Monday, June 27, 2011

Sambung Isu pendidikan lagi?


Entry point-point supaya senang nak baca. eheheh

1. Terima kasih
Nak cakap terima kasih kepada Ibu Nabila kerana sudi bagi Alesya sepit-sepit comel hasil tangannya. Cantik.. Alesya mmg suka pakai sepit. Serius!!! kalau lepas mandi, dia rimas rambut dia 'leleh-leleh' sana sini, dia akan cari bibik atau saya cakap "nak epit ambut" nak sepit la tu. dan dia tahan pakai sepit tu sepanjang hari. Cantik dan kemas buatan tangan ni, boleh ke blog Ina untuk order kalau berminat, dan saya dah tentu nak order juga, sedang mencari dan me-request design yang cun.. ehehehe over kan?? Thanks again Ina.

Comel kan? ni dia sendiri pakai, lepas saya bukak sampul kiriman Ina, dan dia nampak je terus jerit "cepit adik..cepit adik.. adik punya.." girl is always girl kan..

2. Isu Pendidikan.
Ini komen dari seorang pembaca Anonymous. Apesal komen bagus tapi tak letak nama? ermm whatever.. prinsip saya, "pedulikan siapa berkata, tapi ambil peduli apa yang dikatakan". Saya setuju hampir 80% apa yang beliau sampaikan dalam komen ni, NAMUN!! Pnut is always Pnut, akan selalu ada 'tidak setuju' in her. People around me sure tau sangat peel saya. Ok saya ulas one by one apa setuju apa tak setuju.. hiks

Komen Anon-
Banyak orang selalu silap bila memperkatakan tentang saya masa dulu.....kita sebenarnya tak boleh lagi nak compare system kita masa dulu dan system pelajarang zaman sekarang.

Saya pulak
Betul, kita tak boleh compare sistem kita dulu dan kita sekarang, itu sebab, sistem PENTING LULUS PERIKSA, dan siapa lulus periksa terjamin hidup dan masa depan. Kalau zaman kita dulu, pandai bijak, masuk universiti-dapat keja bagus. Tapi zaman sekarang, tak semua budak masuk universiti-dapat keja bagus, senang hidup. Sistem kita dulu kata mesti pandai Matematik, mesti pandai Sains, mesti pandai Bahasa Inggeris baru kita dianggap cemerlang, bijak. Betul kan? Budak-budak yang tidak pandai matematik, tidak pandai Sains, pun boleh berjaya, kalau kita beri mereka peluang. Kalau satu ketika dahulu, siapa aktif sukan tak ke mana pun, dok la hang bersukan, tapi bila periksa gagal-lingkup-gelap masa depan. Tetapi sekarang, besukan pun boleh jadi satu kerjaya. Dan orang kata, nak bersukan sampai bila? dah tua mana larat nak bersukan, tak der kerjaya. Itu silap. Bersukan-dapat gaji, imbuhan, sponsor. Kumpul duit, dah tua, bukak le gym, bukak kedai peralatan sukan, jadi jurulatih. etc. Yang ini peranan kita ibu dan guru, bukak mata minda anak-anak kita arah tuju mereka dari kecil. (hehehe kebetulan kat parlimen ni YB-YB dok bincang isu sukan lak)

Itu contoh kecil bidang sukan, saya pernah tulis panjang dalam ENTRY-ISU PENDIDIKAN dan SERIUS INI boleh refer kalau berminat. Tapi saper belum baca, sila baca, itu penjelasan sebenarnya terhadap isu komen di atas.

Kata Anon lagik:
kalau anak orang lain boleh dapat 95 kenapa anak kita tak boleh?

Komen saya.
Yang ni saya kurang setuju, sebab kalau anak kita bijak, tapi pemalas, dan kita takder effort mmg saya setuju la, tapi kalau kita dikurniakan anak yang tahap kemampuan dia tidak boleh kita nak samakan dengan kenapa orang lain boleh dapat 95, kenapa awak tak boleh? kasihan kita bebankan dia lebih dari dia boleh lakukan mungkin. saya tak tau orang lain, tapi saya tak suka compare anak saya begitu. Mungkin dia tak boleh dapat 95 markah dalam periksa, tapi dia solat cukup 5 hari, mengaji dengan betul bacaanya walau tak seratus peratus tajwidnya betul, dia selalu tersentuh hati melihat org susah, murah hati kalau pegi pasar malam dan minta saya RM5 untuk sedekah pada org minta derma rumah anak yatim, etc. dan bagi saya kelebihan yang ada pada dia itu telah sedikit sebanyak mengubati kesedihan saya kenapa dia tak boleh dapat 95%.

Tetapi ayat Anon ni seterusnya amat saya setuju banget.

Anon :-
Dan takkan nak biarkan anak kita terkebelakan daripada anak orang lain?Kita tak boleh beralah dengan kekurangan pada anak kita, sebolehnya berusahalah sebagaimana orang lain berusaha sehingga berjaya menempatkan anak mereka ditangga teratas

Saya :-
Yup, jangan kita biarkan anak-anak kita terkebelakang dari anak-anak orang lain, kalau dia lemah, bagilah pegi tuisyen, tengok latihan dia, jangan kita diam dan pasrah tak tentu pasal. Itu bukan budak yang lembab, tapi emak bapak yang lembab. Kalau kita dah usaha, hantar tuisyen, beli buku latihan, monitor dia, tetapi dia tetap tak boleh dapat 95% yang kita mahukan. Ini masa untuk bertindak. Cari dan gali potensi diri dia, apa kesukaan dia? apa minat dia? Mungkin dalam akademik dia kebelakang, tapi tengok kalau dalam sukan macam mana? seni lukis macam mana? muzik? memasak? berkebun? banyak potensi dalam diri dia kita boleh cari dan kenal pasti, tidak semestinya kita nak dia mesti dapat A saja kan untuk dia berjaya?

Kalau dia minat tengok rancangan masakan.. cabar dan kata kat dia, kalau dia minat dan suka, satu hari nanti dia pun boleh ada rancangan masakan sendiri, dia pun boleh masuk tv macam chef ni. Hey, Chef Liza Zainol tu dulu cikgu sekolah rendah saya, ajar BM tau, tapi tengok Chef Liza sekarang? kat mana kedudukan dia dalam bidang chef?  Begitulah, kalau dia minat bertukang, kata kat dia, kalau betul dia suka bertukang, kita kena usaha jadi seorang tukang yang baik, mungkin boleh bukak bengkel perabot, kilang perabot?? tak mustahil kan? Kalau kita tau macam mana nak salurkan potensi anak kita, tiada istilah anak kita terkebelakang dari anak orang.

Kata Anon lagi:-
Dengarlah, yang kita ini bukannya anak orang 'mega kaya' atau 'berpengaruh' yang boleh menempatkan anak-anak kita di University yang mashyur dan ternama, jadi berusahalah dan jangan segan nak keluarkan belanja untuk membantu anak kita berjaya didalam perlajaran mereka...sampai bila kita nak berharap pada kerajaan (SBP) dan juga MARA untuk meletakkan anak Melayu antara 10 penuntut tebaik Malaysia? Sedangkan bangsa asing yang bersekolah harian berlambak-lambak mendapat results yang terbaik setiap kali keputusan pepeiksaan dikeluarkan...

Komen saya:-
setuju dan tak setuju.
Setuju, sampai bila kita nak harapkan bantuan kerajaan kan?? dan betul, bangsa lain ramai dapat keputusan cemerlang berlambak-lambak. dan jangan segan bantu anak kita berjaya, betul.. berusahalah wahai ibu bapa, jangan beralah. Kalau kita dah berusaha, tapi tidak berjaya, jangan putus asa. Kan?

Tak setuju, erkkk tak tau nak ekpress tidak setuju saya untuk part ni macam mana. Mungkin saya kurang cerdik apabila berfikiran begini, tetapi this is me, saya yang sering tertanya-tanya sebenarnya, dan jawapan itu tiada pada saya, banyak saya persoalkan sebenarnya, ermmm tapi biarlah persoalan saya tergantung dalam kepala otak saya, sebab kalau keluarkan kat sini, jadi isu pulak. ehehehe. Tapi ini hanya pendapat saya saja, mungkin ramai tak setuju, tetapi setidak-tidaknya saya bentang fakta kes saya berdasarkan kajian dan pemerhatian saya yang arif... eheheh jadi apa pun sebagai ibu bapa, jangan berhenti berharap macam lagu Shiela on Seben tu. dan sentiasa Hadapi dengan senyuman, macam lagu kumpulan Dewa.

Eh sekarang dah kureng layan lagu Indon, banyak band malaysia dan artis malaysia hebat dan berbakat. Sokonglah artis tempatan. Macam Aizat, Yuna, Sofaz (uh Nora Elena punya lagu) mereka bagus-bagus.. ermm seee macam Aizat tu, dia terkeluar awal masa dalam AF, tapi look at him now, dia ada 'brand' dia sendiri, sebab apa? sebab dia bertuah kerana dilahirkan di dalam keluarga dia sekarang iaitu, memahami dan hormati minat dia, dan tambah mudah, keluarga mampu realisasikan impian dia, dan dia juga buktikan dia boleh buat terbaiikkkkk.. kagum seh.

6 Komen:

Anonymous said...

What else nak cakap... gue setuju dengan lu pnut.. pigi jalan la dengan orang gila kejar suruh anak jadi gila kena pandai..

sebok paksa anak pegi tuisyen, pegi tae kwan do la.. pegi belajar piano la.. kelas seni la.. art la.. segala neka suruh budak tu belajar, tu semua cita-cita emak bapak bukan anak-anak aku rasa.

tabik spring sama lu makcik..

aku-bapak budak

suesofieyya on 4:58 PM said...

salam..sy mcm setuju jer apa yg akak ckp..tp kebnyakan kt sekolah skrng tk leh terima, semua ligan score..baik makpak mahu guru, letih gk tengok cikgu skrng..letih jg jd mak pak skrng...bukan tidak bagus berfikiran mcm tu..cumanya kita ada had dan sempadan...baik, buruk ada hikmahkan, yg tu perlu jg diingat.So,
baik jd diri sendiri...doakan yg terbaik untuk semua...

suesofieyya on 4:58 PM said...

salam..sy mcm setuju jer apa yg akak ckp..tp kebnyakan kt sekolah skrng tk leh terima, semua ligan score..baik makpak mahu guru, letih gk tengok cikgu skrng..letih jg jd mak pak skrng...bukan tidak bagus berfikiran mcm tu..cumanya kita ada had dan sempadan...baik, buruk ada hikmahkan, yg tu perlu jg diingat.So,
baik jd diri sendiri...doakan yg terbaik untuk semua...

Anonymous said...

kak komen akak terbaek...score dalam exam bukan bererti boleh menjadi insan yang cemerlang, terbilang dan gemilang di dunia dan akhirat..ada banyak aspek lain yang perlu di ambil kira dalam hidup ni

Anonymous said...

pnut, a a lah kan...dari dulu2, ina benci kena compare ngan sepupu/sedara/sepapat.... bila dah tua ni, nampak kami2 keje, semua lebih kurang je.... so ina sekarang cuba ubah minda & sikap, bila anak dpt result, ina x nak tau result kawan2 dia, cukuplah dia dpt markah ok2 dimata ina, tp of cos lah, semua mak nak anak dia dpt terbaikkan? ada ustazah pesan kat ina, jgn target belajar untuk dapat keje, x bau syurga...

ina paka

Kauthar on 9:21 AM said...

wahh...ni yang best baca blog akak pagi2...membuka minda dan menambah idea..thanks!

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino