Ok..kita teruskan sessi tayangan lagi..
Ecahhh kami dah terima cadar BEN10 tu.. bukan saja Najmi terjua, dengan emak-emak dia jerit suka terima parcel dari SkyNet tu. sampai budak tu tanya, ape ni kak yang suka sangat..ahahha bikin malu je pompuan gemuk ni..hiks..
tadaaaa terus si abang suruh bibik pasang...
Langsir tu cap nilai 3, so kualiti dia tahap tu le.. haku bagi ukuran betoi, dia jahit senteng juga.. sakit jiwa raga, tu saya kata, kalau nak tempah langsir kat nilai 3 ni kena sabo-sabo sikit, depa ni kualiti cam cikai sikit.. kain tu cotton tebal, cam elyza's gak, semeter RM10 ke RM12 tah dah lupa, upah jahit sekeping RM10, tp sy tawar mintak sekeping RM8, dia tak nak kasi, saya kerek la.sy cakap kedai depan tu kasi sekeping RM8 je, apsal kat sini RM10?? terus dia pun kasi RM8, kain tu pakai 3 keping, dia jahit jadikan dua keping, means satu keping kain, dia belah dua dan cantum.. cuma senteng sangat...benci betul la..dah bagi ukuran dia labuh 80 inci, tapi tah cemana sengal depa jahit tah, tu saya alegik sikit tempah langsir kat nilai 3.
Matching sesangat.. mujurlah kamu wujud di alam maya ni Ecah.. kalo dak tak tau mana nak cari cadar-cadar bebudak lelaki ni.. pueh masuk Ausino la..cari sana sini tader cadar untuk budak lelaki, utk girly2 banyak le..sikit hari lagi ecah kami order cadar princess pulak, tunggu anak dara kami reti bercitarasa sikit hari lagi. Zar, nak cadar Barbie cube usha kat blog Ecah ni, semua ada...
kasi dekat sikit, langsir gambo keter
kat rak tu koleksi keter hotwheels si abang, tu sikit je tu..ada lagi tah mana-mana dia campak tah..ada hok sedekah kat kengkawan lagi..dia ingat pak dia keja bank, senang-senang boleh bawak balik duit ke rumah ke, bawak duit bebanyak, pastu beli keter hotwheels kat dia bebanyak. Beli keter baru, leh kasi kawan, asal kawan mintak je kasi..ngamuk pak dia hari tu bila check banyak keter dia hilang. ujur hok ferari shell tu dia tak sedekah gak.
nampak tu cadar belah kanan tu?? hok tu le si abang suka sangat..sekalik ecah kata hok tu dah abeh stok.. frust le si abang, mujur ada BEN10 sebagai pengganti. Sebenarnya kita matchkan dengan langsir dan wallborder dia ni.. tapi tak jadilah nampaknya.kalau dengan cadar car racing tu mmg masyuk sangat la...
Eheheh ecah kita tunjuk suggestion awak, cadar CARS tu kat dia, kata dia, "mama ingat kita ni budak kecik ke suka CARS, tu bebudak je suka," hahahah anak teman dah bujang, mana mau cadar kartun dah. Jadi puan-puan hok anak kecil ni, tak yah le korang berkartun-kartun sangat masa depa kecik ni, dah masuk sekolah ni, koser dia nak layan kartun budak kecik dah.. mujur dulu tak pasang border kartun-kartun.. hahahah
ehh korang jangan ingat sessi tayangan sudah berakhir..belum berakhir lagi..langsir dapur teman belum menayang, alas meja makan beso belum tayang lagi..alas meja tu tempah kat nilai 3 gak, kualitinya cam _*(^&%$*^&*(%^&*+_ tapi ape nak buat, belasah je la.. tu saya bengang tu, kat nilai tu kain-kainnya memangla lelawa..tapi nak menempah ni kena pandai memilih dan nasiblah kalau kena yang tak ok.. so far saya rasa antara kedai yang ok jahitannya kat situ ialah kedai Fiona, tapi biasalah, harganya up sikitlah, langsir dapur saya tempah kat kedai Fiona ni.. kira berbanding hok lain, yang inilah kualiti dia ok sikit.
Hari sabtu nak anto kek ke Shah Alam... soooo ape lagi.... BANCAU le... moh saper nak ikut.. hiks..kesian Cik Madu, pegi cari gerai pegaga tak jumpa ye... terliur-liur ek.. Wana, cari jumpa ke?? erkk saper lagi ek tanya saya pasai kedai Pegaga tu, jumpa tak korang cari?? nanti saya amek lokasinya ek.. dan nombor gerai sekalik.. kompem lepas ni kalau korang cari jumpa, tak jumpa juga, mmg korang tak terrer langsung.
Eh saya dah survey, ada satu gym kat Bangi ni, GYM ni khas untuk ladies je, owner dia pompuan, dan hanya bukak untuk pompuan je, so boleh ber-gym bukak tudung lagik.. yuran dia murah sangat, ikut kita la..kalau sebulan rm50, 3 bln 150, 6 bulan 300, setahun RM600, yang 50 monthly tu pun dah ok, cuma kalau ada aerobik, tarian poco-poco ke kena bayar RM10/session. kalau amek pakej lain, kelas tu free. Unlimited tau.. ko nak datang sehari 3 kali pun bulih... kot le urat besi tulang dawai kan, tak reti penat, nak mai sehari 3 kali orait je.. malam pun bukak.. saya dan beberapa partner in crime bercadang nak join..bagi kalian yang berminat, moh tinggalkan pesan, moh kita sihatkan badan.. jom le...