Thursday, May 21, 2009

Anjong Kaseh


Remember itu hari saya bgtau yang kitaorang memang berangan nak ada wakaf/gazebo depan rumah kan, ermm yang ready made wakaf harga koman-koman pun 4K kan, pastu kalau kita beli barang dan upah orang buat pun standard rega lebih kurang 4K jugak la kan, saya pernah berbual dengan sorang jiran yang berusaha beli kayu, papan dan kemudian upah pekerja indon buat, kosnya cecah 4K, erkkk saya tak mampu la nak spend riban-riban gitu, sayang duit. U know whattt my darling dah nyaris terbeli satu gazebo lawooo yang harga asal dekat 6K, tapi tokei kedai tu nak let go about 4K, sebab itu set display unit depan kedai dia, so dia nak replace new set, set lama dia nak let go, nyaris occay mamat tu terbeli, mujur sempat ditegah.. lawa memang la lawa, tapi umat yang duit tak berapa meriah macam kami, kena fikir riban kali occay. Banyak benda lain nak guna duit.

And actually beberapa minggu lepas darling carikan pekerja indon untuk tukar ganti kayu bumbung polycarbonate kami tu, sangat ampeh kontraktor lama buat kerja, kayu tu tak elok, macam merekah, so dari bumbung jatuh dan timpa Mr. Grey baik kami gantikan yang baru, and selesai kerja penukaran dibuat, ada lebihan kayu-kayu dari bumbung tu, hubby bincang suruh depa buat 'pondok' depan rumah, so ntah hapa depa bincang, indon-indon tu pun mulakan kerja-kerja, tiba-tiba saya tergerak nak tanya camner rupa pondok depa nak buat?? terkojot den.. bini dia ni ada a bit cerewt sikit bab rumah, saya tak setuju, tak nak kata saya mencatatkan rupa kawasan rumah je, kalo takat buat gitu tak payah buat, tak mau.. biar saya kumpul duit lagi, nanti buat yang elok sikit. uhuhu, saya boleh selekeh, tp saya tak suka nengok umah saya selekeh. hahaha teruk la.

Malam tu saya kelebek abeh, Majalah Anjung Seri, Majalah Laman, saya purpose a few benda saya suka, uhuhu tp bila tanya tukang katanya kos tinggi, ermm hubby kata tak mau, sebab dia tanak spend byk duit buat benda tu, hahah sy tak putus asa, saya korek lagi majalah, tenung dan tenung.. jumpa satu rumah yang buat wakaf ala-ala anjung, wahh saya suka, saya tunjuk pada hubby, mintak buat macam tu, hasil berbincang dengan tukang, dia kata boleh, tp saya cakap kat hubby, biar kita pegi beli barang tak mo diaorng beli, kang kena 'ketuk' lagi, so sabtu pagi-pagi tu saya dan hubby ke Jalan Reko beli tiang kayu rasak 4x4in yg tggi 9 kaki, beberapa tahun lepas satu tiang tu seratus je (kami guna tu utk tiang bumbung poly beberapa tahun lepas) but skrang harga RM12++ sebatang, kami bodek minta kurang dapatlah RM110 sebatang, pastu beli atap genting, beli kayu-kayu untuk rangka, papan untuk lantai.

Semua-semua kos dalam 1200++ camtu, hahaha buat kira-kira dari rumah agak-agak dalam 6-7 ratus je, sekali sampai sana sen tak cukup hahaha tp tokei tu kata tak per, nanti hantar barang bayar baki, naseb baik, so terpaksa 'pecah tabung cap ayam' hiks.. huwaaa abeh impian saya nak beli lemari henglish style. Ermm tahun depan la gamaknya baru tercapai. Tak per la ini pun salah satu impian juga. Jadi kos-kos kitaorg buat Anjung ni tak sampai 2K, termasuk upah pekerja. (erkk kak Zah, sorry diaorg ni tak paham bahasa, diaorg amek kayu kat umah akak, nanti diaorg akan ganti balik ye, tragedi sungguh la mamat-mamat indon ni)

So start hari Sabtu lepas tukang berkerja menyiapkan apa yang saya dah tunjuk gambar camner saya nak tu, andddddddddddd semalam... tadaaaaaaaaaa dah siapppp kami suka sangat...

Kami akan namakan ni Anjong Kaseh sempena kasih sayang buat anak-anak, dan pasti anak-anak akan suka duduk santai di sini nanti. Sini juga tempat emak dan adik beradik kalau datang nak lepak bersantai.. tempat bergurau senda. Minum petang sambail borak-borak.. And hubby mmg mengidam dari dulu nak buat pagar silang-silang macam tu, sukalah dia dapat juga buat pagar camtu
Photobucket

Sebenarny belum siap sepenuhnya, catnya belum abeh lagi, masih ada satu atau dua lapisan lagi perlu dicat, sebab saya mahukan hasil yang gelap, tapi kami dah over excited nak santai. Nampak tak dua tingkat kat anjung tu, satu tu tingkap bilik, satu tu tingkap dari ruang tamu, yang tingkap dari ruang tamu tu plan nanti nak pecahkan and buatkan pintu, so dari rumah pun boleh terus ke anjung ni nanti, bestt..best..
Photobucket

Najmi sejak balik dari sekolah agama, sudah menantikan babahnya pulang nak lepak minum petang, budak kecik ni kena denda tak boleh keluar main di luar rumah, selama seminggu. sebab tak ambil port kena buat scrapbook subject science dia, (i'll blog about soon)and he is good boy, patuh, dia tak keluar pun walaupun depan rumah geng-geng dia riuh bermain, dia duduk di birai tangga tu sambil baca buku. (baca ke?? saya nengok pegang je pun..haha)

sooo tadaaa bila pak nya balik, terus dia suruh bibik goreng keropok dan saya buatkan teh o, kami lepak rasmi anjung ni, tengok kami lapik dengan tikar, eheh sebenarnya catnya belum betul kering.
Photobucket

Alhamdulillah, lepas ni nak cantikkan sekitar anjung tu, nak beli plak gantung yang bertulis "ANJONG KASEH" nak tanam pokok-pokok, nak cari kayu rel keretapi tu, nak beli batu-batu putih and tabur, pastu my darling nak beli tempayan besar, and nak beli sangkar burung la...sarang burung la..ntah le memacam dia nak buat. Ni memang impian dan cita-cita sejak mula beli rumah memang berangan nak ada tempat santai begini.

My Baby Q,
nak tunjuk pic habit baby Q
Budak ni sangatlah 'fragile' manja ke main, kalau sentap sikit mula muncung muka macam dalam pic tu, menyebek muka dan menangis. Biasanya lebih sentap, kalau paknya buat tak peduli kat dia, sangat gilakan perhatian babah dia. Kalau kita marah dia sikit, mula muncung mulut macam dalam pic ni, dia muncung and akan sedih bergenang air mata dan leleh.. hohoho ikut sapa la tuuu

pastu tangan dia akan dia genggam macam nyanyi lagu nasyid macam pic dlm car seat dia tu, dia akan buat tangan begitu kalau dia ngantuk nak tidoooo memacam peel.
Photobucket

So soooooonnn next month Wedding Anniversary kami, birthday saya, birthday Alesya, so babah, please buat makan-makan untuk meraikan dua ratu ini ye... so boleh kita invite kawan-kawan lepak atas Anjong Kaseh

1 Komen:

Unknown on 1:49 PM said...

Cantik , RM 1200? Ini harga market mana? KL?

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino