Thursday, May 24, 2012

Happy Birthday Blog


Saya sudah lupa, mujur kak Yati ingatkan.. 10 markah untuk kak yati.. muahssss... i lebiu...
saya lupa blog ni sudah berusia 11 tahun. perghhh seusia dengan Najmi blog ni...
Happy Birthday to my blog..
11 tahun kalau budak sekolah dah darjah 5 macam abang Najmi. Banyak suka duka menulis blog ni..
eh banyak suka, duka takder, kalau ada pun takat komen-komen negatif, biasanya.
blogger tegar megar dah lali dengan komen negatif. Umpama getah sekerap. tak lut ponnnnnn

Ok sempena hari jadi blog saya, saya nak bagi hadiah...
hadiahnya ialah cenderahati dari Kuching miau..miauuu untuk korang nanti.. tunggukan pengumumannya nanti ek... saya akan umumkan soon.. kat blog dan FB..
wah tetiba feeling diva la sangat.

Kenangan berblog ni manyyyaakkkkk.. dapat ramai kawannnnn.. ramai sangat, suka la.. saya dulu pegi outstation mana-mana kalau announce kat blog, mesti ada reader/blogger lain akan email nak ajak jumpa-jumpa.. suka sangat, sebab dapat jumpa kawan-kawan baru, bagi saya la.. bagi yang pemfollow  blog ni diaorg leh citer-citer atau borak ngan saya macam saya kenal lama ngan diaorang, tak aci tau.. sebab depa bac ablog ni so kenal apa cerita watak-watak utama dalam ni, so boleh sembang membang selamba je.. kita lak terasa baru nak berkenalan dengan orang first time kita jumpa.

Saya pernah ingat, kak Su (rasanubari) pernah sms saya, bagitau nampak husband saya kat pertonas, kak su juga mengikut husband saya dari ground floor warta bangi, sampai husband saya naik atas, sebab dia kata nak jumpa saya, agak dia kalau husband saya ada, mesti saya ada. Oh kak su, saya terharu dan ingat sampai hari ini, kenangan first time jumpa kak su, kak su pun saya minat dia, sebab seorang ibu yang hebat, anak-anak dia hebat belaka..

Kenangan lain, banyak la.. tak tercatat, sepanjang 11 tahun menulis blog. Tak pernah pun dahulu 11 tahun lepas semasa mula menulis blog akan menjana income dengan blog, walaupun tak lebat masyuk income macam blogger lain, tapi merasa income dari blog, siapa nak bagi kan?? dapatlah buat modal belanja anak-anak pegi jalan-jalan... tapi bab menjana income ni yang menjadikan blog sekarang tak best macam dulu, sumpah.. itu saya rasa.

Itu sebab blog saya jarang update, walaupun sejak saya daftar nuffnang, tahun 2009 ke 2010 sampai last year, kira statistik tu macam best gak la.. (gila jakun takat readers secoet) mendapat income dari iklan bagai boleh tahan... tetapi saya memutuskan untuk tidak aktif berblog.. entah kenapa, saya rasa itu bukan tujuan saya berblog.. saya jadi rimas bila konon nak jaga trafik, kena update blog tiap hari. bukan diri saya. Jadi blog ni jadilah macam ni... kejap update kejap tidak.. so tidak lah boleh saya berharap income 4 angka lagik... dengan keaadan blog hidup segan matik tak mau.. ahahahaha, cuma rasanya 2-3 bulan sekali boleh la kot claim rm50. ahhahaha entah-entah setahun baru dapat rm50.

ok tu je.. tata



7 Komen:

suwara entertainment on 4:51 PM said...

okeh..saya x sabar nk join contest utk dptkn FM..hehehehe..

selamat ulangtahun ke 11 ye kak.. :)

Hayati on 11:44 PM said...

Mana leh lupa pnut oi..walaupun kamu tak update blog 400 tahun pun, setiap hari akan kujengah juga kat sini. nama pun peminat tegar.

LiTtLe^m3 on 10:58 AM said...

tahniah kak... teruskan menulis. semingu 3 atau 4 kali singgah tapi tak update tapi still datang jugak :D

safina on 2:48 PM said...

Betul tu kak pnut, walaupun la tk update tp hari2 saya check dgm penuh pgharapan. Suka gaya penulisan kak pnut, tk boring baca walaupun entry yg panjang, tk semua org mampu tulis yg mmbuatkan org tertarik utk baca. Teruskan menulis:)

Afiq on 10:54 PM said...

Selamat ulangtahun blog kak Pnut!
Share info-info menarik banyak-banyak lagi ek. Kak Pnut boleh tolong buat post pasal cara kuruskan badan? Saya nak tahu walaupun saya dah kurus (tahap normal) skang, saya masih tak puas hati ada lemak masih d badan saya ni. Hihik.
Akhir kata, semoga kak Pnut sihat sejahtera selalu dan dapat banyak rezeki, insyaAllah.

Anonymous said...

Bagiku...hari lahirku tiada bermakna...cukuplan noktah hari itu buatku...

bilamana...kelopak berbunga, ku jatuh hati di hari lahirku...

dan

di hari lahirku jualah...cintaku putus terhenti...

Maria Lucia said...

Anda memiliki blog informatif di sini, saya ingin berbagi dengan Anda semua di sini bahwa ada peluang besar bagi individu atau perusahaan untuk mengakses pinjaman dari Tuan Pedro, petugas bagian pinjaman yang memberi saya pinjaman sebesar $800,000 untuk membiayai proyek bisnis saya di tingkat pengembalian tahunan 2%, Tuan Pedro adalah pria baik hati yang bekerja dengan investor dan mereka juga menawarkan program pinjaman investasi untuk membiayai bisnis bonafide di seluruh dunia.
Hubungi Tuan Pedro
Di Email:pedroloanss@gmail.com
Nomor Whatsappwhatsapp: +393510140339.
Mr Pedro menyediakan semua jenis pinjaman untuk pribadi atau bisnis

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino