Wednesday, October 06, 2010

Tips Naikkan hits ke blog?? huh? not me..


Ada orang tanya saya, kak Pnut, dah lama tulis blog, hits ok, bagilah tips sikit, cemana maintain pembaca blog, dan maintain hits tu.

OMG Oh Memang Gila Tak tinggi mana pun hits blog saya, tak sampai 2K, kalau cecah 2K kira hebat dah tu.. biasa-biasa 1K lebey-lebey je, kira rendah je kan bagi saya yang 9 tahun nulih blog kan? kalau blogger baru 1-2 tahun tulis blog pun hits depa jauh lebih banyak dari saya. Hebat mereka.

Dan sebetul-betulnya, kalau diperhatikan sebetulnya, blogger yang betul lama macam saya, Daun, Tok Rimau, Naga, Mat Jan (dulu la) dannn ramaii lagi, takder pun yang concern bab hits-hits ni, trend hits-hits ni adalah dikalangan blogger baru, yang berdaftar dengan nuffnang. Saya kira, kalau Naga, Tok Rimau dan geng-geng yang lain letak nuffnang, lama doh deme kayo.. Kalau ikut referer, blog saya ni ramai masuk dari blog Naga.

Bila saya tanya Naga, naper ko tak letak Nuffnang? dia kata buat apa? untuk apa?? ahahah sebiji ayat saya tahun lepas, sabo je la dengan perangai kami yang tulis blog suka suki kami, nuffnang pn tak tau apa. Tapi saya try letak nuffnang tu dengan bantuan seseorang tahun lepas, saya pun tatau menda nya mula tu. ingatkan suka-suka je, pastu bila ada iklan-iklan kelip-kelip saya cam pelik, tanya orang, depa kata saya tak pernah tengok ka dashboard nuffnang tu? hahaha sengal. Pastu baru saya tau, ooo camni orang kata hits tu, dan iklan tu ada, bila hits tinggi. Baruku tauuuu...

Peringkat awal, teruja juga, tapi lama-lama saya bosan, sebab keseronokan menulis blog tu tak best bila kena kejar hits, bila nak kejar duit dan iklan-iklan, ni bagi saya la, orang lain punya keinginan saya hormati dan kagumi. So saya buat suka hati saya, nak update, update la..tak mo tak mo la.. nak marah marah le kat blog, nak tulis gelak-gelak tulis, no spesifik issue, atau target.

So bila ada blogger baru kata minta saya tulis tips nak naikkan hits blog, saya rasa saya bukan orangnya. Saya blog walking, tapi saya jarang tinggal komen, kecuali yang rajin masuk blog saya dan tinggal komen, kekadang saya akan tinggalkan komen, tetapi percaya, yang masuk blog ni dan tinggal komen, saya akan masuk ke blog anda, cuma saya tak tinggal komen. Sesekali saya mengomen. Antara sebab lain saya jarang mengomen dulu laaa, sebab saya tak mau orang masuk ke link blog saya. hahahaha Saya tak mau bebudak opis saya baca, kengkawan baca, dan orang-orang terdekat saya baca.

But it's too late.. ramai sudah ketemu blog ini, maka sejak itu saya maleh silent-silent, kalau saya rasa nak komen, saya dropkan komen je. Nak sorok pun sampai lama mana, dan blog saya pun ramai juga rakan-rakan lain letak link. Jadi dari blog-blog lain pun orang sampai ke sini.

So ape tips saya nak bagi? bukan saya kedekut, tapi i have no spesific tips la. Boleh baca kat new-new blogger yang bagi banyak tips, yang saya kira cara mereka berkesan. Saya tak buat entry-entry sensasi, terkini dan mutakhir untuk tarik orang masuk ke blog saya. Saya tak ulas, review filem, drama tv selalu, kalau kebetulan saya tengok filem, tv, dan jalan cerita tu best ke tak best, saya review la ikut cara saya yang caca marba. Gossip-gossip pun tak tulis saya, kecuali isu Raja Azura itu hari, itu sebab saya sendiri kepochi..hahahah

Saya pernah tengok new blogger letak keywords ke blog mereka dan hits memang tinggi, mereka ulas isu sukan, tv, gossip, berita-berita terkini, yang mana akan membawa reader ke blog mereka. Tapi acik nan adoooooo nehiii tak cayoo tengok la... cayo la cakap den, semalam tengok keywords ni, ini hari keyword ni, esok-esok inilah keywords hok bawa pembaca blog masuk sini.

Kalau semalam orang masuk sini ni le keywords dia..


Ini hari pun tak jauh beza kan? percayalah, esok lusa, minggu depan, bulan depan, sama je keywords ni je. Balik-balik depa cari Pnut Online, cerita pnut, pnut..dan pnut.. sampai penat aku nengok... ehehe


Kot la kata Nuffnang punya keywords tak berapa betul, ni yang blogger punya overview pun bagi benda yang sama. Penat kan sipnut ni.?? tapi cube tgk blog yang menyumbang pelawat ke blog saya, tengkiu kalian ehheeh kredit kena kasik tu.


Jadi takkan saya nak bagi tips-tips nak naikkan hits blog tu, sebab saya tak buat pun benda-benda yang menaikkan hits macam saya sebut kat atas tu kat blog. Saya tulis kisah saya, kisah anak beranak saya, kisah sakit hati saya, kisah lucu saya, kisah laki saya, kisah keluarga, pasal deko-deko rumah, dan kisah-kisah harian biasa yang orang lain jua lalui benda yang sama. Dan orang surf dan cari pun nama saya juga.. haha kekadang rasa kelakar, saya kekadang tengok juga, kot-kot ada yang sesat masuk sini dengan keyword lelain, tp jarang nan ado.. itu la balik-balik keyword dia, blog pnut, cerita pnut, dah tu ape tips acik nak kasi?

Cumanyaaaa apa saya boleh katakan, tulis la blog kalau rasa nak tulis, jangan stresskan diri nak kena update, nak kejar hits, nak kejar duit nuffnang. tapikan duit beb..duit, saper tak nak duit kan? duduk sesaja depan komputer, tulis-tulis blog, tetiba ada je duit masuk, semua pun nak kan? tapi untuk saya la.. duit tu nombor ke berapa entah, yang utama, saya buat blog pada tahun 2001, sebab saya lonely, keja duk dalam bilik sorang-sorang takde kawan.

Kemudian saya dapat ramai kawan, sumpahhhh ramaiiii sangat, malah ada yang tahap macam sedara mara sendiri. Semuanya dari blog. Dulu masa blogger-blogger ni ramai bujang-bujang, rumah saya adalah port santai hujung minggu, hujung minggu pastu ramai anak-anak dara dan hero-hero bujang lepak-lepak kat rumah saya, samapi tahap aku nak halau depa balik, ater, sampai pukul 2-3 pagi dok melangut kat rumah aku lagi, tak reti-reti nak balik. ahahahha keji. Ada yang turun dari Penang, Kedah, Terengganu, malah yang baru turun flight dari Jepun, Mesir pun singgah ke Pnut Inn dulu, sapa tah tu... hiks..

Paling saya suka ialah kawan-kawan ini merata-rata. Saya pegi jalan-jalan ke sana sini, pastiii ada yang nak jumpa, nak kenal-kenal. Saya suka sangat, sebab biar ramai kawan jangan ramai musuh. Saya kenal beberapa blogger yang kenal melalui blog, dan tanpa disangka boleh pulak saya kerja satu office dengan mereka sekarang. Opss sape tu??

So tu je tujuan saya buat blog, nak kawan.. dan saya memang dapat ramai kawan. Paling saya suka, ialah bila saya jual kek/cupcakes, kalau yang order itu adalah dari blog reader saya, saya suka bila datang ke rumah ambil kek, depa cari Alesya, cari si abang, dan borak ngan saya macam kenal lama, tak rasa gap pun, dan Alhamdulillah kami laki bini memang jenis suka meraikan tetamu, datang la siapa pun kami layan je. tetamu datang bawa rezeki, tetamu pulang hapus dosa-dosa kecil tuan rumah itu prinsip kami.

Eh cerita pasal apa tadi? oh tips dan tujuan blog. hahah melalut lak.

Ok, saya pernah terbaca ada new blogger tulis kat, "tak percaya orang tulis blog suka-suka, tak mau duit, abeh tu kenapa letak nuffnang?" as i said, saya suka tulis, ada duit masuk kita terima, itu prinsip saya, siapa tak mau duit kan? cumanya saya tak mengejar itu, saya tulis bila saya suka nak tulis, kekadang ada entry, kekadang tak der, dan letak nuffnang tu selain tengok duit, kita tengok juga statistik ke apa ada kat situ.

Walaubagaimana pun, saya hormati dan kagum hasil usaha new blogger yang rajin update blog, bagi berita terkini dan mutakhir, buat ulasan tv, dan rajin naikkan hits blog mereka, dan hasilnya mereka dapat pun kencang. They deserve it. Bak saya pernah tulis kat blog kak Ina, what u give u get back. Kalau nak hits tinggi, dan duit masuk kencang, ikut la cara dan tips mereka. mereka buktikan mereka berjaya dengan cara itu. Huhuhu jangan tanya saya, sebab saya tiada tips itu, kalau saya bagi pun buat orang gelak, hit tak tinggi mana, entry blog pun tah hapa-hapa, ada hati nak bagi tips.

Cuma tips saya boleh bagi ialah, jangan tulis perkara-perkara yang menaykitkan hati orang, menyinggung perasaan orang, jangan perasan bagus, walau kekadang saya riak dan syok sendiri hahaha prinsip, biar ramai kawan, jangan ramai musuh. Sentiasa humble, jangan rasa 'diri besaq' walaupun saya memang la besaq, sape berani kata saya kecik, sila check mata anda. Saya segan jua bila ditego tetiba, eh ni kak pnut kan? tapi saya layan je la, kang saya malu-malu orang kata saya sombong, kat blog lain, kat luar lain. hehehe, bukan saya je, pakcik gebu pun pernah ditego sebab dia cam pakcik tu as my pakcik gebu.

Pernah kami tengah shopping, ada orang nampak pakcik gebu dulu, tetapi saya tiada, tapi dia ikut pakcik gebu sampai le pakcik gebuku pegi dekat saya, baru dia teog saya, kak pnut..kak pnut.. eheh dia cakap dia baca blog saya, tadi nampak abg mior, saya ikut je, saya sure mesti dia dengan akak punya. Huhuhu ai terharu u.. sayanggg korang. Pernah juga pakcik gebu isi minyak kat petronas, tetiba saya yang duduk dalam kereta dapat msg, "akak kat petronas bangi ek? saya nampak husband akak isi minyak," hahaha dasat la korang. Sila sms kalau nampak pakcik gebu tengah mengorat ye. hahaha

Just be yourself, cam saya ni kekadang tengok tv, filem kemain nak mengulas kononnya, tapi aku tibai ikut cara aku le beb. Janji mesej tu sampai, nak kabo filem tu best ke, ampeh ke. Kang tulis ayat berkias-kias, penuh metafora bagai, orang tak faham payah juga. Kalau nak komen isu semasa dan serius sikit, pun saya tibai je sesedap rasa, janji apa yang saya nak luahkan sampai, kalau bahasa indah-indah pun payah juga, bukan diri saya dah tu.

Lagi satu, yang masuk dan baca blog saya ialah saya kira orang-orang yang sama setiap hari, tak ramai new reader, sebab saya tengok blog yang hits tinggi yang keyword pelbagai terutama isu terkini, mereka masuk blog tu sebab dari search engine, yang kira masuk hari ni esok tak datang balik dah, orang lain pulak masuk dan baca. Orang putih kata they come, they read then they leave not to stay here. hahah kelas tak acik cakap omputih berterabur kan??

So itu sebab pemilik-pemilik blog begini mereka kena rajin, sentiasa kena upkan cerita-cerita terbaru dan terkini agar ada sentiasa sahaja reader akan dibawa masuk ke blog mereka dari search engine. Blog saya tak ada itu, yang datang dan masuk ke sini ialah balik-balik orang yang sama je saya rasa, sebab tak ramai yang masuk sini dari search engine, kalau ada pun sikit, sampai sistem pun tak mau masukkan dalam list. ehhehe so saya tak der tips camner nak tarik reader masuk blog. Saya pun tak tau apsal depa rajin masuk sini..ahahaha ya mungkin saya kena terima hakikat, bahawa saya adalah best. ya saya poyo dan riak. hahahah

ok, so kepada yang tanya tips, sorry im not the right person nak bagi tips, gua punya blog pun hidup segan mati tak mau jek lagi nak kasi tips kat orang, itu kelakar tahap langit lapisan ke tujuh.

27 Komen:

Puteri Satu on 12:03 PM said...

Emmm 100% setuju dengan entry ni.. mama pun kadangkala ada yang mintak tips.. yang kelakar.. hit pun tak cecah 1k... tapi tuhla kan.. kita yang bermula masa belum ada Nuff ni dulu.. berblog dengan seikhlas hati.. bukan sebab nak duit je kan... mama start 2006... time tu berkawan.. berblog betul2.. kerana minat... sampai sekarang.. bila ada habuan.. ambik je.. tapi tak pernah nak update sebab nak kejar duit Nuff.. tapi sekarang dah ramai yang berblog hanya untuk duit...

Angah on 12:07 PM said...

give me five!!

kita blogger jaman dedulu ni tulis sebab nak luahkan apa dalam kepala, kongsi cerita tambah kawan..tu yang tulis apa je yg terlintas kan..

angah pun nan ado nufnang hehe..makcik dah kayo (ni belajar riak dari kakpnut la ni muahaha)

aNiS tHe BumbleBee on 12:12 PM said...

sgt setuju kak.berblog bergantung pada diri masing2.mcm sy ni,berblog sgt2 membantu utk dpat kawan2.sunyi tul hidup sorang2 kt sini kak.duit nuffnang umpama bonus je lah.kalau cashout pun,bila kurun nk pakai tah.balik malaysia pun sekejap2 ja.

Aidilx on 12:14 PM said...

setuju! menulis ini perlukan niat tersendiri. ada yg berorientasikan wang, ada yang untuk suka². semuanya terpulang pada diri sendiri. saya mengekori (cewah) blog ini sejak kenal blog tok rimau, rudi, fajar singanaga etc..

Pnut on 12:20 PM said...

Puteri-betul tu mama aqilah.. dari suka-suka tetiba ada lak duit.. memang seronok juga..ehehe

Angah-kayo ek.. bak sikit duit sini..

Anis-dah balik sana ke? atau kat Malaysia lagi ni?

Aidil-time kasih mengekori ku..eheheh

Zareda Norman on 12:36 PM said...

zar pun tak kisah about hits.. tapi sekarang ramai yg sekoding secara rahsia tu yg meks geram sbb lepas tu create isu dengan kengkawan che kiah.. geram che kiah.. bila sesekali privatekan ramai gak yg bertanya tak sampai hati che kiah so open balik.. gitulah..

sahromnasrudin on 12:40 PM said...

salam ziarah..kenal blog ini dr blog gadis comel..hebat entri ini sgt bermanfaat..trime kasih byk2 atas info yg sgt berguna ini..teruskan gaya blogging spt ini..tahniah!!!

Big Momma on 12:58 PM said...

kita pun setuju gak....;)
lain padang lain belalangnya
lain orang lain kemahuannya... kan?

love ur writing... sempoi je..keep up

MushroomCute@Mariea on 1:21 PM said...

Mush suka dtg blog sebab kenal Kak Pnut..hehehe..tak kenal maka tak chenta

Amy Z! on 2:05 PM said...

hai.. ai peminat setia u.. sebab tu hari2 masuk belog u..

hikhik.

Pnut on 2:21 PM said...

Zar-so far pnut belum kena any isu pasal blog kat opis, tu sebab malas tulis pasal keja, never mention...

sharom-thanks for coming, and drop komen kat sini...

big mama-ye lain orang lain pandangan dan pemikiran, so terpulang pada masing-masin..

Mush-i love you toooo hahaha tetiba ko..

Amyz-ai minat anak u alam yang hensem tu..ehehe

Adlina Husaini on 2:29 PM said...

salam kak pnut, nak ambik entry kak ni publish kat blog ina nah..

nak buat panduan dan share ngan kengkawan dalam blog ina..

supaya tak tertekan nak kejar hits sampai kadang2 tu entry ntah pape, cam entry terpaksa pun ada semata-mata nak pastikan hari2 ada entry baru

^_^

Pnut on 2:37 PM said...

Ina-boleh ambik entry ni letka kat blog ina, tapi akak takut ada yang salah faham dan salah tafsiran pulak.. lain pulak persepsi orang.. eheheh bukan semua orang boleh terima cara cara marba akak ni..

ayobkelubi on 2:53 PM said...

kak pnut

kak lupa satu lagi tips.

menten riak dan takbur.

hahahaha.

GaDis CoMeL on 3:17 PM said...

panjang betui entri ni.lebih kurang macam karang surat cinta bagi kat pakcik gebu dak? haha.

amrie on 3:32 PM said...

saya x ingat la pulak camner saya boleh sesat ke blog ni... yg pasti masa tu saya blajar lg... sronok baca kisah najmi masa tu... pastuh sibuk time final year...trus tinggal blog ni...

tp ntah macam mana ntah.. leh jumpa balik blog ni setahun lepas start kije... tetiba je.. "eh... akak ni dah dapat baby dah!!" (sbb masa last sy baca akak banyak citer masa ngandungkan alesya)

so, teruslah melekat baca blog ni sampai skarang... siap jumpa lg masa kak pnut dtg t'ganu... cuma x berkesempatan lg nak gi pnut inn... hahaha

"Peringkat awal, teruja juga, tapi lama-lama saya bosan, sebab keseronokan menulis blog tu tak best bila kena kejar hits, bila nak kejar duit dan iklan-iklan" ---> tu la sebab saya x update blog saya lg dah (amacam, leh x guna alasan ni? mcm la reader blog saya tu ramai sgt pun kan! hahaha)

sarah-najwan on 4:18 PM said...

salam...

suka sangat ngan n3 ni..begitu menarik...
kenapa saya berblog?..utk berkongsi pengalamn yg manis dan cerita2 ttg famili dan kawan..itu lebih kurang motto yg saya tulis kt profile saya..

saya teruja mula2 tgk org berblog..baca2 jadi seronok..tu psl saya mula belajar..lalu terhasillah blog yg pasif..iaitu saya pembaca..saya visitors..tanpa sebarang komen dan sepi..

tapi atas nasihat seorang blogger yg pada saya ckup hebat..saya kmbali aktif..saya buang rasa malu sb mcm segan org tgk blog saya yg xseberapa..hehe..

dia bgtau saya..tulis aje..org nk baca atau tidak terpulang..janji hati kita gembira...betulkan..saya gembira..hehe

panjg lebar lak saya komen..sekadar pendapat..

juga hdk minta izin nati nk share dari tuan rumah pasal ini suatu hari nanti..kalu saya buat n3 ini..saya bgtau..

btw..selamat berkenalan..

MOKCIK AZWA on 4:29 PM said...

suka ayat...berblog bukan kerana duit, tapi kalau ada sapa nak tolak. sapa tak suka duit kan..

mokcik pun suka baca coretan pnut walaupun hanya sesekali tinggalkan jejak hehehe

keep on writing..

My Life My Journey.. on 5:33 PM said...

Salam Pnut Syg,
Lamaaa dh x tinggal jejak kat blog u ni.. Apa yg u tulis semua betul & I setuju sgt2. Pd I, U telus sbb tu ramai suka visit blog U, tulis je apa bendapun ia tetap hiburan & pd I, ia satu ikatan ukhwah walau kita x pernah bertemu.. TQ Pnut & lots o LOVE..:) - Fa

ps - I dh tutup blog I, sbb dh jd mcm diary peribadi now on mcm x brp sesuai unt tatapan umum..

Anonymous said...

kak pnut, tima kaseh bnyk la noo sbb ceghita pjg lebaq
baru hari ni tau apa dia nuffnang! huhu..selama gua x paham apa fungsi dia. tp yg tau sapa boh bleh dpt duit..

aii teringat hoccay dok menumpang kaseh kat pnut inn. :D
rindunya time2 tu..ni tgk bape kerat ja x kawen lg..

hana

Pnut on 5:45 PM said...

Ayob-eh ada mention part tu.. tp secara tersembunyi...hahahah kira riak ala merendah diri..hahahah

GC-karang surat chenta?? weii tu zaman mak pak kita, kami chatting ok..cinta cyber... masuk cenel kampung, undernet, chat... hahah ntah-ntah hang pa pun tak tau mirc ni..

Amrie-ye nanti kena mai ke Pnut Inn, dan mesti bawa sata. ni sebut banyak kali dah ni, tak bawak gak masuk kategori derhaka..

Sarah Najwan-selamat berkenalan untuk awak juga, kalau nak share boleh, tapi jangan ada yang salah faham, takut menyinggung orang..

Mokcik-ye la dapat duit saper nak tolak, cam saya pun, free je letak nuffnang tu, pastu ada lak duit terkumpul sikit-sikit, orait aje.. acik rembat je..hahaha

Fa-yes, ada ahli akademik hehehe nak berpersonal blog pun tak selesa kan? taper, kita contact2 kat FB ek...

Hayati on 7:30 PM said...

kyati ikut blog pnut sejak dari geng jurnal lagi. kak yati pun ikut buat blog tapi kadang ada, kadang x ada. maleh, entah mana pi blog tu tak tau.. buat, hilang, buat hilang. entah berapa banyak blog daaa...last-last yang terakhir, itu la. kadang ada, kadang x ada juga. tapi terima kasih sebab pnut masuk juga baca cerita bodo kak yati tu.kak yati suka entri ni. suka sangat. hahaha...

Adlina Husaini on 8:45 AM said...

kak pnut, nak mengeteh kat ina inn pun boleh.kita buat version org dah kawen.

or nak mengeteh kat salun ina pun boleh ngeh ngeh ngeh

sambil facial ke sauna ke boleh le turunkan petua apa yg ada di dada tu ^_^

ieda on 11:24 AM said...

pnut...
sebut pasal kak engku kan...paper hari ni ada cerita dia dah bercerai...tumpang kepochi...hehehe

oren said...

hmm..

saya pun menulis sbb nk luahkan perasaan..menulis adalah terapi yg baik..then tanpa disedari, kita akan ada kawan2 blog yg sgt supportive (supportive psl blog closed access, no anon, so, selamat aahh..)

pun suka blogwalking..selalu komen kalo entry tu menarik..menarik sebab cerita psl pengalaman as a mother..esp to those yg baru menimang baby, tak tahu cara nak berpantang dll..so, kita respon based pada pengalaman sendiri..selalu gak mai baca saja, tapi tak komen..

6/4 on 7:03 AM said...

suami saya dah hampir 3 ahun jadi silent reader kat blog pnut ni...
dia suka baca cerita2 pasal kampung. terbaru.. dia suka cerita kicap tu sebab dia mmg hantu kicap

fa10 on 7:06 AM said...

oppp.. silap id la, yg atas tu blog private

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino