Wednesday, June 06, 2012

Filem Horee Horee


Perghhh mujur pegi tengok filem ni semalam.. ada modal nak update blog. gigih sangat, tengok show pukul 11 malam, abeh dekat pukul 1.00 pagi, tido dekat pukul 2, pagi ni mai opis cam biasak.. ahahahah biasalah.. kata nak jadi penulis skrip kannn tido awal-awal mana rock kan..

Sile pegi tengok..  Tak rugi pegi tengok.. Enjoy.. saya suka tagline filem ini "Orang Besar-besar ni kiut pe" jadi kita yang berbadan besar, jangan rendah diri sangat..

Pertama-tama sekalik kena ucap tahniah kepada penulis skrip iaitu Shahriman Wahap dan pengarah sendiri Saw Teong Hin. bagi saya cerita ini ditulis dengan cantik dan menarik. Kalau mengikut dari apa saya belajar menulis skrip ni, cerita ini ditulis 'cantik' permulaan yang baik, pertengahan yang baik, dan penutup yang sempurna. Ok, Shahriman juga menulis 7 Petala Cinta, maaf saya lebih suka Horee Horee berbanding filem keluaran produksi yang aktif menerbitkan filem itu. 

20 minit pertama filem ini dibuat dengan sangat kemas.Saya bisikkan kepada pakcik gebus, ok 20 minit pertama sempurna. Kita akan memberi fokus kepada minit-minit berikutnya. Inilah satu cabaran kepada penulis skrip sebenarnya untuk ikat penonton pada 10-20 minit pertama. Dan perkara yang menjadi titik tolak yang menggerakkan cerita keseluruhannya ialah apabila Nurul Aiman (Iman) lakonan Nurfarah Nazirah  (pertama kali berlakon?? wowww superb!!) ok apabila Iman nak masuk pertandingan Ratu Idola. Simple kan citernya, kisah pasal budak tembam yang rendah diri, kemudian didorong neneknya bekas ratu kebaya 3 tahun berturut-turut untuk masuk pertandingan Ratu Idola, semata mahu melihat cucunya ada keyakinan diri. Dan macam permasalahan remaja lain, cemburu, persaingan semua digerakkan dengan baik. 

Bukan senang senang hendak buat filem muzikal melayu ni.. sebab bukan jiwa orang kita nak tengok filem muzikal ni, sebab bila dibuat selalu jadi kelakar dan kita gelak sebab melihat pelakon memperbodohkan diri sendiri di set. Tetapi jangan risau, itu tidak berlaku dalam filem ini. Saw Teong Hin buat dengan meyakinkan dan kesinambungan lagu dan skrip cantik untuk dilihat. 20 minit pertama diberi nafas yang segar untuk kita terus kekal momentum kita. Pemilihan lagu dan scena yang catchy untuk sajian mata dan halwa telinga kita. Oh ya, bak kata saudara AJAMI, filem musikal dan filem yang banyak lagu dan muzik tidak sama ya.

Satu lagi harus dipuji ialah, kesemua pelakon menggunakan suara sendiri untuk nyanyian dalam setiap lagu dalam filem ini. Perghhh terbaek la... pemilihan pelakon yang baik, walau ramai dari mereka baru pertama kali berlakon. Akim juga improve!! 

Untuk sinopsis dan jalan cerita, rasanya banyak dah blog cerita, boleh google dan baca.. saya pemalas. Hahaha, tetapi cuma satu saya boleh kata, bawa la anak-anak pegi tengok, sebab filem ni selain menghiburkan, ada mesej yang kuat, yang patut semua anak-anak dan ibu bapa tengok sama-sama, selami jiwa anak kita, dan sebagai anak mereka juga kena selami jiwa kita. Ada babak-babaknya sedih tanpa memaksa kita menangis, kita akan menangis. Ada ketikanya kita ketawa tanpa dipaksa-paksa oleh pelakon untuk kita ketawa, ia lahir sendiri dari mimik muka, aksi dan ucapan bersahaja dari mereka. Apa lagi saya boleh katakan kalau pelakonnya sudah menzahirkan apa yang sepatutnya seorang pelakon kerjakan? iaitu berlakon dengan BAIK. Maka itulah yang diberi oleh para pelakonnya, mereka bekerja dengan baik.

Dan seperti Ajami, saya juga berpuluh kali ganda setuju, props untuk pentas pertandingan Ratu Idola tu dibuat ala kadar, tak grand langsung... kamonnnn astro shaw punya kan pilem kan?? banyak set pentas show-show ada, roger je la pinjam, adjust sikit, dan jemput je fan club akim, fan club adibah noor, fan club boboi, dan budak-budak sekolah ramai-ramai havockan keadaan. dan penari-penari latar ramai-ramai tu patut ramai lagi, baru meriah.. erkkk kalau kurang penari cakap le, boleh gak makcik-makcik tak sedar diri perempuan jelita macam saya offer diri. kata filem org debab.. layak le tu ai join.. hahahahaha...

Tengok trailer ni.. menarik bukan? Nahhh sila pegi tengok sekarang, elok la cuti sekolah ni, bawa budak-budak pegi.












3 Komen:

suwara entertainment on 10:28 AM said...

as salam..
harus tgk ni!

mama4A's on 12:33 PM said...

kak nas. br leh nak komen sbb baru tgk last weekend..
mmg best citer nya.. enjoy ngan lagu2 yg best. Ammar pun enjoy joget2. hehe.

tang pentas tu mmg setuju sgt2.. rasa mcm spoil kat situ jer. pengacara dh ok, tup2 tk grand lak pentas dia. penonton pun tk ramai. sekian ulasan saya. hahaha

Unknown on 2:39 PM said...

Poster cam menarik, harap-harap critanya pun menarik. Dah jemu tengok gambaq hantuuu....

Lawati: http://sangpereka.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino