Menerima sms dari RUDI memaklumkan berakhir sudah perjuangan AMir Yusuf pada malam itu, saya terduduk, pilu..sedih.. lama saya mengumpul kekuatan, terus sy on YM, mencarikan ibu-ibu pejuang hebat yang lain, saya bertemu IBU RAYYAN saya kabarkan berita duka itu. Kami bersedihan di depan pc. Bila ada sedikit kekuatan, saya sms Fajar, menumpahkan simpati dan titipkan kata-kata semangat. Saya terpaksa off pc, kemudian termenung..dan terfikir segala macam perkara, berulang tayang kisah perjuangan Alesya 90 hari di NICU, Hospital Putrajaya. Sesungguhnya mereka pejuang terpilih ALlah. Amir Yusuf lahir 18 hari selepas Alesya lahir, Amir Yusuf pergi pada hari lahir Najmi. Mereka bersama-sama berjuang untuk hidup dengan bantuan mesin oksigen, dengan saluran tiub berselirat, untuk saluran makanan, minuman, antibiotik. Teringat tiap kali melawat Alesya, bila ada saja tiub baru di dada, di tangan, atau di kaki saya pasti bertanya apa guna tiub itu. Setiap kali melihat kesan lebam di mana jua tubuh badan Alesya, tahulah saya bahawa beberapa cc darah sudah disedut dari tubuh kerdil itu. Air mata tumpah.
Sebagaimana Fajar dan Anis saya juga berulang alik ke NICU selama 90 hari tanpa jemu. Demi anakanda tercinta. Masa itu saya terfikir, andai Amir Yusuf pulang dulu, pasti saya sedih kerana Alesya terlebih dahulu lahir dan berada di wad. Rupanya tidak, Alesya kembali dulu ke rumah dengan sihat, tetapi tidak..AMir Yusuf terus berjuang hingga ke titik terakhir di hospital.
Moga tenang abadi di sana ye sayang..
Cerita birthday Najmi
Kami mengadakan sambutan Birthday Najmi pada 8 Mac lalu. Agak kelam kabut, last minute plan, last minute hendak itu, hendak ini... Paling last minute, saya terfikir hendak pakai 'uniform' keluarga, and pasa hari Rabu, maka menggagau le saya cari siapa boleh terima tempahan last minute, ada satu orang ini, aduh kerek occay.. mujur Ajid yang sedia berkhidmat, rekemen saya buat dengan AZMI and setelah ding dong mengada-ngada itu ini sampai pening mamat tu, akhirnya dia menerima tempahan dan menyiapkan uniform kami.. malangnya disebabkan sangat last minute, Alesya punya tidak ada, tak sempat dia dapatkan stok untuk baby punya baju..eheheh okeh, ni picnyanya uniform kami.. tak dapat bergambar satu family, sebab babahnya sebok bebeno..and sebetulnya pic ni kami ambil malam, sebelum mandi..ehehehe babah dah bukak t-shirt dan solat maghrib. Mama pun dah melengas, posing juga dengan muka berkilat.. soooo sweeeett kan.. Thanks Azmi, kalau siapa nak tempah, mmg saya rekemen sangat, bagus kualiti t-shirtnya, murah.. berbaloi..bibik try rendam dulu sebelum masuk mesin basuh, katanya bagus, tak luntur warnanya.. maka selamat t-shirt tu masuk mesin basuh dengan baju-baju lain.
Tadaaaaa comelkan kitaorg..ehehehe suka tau Azmi, t-shirt tu buat akak nampak lebih selim..ahaks...
Mentanglah omaknya buat kek sendiri, member siap reques nak kek coklat ada gambar BEN10 dan dia sebelah menyebelah, and omaknya kan gila glemer, so ada pic anak beranak juga menempel di situ..hiks... edible image tu tempah khas, boleh makan ye... rasanya macam chewing gum yang kaler-kaler tu, wangi and sedap. Dan nama pun omaknya tokei cupcakes, mestilah buat cupcakes kan.. and kek beso tu agak huduh, tapi gasaklah anak sendiri punya..hiks..sungguh tidak adil..anak orang lain punya besday lelawa omaknya buat.. ehehe sorry abang, mama sebok minggu lepas. Mana taknya saya siapkan kek ni kejap je, pukul 4 ptg,bakar, sapu cream semua, kena siapkan sebelum 9.30 malam, sbb malam tu nak ke shah alam, ambik t-shirt, nak pegi pudu amek anak-anak buah. kelam kabut occay,
Menu kitaorg simple je, soto, mee goreng, tart tuna, pie tee, puding laici semua masak sendiri, itu sebab kelam kabut sangat.
Birthday boy tiup lilin and potong kek
Tetamu-tetamu terawal kami, dah tentu jiran-jiran kan.. terima kasih semua
Insya-ALlah bulan 6 Alesya and mama pulak..mesti lebih meriah, sebab dua birthday sekali kan.. eheheheh
Thanks pada semua yang hadir, yang kasi hadiah pada Najmi, yang tak hadir tp kirim duit untuk si abang, terima kasih.. Yang best tu bukan Najmi je dapat hadiah, kawan-kawan mama siap bawa hadiah untuk si adik juga, thanks ye..
0 Komen:
Post a Comment