Tuesday, June 28, 2011

Meluat, Gentleman dan Exercise


1.Meluat
Dengan lelaki berlagak dan ego nak mampos. Minggu lepas, balik kerja, ada sorang lelaki main cucuk-cucuk masa saya tengah drive, jalam tak begitu clear, jadi bawa kereta di highway Seremban-Sg. Besi pada kelajuan 80-90-100km/j ikut situasi adalah amat memadai, dah itu pun had laju dia kasi, ko dah cecah 110, itu dah nama langgar undang-undang bongok. Jadi ko tak perlu nak cucuk kereta aku bila aku ikut kelajuan betul, dan keadaan tidak begitu membolehkan kita bawa lebih dari itu kerana kereta banyak, dan tak semua orang bawa kereta memikirkan org lain, ada main sebat ja nak masuk sana, sini, nak celah, jadi jarak kereta aku dengan kereta depan adalah sesuai untuk aku brek ketika kecemasan.

Ko buli-buli pompuan bacul la. This mamat dayus, sudahlah cucuk, siap pakej poyo dia dengan high-high lampu tinggi dia, serupa dia sorang ada benda alah tu. Untuk gue beralah?? sorry bebeh.. aku wat derk je.. kalau ko gentleman sangat.. ko akan fikir aku rasional, kerana berada di kelajuan sepatutnya dan ko tak perlu cucuk, kalau ko nak mampos cepat, dan perlu bawak kereta 140-160km/j ko boleh cilok dan pergi mampos sorang-sorang. duduk depan aku la kalo berani. Hahahah

Dan yaaa akibat ketidak sabaran beliau, dia telah memotong kereta saya siap pakej jelingan dan bunyian hon. Lu boleh blah la mamat.. dengan pompuan pun nak tunjuk taiko.. kemonn kalo berani ko hon abang lori la... atau ko hon mamat samseng ala kl gangster tu..hiks. ni ngan awek comei cam aku pun ada hati nak kerek. Tapi doa orang teraniaya ni makbul kan.. lepas dia dah potong, saya cakap "elllleh berlagak, ko cucuk la lori kalo berani, tengok sape kemek kalau ko sondol" tetiba dalam masa lebih kurang 3-4 minit selepas dia potong, tetiba kat depan, jalan jammed.. ah sudah. haru, lambat la sampai ni.. rungut hatiku (ala novel pulak) so terenjut-enjut la slow, adalah dalam 3-4 kilometer gak le.. ohh rupanya eksiden...

dannnnn bila dah sampai dekat kawasan kejadiannnn.. jeng..jeng.. ya tak payah suspen, ni bukan drama... kita terus anti klimaks.. ya.. kereta waja yang dipandu mangkuk ayun tu sudah kontot.. kenapa kontot?? sebab bonet depan dia terperosok, kerana sudah menyondol toyot hilux. wahhh hukum karma, macam dalam drama Indon je, yang jahat dapat balasan serta merta. Sekian cerita mamat poyo yang menerima balasan setimpalnya. Gue rasa macam tu, macam nak berhenti tepi jalan tu, dan pegi cakap kat dia, orang buat undang-undang, untuk dipatuhi, kalau tak mau ikut, terimalah balasannya.. wakakakakak kejam dak kalo buat camtu.

2. Gentleman.
Tadi kisah jantan bacul tak gentleman kan? sekarang kita memuji lelaki gentleman pulak ye. Lelaki tidak perlu romantik dan sopan-sopan macam Seth Tan (erkk tetiba rindu anak Pak Ajis.. ) saya rasa lelaki yang macho, gentleman ialah lelaki yang mempunyai sikap melindungi seorang wanita, tak kira la walau wanita tu tiada kaitan langsung dengan hidup dia. Bukan sekadar dia lindungi, isteri, anak, kakak, adik atau yang berkait dengan diri, malah sesiapa sahaja dia akan rasa bertanggungjawab. Saya respect lelaki begitu. Dia layak untuk dihormati dan dikagumi walau muka tak ensem mana macam Seth Tan?? again??>/s>

Contoh, abang lori yang akan slowkan lorinya dan akan himpit ke kiri bagi memberi laluan kepada pemandu wanita yang takut untuk memotong, atau abang lori yang akan berhenti, dan menyuruh pemandu wanita lintaslah bila keadaan clear. Kawan saya pernah cerita, pertama kali dia memandu balik ke kampungnya dair KL ke Kelantan, ada lori besar depan dia, dia punya takut nak potong, ye la laluan ke Kelantan bukan highway sepenuhnya, kata dia abang lori besar ni dah banyak kali ke tepi bagi dia potong, tapi dia takut juga nak potong, last-last brader ni terus terhenti tepi jalan, dan suruh kawan saya ni potong. Itu gentleman nama dia walau dia cuma drebar lori.

Baru ni saya pegi jogging, tengah jalan tetiba ada 3-4 ekor anjing secara berjemaah jogging juga gamaknya, dan sebagai seorang yang takut dengan ajing, saya berhenti jogging dan kutip beberapa ketul batu tepi jalan untuk protect diri sekiranya anjing menghampiri. Tiba-tiba lalu sebuah kereta, dan pemandu kereta itu lelaki, dia berhentikan keretanya dan hon-hon anjing-anjing tu agar lari. dan dia keluar dari kereta, dan bagi isyarat tangan suruh saya cepat berlalu dari situ. Saya ucap angkat tangan balik dan sebut terima kasih.

See, dia tidak saya kenal pun, tetapi dia menjalankan tanggungjawab sosial dengan bagus. (eh kenapa ayat-ayat semua seperti mahu menulis surat kepada Ketua Pengarah DBP) dalam hati saya berdoa, moga Allah lapangkan segala urusan orang itu bila-bila masa, dan dimurahkan rezeki dia, dan andai beliau ada kesukaran, akan ada orang lain akan bantu dia.

Kalau kita naik lrt, komuter bagai, ada lelaki yang akan bangun dan bagi tempat duduk dia kepada wanita hamil, kanak-kanak atau orang tua, atauuu kalau takder semua kategori itu di dalam lrt, dia akan offer kepada wanita yang berdiri dan pegang beg-beg shopping yang banyak, walaupun dia tau wanita tadi larat dan gagah bershopping, tapi pasti dia larat berdiri dalam lrt atau komuter, tetapi ada lelaki yang akan rasa malu bila dia duduk sedap sedangkan ada wanita yang dia perlu dahulukan. Oh sifat ini banyak dalam pakcik gebu, dan sifat ini amat membuatkan saya jatuh hati walau dia tak seencem dan seromantik Seth Tan sekali lagi saya bagi perumpaan Seth Tan boleh lempang saya bertubi-tubi dengan penuh dramatik ya. Pakcik gebu pernah temankan saya check up time pregnant, dan dia akan segan untuk duduk sebelah saya sekiranya ada ibu hamil lain yang berdiri, dia takkan duduk dengan saya, dia akan berdiri atau pegi mengorat misi ke tempat lain.

3.Exercise.
Mari kita berjoget sambil buang lemak dan bakar kalori, don't tell me tak der masa noks. ni boleh buat dalam bilik sebelum tido kalo mahu.. satu video 10 minit, repeat 3 kali, dpt setengah jam-you burn 200-300 kalori beb.



Kalau dapat buat sejam- you will burn sepinggan nasi... sepinggan bihun goreng, seketul peha ayam.. muahhahaha.. jadi jgn rasa berdosa sangat kalau terlebih makan, all you need to do is.. burn it backkkkkk!!!!

13 Komen:

noor on 11:31 AM said...

Terima kasih on info on how to burn calories. Berat saya naik teramat, tak sure apa sebabnya...

KLMari on 12:23 PM said...

Sukerrrr dengan citer Meluat akak tu..padan dengan muka mamat tu...eksyen !!! Lagi satu, mamat poyo yang tak pepasal nak tunjuk macho hebat sebab ada aweksss kat sebelah dia...eiii...Nyampah !!!! Saje aje menekan nekan break buat bunyik kuat...Vangga aa konon depan awekss...Ceh !!!

Anonymous said...

thank cik pinat..

dah lama tak bereksesai2 ginih..
tiba2 rasa down nak kurus..leh cik pinat bagi motivasi sikit???

riso gak nih..next year nak pakai baju nikah lagi sekali.. :D

Anonymous said...

semoga murah rezeki abang lori tu. Dia pun rimas tu, ada yang mengekor.

Unknown on 1:28 PM said...

alhamdulillah..ade lagi manusia+lelaki gitu atas dunia ni...y bukan sekadar nak tunjuk baik depan makwe..hahaha

selalu jarang ngat kak...tp kalo drive balik kg ke kelantan mmg banyak driver lori gitu.saya shuke..tp kat raub ni..hampehhh.dia lak siap bagi lampu suh kita ke tepi

Zareda Norman on 3:38 PM said...

cardio dance... lama tak dance ni.. Tapi buat cardio dance kena bebetul sampai tercungap cungap baru kalories burn tau.. hehhee

bab lelaki gentleman, ya bersyukur kanpinut kita dapat tok laki yang gentleman, ujian pertama masa nak kenal dulu mmg hubby zar lulus bab gentleman ni maklumlah mamat palapes kan..

Irfa on 3:45 PM said...

terkesima baca ni..

takde alasan tak nak bersenam..
turun tangga naik tangga oun malas.huhu

KILA on 4:41 PM said...

Akak, lain kali kalau ada orang cucuk2 akak, akak tekan brek sikit dengan kaki kiri (keta manual ya). Praktis dulu masa jalan lapang sebab bila tak biasa kita jadi janggal dan lupa mana tekan minyak, mana nak brek.. Dulu selalu gak kes kena cucuk nih. Ada orang petua buat gitu..berkesan gak. keta belakang mula hati2 dan jauh2 dengan kita..

Takpun akak bg dia potong, pastu akak follow dia balik macamana dia buat kat akak.. baru dia tau apa rasanya..

Tapi kes akak tu, dia dah terima balasan dia. Patutnya akak berhenti keta dan p tepuk tangan kat dia..Saya pernah bukak tingkap tepuk tangan kat group mat rempit yang jatuh berjemaah lepas himpit keta saya..

Ganas sangat dak?

Hayati on 10:54 PM said...

kak yati suka dan selalu jahat minta doa macam ni kat orang yang suka himpit kita. Terror sangat la tu. padan muka.tak kira, nak suka juga.

Anonymous said...

Setuju 100%.Akak memang selalu je carut sumpah bagai kalu jumpa spesis macam ni. Rasa macam nak tujal2 kepala dia ala-ala macam dia cucuk cucuk keta kita.
Perasan tak?Mat Salleh memang gentleman tak kira di jalan raya atau nak masuk lift. Siap tunggu lift utk kita.
-Kak Chik-

Aini Razali on 4:19 PM said...

hehe dah ade geng mencarut baru leh cakap kat sini. saya kalo dpt kes org mcm tu saya kejar smpai saya dpt pastuh saya ajak lumba smpai saya menang. punyalah jahat kan hati ni?? tapi disebabkan syaitan2 yg bermaharajalela maka saya lepaskan jugak nafsu amarah saya kat dorang ni.. pas menang lumba tu insaf balik kalaulah tuhan amik nyawa saya time tu mcm mana ek?
bab mencarut tu pun sama. slalunya MIL ngan suami jadik tukang dengar maki2an saya dok sumpah seranah depan stereng hahah.. ganaih tul org ppuan bawak keta kan???

Anonymous said...

Pergi ngorat misi di tempat lain..wakakakka...i loikkeeee

rudy bluehikari on 1:02 PM said...

auwww.... sy pun nak tiru pakcik gebuu...

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino