Monday, June 28, 2010

Isu Pendidikan ?


Minggu lepas kan kecoh pasal isu nak hapuskan UPSR dan PMR kan? saya setuju dan tak setuju.

Saya setuju UPSR hapus, dan tidak setuju PMR hapus.

Saya setuju UPSR tu hapus kerana, sistem persekolahan kat Malaysia ni kecik-kecik bari pressure kat bebudak dah.. Najmi dah 3 tahun kan sekolah, jadi saya perhatikan sistem pembelajaran sekarang ni macam berterabur, saya tak tau konsepnya cemana sebab saya bukan cikgu mungkin cikgu yang baca blog ni boleh jelaskan.

Saya rasa sistem pembelajaran kat Malaysia macam tak fun untuk budak-budak. Dah la pegi sekolah kena pakai uniform yang membosankan. tak best kan?? berkurun lama pesen lagu tu juga. tak boleh ke bebudak pegi sekolah fleksible sikit? means, sekolah kan ke ada t-shirt sekolah tu? tak leh ke fleksible, bebudak boleh pegi sekolah pakai t-shirt dan track suit je? lebih selesa untuk budak-budak. Macam sekolah Najmi ni ok gak, kalau hari tu ada PJ, maka bebudak dibenarkan pakai baju sukan dari rumah, sampai pulang sekolah, hari Rabu hari Ko-kurikulum, jadi kacak lah anak saya dengan uniform Tunas Kadet Remaja. (ke kadet tunas remaja? ntah tatau) dan kasut sekolah mereka adalah hitam bagi semua pelajar.

Saya dok rasa macam tak berapa relevan dah baju sekolah kaler putih ni, tekanan tau..ye la..udah le belajar bosan, pastu baju putih, makan kena hati-hati.. nak main pun takut comot, kang balik kena marah pulak. saya tengok banyak tadika sekarang pun guna t-shirt dan seluar cam seluar tido tu je sebagai uniform. Tak main dah pakai baju ada corak kotak-kotak kat dada, kat poket atau kat kolar. Saya faham kenapa mesti ada uniform sekolah kan kita belum tahap nak pegi sekolah pakai baju biasa kan?

Yang tu saya tau sebab nak sama taraf je baju bebudak ni, kang anak orang susah tak der baju mahal, rasa rendah diri lak kan? walaupun anak orang berduit lebih leh beli baju brand mahal, tapi tetaplah kaler putih dan biru juga kannn. Tapi kalau buat konsep t-shirt tu pun acik rasa ok aper.. t-shirt sekolah tu kita bagi kebenaran untuk sekolah bagi fleksible sikit. Kalau saya masuk bertanding pilihanraya, tolong vote saya ek, saya jadi menteri pelajaran, saya ubah ni.. ingat tau..

Eh tadi saya nak cerita pasal UPSR nak hapus tu kan? saya setuju la..sebab sekolah rendah ni biarlah mereka belajar dan tau bahawa belajar itu seronok bukak beban. Saya suka konsep CGPA diguna pakai dari untuk sekolah rendah, dan bila masuk sekolah menengah, CGPA kosong balik. bermula semula.

So kat sekolah rendah, dari darjah 1-darjah 6 tetapkan konsep CGPA, ambil kira semua subjek, tak payah 4 A je, ini menyebabkan budak rasa, ala subjek lain tak penting, bukan kira pun, yang penting 5 A, (anak aku le tu) Pastu amek kira scrapbook yang dia pulun gunting tampak lelawa tu, bagilah sikit markah, dan carry fwd ke dalam markah setiap kali periksa penggal. Setidak-tidaknya mereka tak la rasa tekanan, subjek lain pun dapat A, tapi markah tak kira. uhuhu.. heheh ini pendapat picisan umat macam saya yang takder pengalaman dalam bidang pendidikan.

Then buat syarat, kalau low sangat CGPA dia, katakan below 2.0, tak boleh naik ke darjah seterusnya, bukan apa, ni penting, agar dia lebih memahami setiap satu subjek, ada budak, dia lambat tangkap apa dia belajar, mungkin dia kena ambil masa yang lebih untuk berjaya, walau dia tak berapa patut naik darjah lain, tetapi disebabkan sistem membolehkan, mereka pun naik, kemudian ketingalan lagi.. kesian mereka.

Isu beg sekolah yang berat tu masalah berzaman juga kan? Sekolah Najmi provide locker, tapi apa guna locker pun sebab baru seminggu dapat kunci, ko dah ilangkan, kan..kan.. ye anak aku jugak tu erkk tak leh ke sekolah buat konsep guna kertas je untuk exercise, menggantikan exercise book yang setiap tahun kena cetak baru, sebab buku lama walaupun buku gomen bagi, bukan budak lain boleh guna dah, sebab dah berconteng kan? Kat sekolah belajar, guna buku teks je la.. then cikgu akan guna sheet-sheet untuk homework pelajar. Mane lagi jimat? print paper-paper atau kos terbitkan buku? Soalan dan set-set soalan tu konsepnya sama macam buku exercise, cuma cikgu akan terima selonggok, setiap sheet ikut subjek, pelajar hanya akan diberi satu set setiap kali. abeh return kat cikgu, cikgu return balik kat murid, benda yang sama dalam buku teks tu, cuma dia keluar dalam bentuk kertas sekeping-sekeping.

Sekarang walaupun baru belajar Bab 1, tetap kena usung buku exercise yang terkumpul bab 1 sampai bab berepa belas tu. Erkkk korang faham dak?? eheheh tak faham nanti acik explain semula la...eheheh acik nak bagi cadangan kat surat khabar la... Boleh?? Eheheh Dell, masuk surat khabar Sinar Harian buley???

11 Komen:

Angah on 12:41 PM said...

Setuju jugak kak..

Sistem pendidikan kita ni FORM FOCUS bukan MEANING FOCUS. tu yang bebudak, kalau akak perasan banyaknya belajar grammar, tatabahasa, salah betul je, kurang sangat penekanan pada kefahaman konsep dalam subjek. dia belajar 1+2=3 tapi tak paham kenapa. belajar bumi ni bulat tapi tak paham kenapa..(ni belajar masa amik linguistics especially psycholinguistics dan semantics masa kat UIA dulu) dan disebabkan itu jugak sistem kita ni jadi exam oriented. Dah itu je cara berkesan untuk ukur FORM FOCUS tu.

Jadi pendekatan MEANING FOCUS tu kena diambil kira dalam sistem pengajaran kalau nak mansuhkan exam dan buat style penilaian keseluruhan pelajar bentuk mcm CGPA misalnya.

Sebab tu jugak Angah terapkan (ferr bahasa hahah)analytical thinking masa nak tolong Arief buat homework atau masa dia tanya soalan..biar dia tak jadi macam majority students yang guna sistem "telan dan luah"

errr dah macam entry plak..ampunkan ibu muda yang excited lebey ni kak

Cikja on 2:05 PM said...

Salam kak..
ok semangat saya nak komen nie..saya sokong akak!..

part yg paling saya sokong pakai tshirt ngan track tu...sebab saya tak perlu lagi gosok baju sekolah yang putihsuci tue..kihkihkih..

teringat plak citer three idiots(5kali tengok)...cita2nya nak mengubah sistem pendidikan..mmm..

1na on 4:34 PM said...

akak,

saya setuju. dah la heret beg berat hari2, satu subjek - 2 buku tebai, 3/4 buku latihan. itu satu subjek, kalai dari 4 subjek satu hari pun cukup la... bab pakai t-shirt dan track suit tu saya setuju sangat. bukan sebab nk basuh bj tapi keselesaan masa belajar.

hantar surat khabar kak... biar para orang LAB NK/EA (gomen macam kita) baca tgk heheheheheh. jgn mare

Anonymous said...

salam kak,

exercise pki kertas-kertas mcm dulu-dulu punyer...pakai mesin penggelek, then pusing2...ada seratus salinan seratus kali pusing...dulu tk de mesin photostat, klu ade pun mahal tp skrg ni murah dah.

kebaikkan - ringan
keburukan - mudah hilang

maybe leh ajar budak2 ni filling


azlina

ieda on 6:56 PM said...

pnut...sokong sangat bab pakai t shirt tu...bolehla MAZCOLLECTION masuk tender..dapat yg ni...fuh...kaya laki akak..hihihi..boleh buat konvoi free..nak ikut??

bab belajar ni saya pun rasa terlalu exam oriented...sian budak2.hilang zaman kanak2 yg sepatutnya depa enjoy..cikgu pun rasanya sama gak..stress gak depa bila kena pressure dgn pihak atasan.

My Life My Journey.. on 7:33 PM said...

Pnut,
Sedikit perkongsian. Kat sini sekolah sgt menyeronokkan. Anak2 saya tak suka ponteng, semua looking forward nak sekolah. Belajar sambil bermain, semua aplikasi pembelajaran dibuat dlm bentuk kreativiti yang tidak membosankan. Kerja rumah amat jarang tapi jika adapun ia amat praktikal yang menjadikan anak2 suka untuk menyiapkannya. No beg besar2 pergi sekolah, cuma bawa lunch box sahaja. Ada la Log Book sesekali dibawa balik ke rumah. Yang high school pula, cuma subjek Science, Maths & English yang ada dalam senarai dan d gradekan, selebihnya dikira subjek elektif yang dibuat di dalam lab seperti cooking class, art dll.. Tiap2 minggu praktis masak, buat roti, cake dll.. Sports amat aktif, swimming, football dll semua ada kat school.. Sekoalh rendah tak ada UPSR atau apa ujian, terus masuk High School & bila yr 8 & 9 nanti baru ada GCSE yg melayakkan unt ke Kolej.. Gitu la, biasanya yg suka sekolah semua boleh ke Kolej & Uni, nak n tak nak aja..:)

Siti Noor Aminah on 9:14 PM said...

betoi2.. sistem pendidikan kt malaysia ni mmg caca marba.kerajaan patut pantau sekolah kt luar bandar.kesian budak2 tu.ada student bangsa siam tak boleh nk faham bahasa melayu, bayangkan nak ajar diorang maths in english.

sy blh la mengira 1-10 dlm bahasa siam,then mintak kawan2 dia tlg translate.

cukup ler pengalaman jd cikgu ganti selama 2 bulan.hehe.

Anonymous said...

pnut... setuju sgt tapi apakah guru di kita bersedia dgn konsep baru yg amat memerlukan komitment, dedikasi dan minat mendalam kerana tiada kayu pengukur utk menilai guru sbb dah takde upsr so takde sekolah kejar berapa ramai dpt 5a... guru hanya menyediakan enviroment yg kondusif dan merangsang pemikiran anak... saya takut bila kelonggaran begitu akan ada guru yg ambik kesempatan kerana saya perhatikan kurang komitmen di kalangan guru... anak saya komplen dia tak pernah ada lawatan, takde perkhemahan dll aktiviti yg tak masuk exam... saya pun kesian sbb aktiviti itulah yg menyeronokkan tapi cikgu tak buat sebab malas nak handle kut... saya bayangkan anak saya sampai habis sekolah rendah tak kenal aktiviti tidur bersama kawan, pegi melawat zoo & akuarium or muzium... saya rasa sedih... itu yg saya khuatir sbb bila takde dlm silibus cikgu tak buat...

maaf terpanjang but education has always been my great passion... he he

cm

eha on 10:13 AM said...

Salam,
saya setuju sangat cadangan P-nut. Uniform sekarang mmg tak sesuai. Baju putih tu kadang2 membebankan ibu2 yang bekerja yang tak ada pembantu rumah.Bila kaler putih dh bertukar corak, kena sental dengan clorox lah pulak utk kembali ke warna asal. Selalu tu pakaian kotor campak je dlm washing machine. Klu tk larat sental beli baru lah jwb nya..ongkos lagi, budget lari.....

Pnut on 12:19 PM said...

Angah-menarik cara angah tu, emak pak pun kena rajin gak ni..

Fariza-betul kan?? ramai setuju bab baju sekolah tu mansuh je..ehehe

Ina-tunggu akak compile sedikit Info dan akak akan hntar ke surat khabar

Azlina-ye sepatutnya budak-budak ajar buat folder kan, dan simpan..

Ieda-betulkan, exam oriented sangat, kita dulu dah rasa kan?? lagi boring

Fa-ye betul, kat opis saya ni ramai anak-anak staff sini hantar anak ke International School (dah emak pak depa keja posting merata dunia kan??) memang berbeza cara anak-anak kita belajar kan?? dan dengar pengalaman staff2 yang posting di negara-negara maju, memang sistem pendidikan kita takuk lama, dan tak relevan sebenarnya...kan?

ADik chomel-wahh penah jadi cikgu dia...gud moning cikguuu

CM-nak suruh cikgu rajin penanda aras dia kejayaan anak murid dia la.. kalau peratus lulus rendah setiap akhir tahun, maka rendahlah KPI dia.. nak tak nak je kem pelajaran boleh buat ni.

Anonymous said...

saya nak komen pasal uniform sekolah tu je. masa saya pegi kursus induksi dulu ade la sorang penceramah ni komen pasal uniform sekolah yang pelbagai sekarang ni terutama bagi pengawas. katanye dalam perlembangaan uniform yang betul tertulis adalah baju putih kain/seluar biru tua( sek. rendah) baju putih kain/ seluar biru muda(sek men). jadinya kalaulah terjadi kemalangan ke ape yang pakai baju selain dari yang tertulis dalam perlembagaan tak boleh nak salahkan driver ke ape sebab tak pakai uniform yang betul..gitulah kata penceramah tersebut...

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino