Thursday, January 09, 2014

Tips sediakan masakan cepat untuk keluarga.


Hari ni tiba-tiba rasa nak update blog, entah wahyu dari mana turun entah.

tertarik sebenarnya melihat ibu-ibu bersemangat menyediakan 'BENTO' perkataan asal bahasa jepun, orang Malaysia sebuat BEKAL, iaitu bekal anak-anak sekolah. Tapi sebagai ibu muda-mudi, ape barang sebut bekal, sebut BENTO la, up sikit kan?

Apa pun trend BENTO ni sebenarnya amat bagus. Sebab kita sediakan sendiri makanan untuk anak-anak.
Bagi ibu-ibu yang sudah memulakan tahniah, kepada yang bagi alasan bagai, tak sempat la.. tak sempat la kalau ibu 'sayang bangun pagi' hehehe sorry it's fact.

Ingatlah, 'ikat' kasih sayang anak-anak dan suami dengan masakan, agar dalam jiwa mereka selalu ada kita. Okey malas nak tulis panjang-panjang, kepada yang ingin berazam sempena tahun baru untuk memasak sendiri, meh sini ahkak sapinat kasi tips sikit ek... tips khusus sediakan bento anak-anak, dan bonus tips mudah memasak bagi ibu-ibu bekerja.

1. AZAM
Azam mesti kuat, niat dalam hati, nak sediakan makanan halal, bersih untuk anak, agar hati depa pun bersih.  bila kemahuan tu ada, jalan pun ada.

2. BEKAL APA BOLEH BAWA?
Ishkkk mana ada masa bangun pagi-pagi nak masak mee, meehon, keow teow, makaroni, roti john, makaroni bakar?

Bolehhhhh sangat... ini tips berguna.
Sediakan satu hari minggu untuk duduk ceruk dapur sahaja. sabtu atau ahad, sediakan hari untuk menyediakan frozen paste, atau pre cook meal ni. Anak sekolah 5 hari kan? so listkan menu tiap hari dia.

Satu hari, sediakan bahan-bahan seperti tumisan untuk masakan mee, meehon dan apa-apalah.. Buat kuantiti banyak-banyak, anggaran cukup stok seminggu, sebulan, ikut suka kita la..
1. blendkan cili dengan bawang putih dan bawang merah,
2. kemudian tumiskan bawang-bawang, then tumiskan cili blend tadi, masak sampai garing, letka garam gula siap-siap
3. kemudian masukkan sos tiram sikit, sos cili, sos tomato, kicap. (kicap tak payah banyak, nanti boleh tambah kalau kurang) masakkan bahan-bahan ni pekat, dan naik minyak, sejukkan kejap.
4. dah sejuk, cedok dan masukkan dalam bekas container kecik-kecik, anggaran 2-3 sudu (untuk sekali masak)
5. frozen 'haiwan-haiwan' untuk di masak mee, meehon ni.. contoh, hirisan ayam, udang, sotong, hiris2 siap semua jadi satu protion, dan bekukan.
5. simpan dalam peti beku, tiap malam turunkan ke peti bahagian bawah. biar dia defrost, (haiwan-haiwan simpanan pun defrost siap-siap)
6. sebelum tidur siapkan sayur mayur untuk masuk dalam masakan esok. potong dan basuhkan bersih-bersih.
7.  bangun pagi, terus panaskan kuali, masukkan bahan blend dah siap tumis tu, masukkan sikit air, dan masukkan haiwan-haiwan masak kejap, then masukkan mee, meehoon (kena rendam dulu la) keow teow. dan masuk sayur.

tell you.. selembab mana pun korang, takkan 20 minit tak boleh siap? mudah kan? inilah bertahun-tahun nan silam saya buat. kalau saya bangun 5.40, dalam pukul, 6 setel semua dah.. boleh pi mandi, solat lak, 6.30 keluar rumah pi kerja. Itu saya keluar rumah 6.30 pi kerja, kalau emak-emak keluar rumah jam 7.30, 8.30 perghh lagi sempat kot.

Okey.. itu satu..
Sekarang mari kita lihat macam mana nak sediakan spesis 'bento' lain, seperti,

Roti John

Makaroni bakar

Roti Daging

Nak tahu macam mana sediakan semua ni dalam kurang dari 30 minit?
Caranya.. tadaaa... sediakan frozen paste daging kisar siap-siap...

Ini rupa frozen pre cook daging ni.. ni 3 bekas ni boleh buat dalam 6 kali roti john, 3-4 kali makaroni bakar, dan 2 kali roti daging.


Macam mana nak sediakan? mintalah korang skodeng kat http://pnut.blogspot.com semua resepi saya selalu buat saya letak kat situ, semua mudah disediakan.

Roti john.
So bila dah prepare frozen daging kisar macam ni, bila nak masak, defrost, pagi-pagi pukul telur masukkan, pastu tekup ke roti bun sosej tu, maka jadilah roti john.

Makaroni bakar
Kalau nak buat makaroni bakar, malam-malam rebus makaroni siap-siap, letak minyak sikit, then simpan dalam peti ais, pagi-pagi reheat kat microwave, pastu, pukul telur, masukkan daging kisar ni, then gaulkan dalam makaroni, biar telur lebih sikit, then tabur cheese, bakar la 15-20 minit (bakar dalam bekas aluminium tu, macam pic atas, mudah nak masukkan dalam bekal anak. mudah kan? untuk buat roti lapis daging pun mudah, guna je frozen ni.

Kuih cara
Buat adunan kuih cara, pastu boh je daging kisar ni, cuma leceh sikit kuih cara nak buat satu-satu.. (minum petang boleh la)

Karipap segera
Malam-malam, sebelum tidur, rebus kentang (macam karipap) pastu gaulkan dengan daging kisar ni,
Esok paginya letak inti kat tengah2 sekeping roti, di atas acuan karipap, ketip, tadaaa dapatlah jadi karipap segera. :-) kalau rasa anak tak kenyang, letak la biskut-biskut sikit, buah-buah.

Camni (gambar google)


Nampak tak mudah???

Lagi?? boleh sediakan roti resepi anak bujang saya
Potong-potong roti gardenia, pukul telur, masuk garam sikit, lada sulah sikit, pastu hiris sosej, crab meat, gaulkan semua, pastu bakar atas kuali kejap.. ni menu mudah, tetapi budak-budak sangat suka.

Hurmm apa lagi ek..

Okey pizza segera.

Beli beberapa keping roti pita, roti nan ke, letak sos thousand island, letak sos cili, prego ke, then letak sosej dan apa jua bahan pizza, then masukkan dalam oven 15 minit. sempoi ek?

Rasa rasa tu antara perkara mudah-mudah disediakan, selain nasi goreng bagai tu...

okeh bonus, saya beri tips, menyediakan frozen-frozen pre cook paste, masam asam pedas, kari ayam, kari ikan, kurma, sambal tumis, rendang, dll... kat rumah saya semua ni ada stok frozen, saya akan spenda satu hari biasa untuk prepare semua ni.

Contoh :

Frozen kari ayam/ikan ni sangat membantu, kalau petang sampai rumah pukul 6.30 pun masih sempat masak untuk dinner, pagi sebelum pegi kerja, defrost dia kata peti bawah,  ikan ayam pun sama, frozenkan ikut setiap portion nak dimasak, by the time balik kerja, semua dah nyah beku, cuma panaskan balik frozen paste ni, then masukkan santan. then haiwan-haiwan berkenaan, kentang, bendi, terung, etc la..
20 minit siap derrr...


Ni paste asam pedas saya bikin kuali besar ni, dapat 10 bekas, stok utk 2-3 bulan.


Erkkk apesal tadi cam banyak je benda nak tulis, tetiba rasa cam dah tak tau nak tulis apa dah. Erkkkkk... tanda penuaan kah?

Okey disebabkan dah tak tau nak tulis apa, kita berhentilah di sini, suka hati lah nak ending camni. hahah takde idea lak nak tulis apa...

sekian, semoga bermafaat. apa-apa soalan boleh ajukan kat FB ye.

Skodengla blog resepi saya tu, atau godek resepi kat sini, ada resepi nugget ayam mudah untuk emak-emak sediakan. boleh cuba. saya malas nak link-link

21 Komen:

ieda on 5:38 PM said...

tu dia pnut...setahun beza dgn entry sebelum ni....hihihi...
nak copy idea2 ni untuk makan petang di hari cuti sebab anak2 tak bawa bekal pi sekolah...almaklum dah besaq2 belaka.

Angah on 4:19 PM said...

perhhhh...punye lama tak hapdet, tetiba hapdet siap bagi tips yang sangat berguna....tengkiuk pnut...

Ibu Siti on 8:33 PM said...

rajinnnyyaaa.....ok, berazam nak jadi macam ni utk buat breakfast..ni balik2 nasi,mee,bihun...nasi,mee,mihun...

The Informist on 10:48 AM said...

Lama betul tak update. Terlunas jugak rindu nak membaca blog puan PNut.

Mummy Rizq on 2:30 PM said...

Yeay! Pnut is back. Aku rindu kat hang....

Faza on 10:11 PM said...

Pergh..info wajib tahu bagi semua ibu2 di malaysia. Tq! Thousand likes =)

MuZz on 1:37 PM said...

Wah...tips yg best! Sesuai utk sy yg kerja tp kononnye xde masa or penat kejar2 nak masak hehe...tq dear :)

Anonymous said...

akak...jual tak paste2 tu? heheee...saya nk beli la..

syasya on 3:46 PM said...

tgk akak buat mcm senang je...tp nak apply...bepeluh gak la...

Nur Masliza Muda on 5:15 PM said...

Wahh sis sedap2 belaka makanannya...berpinar mata, berkeroncong perut saya hehehe

green apple on 3:20 PM said...

saya bukan saja pes daging buat beku. dengan macaroni bakar tu sekali saya bekukan. nak makan masuk microwave :)

aquarius morius on 2:44 PM said...

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur

Md Fahmi on 2:27 PM said...

Mohon share dengan pengguna www.bieshoppe.com.my TQ admin

Raihanah Ahmad on 4:07 PM said...

best tips ni

kak ina kl on 9:41 PM said...

wah akhirnya sawang sawang setahun dah hilang.
bagus tips kamu ni, memudahkan suri rumah dan wanita bekerjaya.
Nak seribu daya kan pnut

Ezzy Cupcakes on 4:58 PM said...

Tips terbaik sebab bukan je mudah tapi nampak possible! Terima kasih krn sharing. :D

Mashitah Mamat on 12:57 PM said...

tiba2 kan nak ber bento untuk anak bawak go sekolah..sibuk ler tangan ni nak menggoogle....


hai, selamat berkenalan..tq tips bento .. :)

Dewi Aja on 12:12 AM said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru? Share catanan2 sekolah atau e-books?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dm files lain dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

web lol on 11:52 PM said...

kul post

Ummi MRA on 6:38 PM said...

Wah..seriously hebat sangat idea ni, kenapa la tak terpikir sebelum ni. Kikiki.. Tq sangat sis.
9 Tips Untuk Anak Kurus Dan Enggan Makan

IBU.SUMIASIH on 8:16 PM said...

assalamualaikum wr,wb AKI… saya Siti Di Arab Saudi
mengucapkan banyak2 terima kasih kepada AKI
JEYAPATI
atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan yaitu
"3137" alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
dan berkat bantuan AKI AKI
JEYAPATI saya bisa melunasi
semua hutan2 orang tua saya yang ada di BANK BRI
dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah sekarang saya
sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan
keluarga saya sehari2.itu semua berkat bantuan AKI
AKI
JEYAPATI sekali lagi makasih banyak yah AKI…
yang ingin merubah nasib seperti saya hubungi AKI
JEYAPATI di nomor 0852-4228-0055 dijamin
100% tembus atau silahkan buktikan sendiri KLIK TOGEL 2D 3D 4D 6D DISINI

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino