Thursday, October 15, 2009

Deko..deko..deko...Langsir baru Pnut Inn...


Dengar lagu-lagu kat blog ni berkumandang.. oleh kerana terdapat permintaan untuk saya letak lagu rock kapak kat sini, maka saya tunaikan permintaan anda, jadi korang bukak lah blog ni dari pagi sampai petang. Dengar sampai lebam.. Kalau boleh bukak kekuat sikit, leh eksyen ngan kengkawan opis, depa sure tadernya lagu rock kapak camni.. tu susah jadi orang cam saya, sikit-sikit nak eksen..sikit nak eksen, pastu hasut orang lain jadi eksen, tak berakhlak betul la..

Lagu-lagu ni semua nostalgia buat saya, Michael Learns to rock tu antara kaset omputih original yang pertama saya beli. Semua lagu dalam tu leh hafal, album melayu pertama saya beli kaset ori ialah album KRU-AWAS..

ok..ok.. ni nak menunjuk sikit. cakap biaq terus terang, biaq kita kata diri sendiri dari orang mengata kita, sebagai presiden persatuan riak, saya nak menayang langsir baru meks.. kelas kaannnn darling ai kata saya feeling perasan macam mak datin.. ambek ko, statement laki sendiri pon. Nak sentap pun laki meks, dan dia antara pemberi dana terhasilnya langsir ni..

Maka...tadaaaa dengan berlagaknya saya eksyen menunjuk dengan penuh riaknya.. langsir baru Pnut Inn..



Lawa dak??? sile cakap lawa..saya paksa ni... paksa sesangat.. sebab kalo kabo lawa baru darling ai percaya lawo..dia tu umat tak berapa ada perasaan sikit, kalau tanya pendapat dia manjang ok, tanya kain ni lawo dak...dia jawab ok je.. pastu kalau tanya lawa dak, jawapan maha standard dia tahap otak gue sudah set sesangat ialah entah, "abang tengok biasa je" tapi taperlah, kalau tak lawo kat mata orang lain, lawa pada mata saya cukuplah, ayat sentimental lak tetiba.

Sebenarnya yang langsir kat sliding door tu recyle je hok lama? ingat dak dulu masa kami pindah rumah, size sliding door tak sama, umah lama lebar 10kaki, rumah skrng lebar sliding door tu 8 kaki je, dah tu dulu labuh 80inci je, skrang 120inci. dulu saya hampir nak let go langsir tu, tapi sudahnya jimat kos, saya hantar semula, kak zah repair kasi pendek sikit, dan yang labuh tu saya minta Kak Zah buat patern camtu, tu namanya patern tak cukup kain..ahaks.. hok kaler merah hati kat bawah tu ialah sambungan kerana kain asal tu senteng, jadi saya mintak kak Zah buat patern gitu letak renda-renda dari kain bunga-bunga tu gak, jadi cun sikit. Mak Ngah chek hok mai hari tu suka dan berkenan dah patern kain tak cukup tu, kata dia nak balik jahit camtu gak.

Eh tak puas menunjuk lagi, ada lagi ni


belum abeh lagi sessi menunjuk..ada lagi ni..

Zar ooo zar, kaler bunga-bunga ni senada ngan langsir kat dapur Zar tu kan?? kan ai tell youu hampir sama.. harus pnut nak terjah nilai 3 semula, nak tempah sheer lagu Zar jugak.. jom le Zar kita pegi Nilai 3 lagik.. (Pnut ni cakap macam dia ada duit dalam bank 4-5 juta je gaya dia, tapi nan-ado katanya)

Last menunjuk dengan penuh gaya ialah bilik tido tetamu..

cadar tu mokci beli ngan CIK ECAH ehh kami suka la panggil nama hang pa ecah, cam comei ja.. terus beli dua, satu utk bilik tetamu ni, satu lagi untuk bilik si abang, nak cadar car racing tapi dah abeh lak, jadi amek cadar BEN10 kaler biru, nak sesuaikan dengan langsir baru dia.. (oh untuk langsir baru bilik si abang dan cadar baru dia, akan datang ye, simpan sikit unsur menayang tu dimasa akan datang-eheheh sebenarnya cadar tu belum sampai)

Overall, makcik pueh ati le dengan kualiti langsir ni, dari segi jahitan, kualiti kain semua-semua puas hati, termasuk layanan ala VIP kat Kedai Kak Zah (Azizah Hias, Bangi) ye la acik kan dah lama jadi customer depa, harus VIP gitu. Sebenarnya kesah langsir tu ada sedikit kesilapan, Niki, awek kedai tu salah faham sikit, sepatutnya tempahan saya gini, langsir utk tingkap 3 panel 1 set, dua panel satu set, dan satu panel satu set..iaitu mewakili 3 tingkap yang ada di ruang tamu. Tapi Niki salah faham, dia buat 3 panel 2 set, 2 panel satu set, hok satu panel dia tak order. so masa budak kedai tu datang pasang langsir, saya takder kat umah, keluar beraya, abg encem tu call saya, heran lak dia, apsal tingkap 3 panel ada satu je.. uhuhu salah rupanya. Tapi saya dah bayar untuk set yang macam Niki order, sudahnya saya kabo kat budak tukang pasang tu, taper la dik, awak pasang kat bilik tetamu je la..bilik tetamu tu tingkap dia 3 panel.

Maka tak pasal-pasal bilik tetamu pun ada langsir baru, ikutkan tahap pokai saya, bilik tetamu tu hanya mampu beli langsir cam nilai 3 je. Tapi dah rezeki bilik tetamu pun langsir baru gak, tapi tak bestlah sebab sama lak patern ngan kat ruang tamu, saya suka kat bilik lain sikit. maklumlakn pompuan giler koser cam saya mmg meroyan sikit bab langsir ni. konon nak style lain la kat bilik dan dapur. ehh sebut langsir dapur..lupa lak nak tayang langsir dapur, taper akan datang ek, kita tayang bersama langsir bilik si abang.

So sekarang tingkap satu panel kat ruang tamu tu masih langsir lama lagi, Sabtu ni baru depa mai pasang hok baru. Sebab saya puas hati ngan diaorang punya kerja, maka saya tak der marah-marah.. Lagipun si Niki tu kalau bercakap, suara lemah lembut, senyum je, camner haku nak marah, tak sampai hati..hiks..

Jadi...tuan-tuan dan puan-puan, keriakan dan keeksenan saya belum berakhir di sini ye.. masih akan menyusul entry tayang menayang tak hengat nanti, kalau rasa menyampah sila menyumpah.. acik tak kesah, sebab acik tau korang hok lama dok melangut kat sini tau kan acik ni cemana...acik berlagak memain je, bukan bebetul.. acik masih perempuan yang humble, baik hati dan bersopan santun. Hok berlagak tu satu sifat hipokrit acik je, umpama dark sight atau watak antagonis dalam filem la..sekadar penyedap cerita...

Sekian dari saya..
Mak Pnut yang sangat berlagak dengan langsir baru...

Terima kasih sile datang lagi esok-esok untuk tengok lagi darjah berlagak saya tahap lebih tinggi lagik...
eh tajuk atas tu deko..deko..deko kan?? hari tu saya pegi paso malam, ada pakcik jual kepok lekor..dia jerit.."leko..leko..lekooo" tiru ayat deko..deko..deko.. hiks..comel la pakcik tu.. motiffff?? pakcik jual kepok lekor comel..ape ape lah..
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino