mesti ada bunga lavender, tak tau lavender, yang panjang-panjang macam dalam pastu atas konsul table pic tgh2 tu.

Lavender memanjat dinding. Pic tgh ada topiari tu, (bunga bulat 2 tgkt tu) saya recycle je, bunga lama, basuh dan gubah balik, nampak cam baru juga kan?)


Lelain sampingan, hiasan dinding saya.


ruang kat dining Hall, Pasu kecik antara dua frame tu, hadiah dari agen insurans kami, Rauf, dan container 3 tgkt kat bawah tu pun Rauf hadiahkan masa besday saya. Thanks Rauf.


OK riben belakang kosi jati ni, sebenarnya untuk kepala langsir, tapi Kak Zah lambat siapkan, dah gantung langsir baru staff dia mai hantar, so ta koser nak panjat sepitkan, so saya gantung belakang kerusi tu. Pic kiri wordrobe dalam bilik, cikai je, janji ada.

Erkkk ok tu je..

Link lain berkaitan sejarah rumah..ehehe
LANGSIR
LANGSIR BILIK ABANG
HOME SWEET HOME
ANJONG KASEH
PROGRESS RENOVATION

12 Komen:

MushroomCute@Mariea on 2:22 PM said...

wah wah..english style...damai jerrr rasa...Mush kalau gi romantika leh meroyan..sejam dua tak rasa apa dok pusing dalam tu

GaDis CoMeL on 2:24 PM said...

lawa, lawa,

bila nak ajak pi rumah? hehe. memang hengelish setailll.

bunga2 lavender tu cantik lah.

My Life My Journey.. on 4:49 PM said...

Cantiknya Pnut..!!! TQ sgt2, hilang kempunan I.. Blk Msia nanti I cari U la unt selesaikan deco2 rmh I, boleh kan..?!... Serius I cakap kalau la duit I byk, nak je I sponsor U dtg sini, boleh tlg shop brg2 deco, I ni jenis taste tinggi, tp idea tarak (duit pun tarak jugak sbnrnya hiks.. Love u Pnut..:)

Rauf Takaful said...

Aiyooooo kak Pnut. Saya pn xingat dh brg2 tu...brg2 tu pn beli dr kawan yg ada kedai deco n ID. Kbtulan bukak counter tpt sama n ada dkt 13 thn xjumpa.

umi ameer on 10:36 AM said...

pewitttt jugak..
mmg santek la umah hang pinat oiiii.. tahniah
tentu tenang hati bila dapat rumah idaman gitu..
kalu akak beli rumah, akak mintak hang tulung decorate ek?

AuntieYan on 10:47 AM said...

Salam P-Nut,

Errr...pendapatan Kak Yan le....kalau P-Nut tukau kala dinding tu lagi nampak seri...yang ada tu memang dah ok, tapi tak berapa nak serlah lemari dan rak-rak kala putih tu....oppppssss...mati le aku kena bambu dengan peminat P-Nut.....

Pnut on 12:15 PM said...

Mush-akak kalau pegi romantika, maleh ngan abg mior, sebab kang dia boring nunggu..eheeh kat nilai 3 pun banyak kedai henglish style

GC-Lavender tu memang cantik sebab tu kami suka..ehehe, nanti besday hadiahkan kami lavender ek..

Fa-weiii not right person nak advice deko-deko nih.. rumah sendiri pun caca marba, tapi nak teman usha-usha langsir boleh...ehehe

Rauf-time kasih daun keladi, lain kali kasi lagik..eheheh

Umi-tulung deko tu dak la... tapi tulung sugges beli apa-apa boleh la.. Insya-Allah...

Kak Yan-heheeh tu cat free la kak Yan, masa renovate rumah dulu kontraktor kasi pakej free cat satu rumah, dan cat cap ayam je kak yan, kaler very limited, nak bodek mior beli car sendiri masa tu dah pokai sebab abeh duit renovate, dan dah pow dia beli langsir. Jadi redha sajork cat kaler tu..eheheh tp dia janji nak pasang wall paper la.. tu sebab tak berganti catnya

MushroomCute@Mariea on 2:03 PM said...

Mush satu famili mmg giler Nilai 3. Leh sehari suntuk kat situ. Dengan ayah sekali kadang dia yg lebey...huhuu...

Orked on 4:44 PM said...

cantiknya rumah aunty... tak yah g england pun boleh masuk rumah english style dah ni....

Anonymous said...

semuanya poyo aje.....ntah apa-apa ntah korang punya komen.

Pnut on 1:58 PM said...

mush-kalau ayah pun sama naik..syiokk la..

Orked-rumah orked lagi cantik..lagi kagum.. lawooooo

Anonymous said...

Serabut je rumah camnie kata cantik... hheh tak kenan langsung.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino