Ok, seperti yang dijanjikan kepada Farah, dan Dila dan erkk saper ye sorang lagi tanya kat YM hari tu, makcik pnut lupa la.. yang bertanyakan pasal car seat Alesya, dan mintak ambil close up car seat tu, sebab 3 ibu muda ni sedang survey untuk membeli car seat juga, hahahah entah-entah dah beli sbb mak pnut sangat lembab nak upload pic..hiks..
Ok car seat ni brand Sweet Cherry, beli masa ada 50% off kat Jusco Equine. harga asal dekat RM400 gak.. tapi saya beli hanya separuh harga dari itu. and sebahagian besar dari kos pembelian itu telah ditaja oleh seorang hamba ALlah pembaca blog saya, yang kasi wang hadiah untuk Alesya, and kebetulan saya sedang nak beli car seat, maka duit itu saya guna untuk cover kos beli car seat tu. Thanks ye kak..
Pic. no. 1 : Tgk pic 1, itu saluran untuk masukkan safety belt kat bawah tu, tapi kami tak guna pun, memandangkan Mr. Grey kami seat tengah tu alas kepala penyandar tu boleh diturun naik,
Pic. No.2 :- maka tempat pengadang tu kami pusing ke belakang,
Pic. No.3 : butang kat pic no.3 tu boleh adjust, so adjust yang sesuai untuk di sangkut pada penyandar kepala,
pic no. 4 : seat tu ditegakkan bila baby tak tido..
Pic. no.5 : Kalau baby nak tido, baringkan car seat tu,
Pic. 6 : contoh camner car seat tu di sangkut dan ketat di situ
Ok, sekian terima kasih, Harap Maklum.
Hari tu kan Mak Su bagi Alesya tudung ni kan, pastu sessi test dia pakai tudung dia pakai gaun kan, tak sesuai gitu, tak muslimah langsung, maka malam Jumaat nan silam, bibik pakaikan Alesya semula, dan suruh saya ambil pic Alesya, wahhh sungguh muslimah.. dan sungguh comel.. (pada pandangan kami le kan..standardlah semua emak kata anak dia comel..ahaks..)
Mata bulat bersinar, oh i miss u princess.. Mak su tengok pic sure rindu Alesya ni..
Ok masuk cerita bab makan pulak. Ni pic kek, sebenarnya kek ni lebihan tepung buat cupcakes, omak pnut sudah salah bake untuk cupcakes, maka ada lebihan tepung, maka saja bakar dalam loyang, so that boleh practice-practice sapu cream kat kek beso.. hiks.. haruslah diingatkan kek sungguh express, kerana kelam kabut nak kejar maghrib dah hujung-hujung, dan bibik dah standby nak cuci bekas cream semua, maka main taram je tak sampai 20 minit siap. sungguh la huduh kan.. tak per, practice lagi ye pnut..
Okeh lagi...
Minggu lepas, saya tengok ada blog tunjuk pasal one couple ni menjual Lemon Rosemary Chicken, maka saya sangat terliur occay, and being mak pnut, i musti la menerai kan.. so saya gigih menggoogle <-(adakah sesuaii menggoogle hiks) resepi Lemon Rosemarry Chicken.
Tapi of course gua dapat resepi asal versi Jamie Oliver tu, pastu ada juga resepi lain, maka, gua fikir simplenya resepi sedap ke?? hiks.. takat boh lada hitam, rosemary tu, gaul-gaul ngan minyak, garam, bawang putih.. ishkk macam tak kena tekak gua ni..eheheh apa lagi..gue adjust la resepi tu.. so ni resepi lemon rosemarry mak pnut.
Lemon Rosemary Chicken Pnut
Bahan
1. Seekor ayam (anggaran berat 1.5kg camtu le yg sesuai-mine semalam 1.6kg)
2. Serbuk Lada Hitam (yg kasar-kasar-beli kat kedai bakery supply best)
3. Rosemarry (benda ni ala-ala jintan manis tu) ada jual kat kedai bakeri gak
4. 4 Ulas bawang putih
5. 2 biji lemon (perah ambil airnya)
6. Minyak (patutnya minyak zaitun, tp gue takder beb, hentam minyak jagung+minyak bijan sikit) camour ngan mentega gak sikit)
7. garam. (ini je semua resepi asal gue jumpa) ni pulak addtional gue mereka cipta sendiri
8. Dua sudu madu
9. 2 sudu sos tiram
10. sedikit halia
11. satu sudu sos cili
Cara buatnya
* Tumbuk bawang putih, halia, dan rempah rosemarry tu (erkk rempah ke?)
kemudian gaulkan dengan semua bahan lain dan perap ayam sekejap, lagik lama lagik best. dua tiga jam ke..
* Pastu bakar pada suhu 200 darjah celcius (my oven la..korang nye adjust la..)
okeh keterangan gambar
1. Romemarry Whole tu dgn serbuk lada hitam (kasar best ala Kenny Rogers gitu)
2. Tumbuk bawang putih, halia dan rosemarry
3. Gaul bahan tumbuk dengan minyak + madu + sos dan mentega
4. Ni madu asli occay (laki gue pembeli yang mudah bersimpati dengan penjual, org jual madu ni pun dia beli, tapi tak pernah dia telan pun, mujur bini dia rajin baut resepi-resepi pakai madu, maka luak le jugak madu ni)
5. Ayam diperap (masa ni baru gaul ngan perahan lemon) nampak kentang dan lemon tu, kentang tu umpama aksesori tambahan, eheheh rebus kentang kejap, agak lembut, then rebus lemon gak kejap pastu sumbat masuk dalam ayam tu.
6. ayam ready masuk oven, ikat kaki dia supaya lebih seksi ayam tu hiks.. part ni daling i cakap, "mama kejam, tak hormat jenazah..hahahaha"
Tadaaaa siap beb, rasanya...perrggghhh sendiri coba la ye..kompem sedap weii, kalah Kenny Rogers tu, try la Pnut Rogers ni sadap.. Nampak umat berkain pelikat sebelah ayam tu?? ya, itulah my darling, tak sabo nak potong, sebab dia ngan Najmi tak tahan bau ayam di panggang tu sungguh harum.. elok je keluar oven, terus pegang pisau..tengok siap pegang pisau tu.. hiks..tp sori beb, ayam ni lebih mudah guna gunting je..hahahah maka mama gak yang rasmi dulu, sbb mama dah pegang gunting..ahaks..
ok puan-puan selamat mencoba... enak gak ni makan ngan nasi ayam.. erkkk saper tader oven tu pi beli oven cecepat, leh buat sendiri.. kompem anak-anak suka.. dan baki ayam tak abeh, terutama part dada tu, boleh buat sandwich. balik karang saya try buat sbb baki masih ada lagi, nanti-nanti kita tengok sandwich ayam Mak Pnut pulak ye... yipppaaaa...
p/s Kak Pah, camner ayam bakar versi kak Pah kat US ek?? mesti lagi sedap.. nak resepi la...